Bab 5

23.5K 721 1
                                    

"SELAMAT pagi Cik Iman"sapa Mak Ila yang sedang membersihkan ruang tamu. Majikannya yang sudah bersiap untuk ke kerja tampak sungguh berkarisma.
"Morning!"sapa Iman ceria. Dia yang berpakaian chef dan bertudung putih itu tidak ada secalit make-up pun diwajahnya. Tapi di sudah kelihatan sungguh menawan.
Iman duduk dimeja makan. Semua pekerjanya juga disuruh duduk untuk makan bersama. Mereka hanya menurut. Bak kata orang tua-tua, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Setelah sekian lama mereka semua berdiam diri menikmati sarapan pagi. Akhirnya Iman bersuara.
"Owh ya Fredo, please booked my flight ticket back too Malaysia tomorrow." ucap Iman selamba. Fredo yang merupakan pemandu peribadinya itu hanya mengangguk tanda faham.
Selepas mendapat panggilan telefon dari temannya sejak sekolah rendah lagi. Dia berjanji dengan temannya Qistina untuk pulang ke Malaysia bagi menghadiri majlis berinai, akad nikah, resepsi dan bersanding temannya itu. Dan restorannya yang bakal menaja makanan pada majlis itu nanti.
"Cik Iman dah nak balik ke Malaysia ke? Baru seminggu Cik Iman ada di sini, tapi sudah nak pulang. " ucap Mak Ila.
"Haha Malaysia perlukan Iman Mak Ila, nak buat macam mana. Kalau Mak Ila dan Pak Yah nak balik Malaysia bagitahu Iman ye, Memandangkan Iman mungkin lama tak balik London lagi lepas ni. Iman benarkan kalau Mak Ila dan Pak Yah nak balik, Iman akan belikan tiket ke sana. You too Fredo" Meskipun pekerjanya yang seorang ini dari Argentin tetapi dia faham apa sahaja yang dikatakan walaupun dalam bahasa Melayu.
"Betul ke ni, Cik Iman" soal Pak Yah gembira. Mana tidaknya, dah lama tidak pulang ke Malaysia terasa rindu pula."
"Ye betul, senang awak tempah tiket untuk saya,Mak Ila dan Pak Yah untuk pulang ke Malaysia,dan ke Argentina untuk kamu Fredo " arah Iman. Iman memang seorang gadis yang baik hati, Tidak pernah berkira dengan pekerjanya dan sentiasa merendah diri.
Tetapi kalau bab kerja, dia seorang yang sangat tegas dan garang. Mengalahkan singa. Pasti kecut semua pekerjanya apabila Iman sudah naik angin.Walaupun kaya tapi dia tetap tidak pernah sombong. Solatnya juga dijaga. Katanya kekayaan di dunia hanya sementara. Seisi ruang makan itu sudah dipenuhi dengan senyuman. Nak balik ke tanah air masing-masinglah katakan.

"YUNA where's your hat! "Jerit Iman. Kecut perut pekerjanya yang bernama Yuna itu. Wanita yang berusia lingkungan 20-an itu segera mencapai topi chef lalu memakainya.
"Ms. Iman, how about this"soal Sidriec yang sudah mengulurkan sudu kepada Iman untuk merasa sup tulang yang dimasaknya itu.
Hampir kesemua pekerja di dalam restoran ini adalah muslim dan mana yang bukan muslim Iman awal-awal lagi sudah memeriksa latar belakang mereka sebelum mengambil mereka bekerja. Dan semua makanan di restorannya itu dijamin halal.
Setelah merasa makanan yang dimasak oleh Sidriec dan berpuas hati. Iman kembali ke pejabatnya. Dia masuk lalu duduk diatas sofa yang terdapat disitu.
Penat. Memang itu yang biasa dirasai oleh Iman. Esok pula dia sudah pulang ke Malaysia. Memang letih. Tok! Tok! Tok! Ketukan dipintu menyentakkan Iman.
"Come in! " dengar sahaja kebenaran yang diberikan. Pintu terbuka dari luar. Terjegul kepala Sir Hendry disebaliknya.
"You looked really tired, You should take a rest" ujar Sir Hendry simpati. Iman tersenyum.
"I would like too, but I can't"
Sir Hendry hanya tersenyum. Setelah agak lama menyepi Sir Hendry bersuara semula.
"Iman bila you mau kahwin? " tersentak Iman dengan soalan yang diajukan.
"Hahaha, Hello i'm only 28 okay.. Tak fikir lagi pasal semua tu." ucap Iman dalam tawanya.
"You mau jadi anek dare (anak dara) tua ker" kadang kala Bahasa Melayu Sir Hendry ini teruk juga. Mahu tergelak Iman mendengarnya.
"I have around 2 years more to go Sir ,so relax." Sir Hendry hanya menggeleng kepala melihat kerenah Iman. Iman pula sudah ketawa sakan.

"ASSALAMUALAIKUM. Ya aku otw ni, kejap lagi sampai. Pekerja aku dah sampaikan yang tiga orang aku hantar tu? Ok ok see you there, Bye! Wa'alaikumussalam wbt. "
Kereta Lamborghini berwarna putih milik Iman itu meluncur laju diatas lebuhraya utara-selatan plus menuju ke Kuala Lumpur yang sesak pada waktu ini. Jam menunjukkan pukul 9:43 malam. Dari KLIA, Iman singgah ke rumahnya sebelum bergerak ke dewan yang dikatakan oleh Qis.
Setibanya di Dewan dimana majlis berinai bakal dijalankan pada malam esok, Iman memakir keretanya dengan cermat. Semua mata yang berada di luar dewan tersebut sudah memandang ke arah Iman. Ada yang dari dalam sanggup berlari ke luar.
Rakan-rakannya terutama Qistina juga keluar untuk melihat siapa yang bakal turun dari kereta mewah itu. Ada yang sudah tergedik-gedik memikirkan yang bakal turun adalah lelaki.
Iman membuka pintu kereta. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam beg tangan berjenama Gucci itu. Iman menukar kasut sneakers kepada kasut tumit tinggi lalu melangkah keluar dari keretanya itu. Pintu kereta ditutup.
Dia tetap dengan dirinya yang tidak suka berdandan, hanya pelembab bibir berwarna merah jambu menghiasi bibir. Dia berjalan ke arah seorang pemuda yang berbaju Melayu di situ . Mata yang memerhati tidak diendahkan.
"Assalamualaikum. Boleh saya jumpa dengan bakal pengantin perempuan? "Pinta Iman sopan. Semua lelaki disitu memerhati Iman atas bawah. Lawa! Mereka tidak menyangka chef terkemuka di Malaysia berada di hadapan mereka.
"Err.. Boleh mari ikut saya Cik.. "
"Nur Iman Sofea" belum sempat pemuda itu hendak menghabiskan ayatnya, Iman terlebih dahulu menyambung sambil tersenyum manis. Lelaki tadi membawa Iman berjumpa dengan Qistina dan rakannya yang lain.
"Assalammualaikum.. Kak Qis Err.. Cik Iman Sofea dah sampai" ucap pemuda tadi .
"Assalammualaikum. "Ucap Iman pula. Mereka sudah ternganga melihat penampilan baru Iman. Mana tidaknya dulu semasa di sekolah dia biasa-biasa sahaja orangnya sekarang sudah berubah. Iman jauh lebih cantik berbanding di dalam gambar.
"Iman ke ni, serius ah beb! Lawa ah kau dah lama tak jumpa"ucap Bella yang turut ada di situ. Areena juga ada disitu bersama mereka. Selesai bersalaman sesama sendiri mereka duduk berbual-bual.
Di antara temannya itu ada yang sudah berkahwin dan ada yang belum. Ada juga yang baru bertunang. Tetapi kebanyakannya semua sudah berpunya. Dirinya sendiri? Hmm masih loner berjaya.
Dia turut berasa bangga dengan kejayaan rakan-rakannya. Bella sudah bekerja sebagai peguam, Izah dan Fina pula sebagai doktor, Areena sebagai ahli perniagaan, Nisa sebagai guru dan dua lagi temannya Ira dan Hani tidak berkerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Sakan mereka berborak. Seperti makcik-makcik sedang berjejak kasih pula gayanya.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now