쌍둥이 ➕ 태형

1.7K 114 15
                                    

[ Based on my fav comic. ]
[ Twins|Vkook ]






🐥 Jungmi 🐥






“ Jungmi unnie, terima kasih tau sebab sudi nak belajar bersama-sama dengan kitorang. ” ucap seorang junior perempuan yang mewakili beberapa kawannya itu. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala. Aku bersekolah di Sekolah Tinggi Light yang berada di Seoul. Sekolah ni memang khas untuk pelajar perempuan sahaja. Di sekolah ni, aku lah yang paling popular dan terkenal. Sebab kepandaian dan kemesraan aku dengan pelajar-pelajar.








 Sebab kepandaian dan kemesraan aku dengan pelajar-pelajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Erm, jumpa esok. ”







“ Aduhai ! Comelnya Jungmi sunbae ! Lemah jantung tengok mata dia ! ”







     Aku terus berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Nama aku Jeon Jungmi, seorang perempuan yang tak suka dengan lelaki. Sebenarnya, aku agak trauma dengan lelaki sebab sifat kasar ayah aku dahulu sebelum dia meninggal dunia. Jadi, itulah sebab utama kenapa aku tak masuk sekolah tinggi yang bercampur jantina. Heheh, lagipun lelaki ni menyusahkan. Dahlah kasar, lepastu pengotor dan kadang-kadang mempermainkan perempuan. Aku lebih suka dengan perempuan, sebab mereka lemah lembut dan berharga seperti permata.





Noona, dah balik ? ”







“ Ye. Ada orang ke dalam rumah ? Noona perasan ada banyak kasut di luar pintu. ” tanya aku dan melihat ke ruang tamu yang agak riuh rendah itu. Ini lah habitat adik lelaki aku yang seorang ni. Dia suka sangat bawa kawan-kawan dia datang rumah. Kalau datang tu, berkemas tak pelah juga. Ini dengan kasut bersepah kat luar, lepastu buat bising. Hesh, benci lah.




“ Ah ah, macam biasalah diorang tu. Suka sangat melepak dekat rumah kita. Hehehe, mianhaeyo noona. ” ucap Jungkook dan menggaru kepalanya. Jungkook sahaja lelaki yang aku bergaul sebab dia adik aku. Lagipun, adik aku ni comel dan dia bukan seperti lelaki-lelaki lain. Dia, istimewa !




“ Herm, tak apa. Asalkan, jangan buat sampah dekat ruang tamu tu. Faham ? Kalau tak, duit belanja sekolah kamu noona potong ! ” ucap aku dan mengusap lembut kepalanya. Dia hanya mengangguk dan tersengih menayang gigi bunny. Tengok ? Macam mana aku nak membenci adik aku yang comel ni ?







“ Wah ! Kakak Jungkook lah ! Ini kali pertama aku jumpa kakak dia. Muka dia, seiras gila dengan Jungkook. ” ucap seseorang. Aku yang baru nak melintasi ruang tamu tu terus berhenti dan melihat mereka. Mereka sedang melihat televisyen sambil makan keropok. Dah macam rumah sendiri mereka buat. Aku bersabar demi adik aku tau !







Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now