😇 19 ➖ 하지마 😇

296 24 3
                                    

💙 Haera 💙

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💙 Haera 💙




      Akhirnya, kitorang dapat kalahkan pengawal akma yang serang kitorang beramai-ramai tadi. Miri membawa kami ke sebuah bilik utama. Aku terus menendang pintu tu dengan kuat sehingga pintu itu terbuka. Kitorang terkejut tengok keadaan diorang yang macam tak betul. Jimin dah menangis dengan airmata darah. Taehyung pula hidungnya keluarkan darah. Yoongi pula berkali-kali memukul dadanya sendiri. Jungkook pula menarik-narik rambut sendiri. Hoseok dan Jin hanya menangis teresak. Mulut Namjoon pula mengeluarkan darah.




“ Jimin-ah ! ”




     Masing-masing mendekati pasangan mereka. Aku cuba menarik Jimin untuk jauh dari sumber cahaya tu, tapi tak boleh. Aku mengeluarkan air di tangan aku dan segera disemburkan ke arah cahaya benderang tu. Serta merta cahaya tu malap dan mereka bertujuh terus terbaring. Aku meletakkan kepala Jimin di atas peha.




“ Jimin ? Jimin ? ”




“ Uhuk ! Uhuk ! ”





    Aku melihat pasangan kawan-kawan aku yang dah sedarkan diri. Kenapa hanya Jimin yang tak bangun ? Aku mula berasa risau dan takut. Tiba-tiba, mata Jimin terbuka dan dia menolak badan aku dengan kuat. Badan aku terhentak ke dinding bilik itu. Terasa macam nak patah tulang belakang aku. Jimin bangun berdiri dan padang aku sinis.




“ Jangan dekat dengan aku. ”




“ Jimin-ah.. ”




“ Apa yang berlaku ni ? Kenapa dengan Jimin ? ” tanya Taehyung yang sedang dipapah oleh Yaeri. Aku kuatkan diri dan berdiri semula. Apa yang Yeonra dah buat dekat Jimin ? Aku mengesat darah putih yang mengalir keluar dari mulut aku. Aku kena selamatkan Jimin !




“ Korang..bawak pasangan korang keluar dari sini dulu. Biar aku uruskan Jimin. ” ucap aku kepada kawan-kawan aku. Mereka hanya mengangguk dan segera keluar dari bilik utama yang hanya diterangi beberapa cahaya kecil di dinding. Sekarang tinggal aku dengan Jimin sahaja.




“ Jimin, ini saya Haera. Saya nak selamatkan awak, awak kena keluar dari dunia ni. Ini bukan tempat awak Jimin. ” ucap aku. Darah tak henti-henti keluar dari kelopak matanya. Tatapan tajam dia pula membuatkan aku sedikit takut.




“ Kau siapa nak arahkan aku untuk keluar ? Ini tempat aku. Tak mungkin aku keluar. ” ucap Jimin. Aku mendekatinya perlahan-lahan. Walaupun, badan aku terasa lemah tapi aku kuatkan juga diri ni untuk dekat dengannya. Aku, sayangkan dia. Aku cintakan dia.




Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now