Bab 3

27.3K 741 2
                                    

     SETIBA di lapangan terbang UK, Iman segera melangkah laju menuju ke UK Boarder. Tidak sampai seminit di situ dia telah siap dan boleh berlalu pergi. Dia ingin segera meninggalkan tempat itu agar tidak bertembung lagi dengan Afnan yang sering membuatkan hatinya jadi tak keruan.
     Malangnya, harapannya hampa apabila ada satu suara yang amat dikenalinya menjerit memanggil namanya.
     "Apa aku nak buat ni!??"omel Iman.
     "Iman wait! "Jerit Afnan yang sudah berlari ingin mendapatkan gadis dihadapannya itu. Iman tidak mengendahkan malah dia semakin mempercepatkan langkahnya tetapi sempat dipintas oleh Afnan.
     "What's wrong with you Iman? "Soal Afnan dalam mengah yang masih bersisa. Iman cuba beriak tenang.
     "You asked me? What's wrong with me? What's wrong with you then? " Soalan yang diajukan dibalas dengan soalan yang sama.
     "Takdelah yang awak ni macam nak lari dari saya kenapa?" Iman sudah ketap bibir. Lidahnya kelu. Dia juga keliru kenapa dia bertindak bergini sedangkan lelaki dihadapannya inilah yang selama ini menjadi pujaan hatinya.
     Mungkin dia takut tersilap langkah lagi atau takut Afnan akan mengetahui siapa dirinya yang sebenar.
     "Ok fine! I'm sorry, saya tak bermaksud nak ganggu awak but saya just nak ajak awak minum coffee tu pun kalau awak sudi? " jelas terpancar wajah berharap diraut wajah Afnan.
     "Sorry saya tak minum coffee " jawab Iman jujur. Bukannya dia tidak minum tapi dia tidak gemar minum kopi lagilah yang namanya caffeine. Afnan tampak kecewa tetapi dia hanya mengangguk.
     Sayu pula hati Iman melihat Afnan. Akhirnya dia bersuara.
     "But saya boleh teman awak kalau awak nak" wajah Afnan yang tadinya muram kembali ceria.
     "Serious ke ni?" Soalnya.
     "Ya serious" jawab Iman acuh tak acuh. Mereka berjalan beriringan memasuki sebuah kafe yang berada di sekitar kawasan lapangan terbang itu.

     DARI tempat duduknya ini Iman dapat melihat Afnan yang sedang membuat pesanan. Dari pandangannya Afnan tampak sungguh kacak dan sempurna.
     Dengan mata ambarnya yang redup, bibirnya yang merah menandakan bahawa dia tidak merokok, hidungnya yang mancung dan alisnya yang terletak elok di atas mata boleh mengetarkan jiwa mana-mana wanita yang melihatnya.
     Jika dilihat sekali imbas wajahnya mirip Harris Baba pun ada juga. Lelaki yang menjadi kegilaan ramai. Ah!  Tak payah Harris Baba dirinya juga sudah menjadi kegilaan ramai.
     Tanpa sedar Afnan sudah berada dihadapannya. Iman segera mengalihkan pandangannya dari terus menatap wajah Afnan. Untung sahaja dia tidak perasan dirinya diperhati.
     "Nah saya belikan awak tea"ucap Afnan seraya menghulurkan secawan tea kepada Iman.
     "Thanks"
     "You're most welcome "balas Afnan sambil mengenyitkan matanya. Wajah Iman yang sudah berona merah itu membuatkan hati lelakinya terusik. Comel. Desis hatinya.
     "Btw, awak nak tahu tak kenapa saya nak panggil awak Iman? "Soal Afnan dengan senyumannya. Lelaki yang selama ini dia kenal lokek dengan senyuman asyik tersenyum sedari tadi. Iman diam. Dia juga ingin tahu. Dia tahu ke aku siapa?
     "Ya, why not.. " balas Iman dalam debaran. Afnan tunduk tetapi Iman masih boleh melihat yang dia sedang tersenyum hambar. Senyuman yang seperti dibuat-buat bagi menutup kesedihan.
     "That's because saya teringatkan seseorang.. Seseorang yang.. sangat baik hati dan tidak pernah marah kepada saya sedangkan saya telah lukakan hati dia banyak kali. Its been 8 years ago.. Dialah Nur Iman Sofea, Ya! otherwise your and her attitude quite the same too." Afnan mengangkat wajahnya menatap mata Iman dalam. Iman terpanar. Dia jadi kaku. Badannya menggigil.
     Segaris senyuman dihadiakan kepada Iman. Iman sudah mati kata, dia sudah rasa tidak selesa.
     Azan Subuh berkumandang di telefon bimbitnya. Allhamdulillah selamat aku bisik hatinya. Dia terus bangun.
    "Er.. Afnan saya nak pergi solat dulu ye. "Ucap Iman. Afnan senyum dan turut bangun.
     "Alright.Saya pun nak pergi solat dulu memandangkan dah masuk waktu, tapi lepas ni saya terus kene gerak sebab saya ada meeting dengan company yang nak buat pelaburan di company saya,so I hope kita berpeluang untuk jumpa lagi"ujar Afnan. Iman hanya tersenyum.
     Memang taklah aku berani nak jumpa kau lagi lepas ni.. Desis Iman. Baru sahaja dia hendak melangkah pergi namanya dipanggil untuk sekian kalinya. Iman berpaling kearah Afnan sambil menjongketkan keningnya.
     "Thanks sebab sudi dengar sesi luahan perasaan tadi, Assalamualaikum." ucap Afnan dalam tawa.
    "My pleasure, wa'alaikumussalam"balasnya seraya melangkah keluar dari kafe menuju ke ruang solat yang ada disediakan. Afnan... Jiwanya meronta. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah jua dipipi gebu milik Iman.
    
     AFNAN yang baru sahaja selesai mandi dan memakai baju berjalan menuju ke balkoni diluar bilik tidurnya. Rambutnya yang basah dibiarkan ditiup angin malam yang nyaman.
    "Imani. Iman. "Afnan tersenyum sendiri. Senyuman yang terkandung seribu satu makna.
      Afnan meraup wajahnya beberapa kali. Wajah Iman yang dianggap Imani itu sedari tadi asyik berlegar di dalam mindanya.
     "Fall in love Afnan Ilhan? Haha nonsense"nafinya.
     Tok! Tok! Tok!  Ketukan dipintu menyedarkan Afnan dari khayalannya. Dia berpaling kearah pintu bilik tidurnya.
     "Masuk! "Izinnya. Afyan Ilyan adik kembar Afnan masuk ke dalam.
     "Han, bonda suruh turun makan. Now! " jelasnya.
     "Ya okay" Afnan segera berjalan menuju ke pintu biliknya dan turun ke bawah.

     SETIBA ditangga Afnan terhenti buat seketika. Arghh kenapa dia mesti disini! Jerit hati kecilnya.
     "Hah Han! Apa kamu buat tercegat dekat situ? Mari duduk makan, Ameera masak lauk kegemaran kamu nih, asam pedas. Bukan senang nak dapat makan asam pedas bila dah sampai London ni. "Ucap Puan Sri  Aufa.
     Ameera disebelah sudah memandang Afnan dari atas ke bawah. Mana tidaknya lelaki itu hanya memakai baju t-shirt kelabu menampakkan tubuhnya yang sasa dan mengenakannya dengan seluar track bottom tiga suku. Rambut yang masih kelihatan basah dan tidak disikat menyebabkan Afnan tampak sungguh menawan.
     "Bila you sampai Meera? "Soal Afnan dalam nada yang dikawal agar tidak kedengaran menjengkelkan.
     "Petang tadi, Abang Han balik je terus naik bilik tadi, tu yang tak perasan Meera kat sini. "Beria dia bercakap.
     "Owh" itu sahaja balasan yang diberikan oleh Afnan. Ameera mengawal riak mukanya.
     Selepas habis makan malam Afnan terus bertolak pulang ke rumahnya sendiri. Malas hendak berlama-lamaan di rumah bondanya itu,mengenangkan Ameera yang bakal tidur dirumahnya. Puas juga bondanya memujuk tapi dia tetap bertegas dengan keputusannya.
     "Bored!! Apa aku nak buat ni baru pukul 9 malam takkan dah nak tidur." Dia berfikir sejenak.
     Bunyi IPhone 7 milik Afnan yang mendendangkan lagu Let Me Love You by Justin Bieber diangkat.
     "Yow Thomson! Sup! Yes I'm. Owh that's great. Okay I'll be there soon. Bye!" Panggilan tamat. Afnan sudah tersenyum. Macam tahu-tahu shaja kawan-kawannya yang dirinya sedang dilanda bosan.
    Dia terus menuju ke bilik persalinannya yang menempatkan 998 pasang pakaian casual 581 pakaian formal seperti suit dan tuxedo 100 topi 97 jam dan 342 kasut. Lengkap semuanya. Semua pakaian dan accessoriesnya yang tersusun kemas itu bernilai lebih kurang 1million USD.
     Afnan menukar seluarnya kepada seluar jeans hitam jenama Levis, Dikenakan dengan baju lengan pendek jenama polo berwarna biru tua dan baju sejuk. Kasut adidas putih hitam dipakainya. Afnan mengambil dompet dan kunci keretanya dan berlalu.
     Sebelum keluar dari rumah, dia sempat berpesan kepada pembantu rumahnya agar menyeterika bajunya untuk keesokan hari.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now