Bab 18

15.5K 477 7
                                    

KAKI Iman bagai dipaku saat itu. Dia tidak menyangka bahawa mereka berdua bakal terserempak dengan Afnan yang pada ketika itu bersama Ameera.
Mereka makan satu meja. Sikit pun Iman tidak berbual dengan Afnan walhal mereka duduk bertentangan. Berbulu mata Iman melihat adengan sweet antara Ameera dan Afnan.
"Buka mulut sayang, aaaaa.. " ujar Ameera yang sudah menyuakan sudu ke mulut Afnan dengan gaya manjanya.
"I boleh makan sendirilah Meera, I bukan budak kecik sampai makan pun orang nak kene suap. " terang Afnan kurang selesa. Mana tidaknya sedari tadi riak wajah Iman tidak dapat ditafsirkan oleh Afnan.
Qayyum hanya jadi pemerhati. Ameera sudah meletakkan sudu dan garfunya lalu menjarakkan pinggannya yang masih mempunyai makanan.
"Yelah. " Afnan mengalah. Ameera kembali menarik pinggannya dengan senyum lebar dibibir. Afnan sempat mengerling ke arah Iman.
"Ehem, excuse me. Saya nak pergi washroom sekejap. "Iman mengelap bibirnya menggunakan napkin sebelum berdiri dan ingin berlalu ke bilik air yang berada di dalam restoran itu.
Beberapa minit kemudian Afnan turut bangun dan meminta izin untuk ke tandas. Semasa berada di hadapan pintu tandas, Afnan dan Iman terserempak. Iman yang berniat mahu melarikan diri sempat ditahan oleh Afnan.
"Awak nak apa? "Soal Iman tak puas hati.
"Awak tu, dari tadi tak senyum dan tak berbual langsung jumpa saya. Soalan saya haritu pun awak tak jawab lagi" Ucap Afnan lembut.
"Haha, so awak nk saya cakap apa? Awak nak saya cakap, wah Meera you dengan Afnan memang sweetkan siap bersuap suap bagai. Apa niat awak sebenarnya? Apa motif awak melamar saya untuk jadi girlfriend awak?
Cukuplah Afnan. Dulu awak bagi alasan yang awak dah jatuh hati pada saya and awak terpaksa couple dengan minah salleh yang lawa tu kan? Tolonglah jangan ulang balik perkara yang sama. Saya dah cukup penat nak buang awak dari hidup saya.
Kenapa? Kenapa awak tak marah sedangkan awak terserempak dengan saya dan Qayyum.Sebab awak bakal berkahwin dengan Meerakan?Sudahlah Afnan hentikan semua ni."Iman terus berlalu pergi meninggalkan restoran tersebut.
Qayyum yang melihat Iman sudah keluar dari restoran itu segera mengejarnya. Afnan hanya sempat melihat Iman keluar dari restoran sebelum kelibatnya hilang dan tidak kelihatan. Ameera yang tadi terdengar akan perbualan Iman dan Afnan mula serba salah.
Dia mendekati Afnan yang pada waktu itu masih kaku memandang ke arah manusia yang sibuk membeli-belah. Perlahan-lahan Ameera mendekati Afnan.
"I boleh nampak dan rasakan betapa ikhlas dan tulusnya cinta dia pada you. Sebagai seorang wanita I dapat rasakan apa yang Iman rasa. I tahu cinta tak boleh dipaksa. Pergilah Afnan. Pergilah bahagiakan orang yang tulus cintakan you.
I yakin you guys akan hidup bahagia jika berdua. I minta maaf sebab selama ni I tak pernah faham perasaan you. Perasaan Iman. And now I dah faham lepas I tengok bertapa kecewanya wajah Iman bila nampak you and I.
You kene cepat sebelum terlambat. I takut Qayyum bertindak lebih cepat dari you. Tadi Qayyum ada cakap dengan I yang lusa dia akan teman Iman balik kampung raya haji nanti.
And dia kata kalau boleh dia nak ambil hati ibu bapa Iman. And lastly dia nak jadikan Iman isteri dia. " kata-kata akhir Ameera membuatkan Afnan tersentak. Isteri? Dia memandang Ameera.
Wajah gadis itu tampak tenang. Dia tahu Ameera bukan manusia yang suka memaksa. Tidak seperti bondanya Pn. Haizah.
"I nak balik, pasal mommy, you jangan risau. I akan cakap dengan dia nanti. Dah jom" ajak Ameera. Afnan tersenyum hambar.
"Thanks Meera. " ikhlas Afnan.
"Pleasure. Dahlah jangan sedih-sedih you kene lawan. Okay! Jom balik!! " mereka ketawa sambil melangkah keluar dari mall itu.
KERETA Iman memasuki halaman kampungnya. Di sebelah kanan Qayyum dapat melihat padang hijau yang agak luas. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain disitu.
Di sebelah kirinya pula beberapa orang kaum adam dalam lingkungan 20-40 an sedang bertungkus lumus mendirikan canopy.
Sebenarnya Qayyum agak teruja, kerana dia tidak pernah merasai pengalaman tinggal di kampung. Mana tidaknya, kampungnya semua terletak di bandar, nama je kampung.
Iman memberhentikan keretanya dibawah sepohon pokok. Dia menukar kasut tumit tingginya kepada selipar.
Kampungnya masih bertanah merah. Mahu tergolek kalau berjalan di atasnya.
"Awak ada bawak kasut lebih tak? " soal Imam sambil melihat kasut nike yang dipakai Qayyum. Qayyum yang tadi ralit melihat suasana di luar kereta yang meriah memandang Iman pelik.
"Kenapa awak tanya? Saya tak pakai kasut tumit tinggi pon." soal Qayyum hairan. Kalau pasal tanah merah baginya apalah sangat. Bukannya dia pakai kasut tumit tinggi seperti Iman tadi.
"Ya Allah. Qayyum, Qayyum.. Apalah awak ni. Esokkan raya. Awak kata nak tolong sembelih lembu. Lupa ke? Lagipun kat kampung as you know kes pinjam meminjam kasut ni biasa berlaku. " jelas Iman dalam tawa.
"Owh, x adalah macam mana ni? " tak tahu kenapa tapi makin blur dia dibuatnya. Iman berpusing dan mencapai selipar di tempat duduk belakang.
"Nah. Dah jom keluar. Kasut awak tinggal je dalam kereta saya. " Qayyum hanya mengangguk sebelum menukar kasutnya.
"Iman! Ingat tak balik. " sapa seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 80-an itu.
"Hahaha mana boleh tak balik mak. Mak sihat? Ibu ngan ayah mana? " soal Iman seraya mencium tangan dan kedua belah pipi neneknya.
"Sihat allhamdulillah. Ada kat dalam tengah makan. Ni siapa? " soal nenek Iman pula.
"Owh yeke.. Ni Tengku Adam Qayyum kawan Iman. Dia kata esok nak tolong sembelih lembu . Teringin nak rasa kehidupan tinggal dekat kampung. Tu yg nak numpang kat rumah ni tiga hari." ucap Iman sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Owh Tengku. Mintak maap lh nenek punya tangan berbau. Jemput masuk tengku. Buat macam rumah sendiri. Maaflah rumah nenek ni, rumah kampung je. Tak adalah besar sangat. Tapi rumah nenek sentiasa terbuka luas untuk tetamu datang." ramah Puan Normah selaku nenek kepada Iman. Tangan yang Qayyum hulur disambut lembut.
"Eh tak apalah nek, saya tak kesah pun. Saya pun lahir dekat kampung juga dulu. Dah cukup allhamdulillah saya dapat ikut serta keluarga nenek sambut hari raya korban tahun ni. Nenek panggil jelah saya Qayyum tak usah bertengku-tengku." balas Qayyum ramah.
"Ha yelah. Sudah mari masuk, Karim tolong bawakkan beg baju ni ke atas. Mari Qayyum kita naik" mereka melangkah memasuki rumah papan yang langsung tidak kelihatan usang itu.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now