Bab 9

21.2K 682 5
                                    

     ALLHAMDULILLAH, majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Malam ini tiba giliran majlis resepsi dan bersanding pula. Qistina yang sedang berbual dengan telefon itu tampak sungguh risau. Dia berjalan kehulu kehilir.
     Iman yang memerhatikannya itu pun sudah naik pening kepala. Tamat saja perbualan ditelefon Iman segera bertanya.
     "Kenapa? Ada apa-apa yang tidak kene ke?"
      "Takdelah orang yang supposed ambik baju aku kat butik dan pergi ambil cake tak boleh nak ambik. Tu yang aku risau ni. Takkan aku nak pergi kot nanti nak setup meja semua.Mana sempat." ucap Qistina gelisah.
     Iman mengikat rambutnya yang panjang paras pinggang itu. Rambut yang lurus dengan rambutnya yang berwarna coklat itu memang sesuai buat Iman.
     Sekarang di dalam bilik bolehlah dia buka tudungnya.Walaupun Iman bertudung tapi mendandan rambut bukan satu masalah bagi dirinya.
     "Abis kamu nak buat macam mana tu?" soal Puan Erna kepada puterinya.
     "Mmm..macam nilah biar Iman yang pergi ambil baju and cake tu, cuma kedai kek tu Iman tahulah kat mana tapi kalau kedai baju tu Iman tak tahu kat mana tempatnya. " jelas Iman.
     "Bagus juga tu. Takpe nanti aunty minta Afnan teman kamu. Lagipun Afnan tahu kat mana butik pengantin tu, kamu pergi bersiap dulu aunty panggilkan dia. " setuju Puan Erna.
     Afnan? Iman sudah mencebik bibir. Tahu pula lelaki itu dimana butik pengantin yang dimaksudkan oleh Puan Erna. Tanpa berlengah Iman segera bersiap dan memakai tudung. Beg tangan dan kunci kereta di ambil lalu keluar dari dewan yang bakal menempatkan 500 orang tetamu.

     DARI jauh Iman sudah dapat melihat Afnan yang berjalan menuju ke arahnya. Cermin mata yang dipakai Afnan dibetulkannya.
     "Hi!"
     "Waalaikumsalam" balas Iman dalam nada yang memerli. Afnan hanya tersenyum sehingga menampakkan 'jaw line' miliknya itu. Itulah salah satu faktor yang menyebabkan Iman jatuh hati kepadanya.
      "So, jom kita pergi sekarang."
      "Okay." Iman terus bergerak ke arah keretanya.
     "Eh Iman, kereta saya dekat sana, kita dah salah arah ni." ucap Afnan serba salah.
     "Nope. Kita naik kereta saya." Afnan memandang kereta Alza yang sedang dihampiri mereka. Disebelahnya terdapat kereta Lamborghini putih yang sememangnya milik Iman.
     Alza? What the..  Afnan sudah merungut didalam hati tapi dia tetap melangkah. Baginya tak mungkinlah Iman akan memakai kereta Lamborghini yang menjadi kereta idamannya itu.
     "Awak buat apa dekat situ"soal Iman apabila Afnan sudah berdiri di pintu kereta Alza tadi.
     "Nak naik keretalah." ucap Afnan blur.
     "Bukan yang tulah kereta saya." Iman sudah tertawa.
      "Habistu? "Soal Afnan lagi. Iman menaikkan tangannya yang sedang memegang kunci kereta. Butang kawalan itu ditekan. Sekali dengan itu kereta Lamborghini Aventador lp700-4 kepunyaan Iman berbunyi memandakan selak pintu terbuka.
     Afnan sudah melopong.
     "Seriously? " soal Afnan tak percaya. Iman hanya tersenyum.
     "Boleh saya pandu? " soal Afnan penuh harapan. Bukannya dia tidak mampu, hendak menbeli kereta itu, tapi bondanya yang tidak membenarkan. Kata bondanya cukuplah 6 kereta yang dia ada, naik semak rumahnya itu dengan kereta.
     Porsche 718 Boxster, Audi R8, Bugatti Chiron, Maserati Ghibli, BMW 5 Series dan Mercedes-Benz CLS-Class itu semua sudah Afnan miliki. Lamborghini adalah satu lagi yang ingin dimilikinya.
     Iman menarik pintu keretanya. Pintu itu dengan sendiri terbuka ke atas. Afnan tampak sungguh teruja.
     "Jomlah, nanti lambat pula. " ucap Iman yang sudah masuk ke dalam perut kereta.
     "Gempak juga dia ni. Kalah aku. " ucap Afnan sendiri.

     MALAM majlis resepsi dan bersanding telah tiba. Tema glamour menjadi pilihan pasangan pengantin. Iman kenal dengan kawannya. Qistina memang seorang yang suka dan idamkan majlis perkahwinan yang glamour
     Iman sudah siap memakai baju berwarna biru yang ditempah khas untuk malam ini. Make up juga sudah selesai. Iman mengeluh dihadapan meja soleknya itu.
     Ini semua atas permintaan Qistina. Kalau tidak memang dia tidak akan bersolek. Pasti akan hanya bedak dan secalit lipstick dibibir. Demi kawannya dia sanggup lakukan apa sahaja selagi perkara itu tidak melampau baginya.
     Jam baru menunjukkan pukul. 8:50 malam. Majlis tersebut bakal berlangsung pukul 9 malam.
     Disebabkan oleh dressnya yang panjang, dia susah untuk memandu. Iman meminta Pak Mat untuk menghantarnya ke dewan yang menempatkan majlis tersebut.
     Sampai dihadapan pintu dewan. Pak Mat keluar dari kereta BMW milik Iman dan membuka pintu buat tuan puterinya itu. Iman kelihatan sungguh cantik dan lain pada malam ini.
     Disebabkan majikannya itu bersolek, dia kelihatan sungguh cantik dengan contact lens berwarna hitam besar yang dikenakan. Mak Mah dan dirinya juga tidak dapat mengecam majikannya semasa dirumah tadi.

     SEMUA mata tertumpu ke arah Iman yang baru sahaja masuk ke dalam dewan. Mereka berbisik sesama sendiri. Iman sudah tidak selesa dipandang bergitu. Ini pasti gara-gara dia bersolek.
     "Iman?" Soal Afnan apabila Iman menghampiri dirinya. Afnan sudah terkebil-kebil memandang Iman seperti tidak percaya dengan perubahan penampilan drastik wanita di hadapannya ini.
     "Er.. Ya, Kenapa awak tengok saya macam tu? Hodoh sangat ke? Pasal make-up ni ke? Mana tandas saya nak cuci. " Soal Iman yang sudah tertunduk-tunduk memandang sekeliling ruang dewan itu. Masih ada banyak mata yang memandangnya.
     Iman juga tidak tahu kenapa dia menuju ke arah Afnan. Mungkin kerana Afnan orang pertama yang dikenalinya dapat dilihat. Afnan sudah memegang bahu Iman dan menyuruh Iman memandang wajahnya. Iman mengangkat wajahnya perlahan.
     "No, its not about your make-up Iman Sofea. "Ucap Afnan lembut. Muka Iman sudah seperti mahu menangis. Dia malu dengan penampilannya. Sebenarnya lebih kepada trauma.
     Enam tahun lepas semasa dia masih menuntut di kolej swasta di Johor Bahru dalam bidang kulinari (Degree). Dia adalah seorang yang sangat noob dan tidak pandai berfesyen.
     Suatu hari dia cuba untuk bersolek tapi apabila sampai di kolej, semua rakan-rakannya mentertawakan dirinya. Dia malu. Walaupun sudah enam tahun berlalu tapi dia masih ingat segala yang terjadi.
     Setelah tamat pengajian dalam bidang kulinari peringkat Master, dia telah belajar dan mengubah penampilannya. Memang terngangalah mulut jejaka-jejaka yang pernah mentertawakannya dahulu. Yang perempuan? Lagilah.
     Tapi perubahannya hanyalah dari segi cara berpakaian dan cermin mata yang ditukar kepada lens. Make-up?  Tipis saja sudah memadai bagi dirinya.
     "Shh.. Janganlah nangis, listen here Iman, saya pandang awak macam tu tadi bukan sebab make-up awak atau apa sa.. " belum sempat Afnan menghabiskan ayatnya Iman sudah memotong.
     "Abistu? Kenapa diaorang tengok saya macam tu?" ucap Iman yang sedang menahan tangis. Matanya yang sudah berkaca itu memandang Afnan.
     "Diaorang pandang awak sebab tak tahu awak ni siapa, even saya pun tadi hampir tak cam awak Iman. Its because of you look so beautiful tonight. Thats it. Dah jangan nangis, jangan risau ada yang lagi over, awak tak over pun just nice" ucap Afnan sambil tersenyum.
     Afnan tahu kenapa Iman jadi bergini, Bella pernah memberitahunya soal kenapa Iman tidak suka bersolek. Dan semuanya dikatakan Bella itu kini telah difahami Afnan.
     Iman yang sudah tergelak dibawa Afnan duduk ke meja mereka yang berada dihadapan. Iman memegang lengan Afnan. Ala-ala pasangan pengantin berjalan berdualah.
     "You know what? Saya rasa macam kita pula yang nak kawin. Baju sama warna pula tu." Afnan sudah tersenyum memandang Iman. Iman sudah memandang bajunya dan baju yang dipakai Afnan.
     Sky blue. Itulah warna baju mereka berdua. Macam berjanji pula gayanya. Dalam diam Iman sudah mengukir senyuman.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now