Bab 2

30.9K 865 7
                                    

IMAN yang baru sahaja turun dari tangga terus menuju ke ruang makan. Cermin mata yang dipakainya dibetulkan sambil meletakkan sebuah buku nota di atas meja makan.
"Ya! What's up! Owh its that so? Ok If they breach the contract then make sure compensation must be paid. Alright see you soon. Bye."Iman menamatkan panggilannya.
Mak Mah, Pak Mat, Kak Sha, Abang Hil dan Abang Har yang turut berkerja dibawah Iman sedari tadi hanya memandang. Setiap pagi Iman akan menyuruh semua perkerja dirumahnya masuk untuk sarapan bersama.
"Selamat pagi Cik Iman"ucap mereka serentak. Cik lagi, kadang kala malas juga Iman hendak fikir, layan sajalah
"Morning! Sarapan apa hari ni?" Balas Iman sambil tersenyum manis.
"Pancakes.Cik Iman katakan nak makan pancakes Mak Mah buat haritu, tuh yang Mak Mah buatkan ni,Cik Iman tak kerja ke hari ni? Selalu pagi-pagi dah siap nak pergi kerja.. "Soal Abang Hil ramah.
"Haah, tak kerja hari ni, tapi tengah hari nanti Iman ingat nak minta tolong Abang Hil atau Abang Har hantarkan Iman ke restoran." tangannya yang sudah memegang sudu berisi pancake disuakan ke mulut.
"Apa minta tolong pula, dah memang tugas kitaorang hantar Cik Iman kemana sahaja yang Cik Iman nak.Itu pon kadang-kadang je Abang dua orang ni dapat hantar Cik Iman ,kalau tak Cik Iman mesti drive sendiri. Tak de kerja lain cuci kereta jelah kerja kitaorang."canda Abang Har pula.
Ruang dapur yang tadinya agak sunyi sudah penuh dengan gelak tawa mereka.

SEPERTI yang dijanjikan oleh Iman kepada Sir Hendrynya pada hari ini dia akan terbang ke UK. Perjalanan 13 jam ke UK tidak menjadi satu masalah kepada Iman. Sudah biasalah katakan.
Iman yang mengenakan blaus dan kasut tumit tinggi berwarna biru dikenakan dengan seluar jeans jenis skinny,tudung shawl dan beg tangan putih menampakkan lagi keanggunannya.
Usai memastikan semuanya lengkap, Iman terus ke pintu pelepasan menyerahkan passport kepada pegawai bertugas sebelum menuruni tangga ke aras bawah. Iman yang sememangnya menempah tempat duduk yang berada di kabin kelas pertama terus menuju ke sana dan mencari tempat duduknya dengan teliti.
Jumpa sahaja kerusi yang berlabel 5G, dia terus melabuhkan punggung diatas kerusi empuk itu. Dia memandang ke sekeliling kabin kelas pertama yang menempatkan hanya sepuluh buah kerusi dan sememangnya lebih luas berbanding kabin kelas ekonomi.
Hanya ada tiga orang penumpang sahaja yang sudah duduk di tempat mereka, kerusinya pula berada di sebelah kiri, tepi tingkap. Kerusi di sebelah masih kosong. Siapalah yang bakal duduk disitu. Kalau Pak Arab handsome best juga hehe..
Iman terus memasang tali pinggang keselamatan sebelum menyumbat earphones kedalam telinganya. Matanya dipejam rapat. Tidak lama kemudian dia dapat merasakan ada seseorang yang sudah duduk di sebelahnya tetapi dia tidak mengendahkannya malah terus memejam mata dan melayan lagu yang sudah berkumandang ditelinganya.

SUDAH satu jam berlalu kebiasaannya memang Iman sudah terlelap tatkala ini. Kerusi yang boleh dijadikan katil tidak pula diubah kedudukannya.Dia membuka matanya yang sedari tadi dipejam rapat.
Gelap. Iman membetulkan duduknya. Earphone ditelinga dicabut.
"Hmm bosannya" dia memandang ke luar tingkap. Lama dia memandang ke langit yang gelap itu. Kemudian dia beralih pula memandang kesebelah kanannya, penghadang diantara kerusinya dan kerusi lelaki itu diturunkan sepenuhnya. Dia tahu disebelahnya adalah lelaki kerana dia sempat mengintai sedikit sebelum mereka berlepas tadi.
Tidur kot mamat nih. Sangkanya. Baru sahaja dia hendak menyambung aktivitinya sebentar tadi, dia sudah mula meraba-raba mencari sesuatu.
"Eh mana earphones aku nih?"
"Err.. Miss,is this yours?" Iman terus berpaling kearah suara tadi. Tap! Omaigosh!!! Dia! Aku mimpi ke ni or masih berkhayal?! Ke aku masih tidur lagi! Takkanlah stalk orang sampai jadi macam ni, Ya Allah tolong hambamu, Ya Allah aku janji lepas ni aku tak stalk dia lagi dah!!
Lelaki tadi juga turut sama terkedu.
"I think I know who you're" kata-kata lelaki tadi membuatkan jantungnya berombak kencang, Dia tahu siapa aku ke!! Matilah aku.

"Iman, kau ngan Afnan apa cerita?" Soal Bella kepada Iman yang sedang khusyuk membaca buku ditangga. Iman memandang wajah rakannya itu.
"Macam tulah, dia dah lama tak call aku hmm.. busy kot"jawab Iman acuh tak acuh. Sakit kepala yang tadinya sudah hilang datang kembali.
"Haih aku rasa kau demam ni pun sebab dia tau, rindulah tuh, susah betullah hubungan jarak jauh ni. Takpe nanti aku call dia nasihatkan dia suruh call kau okay!"ujar Qis pula. Iman hanya tersenyum hambar sehambar jiwanya tatkala ini.
Ya! Dia yakin di hadapnnya tatkala ini memang seorang yang amat dia rindu dan cintai.Rasa macam nak peluk je! Tapi dia masih ingat batasnya.
Tengku Afnan Ilhan lelaki yang pernah mencintainya setulus hati dan menabur ayat-ayat cinta yang manis 8 tahun yang lalu sebelum meninggalkan dirinya termanggu-manggu dan tertunggu-tunggu bergitu sahaja. Kini semua itu hanya tinggal kenangan.
Setelah mereka berpisah. Cinta Iman kepada Afnan tidak pernah padam walaupun sakit dan pahit yang harus ditelannya selama 8 tahun. Dia sentiasa mengikut setiap perkembangan Afnan di laman sosial. Biarlah Afnan tidak mengenalinya. Dia merasakan itu yang lebih baik.
"Hello.. I'm talking to you"suara Afnan menyedarkan Iman dari lamunannya.
"Ah.. Sorry apa tadi? "Soal Iman gugup.
"Awak ni.. Perempuan yang dekat restoran haritukan? "Soal Afnan yakin. Fuh! Lega dia tak kenal aku. Mungkin sudah meningkat dewasa dan penampilannya juga sudah berubah menyebabkan Afnan tidak dapat mengecamnya.
"Yes I'm. Ada masalah ke?"dia sudah semakin selesa memandangkan lelaki dihadapannya ini tidak mengenalinya. Jadi memang betullah dia tidak berkhayal sebelum ini.
"Nope! Tak cakap pun, nah ni earphones awak lain kali jaga elok elok. Owh btw saya nak minta maaf pasal dua minggu lepas semasa kat restoran tu, saya tak bermaksud nak layan awak macam tu.. Umm i mean marah awak"tutur Afnan lembut. Hati wanita Iman sudah berdegup kencang.
Pujaan hati depan mata oi!!
"Haha its okay, saya tak fikir pun pasal tu semua, salah pihak kami juga"balas Iman sopan.
"Lepas makan tu saya ingat nak jumpa awak, tapi bila saya tanya waiter diaorang kata awak dah balik, ingatkan esoknya nak jumpa but mereka kata awak tak masuk kerja. Syukur Alhamdulillah dapat juga saya jumpa awak" jujur Afnan. Segaris senyuman dihadiahkan kepada Iman.
Dia senyum dekat akulah!Dia cari akulah! Seriouslah! Hehehehe.. Kontrol Iman kontrol. Aduh nama je Iman tapi Iman tak kuat betul. Omelnya dalam hati.
"Haha sampai macam tuh sekali, tak pelah maybe kalau saya jadi awak pun saya akan marah"senyuman hingga ke telinga pula yang dihadiahkan Iman.
"Owh ya nama saya Afnan Ilhan"ramah Afnan.
"Semua orang pon tahu kau Afnan Ilhan"Omel Iman sendiri tapi masih boleh didengari Afnan.
"Owh so you know me?"tersentak Iman. Kantoi! Dia buat muka biasa.
"Ya mestilah kenal"
"So???"Afnan menjongketkan keningnya.
"So??? What?? "Soal Iman kembali.
"What's your name?"soal Afnan lagi dalam tawa. Cis dia tanya nama aku! Apa aku nak jawab ni?
"Er.. Em.. Er im.. im.. "
"Im apa! "Sergah Afnan. Hilang pula sabarnya.
"Imani! "Jawab Iman spontan, terkejut dia dek disergah Afnan. Imani? Ah lantaklah oklah tu untung sahaja aku tidak menyebut namaku yang sebenar kalau tidak memang kantoi. Tapi kalau ye pon. Dia masih ingat aku ke? Pilu hati kecilnya
"Imani je? " soalan Afnan kembali menyedarkannya. Aduh banyak tanya pulak mamat ni.
"Nur Imani" sekali lagi. Spontan. Afnan terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Boleh saya panggil awak Iman?" soalnya perlahan. Iman terkedu. Tu memang nama akulah!! Dia ingat aku ke? Bisik hati kecilnya.
"Boleh je"jawabnya ceria. Afnan tersenyum. Dia kembali bersandar di kerusinya semula. Hmm bilalah nak sampai. Bisik hati Iman.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now