Bab 29

13.2K 439 7
                                    

     IMAN mengangkat kertas berbentuk hati yang berada diatas dulang itu. Matanya tidak lepas dari memandang kertas yang kini sudah berada ditangannya. Perlahan-lahan dia membuka kertas berbentuk hati dan kini terdapat dua kertas hati.
     'Hi Iman, sorry sebab tinggalkan awak. So! Sekarang kita akan main satu game. Saya nak awak bangun dari tempat duduk awak.' Iman membaca tulisan tangan yang tertulis di atas kertas itu dan mengikut arahannya.
     'Sekarang awak jalan 12 langkah ke arah utara dan pandang bawah.' Sampai disitu sahaja arahannya. Setelah Iman mengikut arahan itu dan memandang bawah terdapat satu lagi kertas. Dan lagi dan lagi.
     Diatas kertas yang pertama tertulis 'ikut kemana kertas itu pergi'. Iman memandang ke hadapan kemana arah kertas itu pergi. Dia mula berjalan dan mengutip kertas hati itu satu persatu.
     Dia memandang ke arah kertas yang diambilnya. Dahi Iman mula berkerut ianya hanya satu huruf. Iaitu "W". Tiada ayat selain "W". Dia berjalan lagi. Satu lagi kertas dan kali ini huruf "O". Dia teruskan berjalan. Sehingga ke kertas yang terakhir.
     Terdapat iPad disebelah kertas yang terakhir. Iman duduk melutut dan mengambil iPad itu. Dia memandang ke sekeliling, tempat ini dihiasi dengan bunga-bunga yang indah dan membuatkan pemandangannya kelihatan sungguh cantik. Perlahan-lahan Iman menekan butang on. Dia membuka lock dan ianya sudah sedia ada di tempat video. Iman menekan butang play .
     Terpapang wajah seorang wanita dan lelaki tua yang amat dia kenali. Itu adalah wajah ibu dan ayahnya.
     'Assalammualaikum Iman,ibu dan ayah nak bagitahu yang Afnan ada beritahu ibu dan ayah yang dia nak jadikan Iman sebagai suri hatinya yang sah ibu dengan ayah restui kalau Iman setuju. Keputusan ada ditangan kamu. Kami sentiasa sokong dan sayang kamu.'
     Dari wajah ibu bapanya berubah pula kewajah Puan Sri Aufa Ismail bonda kepada Afnan, Afyan Ilyan dan Harnania kembar dan adiknya.
     'Assalammualaikum Iman, Afnan banyak cerita pasal Iman pada kami, dan kami bersetuju kalau Afnan hendak menjadikan Iman permaisuri dalam hidupnya. Senang-senang datanglah rumah bonda. Kami harap kamu dapat terima Afnan seadanya. Keputusan ada di tangan kamu sayang. Bye!'
     Diakhir videonya tertulis 'susun kertas berbentuk hati mengikut urutan ianya diambil' Iman memandang kertas ditangannya. Dia meletakkan iPad tadi ke tepi sebelum mula menyusun kertas berbentuk hati yang diambilnya tadi.

W
O
U
L
D
Y
O
U
M
A
R
R
Y
M
E
Would You Marry Me
     Setelah menyusun kesemuanya Iman mula menekup mulut. Air mata sudah mula bergenang di tubir mata. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya taatkala ini.
      "Saya tahu suatu masa dahulu saya pernah melukakan hati awak. Saya bodoh sebab tak pandai nak hargai awak but I've learned something. Distance is just a test to see how far love can travel. Before I met you, I never knew what it was like to be able to look at someone and smile for no reason."
     Kedengaran suara garau milik Afnan. Apabila Iman mengangkat mukanya, dia dapat melihat Afnan sudah mula mendekati dirinya sekaligus membuatkan Iman berdiri dari kedudukannya.
      "One day I caught myself smiling for no reason, then I realized I was thinking of you. At first, our relationship is not perfect, but the love we have for each other makes up for all the small imperfections. You make me smile.
     You make me laugh, you're the one who cheers me up. When I'm down you pick me up and when I frown you turn it upside down. I may not be the perfect lover in your eyes, but I love you with all I have and then some more.
     Keputusan ada ditangan awak tapi saya tetap nak cakap sudikah awak menjadi ibu kepada anak-anak saya ,dan menghabiskan seumur hidup awak dengan seorang lelaki yang bernama Tengku Afnan Ilhan Tengku Abdul Halim?"
     Pada saat itu sekotak cincin Afnan keluarkan dari poket baju sejuknya, dia melutut di hadapan Iman dan membuka kotak cincin itu. Jelas kelihatan cincin emas bertakhtakan berlian disitu.
     Air mata yang sedari tadi Iman tahan akhirnya dihamburkan jua ke pipi gebu miliknya itu. Pandangnnya dikaburi airmata sehingga tidak dapat melihat wajah Afnan dengan jelas.
      Afnan bangun dia memandang wajah Iman. Tangannya laju mengesat airmata Iman perlahan.
     "Kenapa awak buat semua ni?" Soal Iman dalam esakannya. Afnan memandang Iman dengan pandangan yang sayu.
     "It's because I love you. Tak apa Iman saya akan bagi awak masa untuk fikir" Afnan mengambil tangan Iman dan memberikan kotak cincin yang dipegangnya tadi kepada Iman. Dia tersenyum manis kepada Iman. Di sebalik kemanisan itu terselit sedikit pengharapan agar Iman menerima lamarannya.

     RAMBUT yang panjang sehingga ke paras punggungnya itu disikat rapi. Setelah memakai losyen dia bergerak ke katil dan termenung seketika di situ. Matanya beralih memandang kotak cincin yang berada di meja lampu tidur biliknya.
     Kotak cincin itu dicapai sebelum Iman mencapai sesuatu di dalam beg tangannya yang terletak disebelah katil. Ianya merupakan sekotak cincin lagi. Iman mengeluh.

      "Awak nak cakap apa ni? Macam serius je hahaha" ucap Iman ketawa tak ikhlas. Qayyum yang berada dihadapannya dipandang pelik. Qayyum mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan benda tersebut membuatkan mulut Iman terlopong. Cincin?!
     "Saya takut tak sempat dan terlupa untuk bagi awak ni. Iman, pertama kali saya nampak awak,jumpa awak, hati dan minda saya dah katakan awaklah orangnya yang saya cari selama ni.
     Rusuk kiri saya,saya dah jumpa parents awak dan mereka kata keputusan ditangan awak. Saya janji saya akan jaga awak sepenuh hati saya, saya akan sayang awak lebih dari saya sayangkan nyawa saya." Ucap Qayyum sepenuh hati. Iman hanya terdiam.
     "Haha jangan merepeklah Qayyum,buat drama pulak kat sini" gelak Iman dalam getaran. Dia terkejut dengan apa yang baru didengarinya sebentar tadi.
     "I'm serious Iman" ucap Qayyum membuatkan senyuman dibibir Iman mati. Iman terdiam. Kaku membisu seperti sedang memproses apa yang Qayyum baru sahaja katakan sebentar tadi. Setelah sekian lama Iman kembali bersuara.
     "Bagi saya masa untuk fikir dulu? Sebab ini bukan benda main-main Qayyum." Ucap Iman lembut sambil matanya tidak lepas memandang wajah tampan Qayyum dihadapannya itu.
     "Sure! Awak pegang dulu kalau awak setuju awak terus pakai masa jumpa saya,kalau tak awak pulangkan masa awak nak bagi jawapan. But I hope that wouldn't happen." Qayyum mula tersenyum kembali. Dia menghulurkan cincin itu kepada Iman dan Iman menyambutnya dengan sopan.
     Lamunan Iman mati. Dia memandang kedua-dua kotak cincin ditangannya.
     "Hmm.. Macam manalah aku nak pilih?" Soal Iman sendiri. Dia meletakkan kedua kotak cincin itu kembali. Sebelum menutup lampu dan tidur.

_________________________________________
Ha dari sini korang rasa Iman pilih siapa? *angkat sebelah kening* Hahahaha maaf agak lambat update apa² pun author nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN❤❤❤❤❤❤ jgn lupa vote n follow ye😘💦

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now