DARI jauh Qayyum dapat melihat Iman yang sedang bermain dengan kanak-kanak yang mungkin anak sedara Iman. Sebuah kereta yang memasuki perkarangan kampung Iman menarik perhatian Qayyum dan yang lain.
Iman yang tadinya duduk menyangkung di atas rumput melayan karenah kanak-kanak di hadapannya, sudah berdiri memandang tepat ke arah kereta Mercedes-Benz CLS-Class yang masuk ke dalam perkarangan kampung Iman.
"Kereta Mercedes siapa ni. Tak pernah pula tahu ada orang kampung yang pakai kereta mewah macam ni. "Pelik Puan Normah. Muka Qayyum sudah berubah.
Dari jauh dia memandang ke arah Iman yang masih terpaku di kedudukannya tadi. Dia tahu siapa pemilik kereta itu. Sebaik sahaja orang yang memandu kereta itu keluar dari perut kereta.
Iman sudah tercengang. Qayyum sudah tidak senang duduk. Macam mana dia boleh berada disini! Kacau daun betullah. Mesti dia ada niat datang ke sini.DENGAN langkah yang laju dan besar Iman sudah berdiri tegak di hadapan lelaki yang sudah tersenyum manis memandangnya. Orang kampung hanya memandang Afnan dengan mata yang terkebil-kebil
Kebanyakan mereka mengenali Afnan. Siapa tak kenal CEO AI Holdings merangkap anak kepada Tan Sri Tengku Abdul Halim dan Puan Sri Tengku Aufa Ismail.
Ada yang berbisik sesama sendiri dan ada yang masih tidak percaya dengan apa yang mereka sedang lihat. Terutama para gadis yang belum berkahwin.
"Afnan! Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh tahu kampung saya! " soal Iman benggang. Nasib tak banggang.
"Saya datang sini nak jaga awak dari malaun kat sana tuh. " jari Afnan sudah menunding ke arah Qayyum yang masih berdiri tegak jauh bersama-sama orang kampung yang lain. Qayyum juga masih terkejut dengan gerangan yang baru sahaja tiba itu.
"And, saya tahu kampung awak dari Areena. " Afnan tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya. Cermin mata hitam ditanggalkan.
"Saya panaslah diri sini lama-lama. Tak nak jemput masuk ke. " Selamba Afnan sambil mengibas-gibas kolar bajunya.
"Banyaklah awak punya panas. Sekarang bukan pukul 12 tengah hari. Dah pukul 5 pun. Tak malu! Tak yah masuk duduk je situ. " bentak Iman dan terus berlalu pergi. Afnan hanya tertawa.
Comel betullah dia ni. Bisik hati Afnan. Tapi nasib baik ada makcik Iman yang mengenalinya.Ini semua berkat dia mengikut Iman ke kenduri dulu. Kalau tak memang duduk luar jelah jawapannya."HA penan. Kamu tidur lh bilik Karim. Karim kamu tidur kat luar biar si Qayyum ngan Penan ni tidur dalam bilik. " ucap Puan Normah memberi arahan.
"Afnan mak. Penan penan." Iman membetulkan neneknya. Sememangnya sejak kecil lagi Iman memanggil neneknya dengan panggilan 'mak'.
"Ha yelah." Puan Normah mengiakan. Afnan hanya tersenyum. Qayyum pula sudah masuk terlebih dahulu ke dalam bilik. Iman menjeling Afnan sebelum beredar ke bilik untuk dia dan sepupu perempuannya.
"Afnan masuk dulu ye nek. " pamit Afnan.
"Ha yelah. Kalau tak cukup gebor bagi tahu nenek ye. " Ucap Puan Normah sambil tersenyum. Puan Normah senang dengan Afnan. Baginya Afnan lebih sesuai dengan cucunya. Qayyum juga baik tapi hakikatnya itu yang dia dapat lihat.
"Gebor? " soal Afnan pelik. Natang apa pulak tuh. Gabenor aku tahulah. Bisik hati Afnan.
"Selimut. Alah orang Johor panggil gebor" terang Puan Normah.
"Owh. Maaf nek. Ha yelah Afnan masuk dulu ye. Assalamualaikum " pamit Afnan buat kesekian kalinya. Puan Normah juga beredar setelah Afnan masuk ke dalam bilik.
"Apa ni?! Katil muat satu orang je. Mana adil." Rungut Afnan setelah masuk ke dalam bilik yang menempatkan dia dan Qayyum.
"First come first serve. Ha tido jelah bawah. Kalau katil muat dua orang pon kau ingat aku nak tido sekatil dengan kau? Memang taklah. " Qayyum mencebik sambil menyelimuti dirinya.
"Ceh ingat aku ingin ke?! Kau tu datang sini buat apa? " soal Afnan tidak puas hati.
"Aku? Nak tolong Iman ah. Abis kau tu datang sini buat apa? Dahlah tak diundang" balas Qayyum.
"Sudah terang lagi bersuluh. Aku tahu kau datang sini ada muslihat lainkan! "Soal Afnan geram.
"Dah tahu lagi nak tanya."malas Qayyum hendak melayan.
"Itu bukan ayat tanyalah itu statement. " jelas Afnan.
Tok tok tok! Bunyi ketukan dipintu menyentakkan mereka.
"Ye?!"soal Qayyum yang sudah kembali duduk memandang pintu bilik. Pintu bilik dikuak dari luar perlahan. Terjegul kepala Karim disitu.
"Maaf ganggu. Ni nak bagi kelambu. Takut bnyak nyamuk pula " Karim menghulurkan kelambu yang mudah dipasang. Afnan tersenyum sambil menyambut huluran Karim.
"Oklah tu je. Selamat malam. " Ucap Karim sebelum keluar. Afnan sempat mengucapkan terima kasih kepada Karim. Setelah kelambu dipasang,Qayyum kembali ke posisinya sebentar tadi.
"Oi perhitungan aku dengan kau tak abis lagi tau. " sambung Afnan.
"Hitunglah sorang-sorang sampai pagi. Malas aku nak layan." Qayyum berpaling membelakangkan Afnan.
"Pergh! Tak apa kau. Ada ubi ada bas aku hari aku balas! Eh betul ke? Ah lantaklah. " bentak Afnan.
"Ada ubi ada batas lah. Sedih betullah BM kau ni." Qayyum membetulkan kesilapan Afnan.
"Arghh lantaklah. Aku ngantuk. Bawah pon bawahlah. Nasib ada gebor..bagus belajar bahasa baru hari ni. Demi Iman tidur kat gunung berapi pun aku sanggup" Afnan terus membaringkan tubuhnya. Selimut ditarik sehingga menutupi mukanya.
"Kesian betullah cousin aku ni. Tulah dari kecik smpai ke besar duduk UK. Cuti pon selalu tak balik. Sampai peribahasa pon salah. Lepastu poyo nak tido kat gunung berapi bagai. Milo panas pon kau tiup." bebel Qayyum dalam selimut.
"Aku dengar tu" Afnan yang Qayyum sangka telah tidur membalas. Setelah sekian lama mereka berdiam. Akhirnya masing-masing terlelap diulik mimpi.
Afnan terjaga akibat terlampau sejuk. Fuh! Tak ada air cond pon sejuk. Qayyum sedap sahaja tidur diatas katil. Dasar tido mati! Omel Afnan dalam hati.
Pinggang Afnan terasa sakit. Yelah selalu tidur diatas katil empuk. Hari ini tidur diatas lantai beralaskan tilam nipis sahaja. Mau tak tercabut pinggang. Bagi yang sudah biasa, memanglah tak memberikan apa-apa kesan.
Afnan bangun dan perlahan-lahan berjalan keluar dari bilik. Nak cari minyak angin. Mana tahu jumpa. Cermin mata dicapai lalu dipakai. Perlahan-lahan dia membuka pintu sebelum memboloskan diri keluar dari bilik itu.
"Aduh kat luar gelap pula." Afnan kembali memfokuskan tumpuannya untuk mencari minyak angin.
"Awak buat apa ni? " tegur seseorang dari belakang. Suara itu menyentakkan Afnan. Serta-merta badannya tegak. Terkejut!
Dia menoleh kebelakang perlahan-lahan sebelum menghembuskan nafas lega. Iman rupanya.
YOU ARE READING
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...