Bab 11

19.3K 720 3
                                    

     QAYYUM yang sudah berdiri dihadapan pintu itu dipandang Ameera. Terkejut beruk dia apabila disergah sedemikian rupa. Qayyum sudah berjalan ke arah Ameera.
     Dengan kasar dia menguraikan pegangan Ameera yang sedang mencengkam pergelangan tangan Iman. Tangan Iman yang merah itu dipandang Qayyum.
     "What's wrong with you Ameera?! " jerkah Qayyum. Untung sahaja Kirana memanggilnya dan untung sahaja dia ada urusan di AI Holdings. Kalau tidak mungkin ada perkara yang lebih buruk bakal berlaku.
     "You tanya I? Eh Qayyum kenapa you lebih bela perempuan ni dari I? I ni cousin you tau. Sepatutnya you bela I" Ameera sudah naik hantu. Air mata Iman yang sedari tadi sudah bergenang di tubir mata akhirnya jatuh perlahan di pipi.
     Tangannya sakit. Di tambah lagi dengan hatinya yang sakit.
     "Apa hak you nak arahkan Iman keluar? Sampai nak heret dia bagai. You tengok apa yang you dah buat. Sampai merah tangan dia." suara Qayyum sudah mengendur.
     Mengenangkan Ameera dihadapannya itu perempuan, Qayyum bukanlah seorang lelaki yang suka bertekak dengan kaum hawa. Baginya tak gentle.
     "I memang ada hak, you pun tahu yang I and Afnan tak lama lagi akan berkahwin! My mom and mak long dah setuju pun pasal hal ni." Ameera menjeling ke arah Iman.
     Iman tidak boleh tahan untuk terus berada di situ. Dia segera mencapai beg tangannya lalu beredar keluar. Semasa di muka pintu, dia bertembung dengan Afnan dan Kirana. Muka Afnan memang tampak risau.
     "Iman..tunggu " panggil Afnan lembut apabila bertembung dengan Iman. Wanita itu sudah lencun dengan airmata. Hidung, pipi dan matanya sudah merah kerana menangis.
     Iman meleraikan pegangan Afnan dari lengannya.
     "Sorry tak dapat lunch dengan awak hari ini. Btw congrats untuk majlis perkahwinan awak yang tak lama lagi tu." Iman segera melangkah keluar. Qayyum pula sudah berlari mengejar Iman. Afnan yang faham tentang apa yang dimaksudkan Iman sudah mencerlung memandang "bakal isteri" nya itu.
     "Kirana you may go." arah Afnan. Kirana hanya menurut dan berlalu pergi. Habislah terbakar AI Holdings. Bukannya Kirana tidak tahu bahawa Afnan seorang yang agak baran, lain pula Qayyum yang sentiasa chill.
     Ameera sudah buat muka cuak. Kalau tadi dengan Qayyum, dia masih boleh melawan. Tapi tidak dengan Afnan. Gali kubur sendirilah jawabnya.
     "I warned you Ameera Asya. Don't you ever dare to touched Nur Iman Sofea again. So now get out from my room." arah Afnan dalam amaran. Nada suaranya masih lembut. Ameera masih kaku disitu.
     "You dah pekak ke?! I cakap KELUAR! " bahu Ameera terhenjut sedikit kerana terkejut. Dia tergesa-gesa keluar dari situ. Tak guna kau perempuan! Pasal kau aku kene marah! Bentak Ameera dalam hati.
     Afnan meraup mukanya. Sakit hati! Bukannya dia nak sangat pun kahwin dengan minah mengelitis tu. Ameera sahaja yang melebih-lebih.
     Iman.. Arghh apa harus aku buat. Makin kusut kepala Afnan dibuatnya.

     IMAN memegang tangannya yang masih merah itu. Tadi Qayyum seboleh-boleh hendak membawa Iman berjumpa doktor. Tapi ditolak sopan oleh Iman. Mujur sahaja ada Qayyum tadi kalau tidak, mungkin sesuatu yang lebih buruk akan terjadi.
     Ikutkan hati Iman, mahu sahaja dia karate minah tak cukup kain tu. Pasal future husband? Iman tak mahu fikir lagi pasal semua itu. Apa yang penting dia tak mahu lagi berhubung dengan Afnan. Cukuplah hatinya terluka pada suatu ketika dahulu.
     "Maaf Cik Iman. Tuan dengan Puan datang. Mereka ada di bawah. "Suara Kak Sha menyedarkan Iman dari lamunannya. Iman segera bangun dan menarik lengan bajunya yang panjang agar menutupi pergelangan tangannya.
     "Owh yeke. Buat air ye Kak Sha." arah Iman.
     "Baik Cik Iman. " Kak Sha sudah berlalu pergi. Iman pula mengekori jejak Kak Sha sehingga sampai di tingkat bawah.
     "Assalamualaikum ibu, ayah." sapa Iman berbahasa sambil menyalami dua tangan tua dihadapannya itu .
     "Waalaikumussalam. Iman sihat? " balas Encik Firdaus.
     "Sihat. Ibu ayah sihat tak? Dah ready nak pergi honeymoon?  Hehe" usik Iman.
     "Kamu ni ada je akalnya kalau nak kenekan kami. Ibu ngan ayah pun sama sihat Alhamdulillah. "Ucap Puan Rafidah pula.
     "Eleh, ibu blushing lah tu. " Encik Firdaus hanya menggeleng kepala melihat puterinya yang merupakan anak keempat dalam keluarga itu.
     "Ni ibu nak ingatkan kamu. Nanti minggu depan waktu mak long kamu tu buat kenduri doa selamat untuk Syira yang baru balik dari Mesir tu, jangan lupa datang pula. Tolong-tolong apa yang patut.
     Wakil kami berdua. Nak harapkan kakak dan abang kamu,memang tak lah mereka nak datang.Along dan abang kamu tu tak tahulah datang ke tidak. Angah kamu jangan cakaplah. Masing-masing sibuk kerja. Susah nak balik. Tinggal jauh-jauh lagi" jelas Puan Rafidah seperti berkecil hati.
     Along selalu juga balik jenguk orang tuanya. Angah pula ikut suaminya tinggal di UK. Selalu juga mereka berjumpa jika Iman bertugas disana. Abang? Tinggal di Kuala Lumpur bersama isteri tercinta. Adik lelakinya pula baru berusia 25 tahun dan masih belajar.
     "Ibu ni janganlah cakap macam tu, alongkan ada balik tengok ibu. Angah tinggal di UK mungkin susah nak balik. UK dan Malaysia bukan dekat. Dia ada balik juga kalau cuti. Abang tu mungkin banyak kerja. " Iman menenangkan keadaan.
     "Alah KL dengan JB ni bukan jauh sangat. Kamu pun kerja tapi boleh je " sambung Puan Rafidah lagi.
     "Iman duduk JB je ibu.. Rumah mak long bukannya dekat Afrika. Hahaha tak apalah nanti Iman call along dengan abang suruh datang. Angah tengoklah macam mana nanti.  " balas Iman pula.
     "Ha yelah. Ni adik kamu si Arief tu nanti macam mana? " soal Puan. Rafidah risau.
     "Alah tu nanti Iman uruskan jangan risau. Yang penting ibu dan ayah selamat sampai ke tanah suci. "Iman tersenyum manis. Air yang sudah lama terhidang di ambil Iman.
    "Eh tu tangan kamu dah kenapa? " Encik Firdaus bersuara. Iman terus menarik lengan bajunya yang terangkat sedikit tadi.
     "Tak ada apa, haritu terkena pan panas. Melecur sikit je. Tak lama lagi baik lah ni." bohong Iman.
    "Tak akan kena pan panas nampak macam tanggan kamu kene.. "Iman mencelah lagi.
    "Ayah jangan risaulah sikit je ni. " akhirnya Encik Firdaus mengalah. Lama mereka berborak. Ibu dan ayahnya juga makan malam di rumah Iman. Apabila mereka hendak pulang Iman menegah.
     Nak tak nak ibu dan bapanya terpaksa tidur di rumah Iman satu malam. Risau dia apabila ibu dan ayah pulang malam bergini. Walau hakikatnya Cik Halim yang memandu.
     Malam itu apabila Iman membuka telefon bimbitnya, berduyun-duyun missed call dan message masuk. Hampir kesemuanya dari Afnan.
     Hanya message dari Qayyum yang dibaca dan dibalasnya. Message Afnan? terus dibuang tanpa dibaca. Luka dihati masih ada. Biarlah dia tenangkan diri dulu.

-------------------------------------------------------------
NOTE: HI GUYS! PLEASE VOTE AND FOLLOW FOR MORE DETAILS. 💕

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now