Bab 28

13.8K 435 2
                                    

     TOK tok tok! Ketukan dipintu membuat Iman yang tadinya baring menyembamkan mukanya di atas katil yang empuk, menggangkat muka. Hidung dan matanya merah. Berkerut dahinya. Siapa pula yang datang ni.
     Iman berjalan menuju ke arah pintu dan melihat manusia yang mengetuk pintu biliknya dari lubang pintu. Setelah melihat, Iman menarik nafas dalam dan membuka pintu sambil membetulkan tudungnya.
     "Hi! How are you?" Soal orang diluar.
     "I'm fine" Iman tersenyum palsu. Dia memandang Afnan dengan pandangan yang kosong.
     "Jom keluar ambil angin." Ajak Afnan. Iman diam dan berfikir sejenak. Dia mengigit bibir bawahnya.
     "Ok,tunggu sekejap." Dia akhirnya bersetuju untuk keluar kerana dia perlukan ketenangan. Lagipun sekarang tak adalah lewat mana baru pukul 9. Iman mencapai telephone bimbitnya dan terus melangkah keluar dari bilik.
      Afnan tersenyum ke arahnya dan Iman membalas senyuman itu. Tetapi kali ini senyumannya ikhlas.

     OMBAK pantai mengempas batu-batu dipinggir pantai. Tidak terlalu kuat tidak terlalu perlahan. Angin bayu meniup lembut wajah Iman dan Afnan yang duduk diatas batu-batu sambil memandang laut malam yang indah itu.
     Iman membiarkan angin meniup wajahnya. Hidungnya merah matanya tidak. Ini kerana Iman kesejukkan. Iman tak tahan sejuk sebenarnya. Lututnya di rapatkan kedada sambil kedua-dua tangannya memeluk erat agar lututnya tidak terlepas.
    Sedari tadi Afnan dan Iman hanya diam tidak berkutik. Hanya kedengaran hempasan ombak. Sesekali Afnan curi-curi pandang Iman.
     "Ehem.. Iman." Panggil Afnan lembut memecahkan kesunyian. Iman berpaling memandang Afnan. Dalam mata bundar itu hanya kosong. Tiada perasaan.
     "Saya nak minta maaf" ucap Afnan gementar.
     "Untuk?" Soal Iman pula.
     "Untuk...emm untuk apa yang saya dah buat dekat awak 8 tahun dulu?" Afnan sendiri tidak tahu sama ada itu ayat penyata atau ayat tanya. Tapi lebih kepada penyata KOT.
     Setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Afnan, Iman kembali memandang ke hadapan. Dia tersenyum hambar. Sehambar kata-kata Afnan.
     "Dah 8 tahun baru sekarang nak minta maaf." Iman terhenti. Dia mengeluh.
     "Saya dah lama maafkan awak. Lagipun saya tak ada hak untuk marah dan hukum awak. Saya ni pon tak sedar diri darjat saya dengan awak macam mana masa tuh kan.." Iman tunduk semasa mengungkapkan kata-kata tersebut.
     Dia menahan rasa. Afnan pula mengeluh kali ini. Dia memandang Iman penuh kekesalan.
     "Ya i know, it was to late. But, saya dah cuba cari awak lepas kita putus. Tapi saya tak dapat nak cari sebab awak hilang macam tu je." Jelas Afnan. Dia menarik nafas dan menyambung kata-katanya.
     "But I'm really sorry to you. I mean it." Ucap Afnan sungguh-sungguh. Iman tersenyum.
     "Ya saya maafkan awak lagipun benda tu dah lama lepas." Iman memandang Afnan dengan senyuman dibibir.
     "Betul ni?" Tanya Afnan inginkan kepastian.
     "Betul." Dengan jawapan Iman kali ini, membuatkan Afnan tersenyum.
     "Jom!" Ucap Afnan yang sudah bangun sambil menghulur tangannya.
     "Nak pergi mana?" Soal Iman pelik.
     "Makan, saya tahu awak tak makan lagi malam ni dan saya sure awak mesti lapar." Ucap Afnan.
     "Mana ada saya lapar. Serious tak lap..." Belum sempat Iman menghabiskan kata-katanya perutnya berbunyi menandakann ianya kosong dan perlu diisi dengan segera.
     "Apa tak lapar, yang saya dengar konsert tadi tu datang dari mana?" Afnan angkat sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain. Iman tersengih sambil memegang perutnya yang sememangnya lapar.
     "Dah jom jangan banyak cakap. Jom pergi makan nanti kang gastrik siapa yang susah? Saya jugak" sambung Afnan lagi.
     "Owh saya ni beban jelah untuk awak?" soal Iman.
     "Mana ada, saya tak bermaksud macam tu, come on Iman saya ada tempat special untuk awak." Pujuk Afnan. Iman pula yang angkat kening kali ini. Dia akhirnya tersenyum dan bangun dari duduknya. Mereka berjalan diatas batu-batu dan menuju ke arah restoran resort tersebut.

     "TAK kenapa sampai nak kene tutup mata bagai ni?" Soal Iman dalam gelaknya.
     "Sabar ye, okay kita dah sampai" Afnan memberhentikan Iman lalu membuka ikatan dimata Iman. Iman mengosok-gosok sedikit matanya kerana pandangannya yang masih kabur.
     Apabila penglihatannya sudah semakin jelas mulutnya mula melopong. Dia menekup mulutnya menggunakan sebelah tangan. Dia seperti tidak percaya melihat apa yang sedang dilihatnya taatkala ini.
     Terdapat sebuah meja dan dua buah kerusi. Di atas meja tersusun rapi kelengkapan untuk makan seperti pinggan,garfu,sudu,cawan,napkin dan sebagainya.
     Candlelight dinner ditepi pantailah senang cerita. Iman masih leka memandamg kehadapan sampai tidak sedar Afnan memerhatinya.
     "Awak suka?" Soal Afnan ingin tahu.
     "Ya" jawab Iman dalam senyuman. Tetapi senyumannya tidak bertahan lama.
     "Tapi.." Iman bersuara lagi.
     "Kenapa? Ada yang tak kene ke?" Soal Afnan cuak.
     "No,it just perfect cuma untuk apa semua ni? Kita boleh je makan dekat restoran hujung sana tuh. Tak payahlah sampai setup meja tepi pantai semua. Dahlah saya pakai macam ni." Soal Iman.
     "Tak apalah, sekali sekala. Saje-saje. Ok apa baju awak. Bukan ada orang tengok pon. Saya seorang je." Afnan mengenyitkan matanya ke arah Iman. Tapi Iman membalas dengan menunjuk buku limanya. Afnan hanya mampu tergelak.
     Afnan mengajak Iman untuk duduk. Iman hanya menurut. Beberapa minit kemudian makanan sampai. Mereka menjamu makanan dari hidangan utama sehinggalah ke manisan.
     Mereka berbual rancak. Ada kalanya sepi. Hanya ombak yang kedengaran. Iman masih dengan manisannya. Afnan bangun membuatkan Iman mengangkat wajahnya dari memandang telephone bimbitnya.
     "Awak nak kemana?"soal Iman pelik.
     "Washroom, excuse me." Jawab Afnan sambil berlalu pergi. Dia sempat senyum ke Iman dan Iman hanya mengangguk.
     10 minit sudah berlalu. Afnan masih tak muncul-muncul. Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Mana dia ni? Gumam Iman. Dia memandang ke sekeliling.
     Dia kene kidnapped ke? Omg!!! Fikir Iman. Ish tak logik. Tiba-tiba seorang pelayan datang membawa dulang. Dia meletakkannya di hadapan Iman. Iman memandang pelayan tersebut pelik.
     "Emm, sorry saya tak oder apa-apa makanan lagi." Ucap Iman sopan. Cair pelayan lelaki itu. Iman Sofea wey! Control macho ah apa lagi.
     "Ini Tuan Muda Afnan yang oder" jelas pelayan itu dan meminta diri untuk beredar. Iman memandang dulang dihadapannya yang masih bertutup. Berkerut dahinya.
     Kenapa oder makanan lagi ni? Nak aku gemuk ke apa? Aku dah kenyang. Siapa nak makan? Mana dia pergi? Kenapa tak balik-balik?
     Bertubi-tubi soalan keluar dari dalam minda Iman. Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk membukanya. Terkebil-kebil mata Iman memandang benda yang berada di atas dulang itu.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now