"ABANG Afnan jemput makan." Pelawa Zati penuh ayu. Iman yang tadinya memandang telefon, mengangkat wajahnya memandang Zati. Eh gedik pulak minah ni.
"Kau asal? Kene sampuk hantu gedik ke? " soal Iman macam seorang ketua gengster lagaknya. Zati mencebik.
"Mana ada aku gedik. " Dia sudah menjeling Iman tidak puas hati. Jeling-jeling aku cungkil biji mata kau baru tahu. Afnan yang tahu Iman cemburu mendapat akal untuk mengenakan wanita itu.
"Ok. Tapi abang malulah Zati." Balas Afnan yang ingin melaksanakan rancangan jahatnya itu.
"Eh tak payahlah malu-malu, abang buat macam rumah sendiri je. " Iman yang dengar sudah panas telinga. Ee geli! Geli ke cemburu? Arrghh... Geli!
"Nak berabang-abang pulak, sejak bila tah dia jadi abang kau. Geli aku dengar. Yang sorang mengedik yang sorang mengada-gada. " Omel Iman tapi masih boleh di dengari Afnan dan Zati. Afnan sudah tersenyum, Zati pula buat tak dengar.
"Emm. Abang Afnan, abang nak makan tak? Kalau abang malu Zati tolong ambilkan. " ramah Zati. Iman terus memandang Zati yang berdiri dihadapan mereka itu.
"Abang-abang eee gelilah! Nak berabang-abang jauh sikitlah! Yang kau tu tak payah gedik sangat boleh tak? Pantang nampak lelaki muka macam Anwar Hadid!
Mulalah nak terkinja-kinja dah pergi sana. Pandailah dia nak ambik sendiri nanti bukannya budak kecik lagi. " Iman naik angin. Sakit mata. Afnan pun melayan. Dasar buaya!
"Hahaha.. Tak apalah Zati. Nanti abang nak, abang suruh Iman ambilkan. Btw thanks ."balas Afnan ingin menenangkan keadaan.
"Ur welcome, dah pergi sana" Iman yang membalas. Zati dengan muka yang masam berlalu pergi. Afnan sudah duduk dekat dengan Iman.
"Jealous ea? " soal Afnan.
"Tak ada masa. " jawab Iman yang masih dengan telefonnya. Afnan yakin Iman sedang cemburu. Macam tak kenal Nur Iman Sofea dengan sikapnya yang kuat cemburu.
"Btw muka saya memang macam Anwar Hadid ke? Mesti handsome sangatkan sampai semua sedara perempuan awak tengok saya. " Iman masih dalam posisi tunduk memandang telefon tapi matanya kini sudah liar memandang je sekeliling.
"Apa pandang-pandang. Tak pernah tengok orang ea?! " sergah Iman kepada sedara-sedara perempuannya yang berada disekeliling mereka. Afnan sudah ketawa melihat sifat cemburu Iman.
Dulu semasa berkenalan di laman sosial dan tidak pernah bersua muka, Iman memang kuat cemburu. Pernah sekali, Iman cemburu dengan adik kembarnya sendiri. Dia menyangka itu teman wanita Afnan.
"Suka-suka. Gelaklah. Cubit kang" ugut Iman.
"Woo.. Ok ok.. Awak, saya laparlah teman saya ambil makanan please ." Ajak Afnan.
"Ambil sendiri. Tadi nak sangat ikutkan." Iman terus bangun berjalan ke dapur. Merajuklah tuh! Afnan mengosok tengkuknya.
AFNAN berdiri di hadapan meja yang terletak tray buffet. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dari tadi nasi putih sahaja yang menghiasi pinggan. Tak tahu nak ambil lauk apa. Nak panggil Iman dia sedang sibuk pula melayan tetamu.
"Eh Afnan? Kamu tak makan lagi ke? Dari tadi mak cik nampak kamu tak ambil-ambil lauk pun. Putih je ha nasi tu. Ke kamu tak biasa makan masakan kampung.
Kalau tak biasa nanti mak cik suruh Iman oder pizza . Guna apa tu nama dia debelirey.. Dibelivi? Susah betul nak menyebutnya. " Ucap Puan Halimah dengan gaya mahu mengingati perkataan yang hendak disebutnya tadi.
"Haha.. Delivery mak cik. Tak apalah. Saya memang makan masakan kampung ni. Cuma tak tahu nak ambil yang mana. " Afnan tersengih.
"Hah yang tulah delibery. Berbelit lidah mak cik nak menyebut. Ha yelah tengoklah dulu. Tu ikan goreng semua ada kamu makan jelah ye. Mak cik nak ke dapur sekejap. " Ucap Puan Halimah seraya berlalu pergi.
"Aduh, nak makan apa ni. Aku dah lama tak makan makanan kampung sebenarnya. Makan pun asam pedas je. Ah lantaklah makan je." Afnan mencapai seekor ikan, sayur kangkung goreng belacan dan kuah lemak cili padi dicedok ke dalam pinggan.
"Awak dah ambil makanan ke? " tegur Iman dari belakang. Afnan berpaling lalu mengangguk.
"Owh, awak duduklah dekat tempat mak long dulu, tu kat sana. Kejap lagi saya datang. Awak ok tak makan pakai tangan lepastu duduk bawah? " soal Iman prihatin.
"Ok saya tak kisah. Jangan lama-lama tau. " pesan Afnan kepada Iman yang sudah berlalu hendak mengambil makanan.
MEREKA membaca doa makan diketuai oleh Ustaz Afnan Ilhan.
Masing-masing mula menyuap makanan ke dalam mulut sambil berbual-bual.
Afnan mencubit isi ikan yang diambilnya. Nasi dan sayur dicampur bersama sebelum di masukkan ke mulut.
Afnan terdiam sebaik sahaja makanan itu memasuki mulutnya. Dia tidak pula mengunyah makanan tersebut sebaliknya, dia memandang ikan yang berada di dalam pinggannya itu.
Dia telan makanan tersebut perlahan-lahan lalu mencapai air yang berada di hadapannya. Tiada masalah dengan rasa makanan tersebut.
Tapi, ikan tu adalah ikan kering!! Dia ambil seekor pula tu. Afnan memandang nasi yang diambilnya pula. Dahlah dia ambil nasi sikit je sebab kenyang. Tak pasal-pasal kena makan ikan kering.
Dia sangkakan itu adalah ikan goreng. Macam mana aku boleh tersalah ambil ni!! Jerit Afnan dalam hati. Dia memandang Iman dan yang lain. Mereka sedang sibuk berbual sambil menikmati hidangan.
Malulah aku kalau Iman tahu yang aku salah ambil. Dengan terpaksa Afnan makan juga ikan kering itu. Masin pun masinlah. Iman yang sedang berbual itu terhenti apabila terpandang lauk yang berada di pinggan Afnan.
"Eh! pandai ea awak makan ikan kering. Seekor pula tuh. Saya pun kalau makan ikan kering patah separuh. Jadi,memang betullah awak suka makan masakan kampung. Baguslah." puji Iman yang tidak tahu akan kenyataan yang satu itu.
"Haah, saya memang suka makan ikan kering ni, fav saya. Selalu kalau saya makan 2 ekor boleh habis. Awak nak ke? Ambillah. " soal Afnan berharap Iman akan mengambil ikan tersebut. Tapi harapannya hampa.
"Eh tak apa makanlah. Tapi, awak kene ingat makan masin-masin ni tak bagus tau.Ni ha ada lagi kat sini. Nah!" Iman menambah lagi seekor ikan kering ke dalam pinggan Afnan. Dia sudah telan liur.
Tulah membohong lagi cakap fav bagailah. Padan muka kau Afnan! Omel Afnan dalam hati. Afnan terkial-kial menghabiskan makanan di pinggannya. Ikan kering dua ekor perlu dihabiskan. Dia yang paling lambat habis makan. Air banyak juga diteguknya.
Nasi dahlah ambil sikit, ikan kering sampai dua. Nak tunjuk macho lagi. Tak nak malu punya pasal itulah padahnya. Iman yang sudah dua kali tambah nasi pun sudah habis makan. Memandangkan Iman memang sangat lapar kerana sudah 2 hari dia tidak makan nasi.
Afnan masih menjadi yang terakhir berusaha untuk menghabiskan ikan tersebut.Bonda pesan jangan membazir. Redho jelah. Setelah hampir sejam dia makan sampai naik kebas kaki,akhirnya dia berjaya menamatkan peperangan makan ikan kering itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romansa[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...
![Dear Mr.Right [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/91913276-64-k615717.jpg)