Bab 32

14.7K 424 2
                                    

     AMEERA memandang komputer riba di hadapannya itu dengan pandangan yang kosong. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia sedang lakukan tatkala ini. Akhirnya Ameera menyandarkan tubuhnya dengan kasar dan satu keluhan berat dilepaskan.
     "Amboi,mengeluh kuat nampak. Apa cerita?" Soal seseorang. Ameera yang terkejut segera membuka matanya yang dipejam rapat sebentar tadi.
     "Owh hi daddy, What are you doing here?" Soal Ameera lembut sambil membetulkan duduknya. Sejak bila daddy berada di dalam pejabatnya itu pun dia tidak pasti. Fikirannya asyik menerawang entah ke mana.
     "Aik, daddy dah tak boleh datang syarikat sendiri ke?" Soal Encik Rahman. Ameera mengukir senyuman.
     "Tak delah. Just asking daddy" ucap Ameera manja.
     "Ni,kamu dah jumpa mak long kamu?" Soal Encik Rahman sekali lagi.
     "Dah." Sepatah sahaja jawapannya. Dia memandang komputer ribanya dan seperti sedang sibuk membuat kerja. Encik Rahman amat kenal puterinya yang seorang ini. Pandai sungguh berlakon lagaknya.
     "Okaylah daddy datang sini sebenarnya cuma nak tengok kamu macam mana. Okay ke tidak..Tapi, sebelum daddy keluar ni, daddy nak pesan pada kamu. Buatlah keputusan yang terbaik bagi diri kamu. Ikut kata hati ,jangan sampai menyiksa diri kamu,
     tapi jangan terlalu ikut nafsu sehingga membinasakan diri kamu sendiri and make sure urusan peribadi jangan dicampur adukkan dengan urusan kerja. Be professional. Remember that. Daddy pergi dahulu. Assalammualikum." Ucap Encik Rahman seraya melangkah keluar menuju ke biliknya.
     Ameera yang tadinya konon-konon sedang sibuk, memandang ke arah pintu yang sudah tertutup rapat dihadapannya. Dia kembali menyandarkan tubuhnya sekaligus memejamkan matanya kembali.
     Jari runcingnya ligat memicit-micit kepalanya yang terasa sakit akibat terlalu banyak berfikir.

     KELIHATAN Iman yang sedang berdiri disebelah bondanya mencuri pandangan tatkala menuruni anak tangga. Bajunya yang baru sahaja ditukar dikemaskan sedikit sebelum melangkah ke ruang makan.
     "Ha, dah turun. Baru ingat nak panggil tadi. Ni smart-smart nak pergi ke mana?" Soal Puan Sri Aufa Ismail sambil memandang puteranya yang sedang membetulkan topi yang dipakainya.
     "Main golf, ayahanda dah ajak, Han ikut jelah." Ucap Afnan sambil menayang senyuman manis yang menampakkan lesung pipit dipipinya. Kecacatan yang indah.
     Iman melarikan pandangannya dan segera menolong Harnania dan Mak Jah yang sedang menghidangkan makanan yang telah dimasak. Afnan perasan akan lirikan mata itu. Dia hanya mampu tersenyum.
     "Assalammualaikum" ucap seseorang yang muncul dari arah pintu ruang makan itu.
     Mereka menjawab salam tersebut secara serentak. Iman berpaling memandang ke belakang dan mendapati ada seorang lelaki lingkungan 60-an masuk ke ruang makan itu.
     Lelaki tadi memandang Iman atas dan bawah. Afnan yang perasan akan pandangannya itu segera berdiri di sebelah Iman.
     "Ayahanda perkenalkan ini Nur Iman Sofea kawan Han. And Iman this is my gentle father Tengku Abdul Halim" Afnan membuka bicara. Iman hanya tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
     "Owh nice to know you Iman. Iman Sofea ni special pada Ilhan ke?" Soal Tengku Abdul Halim mengusik. Merona merah wajah Iman diajukan soalan cepumas itu.
     "Kalau ayahanda tanya Han, im totally say YES! tapi, kalau tanya Iman I don't know lah better asked herself" balas Afnan.
     Semua orang boleh nampak kulit wajahnya yang putih, sudah berona merah. Seisi istana yang berada di ruang makan tatkala itu hanya mampu mengulum senyuman.
     "Sudahlah, mari makan" ajak Harnania. Kesian dia tengok Iman yang sudah keras disitu. Mati kutu future sister in-law nya itu. Cewah!
     Mereka mengambil tempat di meja makan. Afnan duduk di sebelah kanan Iman yang sudah duduk mengambil tempat disebelah Harnania.
     Mereka menjamu selera bersama-sama. Sesekali Tengku Abdul Halim mengajukan soalan kepada Iman tentang kerjayanya,asal usul keluarganya dan lain-lain lagi. Mujur Iman mampu menjawabnya dengan tenang.
     Usai makan tengah hari, Afnan menghantar Iman ke restorannya sebelum dia pergi bermain golf bersama ayahandanya.
     Semasa berada di dalam kereta, Iman hanya diam tidak bersuara. Hanya DJ di radio yang beria mendendangkan lagu itu dan ini. Afnan curi-curi pandang Iman yang berada disisinya.
     "Iman" seru Afnan.
     "Hmm.." Balas Iman yang masih memandang jalan raya dihadapannya itu.
     "Kan tadi saya kata saya akan explain. Actually, Ameera dah batalkan perkahwinan antara saya dengan dia" jujur Afnan.
     Kata-kata Afnan itu berjaya membuat Iman tersentak lalu berpaling memandangnya.
     "Function batalkan? Saya ke penyebabnya?" soal Iman serba salah.
     "Nope, Ameera kata kitaorang memang tak serasi and memang dia yang nak batalkan" jelas Afnan.
     Iman terdiam. "Kenapa diam?"
     "Hm..Senangnya awak dapat yang barukan. Putus yang itu cari yang lain. Kalau saya dengan awak nanti mesti awak buat benda yang sama juga kalau kita berpisah."  Kali ini Afnan pula yang terdiam. Iman yang seperti baru tersedar dengan kata-katanya yang agak kasar segera menekup mukanya menggunakan kedua-dua belah tangan.
     Dia tidak tahu kenapa. Sejak akhir-akhir ini fikirannya bercelaru. Mungkin juga kerana hormonnya. Entahlah!
     "Sorry." Ucap Iman sepatah setelah lama Afnan mendiamkan diri.
     "Its okay" balas Afnan sambil tersenyum memandang Iman.
     "Okay kita dah sampai" kereta diberhentikan. Iman termenung seketika sebelum keluar dari keretanya itu. Dia memandang semula ke belakang saat terdengar namanya dipanggil Afnan.
     "Balik nanti saya jemput awak okay. Nak hantar kereta awak ni sekali. Jangan naik teksi tau" pesan Afnan
     "Yes boss!" Ucap Iman malas sebelum masuk ke dalam restorannya itu.
     Afnan hanya mampu geleng kepala melihat telatah wanita pujaan hatinya itu.
     Seperti yang telah dijanjikan, Afnan menjemput Iman pulang dari tempat kerjanya. Dia menghantar Iman pulang ke rumah lalu menelefon pemandu peribadinya untuk menjemputnya pulang.
     Bersungguh-sungguh Iman hendak menghantarnya pulang. Tapi, Afnan menolaknya dengan sopan. Dia risau akan keselamatan Iman sejak hari dimana Iman di ekori itu.
     Meskipun dia telah mengupah pengawal peribadi tanpa pengetahuan Iman dan penyiasat untuk menyiasat kes tersebut. Namun,dia masih tidak berpuas hati jika tidak dapat melihatnya dengan sendiri.
      Sejurus Iman masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat miliknya itu. Ada beberapa suara menegurnya dari belakang.
     "Ehem.." Orang pertama berdehem. Iman menoleh ke belakang dan mendapati semua pekerja di dalam rumahnya itu tersenyum memandang dirinya.
     "Kenapa ni?" Soal Iman keliru. Kak Sha berjalan menuju ke arah Iman dan mengambil bagasi milik tuannya itu.
      "Selamat pulang Cik Iman. Cik Iman sihat? nak makan? Kalau nak Mak Mah sediakan" ramah Mak Mah berbahasa.
     Iman mengecilkan matanya memandang satu persatu muka yang berdiri dihadapannya.
      "I can smell something fishy here. Apa ni baik cakap" tiba-tiba Iman membesarkan matanya semula.
     "Ha Iman tahu! mana kamera ni mesti ada prankkan baik keluar dah tak jadilah Hahahaha.." Ketawanya sambil tercari-cari di mana kamera tersembunyi yang dimaksudkannya itu.
     "Haish apa Iman ni! Ke situ pulak dia, Tak adalah!" Potong Abang Har pula.
     "Fuh nasib bukan.. Habis tu?" Soal Iman.
     "Yang tadi dengan Cik Iman kat luar tu siapa?" Ucap Kak Sha sambil menjongket-jongketkan keningnya ke atas dan ke bawah.
      "Owh itu ke? Ngendap orang ea Busy body betul... Haish itu Afnan Ilhan lah kak. Alah, Tengku yang akak minat selalu masuk paper tu." Terang Iman. Semua disitu sudah melopong.
     "Aduhhhh,Hil! kita melepaslah macam ni. Ada orang dah ambil Cik Iman kita." Usik Abang Har.
     "Bukan kau dua orang je okay. Aku pun! Tengku aku Cik Iman dah kebas. Tulah lawa sangat Cik Iman kita ni. Tak apa kalau dengan Cik Iman Kak Sha sanggup lepaskan dia.." usik Kak Sha pula. Pak Mat dan Mak Mah hanya mampu geleng kepala melihat telatah anak muda dihadapan mereka ini.
      Iman tertawa."Amboi, amboi, bukan main ye. Sudah! I nak naik mandi. Melekit dah badan ni. By the way, Iman tak ada apa-apalah dengan dia. Kawan je. " Sempat Iman memberitahu sebelum menghilangkan diri mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Mereka yang lain hanya mampu tertawa kecil.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now