IMAN termenung di atas katilnya. Beg yang sudah siap di kemas oleh ibunya dipandang kosong. Seketika dia tersenyum dan seketika dia mengalirkan air mata.
Dia tunduk sambil tersenyum namun matanya tidak mampu membendung air mata yang bertakung di tubir mata.
"Terima kasih Allah kerana kau telah melahirkan dia pada hari ini dan menemukan aku kepadanya.. Happy birthday Afnan.." ucapnya perlahan lalu menyeka air matanya.
Sejak kejadian Ameera ditangkap lewat malam semalam, Afnan yang menguruskan segalanya. Yang lain seperti Qayyum dan keluarga Afnan juga telah pulang bagi membuat persiapan untuk majlis ulang tahun Afnan dan kembarnya.
Terngiang kembali kata pujuk rayu Harnania agar dia pergi ke majlis hari jadi Afnan pada malam ini. Sebenarnya saat dia dimasukkan ke hospital, dia sedar segala apa yang dikatakan Afnan saat dirinya disorong ke dalam wad kecemasan tersebut bagi menjahit lukanya.
Jelas dapat dilihat Afnan memang tulus mencintainya kali ini. Sekali lagi air matanya jatuh. Pintu wad yang dibuka dari luar membuatkan Iman segera menyeka air matanya.
"Sayang mari kita balik" ujar Puan Rafidah kepada puterinya itu. Semua adik beradiknya berada disitu. Alhamdullilah ibu sudah kembali ceria seperti dulu.
Arief membantu kakaknya untuk berdiri dan memimpinnya ke kereta.
"Kakak dah okay?"soal Arief. Iman berpaling memandang adiknya dengan dahi yang berkerut. Arief ketap bibir.
"Dengan abang Afnan..." Sambung Arief.
"Dah kot." Jawab Iman.
"Tadi adik dia yang sebaya Arief tu ada pesan suruh cakap dekat kak Iman yang abang dia memang betul-betul cintakan akak." Ujar Arief
"Amboi, ada apa-apa ke dengan Nia. Rapat semacam je akak tengok korang berdua" ucap Iman tukar topik.
"Eh! Tak adalah mana ada!" Nafi Arief.
"Kalau ada pun apa salahnya kan.." perli Iman dengan suaranya yang dileretkan.
"Ish akak ni!" Malu Arief dilakukan sedemikian rupa oleh kakak kesayangannya.
Semua yang berada disitu tergelak. Dalam gelakan mereka Iman sempat membisikkan sesuatu kepada adiknya dan perkara itu membuatkannya tersenyum. Sesampai di kereta Arief segera mengeluarkan telefonnya.
- SHE'S COMING! :) - ARIEF.
-GOOD! THANKS ARIEF!!-
AFNAN merenung gelas ditangan. Lama namun kosong. Penuh dengan kesedihan dan kekecewaan. Puan Sri Aufa dan Tan Sri Abdul Halim hanya memerhati putera tunggalnya dari jauh sambil menyambut tetamu yang hadir.
Afyan Ilyan mengambil tempat disebelah Afnan. Dia mengeluh kecil sebelum bersuara.
"Han, kau ni. Macam aku seorang je yang sambut birthday hari ni. Lepas potong kek, kau terus bla macam tu je. Tak apalah Han, kalau dah bukan jodoh kau dengan dia nak buat macam manakan. Kalau ada jodoh adalah." Pujuk Afyan
"Hmm.. sorry ah kalau aku buat kau rasa tak happy an time hari jadi kau ni. Tapi, jujur aku nak cakap, aku yang bodoh sebab lukakan dia." Keluh Afnan.
"Semua orang pernah kesilapan sebab semua orang tak sempurna. Kau bagilah dia masa, inshallah dia akan berlembut hati dan terima kau balik. Okay?" Sambung Afyan pula.
Afnan memandang Afyan dengan senyuman yang cuba dimaniskan dibibir.
"Okay..."
"Abangggg........."jerit Harnania dari dalam rumah. Dia berlari ke arah abangnya sambil memegang sebuah kotak.
"A-aban.. ha ha semput" termengah-mengah Harnania dibuatnya.
"Dah kenapa kau ni Nia?" soal Afyan.
"Hehe tak de pape" ujar Harnania sambil cuba menarik nafas dalam. Dia segera bergerak duduk dihadapan Afnan. Kotak yang dibawanya diserahkan kepada Afnan.
"Apa ni?" Soal Afnan pelik.
"Hadiah dari Nia." Jawab Harnania spontan.
"Eh Han je ada hadiah? Aku punya mana?" Soal Afyan tidak puas hati.
"Alah kau punya dekat bilik nanti-nantilah claim" ucapnya selamba sambil membetulkan tudung yang sedikit senget.
"Cepatlah buka abang" ucap Harnania teruja.
"Okay.." Afnan tergelak kecil melihat gelagat adiknya itu. Afnan membuka kotak yang diberikan oleh Harnania kepadanya. Saat dia melihat isi kandungannya dahinya jadi berkerut.
"Sorrylah hadiah abang Nia tak sempat nak belikan sebenarnya. Ni je mampu" ucapnya sambil lagi. Afnan mengangkat muka. Dahinya masih berkerut.
"Mana Nia dapat cincin ni?" Soal Afnan.
"Owh haritu Nia kemas pejabat abang then Nia terjumpalah." Ucap Harnania selamba. Afnan baru teringat akan cincin yang diberikan olehnya kepada Iman. Setelah Iman membaling cincin itu, dia tidak mencari kembali ke mana cincin itu jatuh. Dibiarkan sahaja.
"Tapi,kalau ye pun kenapa bagi abang cincin ni, cincin perempuan pula tu. Nia ambil jelah." Ucap Afnan lalu menolak kembali kotak dihadapannya.
"Eh abang jangan ingat Nia tak tahu ea itu cincin yang abang bagi dekat kak Iman. Mana boleh Nia ambil. Ish! Itukan orang punya "
"Ya memang betul. Kenapa pun? Lagi pun kak Iman dah tak terima abang dah Nia." Ucap Afnan perlahan. Afyan hanya jadi pemerhati.
"Siapa kata! Abang sedih-sedih dekat sini, abang tahu tak sekejap lagi kak Iman nak sampai" ucap Harnania selamba.
"Hah!" Terbangun Afnan.
"... Nia jangan main-main Nia ada yang kene seligi dengan abang malam-malam buta ni."
"Ish abang ni betullah, diaorang dalam perjalanan, tadi Arief ada message Nia" terang Harnania.
"Omg,omg,omg macam mana ni abang tak ready apa-apa lagi Nia."
"Sebab tu Nia dah tolong abang setup semua benda petang tadi" Afyan dan Afnan sudah saling berpandangan.
TANGAN tua milik Puan Sri Aufa dicium Iman. Orang tuanya juga saling bersalam-salaman dengan orang tua Afnan. Iman memandang sekeliling rumah agam yang pernah dikunjunginya itu. Wah! Meriah sungguh.
Ramai orang datang. Nasib baik kakaknya seorang juru solek bolehlah tolong cover lebam ditepi bibirnya itu. Tidaklah terasa janggal dan malu jika dipandang orang.
Sedang leka Iman melihat juadah diatas meja seseorang sudah merancang sesuatu. Iman sedikit pun tidak sedar yang semua tetamu sudah berkumpul dan memandang ke arahnya.
Apabila terasa dirinya dipandang dan suasana yang tadinya riuh sudah bertukar sunyi dia memalingkan tubuhnya sambil memandang sekeliling.
Dia segera menekup mulutnya. Air matanya segera jatuh. Ada diantara tetamu yang berada disitu memegang papan tanda yang mempunyai satu huruf setiap satu. Termasuk keluarganya dan keluarga Afnan.
- IM SORRY :( I REALLY LOVE YOU. WOULD YOU MARRY ME?-
Iman memandang ke belakang saat terasa bahu disentuh. Dan saat itu juga dia dapat melihat Afnan sudah duduk melutut dihadapannya buat kali kedua. Cincin yang pernah bertakhta dijarinya turut kelihatan ditangan Afnan.
Dengan tangisan yang masih bersisa akhirnya Iman mengangguk dan semua yang berada disitu bersorak riang. Afnan tersenyum lalu menyarungkan cincin ke jari manis milik Iman.
"TAK sangka.." ucap Afnan sambil melihat bintang dan duduk di sebelah bintang hatinya.
"Hm?" Pelik Iman.
"Tak sangka awak terima saya lagi. Terima kasih." Ucap Afnan sambil tersenyum.
"Yeah no problem. Sebenarnya saya tolong awak je.." ucap Iman selamba.
"Tolong saya?" Soal Afnan tidak mengerti.
"Ya,tolong awak, saya takut awak malu je kalau saya tak terima awak tadi" selamba Iman.
"Eleh yelah tu. Habis yang menangis terharu tadi tu apa?" Perli Afnan.
"Yelah tu namanya acting bagi menjayakan lakonan. Biar nampak real sikit.." Ternganga Afnan dibuatnya.
"Oh so awak tak ikhlaslah ni?!" Ucap Afnan. Tergelak Iman dibuatnya. Iman sudah bangun dari duduknya dan bersedia untuk lari.
"Haah... Wekkk! Hahahahaha!" Ucap Iman sambil menjelirkan lidahnya. Mengekek dia ketawa sambil berlari.
"Iman....!" Afnan juga sudah bangun dan mengejar Iman. Habis mereka berlari satu rumah, sampai ke keluarga mereka yang sedang berbincang tentang tarikh majlis pertunangan dan perkahwinan mereka turut terganggu.
Masing-masing hanya mampu tergelak dan tertawa melihat gelagat mereka.
"Terima kasih Ya Allah kerana mengembalikan senyuman dan dirinya dalam hidupku. Akulah hambamu yang paling bahagia dan bertuah dibumi ini." ucap Afnan dalam hati.
Kita mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Love you Dear Mr. Right.
T _ T
- TAMAT -
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...
![Dear Mr.Right [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/91913276-64-k615717.jpg)