Bab 17

17.1K 506 3
                                        

"MEERA! Dah balik pun, ni mama nak kamu pilih kad jemputan untuk nikah. Mana satu kamu nak? " Puan Haizah mengangkat contoh kad-kad jemputan yang berada di hadapannya.
Sebaik sahaja dia menoleh berniat mahu menunjukkan kad-kad tersebut kepada puterinya, kelibat Ameera sudah tidak kelihatan. Pang!
Kedengaran bunyi pintu bilik ditutup kuat dari tingkat atas. Puan Haizah kembali membetulkan duduknya.
"Mesti ada tak kene ni.. Tahulah siapa aku nak cari. Tunggu kau. " Puan Haizah segera mengemas kad-kad yang bersepah diatas meja tadi lalu bangun dan mencapai telefon bimbit di atas almari di ruang tamu rumah banglo itu.
"Hello! " pekik Puan Haizah apabila panggilannya diangkat.

PUAN Haizah mengetuk pintu bilik puterinya yang sedari tadi sudah pulang ke rumah dan tidak keluar dari biliknya.
Tok! Tok! Tok! Tiada balasan.
"Sayang buka pintu ni, mari kita turun ke bawah tengok siapa yang datang tuh. " sekali lagi Puan Haizah mengetuk pintu biliknya.
"Do not disturb! Please leave me alone mummy. " kedengaran suara Ameera dari dalam bilik tidurnya itu. Puan Haizah mengeluh.
Tiba-tiba dia dapat merasakan ada satu tangan yang memegang bahunya. Dia berpaling dan melihat milik siapakah tangan yang berada dibahunya kini.
Orang itu memberi isyarat agar membiarkan dia yang memujuk Ameera. Puan Haizah berundur memberikan ruang kepada pemuda yang kini sudah berada dihapadan pintu bilik anak perempuannya itu.
Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk buat kali yang ketiga.
"Meera, ni I, Afnan. Please keluar. Ok! I minta maaf dengan you pasal hal tadi. Tadi tu I banyak kerja. Stress sebab tu I marah you.
Please sayang, I nak ajak you keluar ni. You kata you nak beli barang kahwin kita. " pujuk Afnan lembut. Puan Haizah tersenyum puas. Afnan pula menahan perasaan kerana terpaksa.
Tidak lama kemudian, pintu bilik dikuak dari dalam. Puan Haizah dan Afnan memandang antara satu sama lain sebelum memandang ke arah Ameera yang terjenguk-jenguk hendak keluar.
"Betul ni? You janji you takkan marah I lagi? You promise that you will always love me?" bertubi-tubi soalan KBAT diberikan oleh Ameera kepada Afnan. Afnan diam.
Afnan memandang Puan Haizah yang sudah mencerlung tajam memandangnya. Afnan menarik nafas panjang.
"Ya betul, I janji, i'll always love you. So sekarang jom kita pergi shopping barang kahwin." Afnan terpaksa berkata-kata sedemikian. Sambil itu,dia memandang Puan Haizah yang sudah tersenyum puas. Ini demi bondanya.
Dia tidak mahu mengecewakan dan memalukan bondanya. Bukannya dia tidak tahu bahawa Puan Haizah boleh lakukan apa-apa sahaja jika perkara itu tidak disukainya.
"Ok! You tunggu sekejap I pergi salin baju." ucap Ameera ceria sebelum kembali masuk ke dalam biliknya.
Afnan tunduk.
"Nasib baik Afnan dengar cakap aunty. Kalau tak aunty tak teragak-agak nak buat tindakan." Puan Haizah tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya ke dada.
Afnan segera turun ke bawah dan menghidupkan enjin keretanya. Malas dia hendak mendengar kata-kata lain yang bakal dilontarkan oleh Puan Haizah.

IMAN meninjitkan kakinya bagi mencapai oat yang berada di rak bahagian atas.
"Argh!" Iman memejamkan matanya sebaik sahaja dia tidak dapat mengimbangkan badannya dan oat yang diambilnya tadi hampir jatuh ke atas kepalanya.
Iman pelik. Aik! Kenapa tak rasa sakit ni? Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihat ada seseorang yang sudah memegang kejap badannya dari terjatuh oat yang tadi sepatutnya jatuh ke atas dirinya juga berjaya ditangkap oleh lelaki itu.
"Qayyum?" soal Iman terkejut. Lelaki tersebut memandang Iman dengan riak yang turut sama tekejut. Lelaki itu segera membantu Iman berdiri dengan lebih normal.
"Iman, saya ingatkan siapa tadi. Awak buat apa kat sini? Sorang je ke? " soal Qayyum ramah dengan senyuman dan lesung pipit yang kelihatan di pipinya.
"Tengah repair tayar basikal ni ha, bukan sorang je, tuuuuu.. ramai bawak kerabat datang sini tolong repair sekali. " canda Iman.
"Amboi, main-mainkan saya ye! " ucap Qayyum sambil tawa mereka bersatu.
"Nah, lain kali hati-hati tau. " pesan Qayyum. Iman hanya tersenyum.
"Ok, terima kasih. " balang oat yang hendak Iman ambil sebentar tadi sudah bertukar tangan.
Selesai melakukan pembayaran, Iman yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari pacific itu ditahan oleh seseorang.
"Eh! Ingatkan dah balik" ucap Iman terkejut.
"Tak adalah, saya cari awak sebenarnya. " balas Qayyum. Iman pula sudah berkerut.
"Cari saya? Ada apa ye? " Iman menyoal pelik.
"Tak ada apa-apa, saya nak ajak awak pergi makan. Itu pun kalau awak sudi. " Umpan Qayyum. Iman berfikir sejenak. Ingatannya menerawang.

"Awak, orang semua pandang awak." Bisik Iman. Sebelah tangan Afnan memegang telefon bimbit yang sedang ditelitinya dan sebelahnya lagi dimasukkan ke dalam poket seluar. Iman yang memegang lengan Afnan yang berlapik baju memperlahankan langkahnya.
Afnan mengangkat wajahnya sebaik sahaja langkah Iman dirasakan semakin perlahan. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum menoleh memandang Iman di sebelah.
"Dia bukan tengok sayalah, tapi dia tengok kita. " ucap Afnan yang turut sama berbisik.
"Maksud awak? " soal Iman musykil.
"Yelah kitakan macam sweet couple." Usik Afnan selamba. Mereka mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna merah, seluar dan kasut Afnan mempunyai warna yang sedondon dengan seluar palazo dan tudung yang dipakai Iman.
Dan kebetulan juga pada hari itu, mereka tidak memakai kanta lekap tetapi mengenakan cermin mata. Kedua-duanya tampak sedondon.
Semasa sampai di kedai kasut. Afnan meminta Iman duduk terlebih dahulu, dua pasang kasut yang sama dibeli Afnan.
"Banyaknya beli kasut, untuk siapa?" soal Iman.
"Untuk kitalah. " ucap Afnan.
"Excuse me? Untuk kita? " soal Iman pelik. Afnan dilihat sudah menukar kasut. Tanpa berlengah lagi Afnan segera bergerak ke hadapan Iman dan duduk menyangkung di hadapan gadis itu.
Iman terkedu dengan tindakan Afnan. Soalannya tidak pula Afnan jawab. Afnan perlahan-lahan membuka kasut tumit tinggi berwarna merah yang dipakai Iman sebelum menyarungkan sepasang lagi kasut tadi ke Iman pula. Padan!
Selesai Afnan mengikatkan tali kasut buat Iman. Afnan meminta Iman berdiri. Mereka berjalan menuju ke sebuah restoran yang berada di sekitar situ.
Iman terhenti . Wajahnya tampak keliru.
"Highlands Restaurant? " Iman memandang Afnan. Ini restorannya. Afnan tidak memberikan sebarang respond malah dia terus menarik Iman masuk ke dalam restoran itu.
Setiba di dalam restoran, mulut Iman sudah mula melopong sehingga tidak perasan Afnan sudah tiada disisinya. Para pekerjanya masing-masing memegang belon yang berbentuk huruf dan apabila disambungkan ia menjadi. 'Would you be my girlfriend?' .
Iman sudah menekup mulutnya. Air matanya sudah bergenang di tubir mata. Pembuluh darahnya bagaikan hendak pecah. Jantungnya seakan-akan terhenti buat seketika.
Apa semua ini? Kenapa lelaki yang bernama Afnan Ilhan masih tidak boleh hilang dari kamus hidupnya walau sudah bertahun lamanya dia cuba untuk melupakan lelaki itu.
Adakah dia patut menerima buat kali yang kedua. Afnan muncul disebalik para pekerja yang berada dihadapannya itu.
"Iman? Iman?!" Panggilan Qayyum menyentakkan Iman dari lamunannya.
"Ye saya? " jawab Iman.
"Boleh termenung pulak dia. So? Sudi tak?" Soal Qayyum kembali.
"Sudi apa? " Iman sudah mula pusing . Tulah berkhayal lagi.
"Haish awak ni. Pergi makan dengan sayalah. " Qayyum sudah geleng kepala melihat telatah Iman.
"Owh ya! Ok. Ok kita pergi sekarang." Setuju Iman. Mereka berjalan beriringan menuju ke kedai makan yang ingin ditujui.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang