Bab1

58.8K 1.1K 17
                                    

"WAITER! Come here! " laung Tengku Afnan Ilhan yang sudah berdiri menahan amarahnya. Seluruh ruang restoran bergema dengan laungan singa Afnan. Semua mata yang memandangnya langsung tidak dihiraukan. Matanya beralih memandang wajah sepupunya yang sudah merah padam menahan kepedasan makanan yang baru dimakannya.
"Yes sir, Can I help you?" Soal pelayan yang tergesa-gesa dek laungan singa Afnan.
"Tadi saya pesan makanan ni tak nak pedas, cuba awak tengok apa awak dah buat, kalau apa-apa jadi pada dia awak nak tanggung ke?" Nada suaranya sudah mengendur tetapi matanya masih mencerlung tajam memandang pelayan yang sudah menunduk itu. Mungkin dia sendiri tidak sanggup hendak memandang wajah Afnan tatkala itu.
"Panggil pengurus restoran ni" pinta Afnan apabila pelayan tadi tidak menjawab soalannya. Si pelayan mengangguk lalu beredar.
Tidak lama kemudian, seorang wanita yang berpakaian seperti seorang chef keluar lalu menuju ke arah meja Tengku Afnan Ilhan dan sepupunya Tengku Ameera Asya.
"Ye encik boleh say... "Kata-kata wanita itu terhenti. Badannya kaku. Mukanya pucat seperti baru nampak hantu!
Dia?! Dia ke ni?bisik hati wanita itu.
"Hello! You ni dah kenapa boleh berangan pulak kat sini!" Ucap Tengku Ameera dengan lenggok gediknya. Pelayan yang turut ada disitu sudah mencebik dengan perangai mengada-gada wanita dihadapannya.
"Err... Maafkan saya,ada apa-apa yang boleh saya bantu?"soal wanita tadi dalam nada yang masih gugup.
"Tadi cousin saya oder chicken chop with tartar sauce but kenapa awak pergi letak serbuk black pepper atas dia sedangkan tadi saya dah tekankan make sure dish ni tak pedas! "Tengku Ameera sudah senyum mengejek memandang wanita yang berdiri di hadapan sepupu kesayangannya itu. Padan muka!
"Owh mungkin chef yang bertugas tidak tahu menahu soal hal ini. Maafkan pihak kami, jangan risau kami akan gantikannya kepada yang baru secepat mungkin dan sebagai ganti rugi, encik tak perlu bayar bil makanan ini" ucap wanita yang sedari tadi hanya menunduk. Tengku Afnan berangapan bahawa wanita itu takut kepadanya kerana sedari tadi wanita itu langsung tidak memandang wajahnya.
"Make sure lepas ni betul. Faham? "
"Yes sir"
"Okay you may go now" ucap Afnan yang sudah menggambil tempat duduknya semula. Wanita tadi terus berjalan masuk ke bahagian dapur restoran itu.

IMAN berjalan longlai memasuki rumah banglo tiga tingkat miliknya itu. Rumah yang hanya didiami oleh dirinya dan beberapa orang pekerja yang ditugaskan untuk menjaga dan membersihkan rumah itu sangat sunyi.
Baru sahaja Iman hendak mendaki tangga menuju ke biliknya ditingkat dua, ada suatu suara yang menegurnya dari belakang.
"Cik Iman, bila sampai? Maaflah Mak Mah tak dengar, Mak Mah di dapur tadi, Cik Iman nak makan? Mak Mah sediakan" bertubi tubi soalan diajukan oleh pembantu rumah yang digelar Mak Mah itu kepada majikannya.
"Baru je sampai Mak Mah, tak pelah Iman dah makan tadi kat restoran. Iman naik dulu ye.. "Ucap Iman sopan sambil menyalami tangan tua itu. Baru sahaja hendak melangkah dia terhenti semula dan berpaling ke arah Mak Mah yang masih setia di situ.
"Oh ye, Mak Mah kn Iman dah pesan banyak kali tak payah bercik dengan Iman, Mak Mah ni Iman dah anggap Mak Mah macam mak Iman sendiri tau.."ucap Iman dalam nada rajuknya .
Mak Mah hanya tersenyum melihat gelagat majikannya itu. Nur Iman Sofea siapa tak kenal seorang chef terkemuka di Malaysia dan telah mencipta nama diserata dunia yang sangat merendah diri dan baik hati. Bukannya Mak Mah tidak tahu akan kenyataan itu tetapi dia sendiri tidak selesa dan berasa wajar untuk menghormati anak muda seperti Iman. Walaupun baru berusia 28 tahun tetapi dengan sikapnya yang matang menyebabkan dia berjaya.
Dengan layanan yang diberikan Iman kepadanya membuatkan dia lebih selesa memanggil Iman dengan menggunakan perkataan cik itu. Bukan hanya dia malah kesemua pekerja Cik Nur Iman Sofea menggunakan gelaran Cik dan tetap di suruh memanggilnya tanpa menggunakan gelaran Cik.
"Oklah Mak Mah, Iman naik dulu ya, basuh kaki tau sebelum tidur! jatuh katil jerit nama Iman nanti Iman angkat hehe.. Assalammualaikum!" Tanpa sedar Iman sudah berlari ke atas. Mengusik je kerjanya.
Masuk sahaja biliknya dia terus menuju ke meja solek. Satu persatu pin dan peniti ditanggalkan dari tudungnya lalu diletakkan diatas meja. Usai mandi dan menunaikan solat fardhu isyak, Iman bergerak pula ke katil bersaiz king miliknya itu.
Dia melabuhkan punggungnya dikatil empuk itu. Kejadian petang tadi kembali menerjah kedalam mindanya.
"Serious ke itu dia? "Iman bermonolog sendiri.
"Arghh.. Tak mungkinlah! Ni mesti gara-gara aku selalu stalk dia tu yang smpai tengok muka orang lain pon nampak muka dia.. Hmm.. Maybe maybe.. Imaginasi semua ni sudahlah!" Nafi Iman. Dia terus membaringkan tubuhnya diatas katil empuk itu.
Baru sahaja hendak melelapkan mata, telefon bimbit iPhone 6s miliknya berbunyi mendendangkan lagu We Don't Talk Anymore nyanyian Charlie Puth feat. Selena Gomez. Dengan badan yang masih berbaring , tanpa melihat nama si pemanggil , dengan malas Iman menjawab panggilan yang menggangu tidurnya .
"Hello?Asalammualaikum.."jawab Iman malas.
"Waalaikummusalam wbt! Hi Iman!How are you doing?"jawab suara si pemanggil dengan inggeris poshnya. Dengar sahaja suara dihujung sana terus terduduk Iman diatas katil. Dia segera melihat nama pemanggil. Gulp!
"Owh sir! I'm sorry! Ehem, yaaa.. I'm doing just fine. How are you? Is everything there just doing fine too? " Soal Iman sambil membetulkan duduknya. Dia tidak menyangka bahawa si pemanggil adalah Sir Hendry, sifu dan idolanya di UK.
Sir Hendry jugalah yang membantu Iman menguruskan restorannya yang berada di UK semasa ketiadaannya disana manakala apabila dia pulang ke UK ,Areena kawan karibnya dari sekolah rendah lagi yang akan membantunya menguruskan perniagaan di Malaysia.
Walaupun Sir Hendry berbangsa inggeris tetapi dia sudah lama memeluk agama islam dan fasih berbahasa Melayu tetapi dia lebih menggunakan bahasa ibundanya.
"Haha.. Its okay Iman. I'm good! Everything here also good, bila mau balik sini?"soal Sir Hendry kepada Iman. Iman berfikir sejenak.
"Maybe dua minggu lagi I baru boleh balik, there so many works to settled up here, I'll do my best to get there asap! Okay!"ucap Iman ceria. Hilang sudah rasa mengantuknya. Dia sudah menganggap Sir Hendry seperti bapanya sendiri.
"Owh, alright then. Okaylah gtg! Goodnight miss! Have a sweet dreams, see you soon bye! "Usik Hendry walau hakikatnya dia tahu Iman tidak suka dipanggil dengan gelaran cik.
"Sirrrr... "
"Haha.. Just kidding, alright bye Assalamualaikum. "
"Waalaikumussalam"balas Iman seraya menamatkan panggilan. Dia menggeleng kepala sebelum bergerak mematikan lampu bilik tidurnya itu dan menyambung semula tidurnya yang terganggu sebentar tadi.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now