Bab 20

15.9K 525 4
                                    

DALAM cahaya yang samar Iman memandang Afnan dari belakang yang sedang terbongkok-bongkok seperti sedang mencari sesuatu.
Iman yang tadinya ingin keluar menyiapkan kerja di luar terkejut apabila ternampak seseorang di ruang tamu. Apabila dilihat dengan jarak yang dekat dia merupakan Afnan.
"Awak buat apa ni? " soal Iman hairan. Dah kenapa waktu begini Afnan masih belum tido. Afnan memaling kebelakangan sebelum berpusing memandang Iman.
"Iman!" Afnan terjerit kecil. Iman segera membuat isyarat supaya Afnan memperlahankan suaranya. Afnan menekup mulutnya menggunakan tangan.
"Apa dia? " soal Iman lagi.
"Saya sakit pingganglah, awak ada minyak tak? " soal Afnan dalam nada yang seperti berbisik.
"Owh, sebab tidur dekat bawah ke? " soal Iman serba salah.
"Eh tak adalah. Saya memang macam ni. So? Ada tak? " ucap Afnan ingin menenangkan hati Iman.
"Ada. Tunggu sekejap " Iman segera masuk semula ke dalam bilik dan keluar semula dengan membawa minyak angin di tangan.
"Nah. " beri Iman.
"Thanks. Eh btw awak nak pergi mana ni? " soal Afnan pelik apabila melihat Iman yang sudah bersiap.
"Saya nak pergi siapkan kerja. Tadi diaorang call suruh hantar email semua. Nak buat kat sini tak ada line. So saya nak ke pekan sekejap. " jelas Iman.
"Eh tak bahaya ke? Ada kedai bukak ke malam-malam buta macam ni? "Soal Afnan risau.
"Adalah, awak jangan risau. " terang Iman.
"Saya nak ikut boleh? Saya tak boleh tidurlah" rayu Afnan
"Jomlah."ajak Iman. Sekurang-kurangnya ada juga dia kawan.
"Ha ok tunggu sekejap, saya nak pergi tukar baju" pinta Afnan.
"Eh tak payahlah, oklah ni just ambil cap je. " jelas Iman.
"Ha? Seriously? "Soal Afnan terkejut.
"Iye, bukan ada orang nak tengok pon " bebel Iman.
"Ha yelah, tunggu saya pergi ambil topi " Afnan segera mengambil topinya di dalam bilik. Iman pula sudah tunggu di luar.

AFNAN yang duduk bertentangan menghadap Iman menghirup kopi panasnya perlahan-lahan. Matanya ralit melihat Iman yang sedang khusyuk menaip sesuatu di komputer.
"Awak tak penat ke tengok saya sampai macam tu? " soal Iman yang masih menumpukan perhatiannya kepada laptop dihadapan.
Afnan sudah tersenyum. Dia meletakkan cawan tadi ke atas meja.
"Awak ni memang tak pernah penatkan kalau soal kerja. " ujar Afnan kagum.
"Saya buat semua ni bukan untuk saya seorang." ujar Iman yang masih menatap screen laptopnya dengan senyuman dibibir.
"Maksud awak?" soal Afnan ingin tahu.
"Pagi nanti saya bawak awak pergi satu tempat, and awak tahulah nanti apa maksud saya" Iman tersenyum penuh makna. Dia segera menghabiskan kerjanya sambil ditemani Afnan.

POKOK bunga yang hidup subur itu disiram Iman. Setelah selesai Iman menyiram pokok bunga, dia meletakkan paip getah itu ketepi.
"Hi, good morning! " sapa seseorang dari belakang. Iman memaling ke belakang untuk melihat pemilik suara itu.
"Eh, selamat pagi " balas Iman kepada Qayyum.
"Dah sarapan? " soal Iman ramah.
"Dah, awak? " soal Qayyum.
"Aku tak sarapan lagi, tapi mata aku ni dah sarapan " sampuk Afnan yang baru balik dari berjoging.
Afnan hanya memakai seluar track tiga suku, t-shirt tanpa lengan berwarna hitam serta topi dan kasut sukan. Terserlah otot lengannya di situ. Iman sudah tergamam. Gulp!
Afnan yang sedang mengesat peluh sambil membuka topinya memandang Iman.
"Awak jadikan? " soal Afnan.
"Ha? Jadi apa? "Soal Iman kembali.
"Alah yang pasal awak bagi tahu tu.. " sengaja dia mahu mengapi-apikan Qayyum yang sudah mencerlung memandangnya.
"Owh jadi, pergilah bersiap, kejap lagi kita pergi. " ucap Iman.
"Okay!" jawab Afnan ceria. Semasa ditangga dia memandang muka Qayyum dengan senyuman sinis dibibir ingin menyatakan bahawa dia sudah menang. Get lost! HAHAHA.

SEDARI tadi Iman tidak memberitahu ke mana mereka bakal pergi. Sudahlah Iman membeli pelbagai jenis barang dari barang dapur sehinggalah ke buku dan pakaian.
Kereta Mini cooper Iman memasuki perkarangan rumah anak yatim itu. Dari jauh Afnan sudah dapat melihat kanak-kanak disitu sudah melompat riang sambil melambai-lambai ke arah mereka.
"Ok dah sampai. "Ucap Iman, seraya keluar dari keretanya. Afnan hanya menurut segala perlakuan Iman.
Belum sempat pun Iman hendak membuka bonet keretanya, dia dan Afnan telah diserbu oleh sekumpulan kanak-kanak . Mereka bersalaman dengan Iman dan Afnan.
"Kak Iman! Kenapa kak Iman dah lama tak datang sini? Aqish rindu tau. " ujar Aqish yang mungkin berumur 6 tahun itu.
"Yelah kak, kitaorang rindu dengan akak. " sampuk Fahim yang merupakan kanak-kanak paling tua disitu.
Iman mencangkung di hadapan Aqish sambil tersenyum dan membelai rambut kanak-kanak kecil itu.
"Akak minta maaflah, akak banyak kerja. Tu yang akak tak sempat nak jenguk kamu semua. Nenek dan atuk semua sihat? " soal Iman lembut.
"Sihattttt... "Jawab mereka serentak.
"Ibu mana? " soal Iman lagi.
"Kat dalam" jawab Fahim.
"Ok ni tolong akak angkat barang bawak masuk dalam ye. " Iman memberikan plastik yang ringan kepada mereka.
"Ok!" mereka hanya menurut sebelum masuk ke dalam. Afnan mengangkat dua kampit beras dan Iman pula mengangkat dua botol minyak masak masuk ke dalam.
"Pusat anak yatim dan rumah orang-orang tua Al Iman? " bisik Afnan perlahan.
Iman hanya tersenyum sebelum masuk ke dalam. Semasa berada di dalam. Mereka meletakkan barang di dapur. Semua kanak-kanak disitu gembira menyambut kepulangan Iman.
Warga emas disitu juga turut tersenyum. Afnan kagum dengan Iman. Dia tidak sedikit pun lokek dengan hartanya.
Kediaman itu cukup luas untuk menempatkan seramai 145 orang kanak-kanak yang sudah kehilangan ibu dan bapa dan 78 warga tua yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka.
Semua Iman bantu dengan ikhlas. Tidak pernah sedikit pun dia mengeluh. Semua perbelanjaan di biayai oleh dirinya. Dari segi pakaian, makanan dan lain-lain lagi.
Iman dan Afnan duduk bersebelahan memantau kanak-kanak dalam lingkungan 7-17 tahun membuat kerja sekolah mereka.
"Akak!" panggil seseorang.
"Ye Fahim kenapa? " soal Iman yang sedang membantu Farah menjawab soalan bahasa melayu.
"Him tak fahamlah soalan ni. " ujar Fahim sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Biar abang ajarkan" Afnan segera bangun dan menyimpan handphonenya lalu menghampiri Fahim yang sudah memandangnya.
"Owh, soalan bahasa inggeris. Kacang goreng je ni. Meh abang ajar. "Satu persatu Afnan terangkan. Hidupnya sudah sebati dengan London mestilah fasih berbahasa Inggeris.
"Thank you abang" ujar Fahim dalam bahasa Inggeris. Afnan mengangguk sambil tersenyum manis kepada Fahim.
"Abang, abang ni boyfriend kak Iman ea? " soal Farah ingin tahu. Terus berona merah pipi Iman. Soalan cepumas diajukan . Afnan sudah memandang Iman dengan senyuman sumbing dibibir.
"Haah" dengan selamba dia memiyekannya. Mereka yang lain sudah tersenyum.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now