SEPANJANG perjalanan, mereka berdua hanya berdiam diri. Iman fokus pada pemanduannya manakala Afnan pula sedang meneliti sesuatu di telefonnya. Hanya lagu di radio yang berkumandang.
Sesekali mereka saling curi memandang antara satu sama lain. Terasa janggal pun ada.
"Ehem.. " Iman yang terasa sedang berada di perpustakaan berdeham.
"Afnan. " tegur Iman.
"Ye Iman. " balas Afnan lembut sambil mengalihkan pandangannya memandang Iman.
"Saya nak tanya awak something boleh? But jangan marah tau.. " Iman memulakan bicara.
"Ok, tanya banyak pun tak apa.. what's it?" Soal Afnan ingin tahu.
"Awak datang Johor ada apa? Tinggal dekat mana sebenarnya? " soal Iman pula.
"Owh, saya tinggal dekat rumah Idrus. And saya datang sini sebab nak cari awak, seminggu awak menghilang, call saya awak tak angkat massage dan whatsapp saya pun awak tak reply.
Saya tanya Areena di beritahu awak ke JB so saya datanglah sini. Mula-mula saya hampir putus asa but tak sia-sia sebab akhirnya saya jumpa juga awak kat sini." ujar Afnan sambil tersenyum memandang Iman.
Iman memandang Afnan sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan. Suasana kembali sunyi. Satu minit kemudian. Iman cuba mencari idea untuk menukar topik takkan selamanya mereka ingin berdiam diri. Ting! Idea sudah mari.
"Sebenarnya, masa awak dekat rumah mak long saya tadi, awak memang nak ambil ikan kering atau awak tersilap ambil?" Iman sudah mengulum senyuman. Muka Afnan sudah berubah. Dia memandang ke arah jalan raya seraya membetulkan duduknya.
"Err.. Saya memang nak ambil. " Bohong Afnan.
"Saya tahu awak salah ambil ikan, awak nak ambil ikan gorengkan? Tapi disebabkan rupa ikan goreng and ikan kering tu sama sebab tu awak tersalah ambil.. Saya sengaja tambah ikan kering dekat pinggan awak hehe.. Tulah siapa suruh tipu lagi.. Betulkan apa yang saya cakap ni? " soal Iman lagi ingin kepastian.
"Haah salah ambil" jujur Afnan.
"Hahahaha... I knew it. Kelakarlah awak ni.. Hm sorang takut hantu sorang lagi tak reti beza ikan kering dan ikan goreng" mengekek Iman ketawa naik senak perutnya. Hari ni adalah hari paling banyak ketawa. Afnan hanya mencebik. Dah tahu boleh pergi tambah lagi seekor kat pinggan aku. Omel Afnan dalam hati.
KERETA Mini Cooper milik Iman memasuki perkarangan rumah yang tersegam gah. Mulutnya terlopong melihat 'rumah' yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau yang tumbuh seger.
"Besar gila! Ni rumah ke istana?!" Omel Iman sendiri.
"Istana. Memanglah besar." Iman memandang ke sebelah. Afnan yang tadinya nyenyak tidur dan disangka masih tidur sudah tersenyum melihat Iman.
Tanpa melengahkan masa, Afnan segera turun dari kereta. Iman seperti tidak percaya yang dia sedang berada di istana. Lawo beb!
"Ehem.. Tak nak turun ke?" Soal Afnan yang sudah menunduk melihat Iman menerusi tingkap yang terbuka sambil cermin matanya di buka.
Iman yang baru tersedar dari khayalannya segera berpaling memandang Afnan.
"Owh, tak apalah saya balik dulu, dah nak maghrib. " ujar Iman sopan.
"Owh ok.. Bye drive safely, sampai rumah call saya ok. " Afnan tersenyum. Jantung Iman setiap kali melihat Afnan tersenyum dengan nada suaranya yang lembut bagai hendak meletup akibat terlalu laju pun ada.
"Err ok.. " Iman segera mengalihkan pandangannya menghadap ke hadapan. Baru sahaja tingkap kereta dinaikkan separuh Afnan menahan dan membuatkan Iman terhenti.
"Yes? " soal Iman lagi.
"Thanks for today, awak marah saya lagi? " Afnan sengaja bercakap dalam nada yang lembut. Iman ketap bibir.
"My pleasure" ucap Iman seraya menutup penuh tingkapnya dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan istana itu. Afnan mengeluh dan hanya mampu melihat sehingga kelibat kereta Iman hilang dari pandangan.
BAWANG ditangan dicincang halus dan laju. Selesai mencincang dia memasukkan kesemua bahan yang telah dicincangnya tadi ke dalam hidangan yang hendak disediakan.
Iman kelihatan sungguh profesional dalam bidang masakan. Sekali lihat pasti orang sekeliling tidak akan menyangka bahawa dia adalah seorang chef. Harith, Daus dan Rossa yang sedari tadi memerhati Iman mula memandang antara satu sama lain.
"Beb, aku rasakan Cik Iman kita tu tengah angau bercintalah. Kau tengoklah tu dari pagi tadi aku tengok dia dok tersenyum-senyum. Mood pun baik. " ujar Daus yang sedang mencuci pinggan di singki.
"Yalah, aku pun perasan benda yang sama. Selalu serious je muka. Nak tengok dia senyum pun sekali sekala je." Rossa yang sedang mengasingkan tulang dan isi dari ikan turut terhenti.
Harith turut berbuat demikian.
"Cik Iman ada boyfriend ke? Setahu aku dia tu tak layan pun mana-mana lelaki. "Tambah Harith pula.
"Tulah, tapikan aku sukalah tengok Cik Iman macam ni, rasa comel je bila dia senyum, terasa nak jatuh hati pun ada. Dah lama tak nampak dia senyum macam ni. Last nampak time dia berjaya dapat buka restoran di UK. " Daus memandang Iman tidak berkelip.
"Eh dahlah, siapkan kerja cepat. Membebel je kerja. " Tegur Rossa. Mereka kembali senyap dan menyambung kerja yang mereka lakukan.
AFNAN yang sibuk meneliti fail di hadapannya tidak sedar seseorang telah masuk ke dalam biliknya. Apabila dia perasan seseorang sedang berjalan menghampirinya, Afnan mengangkat muka.
Dia mengeluh dan terus bersandar pada kerusi sambil memicit-micit kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit. Bukan sakit kepala sahaja bahkan sakit mata juga.
"You nak apa datang sini? Memang tak reti ketuk pintu ke sebelum masuk? Dibuatnya tadi I ada meeting dengan klien macam mana?" soal Afnan lembut. Afnan memanglah seorang yang panas baran tapi bertempat.
Ameera berjalan ke sebelah kerusi Afnan dan duduk di tempat meletakkan tangan yang direka khas pada kerusi tersebut. Tangannya pula sudah mula merayau di bahu Afnan kemudian kepala Afnan diurutnya.
"You sakit kepala ke? I urutkan ok? " ucap Ameera dalam nada yang mengoda. Afnan rimas, dia segera memegang tangan Ameera agar tangan tersebut berhenti memicit kepalanya.
"Ya I memang sakit kepala, lagi-lagi bila you datang. Bertambah sakit kepala I ni. You nak apa sebenarnya. " soal Afnan rimas. Dia sudah mendongak memandang Ameera disebelahnya. Wanita itu masih tersenyum.
"Emm, actually I nak minta maaf dengan you pasal seminggu lepas. I tak bermaksud nak buat kacau but... " kata-kata Ameera terhenti sebaik sahaja Afnan memintas.
"Nak minta maaf bukan dengan I. I think you should know to who you have to make an apologize. " Afnan kembali memandang failnya. Ameera sudah buat muka.
"No way! Siapa dia nak I minta maaf! Buang masa I je nak pergi minta maaf pada dia. Perempuan tu tak setaraf dengan kita Afnan. Don't you see it?! " bentak Ameera. Afnan sudah hilang sabar. Pantang dia apabila orang memburukkan Iman.
"Tak setaraf you cakap? Dia yang tak setaraf dengan you or you yang tak setaraf dengan dia?! Dia pon manusia tau Meera. Ada hati dan perasaan.
Fikir you je bagus, hati you je orang nak jaga. Hati orang ada you nak jaga. Sekurang-kurannya dia tu pandai berdikari as you know she is the one of the greatest chef in this world. Top 10! Dahlah pandai masak, serba boleh pula tu. You? Pandai apa? Duduk melanguk dekat rumah tu habiskan duit pak ude. Baliklah Meera.
Pergi belajar masak ke apa. Tak lama lagi pun you dah nak jadi isteri I. Jangan sampai I cari yang lain sebab you tak pandai layan suami. So please get out! Or I heret you keluar dari sini. Choose! " Afnan sudah berdiri dan menunding jarinya ke arah pintu.
Ameera menghentak kakinya lalu mencapai beg tangannya dan beredar keluar. Tak guna kau perempuan! Bentak Ameera dalam hati. Afnan meraup wajahnya sebelum menyambung kerjanya yang tergendala.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...
![Dear Mr.Right [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/91913276-64-k615717.jpg)