SUDAH sejam Iman berada didalam wad kecemasan. Jika sehari lepas Iman yang mundar mandir dilapangan terbang semasa menunggu ketibaan Arief, kali ini dia pula mengambil giliran.
Afnan memandang pihak polis yang baru sahaja menyiasatnya sebentar tadi. Matanya yang merah dipejamkan buat seketika. Ye,dia menangis. Benda yang dia tidak mahu lihat terjadi kepada Iman,telah terjadi.
Sudahlah dia telah melukakan hati Iman. Di tambah pula dengan dia yang tidak sempat hendak memohon maaf. Jika ada apa-apa yang berlaku pada Iman dia tidak akan dapat memaafkan dirinya
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk. Lebih kurang tiga minit kemudian Afnan dapat mendengar seseorang memanggilnya. Saat wajahnya diangkat dia dapat melihat ibu bapanya datang. Tidak terlupa juga kepada Afyan, Harnania dan... Qayyum? Mengapa dia boleh ada disini? Siapa yang menghubunginya? Shit!
Dia tidak pelik jika ibu bapanya berada disini. Dia yang menelefon mereka. Tapi, bagaimana Qayyum boleh berada di sini?
"Mana Iman?! Apa dah jadi! macam mana keadaan dia?!" Jerkah Qayyum. Soalan demi soalan dia lontarkan.
Afnan hanya mampu diam membisu. Dia juga tidak tahu bagaimana keadaan Iman dan apa sebenarnya yang telah berlaku. Apa yang dia tahu,dia telah melukakan hati wanita itu. Hanya tangisan Afnan yang dapat mereka dengari.
"Aku tanya, macam mana keadaan Iman?!" Jerkah Arief . Kali ini tubuh Afnan digoncang kuat. Yang lain tidak mampu berkata apa kerana mereka juga ingin tahu akan jawapan yang sebenarnya. Afnan kaku. Tidak mampu berkata-kata. Lidahnya seperti dikunci supaya tidak boleh bersuara.
Afnan meraup mukanya kasar. Dalam hati sudah memaki hamun dirinya sendiri.
Qayyum sudah menekup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tangan. Dia sangat terkejut apabila mendapat berita bahawa Iman dimasukkan ke hospital.
Tujuannya datang ke rumah agam keluarga Afnan adalah untuk bertemu dengan Afnan bagi membincangkan soal kerja yang tertangguh akibat pergaduhan mereka di syarikat AI Holdings tempoh hari, tetapi berita buruk lain pula yang menimpa.
"Iman dah sejam dekat dalam. Aku pon tak dapat apa-apa berita lagi" akhirnya Afnan mula bersuara.
Puan Sri Aufa memandang sayu pakaian anaknya yang dipenuhi darah. Dari tadi Afnan tidak berganjak dari depan wad kecemasan tersebut, jadi kerana itu dia tidak sempat hendak menukar pakaiannya.
"Darah siapa ni? Kamu ada cedera ke?" Soal Puan Sri Aufa.
"Afnan tak ada apa-apa. Ini darah Iman ma.."
"Apa yang dah terjadi sebenarnya bang?" Soal Harnania dalam tangis.
"Abang tak tahu, Kak Iman kata dia nak pergi washroom then bila dia balik muka dia dah pucat pipi dia dah lebam. Lepas dia cakap dia nak balik dia terus jalan keluar. Bila abang tanya kenapa dia tak nak jawab." Ucap Afnan dalam sendunya.
Tangisan Harnania semakin kuat. Afyan segera memeluk adiknya itu. Mereka tahu Harnania amat sayangkan Iman. Harnania sudah mula bertudung. Ini semua atas jasa baik Iman yang sudi mengajar adiknya itu cara mengayakan hijab.
Selama ini bagi Harnania kehidupannya sebagai seorang pelajar dalam bidang fesyen akan terbatas jika dia bertudung. Namun apabila datangnya Iman,
Harnania sudah mula tertarik hendak mengenakan hijab untuk dirinya. Afnan kecewa dengan dirinya. Perasaannya bercampur baur. Fikirannya bercelaru. Jiwanya berombak mengenangkan keadaan Iman didalam.
Pintu wad kecemasan yang terbuka dari dalam membuatkan semua manusia disitu berpaling.
"Siapa keluarga kepada Cik Nur Iman Sofea binti Mohd Firdaus?"
"Kami keluarga angkat pesakit, macam mana dengan anak saya doktor?" ucap Puan Sri Aufa yang sememangnya sudah menganggap Iman sebagai anaknya sendiri.
"Semua diminta bawa bertenang, buat masa sekarang tiada pelawat yang dibenarkan masuk ke dalam disebabkan oleh keadaan Cik Iman yang agak kritikal. Kami perlu melakukan pemindahan darah kepada Cik Iman dengan segera kerana terlalu banyak darah beliau yang hilang.
Namun jenis darah pesakit tidak mencukupi di hospital kami akibat kemalangan yang banyak berlaku kebelakangan ini. Jadi, pesakit-pesakit yang dihantar ke sini banyak menggunakan darah dalam bekalan kami. Minta jasa baik ahli keluarga pesakit yang berada disini dapat mendermakan darah agar kami dapat menyelamatkan nyawa pesakit."
"Kami perlu memeriksa jenis darah penderma terlebih dahulu,kerana darah yang kami perlukan adalah darah jenis A, sekaligus bagi memastikan darah tersebut selamat digunakan." Sambung Doktor yang bernama Amira itu lagi.
"Tapi antara kami tiada yang berdarah A. kami sekeluarga berdarah AB. Keluarga kandung pesakit tiada disini." Ujar Afnan risau.
"Owh, kalau macam itu tidak boleh. Jenis darah A hanya boleh menerima dari penderma yang juga berdarah A dan O sahaja. Jika darah yang didermakan tidak sesuai ia akan menyebabkan berlakunya pergumpalan darah dan akan mengundang bahaya kepada pesakit jika saluran darahnya tersumbat." Terang Dr.Amira lagi.
Afnan sudah memegang rambutnya. Mana mungkin keluarga Imansempat hendak ke sini. Arief pun tidak dapat dia hubungi. Pilu hatinya saat terkenang seraut wajah polos milik Iman.
"Darah saya darah O,saya nak derma darah untuk pesakit." Semua mata yang berada disitu tepat memandang ke arah Qayyum. Begitu juga dengan Dr.Amira
"Baiklah jika bergitu Encik boleh ikut saya untuk melakukan pemeriksaan darah." Ucap Dr,Amira seraya berlalu pergi.
Qayyum turut melangkah menyaingi Dr. berkenaan.
SYUKUR ke hadrat ilahi,pemindahan darah yang dilakukan oleh Qayyum kepada Iman telah berjaya dilaksanakan. Iman yang terbaring lesu diatas katil hospital itu membuka matanya perlahan-lahan.
Cahaya dari lampu yang sedikit terang meyilaukan mata Iman. Kepala yang sakit dipegang. Berbalut? Tudung? Mana tudungnya?! Sebaik sahaja dia berusaha untuk bangun jururawat yang berada disitu segera menahannya.
"Saya dekat mana?" Soal Iman dengan suaranya yang sedikit serak. Tekak yang kering cuba dibasahkan.
"Cik dihospital. Jangan risau semuanya selamat sekarang" ujar jururawat itu.
"Hospital?" Bisik Iman.
"Nurse mana tudung saya?" Soal Iman.
"Tudung cik dah penuh darah tadi. Jadi kami terpaksa buka bagi mengelakkan ada jangkitan kuman yang lebih serius berlaku. Cik kene hati-hati kepala cik baru sahaja mendapat 3 jahitan."
Iman baru teringat akan kejadiannya di restoran tadi. Dia bersandar semula pada katil. Matanya dipejam. Cuba melawan rasa sakit dikepala.
"Cik Iman, cik ada pelawat." Kedengaran suara jururawat tadi. Iman membuka matanya. Dia meminta jururawat itu memberikan dia tuala atau apa-apa yang boleh menutup rambutnya.
Tidak sampai seminit kemudian kelihatan keluarga Afnan dan keluarganya masuk kedalam bilik yang hanya menempatkan dia seorang sahaja. Pekerja-pekerjanya juga turut datang dengan muka yang risau.
"Ibu" sapa Iman lemah. Puan Rafidah segera mendapatkan puterinya yang pucat itu. Dia mencium Iman dengan air matanya tidak berhenti tumpah.
"Apa dah jadi Iman, macam mana boleh jadi sampai macam ni?" Soal Puan Rafidah.
"Ala,tak ada apa-apalah. Ibu nampakkan Iman okay." Iman tersenyum.
"Okay apa macam ni,dah macam mayat hidup aku tengok kau" sampuk Arief yang bersandar didinding sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Sibuklah kau" mereka yang lain hanya mampu tergelak melihat gelagat Iman dan Arief.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...
![Dear Mr.Right [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/91913276-64-k615717.jpg)