Bab 26

14.3K 431 4
                                    

     PAGI pagi lagi Iman sudah keluar bersiar-siar ditaman resort yang serba lengkap itu. Dia melonggarkan otot-ototnya setelah penat berjoging di taman rekreasi resort tersebut. Dia duduk di bangku berhampiran sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget.
     Dari jauh Iman sudah nampak Afnan yang sedang berjoging menuju ke arahnya. Iman jadi gelabah mengenangkan peristiwa malam semalam. Malunya tak habis lagi. Iman berniat hendak beredar dari situ tetapi Afnan telah terlebih dahulu memanggil namanya.
      "Iman!" Jerit Afnan sambil berlari anak menuju ke arah Iman yang telah kaku di kedudukannya. Dia perlahan-lahan menoleh ke arah Afnan yang sudah berhenti betul-betul dihadapannya. Iman hanya mampu tayang sengih.
      "Jom breakfast" ajak Afnan. Iman hanya menggeleng.
      "Why not?" Berkerut dahi Afnan. Kali ini Iman memberikan responnya dengan hanya mengangkat bahu. Dia segera berpusing membelakangi Afnan. Afnan tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan Iman.
      Dia segera menarik lengan baju Iman. Iman berpusing. Kali ini mukanya kelihatan marah.
      " Semalam lepas buat modeling dekat balkoni bilik terus bisu ke?" Perli Afnan. Iman mencerlung tajam memandang Afnan. Dia sedar mukanya telah merah taatkala ini akibat marah ditambah dengan malu. Dapat dia rasakan darahnya berlumba-lumba menyerbu naik ke muka.
      "Sebab sekejap lagi saya nak balik bilik kemudian saya nak keluar beli barang." Jawab Iman. Afnan tersenyum. Cakaplah awal-awal..
      "Ya but you still have to take your breakfast, nanti gastrik macam mana? While penting sangat ke barang yang awak nak beli tuh?" Soal Afnan dalam pernyataan.
      "Ya penting. And tak payah risaulah pasal saya. I can take a good care of myself" Iman senyum tak ikhlas.
      "Ok then, its up too you but , macam mana awak nak pergi kedai kalau kereta awak masih dekat workshop?" Afnan soal perangkap berharap Iman bakal membatalkan niat dan mengikutnya bersarapan. Dia sudah tersenyum dengan hakikat itu.
      Tapi,tidak lama kemudian senyumannya itu mati dan kali ini Iman pula tersenyum tanda kemenangan.
      "Saya pinjam kereta pekerja resort, saya ada kenal beberapa orang pekerja yang bekerja dekat sini. This is my hometown man,don't you remember that?" Balas Iman sambil tersenyum .
      Ish dia nikan ada yang aku cabut mulut murai dia ni,ada sahaja akalnya hendak menjawab.Gumam Afnan dalam hati.
      "Ok then,saya ikut." Putus Afnan.
      "Oh no no no no no, awak tak boleh ikut." Bangkang Iman.
      "Lah.. Kenapa pulak? Sebab ni hometown awak jugak?" Soal Afnan curious.
      "Adalah." Ucap Iman selamba, dia terus berpusing dan meninggalkan Afnan berdiri terconggok disitu. Sebenarnya Iman hendak ke kedai untuk membeli barang keperluan peribadinya dan salah satunya adalah tuala wanitanya yang telah kehabisan dan kebetulan pula dia sedang datang bulan. Maka, malulah kalau Afnan ikut sekali setakat nak beli tuala wanita je pon. Iman mencebik.
      SEPERTI yang dikatakan Iman tadi,dia bakal ke kedai, dia sudah siap untuk ke kedai. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang seluar jeans biru dan shawl biru. Penampilannya sangat bersahaja.
     Dari jauh Afnan dapat melihat Iman telah masuk ke dalam kereta salah seorang pekerja resort itu. Afnan hanya mampu mengeluh. Sejak kejadian malam tadi Iman asyik hendak melarikan diri daripadanya.Hmmm.. Nasib badanlah Afnan. Desis Afnan.

      PUAN Haizah yang duduk di gazebo rumahnya bersama suami tercinta sedang asyik memerhati puteri tunggalnya yang sedang menuruni anak tangga rumah agamnya itu.
      "Ameera! Mari sini!" Panggil Puan Haizah dalam amarahnya. Ameera yang tadi sedang menuruni anak tangga sambil membetulkan rambutnya memandang Puan Haizah yang sedang mencerlung tajam ke arahnya.
      "Yes ma?" Soal Ameera seraya mengorak langkah menuju ke arah mama dan papanya. Ameera tidak duduk sebaliknya hanya berdiri di tepi pintu yang menyambungkan dalam dan luar rumahnya itu.
      "Kamu nak ke mana?" Soal Puan Haizah. Ameera tergelak.
      "Nak pergi kerjalah, kenapa? Papa tak kerja harini?" Soal Ameera manja.
      "Tak." Balas Encik Rahman malas sambil meneruskan aktivitinya membaca surat khabar. Ameera mengangguk dan kembali mengalihkan perhatiannya kepada Puan Haizah.
      "Kenapa mama? Mama nak pergi mana-mana ke? Meera hantarkan tapi balik mama kene naik Pak Ali lah Meera tak boleh nak keluar rasanya." Ameera berkata dalam tawanya. Sebenarnya dia agak gementar. Dia sudah memberitahu papanya soal Afnan dan Iman dan papanya seorang lelaki yang berfikiran terbuka.
      Encik Rahman berkata cinta tidak boleh dipaksa jika inginkan kebahagiaan dan Ameera faham akan setiap bait kata papanya itu. Ini pasti papanya sudah memberitahu Puan Haizah. Sejujurnya Ameera lebih manja dengan Encik Rahman dan selalu berkongsi masalah dengan papanya itu.
      Ini disebabkan oleh Puan Haizah seorang wanita yang berkaliber dan memandang standard dan pangkat seseorang itu. Dia amat menjaga status "tengku" nya itu disebabkan oleh dia berketurunan kerabat diraja.
      "Mama nak tanya kamu, kenapa kamu sesukahati batalkan perkahwinan kamu dengan Afnan?!" Marah Puan Haizah. Ameera terkedu tetapi dia tetap memberanikan diri.
       "Sebab Afnan tak cintakan Meera dan Meera nak hidup bahagia dengan orang yang cintakan Meera setulus hati." Jujur Ameera.
      "Kamu jangan nak merepek ye Ameera! Kamu dah tak suka Afnan lagi!? Dulu kamu yang gila-gilakan dia sampai suruh mama jodohkan kamu dengan dia! Mana mama nak letak muka mama?!
      Apa mama nak cakap dekat kawan-kawan mama! Mana anak mama yang dulu! Yang sombong yang keras hati yang tetap dengan pendirian sendiri,yang takkan lepaskan hak dia!" Teriak Puan Haizah.
      "Zahhh.." Encik Rahman bersuara. Ameera melutut di tepi mamanya. Dia memegang erat kedua belah tangan mamanya.
      "Mama, People needs changes in their daily life to be a much better person. Meera masih sayangkan Abang Han but what else can I do if hati Abang Han pada orang lain?" Lembut Ameera memujuk. Encik Rahman hanya memerhati . Kasihan anaknya itu. Ameera betul-betul telah berubah setelah dia kehilangan rakan karibnya tempoh hari.
      "Siapa perempuan tu! Iman! Perempuan kampung yang tak ada standard tu?!" Herdik Puan Haizah.
      "Mama! Iman bukan perempuan kampung yang tak ada standard, she much better than me. Dia cantik,pandai berdikari pandai masak dan dia selayaknya dengan Abang Han.
      Han deserve to be her husband and Iman deserve to be his wife. Kumbang bukan seekor mama." Ucap Ameera lagi. Ameera bangun lalu menyalami tangan mama dan papanya.
     Baru sahaja dia hendak berlalu pergi mamanya bersuara lagi.
      "Walaupun kumbang yang Meera cakap tu miskin tak berharta? Mana mampu dia nak tanggung makan pakai Meera. Meera pon sendiri tahu Meera macam mana. Mana nak ke salon mana nak shopping.
      Meera tetap tak menyesal nak lepaskan Afnan macam tu je? Afnan tu poket berkepuk-kepuk! mampu bagi Meera apa sahaja!" Puan Haizah tersenyum sinis. Pasti kali ini anaknya berubah fikiran dan meneruskan perkahwinannya dengan Afnan. Tapi sangkaannya salah.
      "Yes i do mama,Dalam perkahwinan bukan harta yang dipandang bukan duit yang dicari tetapi cinta dan kasih sayang. Meera pergi dulu, Assalammualaikum." Ameera terus berlalu pergi.
     Encik Rahman yang mendengar ayat puteri tunggalnya itu telah mengulum senyuman di sebalik surat khabar yang dibacanya. Dan Puan Haizah telah hangus terbakar dijilat api kemarahannya.
      "Eee.. Abang tengok tu anak kita!!" Geram Puan Haizah dibuatnya!
      "Hah?! Kenapa Ameera jatuh ke? Kain koyak? Bulu mata tercabut?" Encik Rahman terkejut tiba-tiba sahaja Puan Haizah menepuk kakinya.
     "Ish abang ni! Kita cakap betul-betul abang boleh main-main!" Marah Puan Haizah.
      "Alah malaslah saya nak melayan awak ni, semua yang Ameera cakap tu betul, harta dunia tak boleh bawak ke syurga Zah oiii... Dahlah saya nak siap-siap, lebih baik saya keluar main golf dari melayan sakit hati awak tu" Encik Rahman sudah berdiri dan masuk kedalam rumah meninggalkan isterinya sendiri.
      "Tak guna kau perempuan! Rosak semua rancangan aku! Ni semua gara-gara kau! Kau tunggu!" Puan Haizah mencapai telephone bimbitnya lalu mendail nombor seseorang. Apabila talian telah bersambung...
      "Jalankan tugas kau!" Talian dimatikan. Puan Haizah tersenyum puas!

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now