Bab 15

18.3K 548 3
                                    

"TERIMA kasih mak cik, saya balik dulu ye." Ucap Afnan sopan kepada Puan Halimah.
"Yelah, sama-sama. Hati-hati jalan. Ni Iman, kamu tidur rumah mak longkan?" Soal Puan Halimah kepada anak saudaranya pula.
"Ye, tapi Iman balik lambat sikit ye mak long. " pinta Iman.
"Yelah, jangan balik lambat sangat" pesan Puan Halimah prihatin. Iman mengangguk sebelum dia dan Afnan menyalami tangan tua itu.
Mereka melangkah lalu masuk ke dalam perut kereta. Iman sudah menghidupkan enjin dan memakai seat belt. Afnan juga sama.
"So, apa alamat rumah awak? " soal Iman sambil memandang Afnan yang sedang sibuk meneliti sesuatu di telefonnya.
"Ala.. Awak dah nak hantar saya balik ke? " soal Afnan yang sudah berpaling memandang Iman yang sedang memakai cermin mata hitam.
"Eh iyelah. Habis tu awak nak pergi mana lagi. Tadikan awak dah janji kalau awak ikut saya lepastu awak akan balik. So bagi saya alamat awak." Pinta Iman.
"Alah awak, bolehlah. Lagi satu tempat je. Lagipun kawan saya ada dekat situ. Saya tak ada kereta nak pergi sana." Rayu Afnan sambil buat muka comel. Iman mengeluh. Lemah betullah kalau Afnan berkelakuan bergitu. Cair habisss...
"Yelah. Dekat mana?" Soal Iman. Afnan sudah menjongketkan keningnya.
MEREKA keluar dari kereta. Iman sudah tercengang. Fun fair pagi-pagi buta? Tak pernah tahu pun ada. Afnan sudah berjalan berdiri sebelah Iman. Tangannya menarik lengan Iman yang masih tercengang.
"Hi! Sup bro! " sapa seorang lelaki yang mungkin sebaya Afnan.
"Sorry late. " ucap Afnan pendek. Lelaki itu hanya mengangguk dan mengangkat kening apabila terpandang Iman yang masih leka memandang sekeliling.
"Owh ya! This is Nur Iman Sofea. And Iman, this is Tengku Idrus" perkenal Afnan seperti dapat menangkap isyarat yang diberikan oleh Idrus. Iman berkalih memandang Idrus yang sudah tersenyum memandangnya.
"Hi, I'm Nur Iman Sofea, called me Iman. " Iman memperkenalkan dirinya sekali lagi sambil menunduk kerana mereka tidak boleh bersalaman.
"Hi, called me Idrus. So! Inilah perempuan yang kau cerita tu ye,but kenapa kau tak cakap dengan aku yang dia tuh Chef Iman?" ucap Idrus sambil memandang Afnan. Iman? Sedikit pun tidak berminat untuk mendengar, dia masih teruja melihat kawasan sekeliling.
"Tak tanya"balas Afnan selamba.
"Engkau jangan main gila Han, si Meera tu kau nak campak mana? "Soal Idrus dalam peringatan.
"Malas lah nak fikir pasal si... "
"Awak! Cepatlah! " jerit Iman yang sudah jauh meninggalkan mereka di belakang.
"Ha.. Rasa tenang bila dengar suara tu.. Oklah gerak dulu buah hati dah panggil. " Afnan menepuk bahu Idrus sebelum berlalu pergi dengan gaya machonya. Idrus hanya mencebik sebelum mengekori mereka dari belakang.
"Nasib sepupu kalau tak dah lama aku lepuk. " Omel Idrus seorang diri.

"ERR.. awak saya tunggu dekat luar jelah, saya takutlah. " bisik Iman.
"Eh kita dah nak masuk ni, lagipun jangan harap saya nak bagi awak tunggu luar sorang-sorang. Bahaya! Tak apa kalau awak takut awak peluk je tangan saya dan tutup mata nanti saya lead awak ok" Ucap Afnan menenangkan Iman.
"Alah, rilekslah Iman. Bukannya takut sangat pun hantu dalam tu nanti, bukannya betul-betul diaorang tu manusia je sebenarnya. " sokong Idrus poyo.
"Eh btw, awak nak tahu tak Afnan ni penakut tau! Tak sempat nak selamatkan awak dia dah jerit and lari dulu nanti, Tengoklah.. " tambah Idrus lagi seraya membetolkan topi yang dipakainya.
"Ok fine, kita tengok nanti siapa yang penakut .." Bisik Afnan sendiri.
"Next!" Selepas mendengar arahan mereka melangkah masuk ke dalam rumah hantu berkenaan. Iman sudah memeluk tangan Afnan yang berlapik baju tapi tidak pula dia menutup matanya. Tak bestlah masuk tapi tutup mata.
Baru beberapa langkah mereka melangkah. Gharghhhh!!! Sergah seekor hantu yang rupanya dari arah belakang mereka. Iman sudah menjerit. Afnan rileks sahaja. Idrus?
"Arghhh!!! Tolong mak umi abah tolong Id! Id takut arghhh!!" Idrus menjerit sambil berlari merempuh Iman dan Afnan. Idrus hilang dari pandangan mereka. Iman dan Afnan memandang satu sama lain di dalam kemalapan lampu merah.
"Bukan saya takut Encik dan Cik H ni, tu ha budak yang awak baru nampak lari lintang pukang tu yang penakut! " terang Afnan berbisik. Iman ketawa kecil. Mereka membuat keputusan untuk mencari Idrus, kalau pengsan parah jadinya.
Baru satu tapak mereka berjalan mereka mendengar suara jeritan yang datang menuju ke arah mereka.
"Argghhhh!!!! Mommy help me!! " Itulah Idrus. Sekali lagi dia berlari ke arah Afnan dan Iman sebelum dia menutup matanya dan memegang belakang baju Afnan. Penat dah berlari satu rumah hantu itu, sampai orang yang jadi hantu pun terketawa.
Semasa tiba penghujung perjalanan mereka. Suasana yang tadinya seram sudah penuh dengan gelak ketawa Iman dan Afnan. Dah tak seram jadinya. Iman dan Afnan menekan-nekan perut mereka yang terasa senak akibat ketawa.
"Suka-suka! Ha ketawalah lagi! Ingat lawak ke! "Rajuk Idrus.
"Rileks lah Id serious awak lawak gila, tak sangka selalu tengok dalam paper smart je rupanya takut cik 'H' " ucap Iman yang masih dalam tawanya.
"Awak jangan Iman, ingat kita satu negeri, saya boleh buang awak dari negeri tau.. " ugut Idrus agar Iman berhenti ketawakan dirinya, Afnan dijeling tajam.
Mendengar sahaja ugutan yang dilontarkan oleh Idrus, Iman segera memberhentikan tawanya. Afnan yang sedang memakai kaca mata hitamnya semula bersuara memberi ugutan kepada sepupunya itu pula.
"Kalau ada apa-apa jadi pada Iman, kau buang dia negeri or what so ever tahulah nasib kau" Afnan menepuk bahu Idrus yang sudah buat muka. Afnan tahulah dia tu panas baran. Iman hanya menyengih.
"Oh Iman how lucky you're.. Dahlah gelaklah sampai esok aku nak balik. " Idrus melangkah ke arah keretanya.
"Merajuklah tuh! Eh aku ni nak balik naik siapa dol?!" Afnan menjerit.
"Jalan kaki! "Balas Idrus. Iman dan Afnan sudah tergelak.
"Hmm so, awak dah nak balikkan? " soal Afnan kembali memandang Iman.
"Ya but how about you? " soal Iman serba salah.
"Jalan kaki? " Afnan menjongketkan bahunya.
"Dah jom, saya hantar" Iman menarik tangan Afnan ke arah keretanya. Afnan sudah tersenyum girang. Apa yang diharapnya berjaya!
Masyarakat sekeliling hanya mampu gigit kuku apabila melihat kemesraan yang mereka lihat. Tanpa Iman dan Afnan sedar ada yang sedang memerhati dari jauh.
Orang tersebut mendail nombor seseorang dan mendekatkan telefonnya ketelinga. Satu saat, dua saat tiga saat empat saat dan akhirnya panggilan bersambung.
"Hello, so ada apa-apa perkembangan. " soal seseorang dihujung talian.
"Saya dah jumpa dia Tengku, mereka berada di.. " belum pun sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya orang yang digelar 'Tengku' itu memotong.
"Diaorang ada di mana saya tak nak tahu, saya cuma nak awak ekori mereka dan hantar gambar-gambar yang telah awak ambil pada saya. "
'Titt' panggilan tamat.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now