AFNAN meletakkan telefonnya diatas kerusi kereta BMW 5 series miliknya itu. Farhan yang memandu memandang tuannya yang kelihatan sangat stress itu melalui cermin pandang belakang.
Ya Afnan memang stress. Dah hampir seminggu dia tidak dapat menghubungi Iman. Telefon tidak diangkat, asyik masuk mail box.
Messagenya tidak direply. Wassapp? Blue tick pun tidak grey tick je. Apabila Afnan ke restoran mereka kata Iman tidak mahu diganggu atau jawapan lain Iman tiada. Afnan tahu Iman ada. Tapi mahu mengelak dari dirinya.
"Paan berhenti dekat 7e sekejap. " arah Afnan kepada pemandu merangkap pengawal peribadinya itu.
"Baik tuan. "Akur Farhan. Kereta dipakir dihadapan kedai 7e itu. Baru sahaja Afnan hendak keluar, Farhan bersuara.
"Err.. Tuan. Biar saya jelah yang keluar. Itu ada ramai budak-budak perempuan. Takut nanti diaorang tarik-tarik tuan pula. Tuan nak beli apa? " soal Farhan yang sudah hendak melangkah keluar.
Biasalah siapa tak kenal Tengku Afnan Ilhan. Tengku paling hot kat Malaysia lah katakan. Dengan jaw line dan rupa yang sempurna, perempuan mana yang tak dambakan lelaki seperti itu.
"Tak apa. Kalau awak yang keluar baik saya tak payah pakai macam ni. Tunggu dalam kereta je. " tegah Afnan.
Afnan memakai jaket ,topi dan seluar jeans hitam. Hood jaket dinaikkan bagi menutup muka yang sudah ditutup separuh menggunakan topi. Afnan keluar dari kereta dan masuk kedalam kedai 24 jam itu.BREK kereta ditarik. Iman keluar dari kereta dan masuk ke kedai 7e yang disinggahnya itu.
"Air batu, air batu where are you?" Omel Iman sendiri sambil matanya melilau mencari ais yang dipesan mak longnya sebentar tadi.
Tiga bungkus air batu dicapai Iman. Susah untuk dia memegang ketiga-tiganya. Apabila dia sampai di kaunter pembayaran, ada seorang lelaki berada di situ ingin membuat pembayaran.
"Cik, cik tolong kira saya punya dulu, please saya kene cepat. Boleh ye." Rayu Iman. Dia dah kesuntukan masa ni! Cashier dikaunter sudah naik pening.
"Tapi Cik, Encik ni sampai dulu." Jelas cashier itu serba salah.
"Alah, boleh ye encik. Saya bayar saya punya dulu. " soal Iman kepada lelaki disebelahnya itu. Lelaki tadi mengangkat wajahnya memandang Iman.
"Ya bo..leh.. Iman? " mendengar perkataan boleh cashier tadi terus bertindak. Iman pula sudah memandang lelaki tadi. Iman tergamam. Dia segera melaksanakan pembayarannya.
"Iman, tunggu. Saya dah lama tak jumpa awak. Saya call awak tak angkat. Massage, wassapp awak tak reply. Saya cari awak dekat restoran semua pekerja awak cakap awak tak ada. Where have you been? "
"That's none of your business" balas Iman acuh tak acuh.
"Woo wait! Let's have some tea?or coffee? " pujuk Afnan.
"Tak boleh saya busy. " Iman sudah melangkah pergi.
Setelah selesai Afnan melakukan pembayaran, dia mengejar Iman yang sudah melangkah keluar. Panggilannya langsung tidak diendahkan Iman.
Iman segera menekan butang alat kawalan jauh. Dia terus masuk ke dalam perut kereta Mini Cooper miliknya itu. Apabila Iman hendak menghidupkan enjin kereta,Sepantas kilat Afnan masuk ke dalam kereta tersebut dan duduk dibahagian sebelah pemandu.
"Heh! Awak nak apa? Keluarlah! " marah Iman.
"Tak nak. Saya tak nak keluar. Selagi awak tak keluar dengan saya, selagi itu saya tak akan keluar dari kereta ni" ucap Afnan seperti budak kecik sedang merajuk.
"Afnan boleh tak awak jangan macam budak kecik. Saya dah lambatlah, saya busy. Rumah mak long saya ada kenduri. So now! Turun dari kereta ni sekarang! "Tegas Iman. Afnan memandang Iman sebelum menyilangkan kedua-dua tangannya kedada.
"Nope! Saya tak nak turun. Awak nak pergi kendurikan? Jalan jelah saya nak ikut. Saya memang suka pergi kenduri." Ucap Afnan selamba. Dia sudah memasang seatbelt dan memandang kehadapan.
"What! Are you crazy! Turunlah. Baik awak turun sekarang. Kalau awak tak turun saya jerit." Ugut Iman. Afnan masih dengan wajah yang selamba.
"Ye saya memang gila. Dan awak yang buat saya gila. Jeritlah. Saya tak kisah pun. " Afnan sudah memejamkan matanya.
"Afnan!! Saya dah lambatlah! Abis kereta awak macam mana?! " Iman beri alasan. Afnan buka matanya. Telefon ditangan dibalek. Tidak sampai seminit dia mendekatkan telefonnya ke telinga.
"Paan. Awak boleh jalan. Saya keluar dengan kawan saya. Apa-apa hal saya call awak. Tak ada tapi-tapi. Jalan. " panggilan ditamatkan. Afnan memandang Iman sembil tersenyum. Iman sudah melopong apabila melihat kereta Afnan sudah mula bergerak dan ingin berlalu pergi.
"Ok fine! Kalau awak nak ikut. Tapi saya dah bagitahu awak awal-awal ea makanan kat sana tu semua nanti masakan kampung.
Ya ikr awak mana makan makanan kampung and kat sana memang sempit tak macam istana parents awak yang gedabak tu.. Hahaha so saya rasa better awak turun sekarang. Belum terlambat lagi ni. Cepat-cepat." Acah Iman lagi berharap Afnan akan keluar. Sebaliknya Afnan tertawa.
"Iman,memang saya ni dari kecil membesar dekat UK. But.. Awak kene ingat bonda saya tu pun asal kampung so makanan kampung ni. No hallah. " ucap Afnan mempertahankan diri.
Eeeeee mamat nikan. Nasib baik anak orang kalau tak dah aku cekik-cekik kau!
"Tak malu ea!" Marah Iman lagi.
"Tak. Cepat ais dah nak cair tu. " ucap Afnan lagi. Akhirnya Iman akur. Dia menjeling Afnan yang sudah tersenyum puas.
"Music please! " jerit Afnan. Iman melopong buat sekian kalinya. Hantu apa dah sampuk dia ni? Butang radio Afnan tekan.
"Baiklah lagu ini saya tujukan buat Cik Nur Iman Sofea" lagu Bruno Mars Just The Way You Are dinyanyikan Afnan. Panas je Iman. Tiba-tiba Afnan terhenti.
"Iman.. "Panggil Afnan.
"Hm. " jawab Iman masih tak puas hati. Afnan tersenyum.
"Awak ingat tak lagu ni? Awak pernah suruh saya nanyi dulu,masa kawan awak semua request lagu suruh saya nanyi. Tapi saya tak nanyi pun lagu yang awak request sampai merajuk orang tu. " Afnan mengusik. Iman pula sudah mencebik. Ya dia ingat semua memori itu.
"Eh Afnan! Saya baru teringat saya ni nak kene pergi pasar tau! " Iman tukar topik.
"What pasar?! " Afnan sudah melopong. Pasar? Mana pernah dia menjejakkan kakinya ke situ.
"Ya pasar. Tempat yang ada banyak ikan ayam tu, bau dia hanyir, bau darah, basah pulak tu. Sempit lagi nak jalan pun susah. So, depan ni nanti ada bas stop. Kalau awak nak tukar fikiran saya boleh drop awak dekat situ.
Cepatlah belum terlambat lagi awak nak tukar fikiran ni, ada dalam dua minit lagi nak sampai bas stop tu. Ada duit tak? kalau tak ada saya bagi awak. Buat tambang teksi. So? " Iman yakin kali ini pasti berjaya. Afnan diam seperti sedang berfikir. Mukanya sudah berubah. Maklumlah tak pernah pergi pasarlah katakan.
"Tak boleh pergi supermarket je ke?" Soal Afnan dalam suara yang perlahan.
"Eh tak boleh, benda saya nak beli tu ada dekat pasar je.. " tambah Iman lagi.
"Hmmm... " panjang hmm Afnan.
"So? Macam mana nak saya drop awak tak? " Iman sudah mahu tergelak melihat Afnan yang sudah seperti cacing kepanasan itu.
"Taknak! Saya ikut je awak pergi pasar! " Iman sudah melopong. Masuk ini sudah tiga kali dia terlopong disebabkan Afnan. Iman sudah mati kata. Nak tak nak terpaksalah dia bawa Afnan bersama. Kalau tak cairlah air batu di belakang. Haish!
YOU ARE READING
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...