Bab 6

22.1K 739 11
                                    

SEKALI lagi sebuah kereta Bugatti hitam pula memasuki kawasan dewan dan menarik perhatian semua orang yang berada disitu termasuk Iman dan rakan-rakannya. Kali ini seorang pemuda pula yang keluar dari kereta mewah tersebut.
"Dia dah datang." ujar Qis sambil tersenyum memandang Iman.
"Itu dia ke!! bapak handsome !! Nasiblah aku dah ada Fariq kalau tak haish awal-awal aku dah sambar" ucap Izah.
"Kan! "Setuju Areena.
"Bukan korang je aku pon, Wahai hati tolonglah setia! " ucap Nisa pula.
"Nasib aku dah kahwin"ucap Ira.
"Dan nasib baik aku dah nak kahwin"sambung Qis lagi. Mereka semua tertawa kecuali Iman yang masih blur .
Iman yang tidak mengerti tentang apa yang baru dikatakan oleh rakan-rakannya itu terus memusingkan badannya bagi melihat apa yang mereka sedang lihat.
Ya, Iman tahu mereka sedang melihat seorang lelaki, tapi handsome sangat ke sampai perempuan-perempuan yang duduk berhampiran mereka juga turut sama terkesima. Pusing sahaja memandang ke belakang.
"What! Afnan Ilhan! Ma..ma..macam mana dia boleh ada kat sini?!" Iman terjerit kecil. Afnan yang baru sahaja keluar dari kereta Bugattinya itu berjalan menuju ke pintu masuk dewan sebelum mereka berjabat tangan sesama sendiri.
No wonderlah semua perempuan terkinja-kinja. Kalau tadi kaum adam terkesima melihat dirinya tapi kali ini giliran kaum hawa pula.
"Akulah yang jemput dia"ucap Qis jujur.
Afnan yang memakai t-shirt, dan seluar jeans berwarna hitam dikenakan dengan jaket kulit dan kasut kulit berwarna coklat membuatkan dirinya kelihatan sungguh tampan. Rambut yang dipacakkan dan disisir rapi membuat semua wanita yang melihat sudah seperti ulat beluncas.
Iman segera berpusing kembali membelakangi apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Rakan-rakannya pula sudah mengekek ketawa. Owh gelakkan aku ye,sekel kepala sekor-sekor baru tau. Getus Iman. Dia sudah tidak senang duduk.
Habislah kalau pecah rahsianya. Bagaimana jika Afnan dapat tahu tentang identitinya yang sebenar?! Matilah! Tidak! Dia tidak akan benarkan ianya berlaku! No way! Ini Iman Sofea lah.
"Guys, guys please, actually secara jujur aku pernah jumpa dan berbual dengan Afnan sebelum ni! Bukan jumpa but terrrjumpa. Tapi apa yang penting dia tak cam yang aku ni Iman. So please tolong aku jangan pecahkan rahsia. Korang panggil aku Imani ye. But jangan terkejutlah sebab dia sendiri nak panggil aku Iman although itu memang nama aku. Tolong ya! Please!!! " rayu Iman.
Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Seriously kau pernah jumpa dia before?! Dengan nak suruh kitaorang panggil kau Imani lagi..biar betul?" ucap Fina yang sedari tadi tidak banyak berbual.
"Ya I'm serious! Dia ada datang restoran aku di JB and kebetulan that time aku ada disana, boleh pulak sepupu dia buat hal kat restoran aku, and dia arahkan orang yang bekerja di situ panggil aku. So disebabkan aku tak tahu dia yang nak jumpa aku ,jadi aku jumpa jelah.
Rasa macam nak pengsan je waktu tu tau! And second time kitaorang jumpa di dalam flight ke UK. Bila dia tanya nama aku, aku bantai jelah bagi nama Imani tu! Tolonglah aku" panjang lebar Iman menerangkan situasi yang sebenar.
Mereka semua terdiam. Terkejut mungkin. Ah lantaklah!
"Guys!" Jerit Iman tapi tidak terlalu kuat.
"Yalah yalah kitaorang tolong kau" Iman sudah tersenyum puas.

AFNAN yang sudah menghampiri meja dimana Iman berada terasa segan pula. Mana tidaknya semua yang berada di situ sedang memandang tepat ke arahnya. Kecuali seorang wanita yang duduk membelakangi dirinya.
Nasib sahaja adik angkatnya Hafiz tunang kepada Areena yang turut berada disitu menemaninya menemui mereka. Dia dapat merasakan banyak mata yang sedang memerhati dirinya. Dan hampir kesemuanya adalah wanita.
"Hi Qis how are you! "Sapa Afnan ramah. Iman yang berada disitu dipandang Qistina. Kawannya itu sudah keras seperti patung cendana. Rasa mahu tergelak pun ada tapi di tahan demi kawannya itu.
"Ya I'm fine, perkenalkan Afnan ni kawan-kawan I, dulu you pernah kenal diaorang ni. Ni Ira, kau pon kenal ni Areena,ni Nisa, ni Fina, ni pula Izah,yang tu Hani,sebelah dia tu Bella and.. "Qistina terhenti. Dia memandang Iman yang sudah memandangnya juga. Iman sudah membuat isyarat muka supaya Qistina tidak meneruskan kata-katanya.
"And this is?? "Soal Afnan yang sudah memandang ke arah Iman. Iman kaku. Perlahan-lahan dia berpusing memandang Afnan.
"Imani! Wow we meet up again. It nice to see you here." Afnan tersenyum kearah Iman. Iman membalas seadanya. Bengangnya aku.
"Ya. Saya ada di sini pun sebab Qis jemput, memandangkan restoran saya yang bakal masak makanan di sini nanti" balas Iman. Mata yang lain hanya memandang.
"Eh! Imani? Imani tuh siapa? Bro kau tak kenal ke? Dia ni kan Im..." Belum sempat Hafiz menghabiskan kata-katanya Afnan terlebih dahulu memotong.
"Iman Sofea. Or lebih tepat lagi Nur Iman Sofea binti Firdaus. Salah seorang chef terkemuka di Malaysia. Ya I know that." Potong Afnan.
Iman tampak sungguh terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Afnan. Jadi, selama ni Afnan memang sudah tahu tentang identitinya yang sebenar. Semua mata sudah memandang kearah Iman.
"Awak tahu? "Soal Iman.
"Yes I am. Kalau tadi Hafiz tak terlepas cakap pun saya dah lama tahu."balas Afnan dengan riak yang selamba.
"Then, kenapa awak pretend macam awak tak kenal saya? " soal Iman lagi.
"Cause awak pun pretend macam awak tak kenal saya. Saya sengaja nak tengok sampai bila awak nak tipu saya." Balas Afnan dengan riaknya yang masih selamba. Iman ketap bibir. Geram betullah!
"Sudahlah tuh Cik Iman, saya tahu awak still jadi stalker dan stalk saya. I know everything. Semasa di restoran, saya memang tak berapa cam awak but bila saya balik dan jumpa awak sekali lagi di dalam kapal terbang saya yakin itu adalah awak. " sambung Afnan lagi sambil mengenyit mata kepada Iman.
Wajah Iman sudah berona merah. Rakan-rakannya sudah menyiku sesama sendiri. Orang yang duduk berhampiran mereka juga turut sama tergamam melihat kelakuan Afnan. Melting pon ada jugak.
"Stop blushing Iman,awak buat saya melting tau" bisik Afnan kepada Iman. Yang lain di situ sudah ternganga seperti tidak percaya dengan apa yang baru mereka dengar sebentar tadi. Walaupun perlahan, tapi mereka masih dapat menangkap apa yang baru dikatakan oleh Afnan itu. Begitu juga Iman yang sudah memandang Afnan.
"Sweetnya! korang dua orang ni!!" Ucap Areena yang sedari tadi jadi pemerhati. Iman memegang kedua-dua belah pipinya dan berlalu pergi. Mereka yang lain sudah tersenyum melihat gelagat Iman.
"Kau ni, tengokkan dia dah lari. Iman! Tunggu kitaorang"ucap Bella dan terus berjalan menyaingi Iman, diikuti dengan yang lain.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now