Bab 27

13.5K 447 0
                                        

     IMAN membuat pembayaran di kaunter pembayaran. Niatnya hanya hendak ke kedai tetapi tempat lain dilencongnya. Bukan setakat kedai mall sekali dia pergi.
     Usai melakukan pembayaran, dia melangkah keluar dan kakinya terhenti dihadapan kedai buku. Iman sudah mula tersenyum lalu masuk ke dalam kedai buku itu diikuti dengan kedai baju dan kasut. Banyak barang yang dia beli. Habis penuh tangannya.
     Tiba-tiba perutnya terasa lapar dan tekaknya terasa dahaga akibat berjalan satu hari suntuk di dalam mall itu. Dia singgah di sebuah restoran dan menjamu selera disitu.
      Suapan terakhir dan Iman mencapai telephonenya di dalam beg tangan polo miliknya itu. Tekan sahaja butang kuasa naik terkejut Iman dibuatnya.
      "Hah!" Iman hanya terjerit kecil namun sudah mampu membuat orang di sekeliling yang berdekatan dengannya memandang kearahnya. Iman menutup mulutnya sambil memandang ke sekeliling. Dia kembali memandang ke arah screen telephone bimbitnya.
      "Dah pukul 5:30, ya Allah macam manalah boleh tak perasan"Iman menyelitkan duitnya di dalam buku bil dan dia segera bangun lalu mencapai segala benda yang dibelinya tadi.
      Mencicit dia berlari hendak pulang. Dia memasukkan barang-barang ditempat duduk belakang dan segera masuk ke tempat pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta.
     "Matilah, dahlah resort tu jauh, mau malam baru sampai." Omel Iman sambil memandu keluar dari kawasan pakir kereta itu. Jarak antara mall dan resort mengambil masa kira-kira 2jam 30 minit.
     Dalam kegusaran Iman dia masih tidak sedar ada yang mengikutnya dari belakang.

     JAM menunjukkan pukul 7:45. Tadi Iman berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta dan meneruskan perjalanannya. Iman memandang ke arah cermin pandang belakang kereta seterusnya cermin sisi kereta.
     Matanya silih berganti,tak henti-henti melihat kedua-dua cermin itu. Apa yang Iman perasan sedari tadi ada sebuah kereta proton berwarna hitam yang mengikut keretanya dari belakang.
     Apabila Iman membawa perlahan tidak pulak kereta tersebut memotong. Kawasan sekeliling amat sunyi tiada kereta lain yang lalu selain dari keretanya dan kereta dibelakangnya.
     "Adoi,dah kenapa kereta belakang ni. Seram pulak takkan ni cerita proton hitam pulak ganti cerita volkswagen kuning." Tiba-tiba sahaja kereta tersebut membunyikan hon dan orang didalamnya menyuruh Iman berhenti, keretanya benar-benar berada di sebelah kereta Iman.
     Kereta tersebut cuba menghimpit kereta Iman dan melanggarnya.Iman panik. Dia tidak memberhetikan kereta sebalikya menekan pedal minyak agar keretanya bergerak lebih laju. Tanpa berlengah Iman segera memasang earphones ke telinga dan mendail nombor seseorang.
     Dia tidak tahu hendak menelefon siapa, tetapi di dalam mindanya hanya ada nama Afnan sahaja. Panggilan pertama tidak berjawab.
     "Owh,come on Afnan!!" Dia mencuba sekali lagi. Hampir jatuh air matanya taatkala ini. Dia agak ketakutan. Kalau hantu tak apa ini manusia. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.
    Meskipun Iman mempunyai taekwondo tali pinggang hitam tetapi dia mengambil langkah yang lebih selamat. Sifunya pernah berpesan apabila berdepan dengan musuh perkara pertama yang harus dilakukannya bukanlah menunjuk bahawa diri kita mempelajari seni mempertahankan diri
     Sebaliknya adalah kita perlu lari,lari dan lari terlebih dahulu dan sekiranya tiada cara lain barulah keluarkan kemahirannya tersebut.
     Iman menunggu panggilan berjawab sambil matanya masih tidak lepas memandang cermin pandang belakang. Kereta itu sudah agak jauh tapi kakinya masih menekan pedal agar keretanya bergerak dengan lebih laju.

     AFNAN yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib terus  mencapai telephone bimbitnya yang berbunyi sedari tadi.
     "Iman?" Sepatah kata yang keluar dari mulut Afnan. Dah kenapa telephone malam-malam macam ni. Tanpa membuang masa dia terus menjawab panggilan tersebut.
     "Hello!" Belum sempat Afnan hendak memberi salam kedengaran suara Iman dihujung talian.
     "Hello Iman, ada apa awak call saya ni? Kenapa tak balik lagi? Kereta rosak ke?" Bertubi-tubi soalan diajukan Afnan.
     "Afnan, kereta semua okay, awak kene tolong saya,saya dalam perjalanan balik dan ada kereta ikut saya dari tadi. Dia cuba nak langgar saya.. Please help me. I'm scared!" Kedengaran suara Iman yang cemas dan hampir menangis di hujung talian.
     Mendengar penjelasan Iman, Afnan terus terbangun dari duduknya. Jantungnya berdegup kencang laju mengepam darah keseluruh badan.
     "Awak dekat mana sekarang? " Soal Afnan cemas. Afnan pula yang cemas.
     "Saya tak tahu, kawasan ni gelap, tak ada lampu jalan tak ada sign board, sekeliling saya hutan dan saya sekarang dekat jalan menuju ke resort." Jelas Iman tapi kali ini dalam esakkan. Jelas kedengaran suaranya yang ketakutan.
     Afnan memicit dahinya. Dia mundar mandir di dalam biliknya. Macam mana dia nak ke sana kalau Iman sendiri tidak tahu dia di mana. Kalau nak suruh Iman berhenti itu amatlah berbahaya.
     "Okay, sekarang kereta tu masih kat belakang awak ke?" Soal Afnan. Iman diam. Afnan semakin cemas.
     "Iman!?" Panggil Afnan panik.
     "Saya dah tak nampak kereta tu. Tapi saya yakin dia masih ada kat belakang." Jelas Iman. Afnan sedikit lega setelah mendengar suara Iman.
     "Okay sekarang awak dengar cakap saya baik-baik,awak jangan matikan call ini just relax drive straight to resort, kunci pintu, jangan berhenti make sure you're in a hands free faham? Saya akan tunggu awak dekat depan resort. Okay?" Afnan cuba menenangkan Iman yang dalam ketakutan taatkala itu.
     "Okay.." Balas Iman sepatah. Afnan berasa agak lega apabila mendengar tangis Iman yang sedikit reda.
     Ya Allah apalah yang jadi dekat Iman kalau dia tidak sempat mengangkat panggilan itu tadi. Pasti dia akan menyalahkan dirinya jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Iman.
     Dia segera menukar kain pelekatnya kepada seluar mencapai baju sejuknya dan keluar dari bilik dengan telephone bimbitnya ditangan. Talian antara dia dan Iman masih bersambung. Dia turun ke bawah dan menunggu Iman dilobi.
     Jam menunjukkan pukul 7:58. Beberapa minit kemudian Iman sampai dan mematikan enjin kereta. Afnan segera berdiri dan berlari kearah Iman. Panggilan ditamatkan. Iman keluar dari kereta dengan wajahnya yang merah akibat menangis.
     Iman terus berlari ke arah Afnan dan memeluknya. Afnan tergamam namun dia membalas pelukan Iman. Badan Iman menggigil. Dia menangis teresak-esak kerana ketakutan.
     "Shhhhh... Dah-dah everything is fine now. You safe here. Don't worry. Awak pergi masuk bilik bersihkan diri dulu nanti saya datang.
     Saya pergi parking kereta and saya akan mintak tolong pekerja resort angkatkan barang-barang awak masuk bilik kay... Dah jangan nangis." Afnan cuba menenangkan Iman. Iman hanya menurut dan terus dipimpin oleh seorang pekerja wanita.
     Pekerja yang lain segera mengangkat barang-barang Iman untuk dibawa ke bilik. Afnan meneliti kereta myvi yang dipandu Iman. Terdapat sedikit calar dan kemek di bahagian belakang sisi kereta tersebut.
     Afnan hanya mampu melihatnya dalam api kemarahan yang membuak-buak. Siapa yang buat ni pada Iman! Tunggu kau! Gumamnya di dalam hati. Afnan masuk ke dalam perut kereta untuk memakir kereta tersebut.
     Tidak lama kemudian kereta proton hitam tadi muncul. Pemandunya melepaskan kemarahan dengan menghentak stereng akibat kegagalannya. Dia memandang ke depan dan segera memandu pergi.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang