Bab 30

15.6K 445 3
                                    

     IMAN melilit lilitan tudungnya dengan kemas sebelum mengenakan kasut tumit tinggi biru dengan blouse yang dipakainya. Dia sempat melihat sekeliling bagi memastikan tiada barang yang tertinggal.
     Iman melangkah keluar setelah pasti tiada barang yang tertinggal. Dia menarik bagasinya menuju ke ruang menunggu lift.
     Telefon ditangan dilihat dan Iman meneliti beberapa email yang dihantar oleh pekerjanya. Tanpa Iman sedar, ada yang sedari tadi sudah memerhatinya sambil tersenyum sampai ke telinga.
     Beberapa saat kemudian, Iman mengangkat wajah sambil menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan dan saat itu juga, dia baru perasan bahawa Afnan berada disitu. Kelihatan sedikit terenjut bahunya dek terkejut.
     Untung sahaja dia tidak menjerit. Iman meneliti Afnan yang berada di hadapannya atas bawah. Dia tidak dapat melihat mata Afnan disebabkan Afnan memakai cermin mata hitam. Afnan hanya mengenakan seluar jeans Levi's dan t-shirt lengan pendek berwarna biru tua dan jaket kulitnya diikat pada pinggang.
     Matanya berkalih pula pada bagasi Afnan. Setelah beberapa minit kemudian,tanpa sebarang kata-kata, Iman hanya mencebik dan memandang semula ke hadapan. Lagaknya seperti dia baru sahaja membuat permarkahan dalam menilai penampilan Afnan dari level 1-10.
     Apabila Iman berkelakuan begitu Afnan sudah mula melopong.
     "Amboi,amboi sedap-sedap dia tengok orang macam tu lepas tu dia cebik jekkkk? Kita punyalah smart-smart berdiri depan dia buat gaya ala-ala model dia jeling je? Kurang asam punya budak kecik!" Bebel Afnan macam makcik-makcik.
      "Excuuuuse me,awak panggil saya apa?? budak kecik? Kurang asam? Hello, dengar sini ye tengkuk ku, kalau awak berdiri macam model depan saya pon awak nak expect apa hah?? And by the way kalau saya kurang asam tambah jelah heleh." Iman menjeling lagi. Sengaja dia menekan perkataan tengkuk itu.
     "Haish dia ni nasib future wife au kalau tak dah ku korek biji mata yang lawa sangat tu" bisik Afnan sendiri. Iman dapat mendengari omelan kecil itu tetapi tidak dapat menangkap setiap bait katanya.
     "Apa dia?" Soal Iman.
     "Owhh apa? Saya tak cakap apa-apa pon" Balas Afnan sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda menyerah.
      Akhirnya pintu lift terbuka. Iman mengangkat bahunya dan mula melangkah masuk ke dalam lift. Dia sempat berkata sesuatu kepada Afnan dan
     menyebabkan Afnan terus membuka cermin mata hitamnya lalu disangkut pada kolar t-shirtnya.Afnan tersenyum sambil kakinya mengikut jejak langkah Iman yang sudah berada di dalam lift.

     HAMPIR 2 jam Afnan memandu akhirnya sampai juga mereka ke destinasi yang hendak dituju. Afnan membuka tali pinggang keledar yang dipakainya lalu memandang ke tempat duduk penumpang disebelahnya.
     Kelihatan Iman yang sedang terlentok lena diulik mimpi. Tah mimpi apa pon tak tahu. Nasib tak ngences. Desis Afnan dalam hati. Afnan membuka pintu lalu keluar dari perut kereta mini cooper milik Iman itu.
     Dia berlalu ke pintu tempat duduk penumpang yang menempatkan Iman. Afnan membuka pintu tersebut perlahan-lahan lalu bercangkung di  tepi Iman yang masih tak sedarkan diri.
     "Iman,oh Iman kita dah sampai" seru Afnan lembut. Dia tidak mahu Iman sedar dari tidurnya dalam keadaan yang terkejut. Tiada respon dari Iman.
       Afnan bangun dari cangkungannya sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Penat betul ni, desis hati Afnan.
     "Iman,awak kita dah sampai bangunlah takkan awak nak tidur dalam kereta je.." Panggil Afnan untuk cubaan kali kedua masih lembut tetapi kali ini suaranya dikuatkan sedikit.
     Dan cubaannya buat kali kedua berjaya. Iman mula bergerak sambil tangannya menghalang cahaya matahari yang menyilaukan matanya yang cuba untuk dibuka. Cermin matanya dibetulkan kerana senget.
     Afnan segera berdiri dan berundur setapak ke belakang bagi memberikan Iman sedikit ruang. Terkebil-kebil mata Iman melihat kawasan sekeliling yang asing baginya itu. Macam pernah pergi tapi dimana ya? Soalnya dalam hati.
     "Sekarang pukul berapa?" Soal Iman masih dalam mamainya. Afnan mengangkat tangan kanan lalu melihat jam di tangannya.
     "It's 11:30 a.m." balas Afnan pendek.
     "Kita dekat mana?" Akhirnya terpancul juga soalan yang bermain dalam mindanya sedari tadi.
     "Owh,kita dekat rumah bonda saya, saya mintak maaf tak bagitahu awak yang saya bawak awak ke sini. Ya... lagipun saya tak tahu rumah awak dekat mana, awak main tidur je tadi tak menyempat nak bertanya." Balas Afnan selamba.
     "Owh okay.." Balas Iman. Afnan tersenyum. Mamai lagi dia ni. Bisik hati kecil Afnan.
      "Dah jom masuk rumah bonda saya, kita lunch dekat sini" Sengaja Afnan tekankan perkataan 'rumah bonda' disitu.Kali ini Iman baru benar-benar sedar.
      "Hah?! Bon..bon..bonda?" Matanya memandang ke sekeliling rumah agam dihadapannya tersebut. Matanya beralih kepada Afnan yang sudah melangkah ke pintu hadapan rumah bondanya sambil tidak berhenti ketawa.
      "Omg!!! Geramnya gue. Bisa aja aku dikejutin sama dia dua puluh menit yang lalu! Tengok indon aku dah keluar!" Bebel Iman.Iman sempat melihat wajah dan membetulkan tudungnya dicermin pandang belakang kereta.
     Lipstick berwarna merah jambu cair dicalitkan kebibir sebelum Iman melangkah keluar dari keretanya. Mencicit dia berlari hendak mengejar Afnan. Nasib sahaja dia sudah biasa dengan kasut tumit tinggi. Kalau nak suruh berlari 100m dengan kasut bersebut pon no hal lah!
     NGEH NGEH NGEH. MENIPU JE KERJANYA. SILAP-SILAP TAK SAMPAI 20 LANGKAH DAH TERGOLEK.
     Akhirnya Iman dapat memaut tangan Afnan agar berjalan sedikit perlahan. Sebelah tangannya membuka kasut tumit tingginya dan sebelah lagi dia memegang lengan Afnan. Untung sahaja Afnan memakai jaket kulitnya.
      Afnan menunggu Iman dengan penuh setia sebelum mereka berdua beriringan masuk ke dalam rumah agam tersebut. Masuk sahaja ke dalam rumah itu ada seorang wanita dalam lingkungan 50-an sedang menyusun kusyen-kusyen di atas sebuah sofa kulit berwarna hitam.
     Wanita itu memandang Iman dan Afnan silih berganti. Afnan mendapatkan wanita tersebut lalu menyalami tangan tua tersebut. Kini giliran Iman pula.
     "Iman kenalkan ni Mak Jah dan Mak Jah kenalkan ni Iman future wife Han lawa kan kan kan hihihi." Ucap Afnan. Tapi bab yang future wife tu diperlahankan sikit volumenya. Kang terdengar singa depan dia ni matilah.
     Mak Jah hanya tergelak mendengar celoteh anak majikannya yang seorang ini. Iman tersenyum manis. Yelah tak tahu nak buat apa. Jadi patung cendana jelah mampu.
      "Em..bonda mana Mak Jah?" Soal Afnan.
      "Han pergi ke dapur,bonda kamu dekat sana. Kawan Han ni namanya siapa?" Soal Mak Jah kepada Iman.
     "Iman makcik" balas Iman ramah.
     "Panggil je Mak Jah. Iman nak minum apa-apa? Han? Mak Jah buatkan" tanya Mak Jah.
      "Eh tak apalah Mak Jah, nak jumpa bonda dulu." Balas Afnan.
     "Ha iyelah kalau dah gitu, sini beg tu Mak Jah bawak naik bilik." Pinta Mak Jah. Afnan menyerahkan bagasi tersebut kepada Mak Jah.
     Dia membawa Iman ke dapur untuk berjumpa dengan bondanya. Setiba didapur, kedengaran suara bondanya sedang berbual dengan seseorang dan gerangan orang tersebut membuatkan Iman terpaku tidak berganjak dari kedudukannya.
     Semua di ruang dapur itu terhenti berbicara dan mata mereka fokus kepada Iman yang taatkala itu tidak lepas dari memandang orang yang berada di sebelah Tengku Aufa Ismail.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now