IMAN duduk di tepi kolam renang yang berada diluar rumahnya itu. Bintang dan bulan yang berkelipan di langit dipandang tenang oleh Iman. Iman menoleh ke tepi saat terdengar suara seseorang berbicara.
Wanita tua itu duduk di kerusi yang berada di belakangnya. Mak Mah membelai lembut rambut panjang Iman yang diikat rapi itu. Iman melentokkan kepalanya ke riba Mak Mah.
"Cik Iman ada masalah ke? Mak Mah tengok kamu asyik termenung je sejak balik ni. Tadi dekat meja makan pon kamu tak makan macam selalu. Ada apa-apa ke? Kalau ada masalah Iman ceritalah dekat Mak Mah." Soal Mak Mah prihatin.
Iman duduk bersila menghadap Mak Mah.
"Kalau Mak Mah jadi Iman apa Mak Mah akan buat kalau ada orang cuba nak apa-apakan Mak Mah?" Soal Iman polos.
"Apa maksud Iman?"
"Maksud Iman macam nak langgar Mak Mah ke? Sengaja nak buat Mak Mah kemalangan ke?" Jelas Iman sambil mengigit bibir bawahnya.
Mengucap panjang Mak Mah mendengar penjelasan majikannya.
"Ada orang nak langgar kamu?" Soal Mak Mah.
"Emm entahlah Mak Mah, Iman rasa ye. Tak tahulah kalau dia mengantuk ke apa... Hm. Mak Mah jangan bagitahu ibu dengan ayah tau. Janji?"
"Ye janji. Tapi, kamu kene lebih berhati-hati lepas ni. Nak pergi mana-mana lepas ni biar Abang Har dengan Abang Hil hantar. Kalau kamu degil juga, Mak Mah bagitahu mak ayah kamu pasal hal ini." Ugut Mak Mah.
Iman mencebik.
"Okayyyy.. Next, soalan kedua! Apa Mak Mah akan buat kalau Mak Mah tak tahu nak buat keputusan?"
"Contoh keputusan yang Iman kene buat?" Soal Mak Mah berkias.
"Emm.. Keputusan untuk.. Emm.. Nak pilih pasangan hidup yang terbaik?"
Kali ini Mak Mah tidak mengucap panjang malah dia mengucapkan kata syukur. Dia memandang majikannya lama seperti tidak percaya!
"Iman cuba buat solat istikharah. Minta petunjuk dari Dia Yang-Maha Mengetahui" sambung Mak Mah.IMAN membuka pintu restorannya dan melangkah masuk. Ditangan kanannya terdapat beg yang berisi pekakas dapur khas buat dirinya. Saat Iman melangkah menuju ke ruang dapur semua pekerja yang berada disepanjang laluannya memberikan tunduk hormat kepadanya.
Saat berada di dapur Iman segera melipat lengan bajunya sedikit dan memakai topi chef miliknya. Dia berjalan ke arah meja pesanan yang menempatkan kertas-kertas pesanan dari para pelanggan yang sudah berada di restorannya pagi ini.
Iman mengambil satu daripada kertas-kertas yang banyak disitu dan memulakan tugasnya. Para pekerjanya jadi takut dengan muka dingin Iman pagi ini. Tiada secalit senyuman atau sapaan mesra seperti selalu.
Pesanan demi pesanan Iman laksanakan. Setelah menyelesaikan pesanan yang ke-83, Iman mambasuh tangannya lalu menanggalkan topi dan bergerak ke pejabatnya. Saat pintu pejabatnya tertutup, para pekerjanya memandang antara satu sama lain. Masing-masing hanya mampu mengangkat bahu.IMAN merebahkan tubuhnya diatas sofa lembut yang berada di dalam pejabat. Kepalanya yang agak berdenyut diurut perlahan. Migrainenya datang lagi. Hm. Ketukan dipintu menyentakkan Iman sekaligus membuatkan dirinya terduduk.
"Masuk!" Jerit Iman. Saat pintu pejabatnya terbuka pelbagai aroma masakan menerpa masuk ke dalam biliknya. Ini semua gara-gara pejabat tersebut berada di dapur.
"Amboi termenung nampak" sapa seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam.
Iman hanya mampu menghadiahkan senyuman manis buat kawan baiknya yang seorang itu. Areena membalas seadanya. Areena melabuhkan punggungnya di sebelah Iman. Dia menghulurkan kad yang diambil dari beg tangannya.
Berkerut dahi Iman dibuatnya.
"Bukan pasal peletakkan jawatan aku dah luluskan ke hari tu?" Soal Iman pelik. Namun dia tetap menyambut huluran rakannya itu.
"Kau ni Iman, ini bukan surat letak jawatanlah. Aku tak nyanyok lagi nak bagi kau benda yang sama berulang-ulang kali. Kau tahulahkan aku letak jawatan sebab aku dah nak kahwin and as you know
Hafiz tak nak aku kerja so tu kad jemputan kahwin kita oranglah sayang oi! " terkebil-kebil mata Iman memandang surat yang kini berada ditangannya itu. Lama ditenung rasa macam nak tembus kad tu.
"Oi! Mashaallah termenung lagi?! Kau ni kenapa? " soal Areena.
"Owh, kad jemputan... Owh... Jap, siapa nak kahwin? "
Berguling-guling Areena diatas lantai. Mintak kaki minah ni. Iman hanya memerhati.
"Akulah gila takkan janda jiran sebelah rumah aku pulak! "
"Kau cakap aku gila! Owh kau kahwin. Eh kau kahwin? Wah, wah! tahniah beb dah nak kahwin " teruja Iman. Areena hanya mampu garu kepala yang tidak gatal melihat karenah kawannya yang seorang ini.
Dah gila ke apa kawan aku ni. Bisiknya didalam hati. Dia memerhati Iman yang sedang membelek kad jemputannya itu.
"So, dah tengokkan? Aku nak kau masak untuk majlis aku. Yang penting harga kawan-kawan hahahaha" gelak sakan Areena dibuatnya.
"Eh opkoslah gila kau bukan setakat harga kawan-kawan aku bagi half discount aku bagi kau" jelas Iman teruja.
"Wah okay sangatlah tu"
" Hmm bestnya member aku semua dah nak kahwin. "
"Tulah jadi manusia jangan memilih sangat kau kene ingat kau tu dah 28 lagi dua tahun 30 jangan sampai jadi anak dara tua" marah Areena. Belum sempat Iman membentes kata-kata kawannya itu. Pintu pejabatnya diketuk dari luar.
Mereka memandamg antara satu sama lain.
"Masuk! " pintu pejabatnya dibuka dari luar.
"Yes?" Soal Iman kepada pekerjanya itu.
"Miss Iman. There's someone waiting for you outside " terang pekerja lelaki berbaju pelayan itu.
"Lelaki ke perempuan? " soal Iman.
"Perempuan. "
Iman memandang Areena dan Areena hanya mengangkat bahu.
"Takkan pemeriksa makanan pula. Beb aku pergi depan dulu. Nak makan apa-apa oder je aku belanja" canda Iman.
"Hm belanja sangat restoran sendiri padahal. Tak apalah aku dah nak gerak ni. Banyak lagi kad nak dihantar see you tomorrow okay. Bye." Iman tergelak dan hanya menghantar rakannya itu ke pintu dengan pandangan dari jauh.
Iman mencapai topi chefnya lalu bergerak ke pintu yang memisahkan ruang makan dan dapur. Pintu didepannya itu dibuka oleh pelayan yang bersamanya sebentar tadi.
Iman mengikut jejak langkah ke mana arah pelayan tadi pergi.
"Itu orangnya. Saya minta diri dulu." Iman hanya mengangguk. Dia menghampiri meja yang diduduki oleh seorang wanita berambut perang dalam jangkaannya kira-kira dalan lingkungan 20-an yang kini sedang duduk membelakanginya.
"Hello and good afternoon miss. May I help you? " sapa Iman kepada wanita yang sedang ralit menjamu selera itu. Wanita itu meletakkan pisau dan garpunya di atas pinggan lalu mencapai napkin di riba dan mengesat sisa dimulutnya.
Wanita itu mengangkat muka menyebabkan Iman tersentak dengan kehadirannya.
"A-apa kau buat kat sini? " soal Iman.
YOU ARE READING
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...