마마 ➕ 호석

1.2K 83 6
                                    

|Requested by : @Jilla_Soo |






🍑 Hosoek 🍑







     Aku melihat guitar accoustic kesayangan aku yang tersandar di sisi bangku itu. Aku mengeluh kecil dan mengambil guitar itu. Perlahan-lahan, tangan aku memetik tali guitar itu supaya mengalunkan bunyi. Bagi aku, bermain alat muzik ni dapat menghilangkan tekanan di kepala. Aku rasa sangat-sangat stress dengan permintaan mama aku itu. Mama aku itu, kalau boleh nak aku ikut semua permintaan nya. Tapi, keinginan aku ? Cita-cita aku dalam bidang muzik macam mana ?







I will never, let you go. Until the day I die.







    Tangan aku terus berhenti dari bermain guitar itu bila terdengar suara seseorang bernyanyi. Terus aku menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gadis sedang duduk di bangku yang tak jauh dari bangku aku duduk ini. Dia sedang memakai headphone sambil bernyanyi. Merdunya suara dia menyanyi ! Terus aku ambil barang-barang aku dan mendekati perempuan itu. Aku duduk di sebelahnya. Guitar aku, aku sandar di sebelah bangku itu.






Jeo—jeogiyo.






Nae ? ”






“ Maaf sebab menganggu tapi, boleh tak saya bercakap dengan awak sekejap ? ” ucap aku dengan nada sedikit tinggi sebab dia masih fokus dengan muzik di telinganya. Dia mengeluh kecil dan membuka headphonenya. Angin di taman itu mula bertiup kencang menyebabkan rambut panjang dia yang ikal itu berterbangan. Aku terpanar seketika. Cantiknya dia.






“ Ada apa ya ? ”







“ U—urm, tadi saya terdengar suara awak menyanyi. Suara awak sedap sangat ! Merdu membuatkan saya tertarik dengar suara awak. Macam mana, awak boleh ada suara sesedap itu ? Mesti awak pakar dalam hal muzik kan ?! ” ucap aku dengan teruja. Mata aku mengerdip beberapa kali.







Nae ? Awak duduk di sebelah saya, ganggu saya mendengar lagu hanya sebab awak nak puji suara saya ? Hahaha. Apalah awak ni ! Suara saya biasa-biasa sahaja. Muzik ? Pakar tu tak adalah sangat. Cuma saya suka menulis lirik. ” ucap dia dan tertawa kecil. Even ketawa dia pun sangat cantik. Adakah ini bidadari ?! Jantung aku mula berdegup laju.








Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Magic Shop [BTS]Where stories live. Discover now