Bab 31

14.1K 443 1
                                        

      AMEERA membetulkan skirt pendek yang dipakainya ketika hendak duduk. Dia memandang ke sekeliling dapur rumah agam mak longnya yang sunyi itu.
     "Kau buat apa datang sini?" Soal seseorang dengan nada yang sedikit kasar. Ameera memandang ke pintu dapur itu dan mendapati Harnania berdiri disitu mencerlung tajam ke arahnya.
     "Hai, Nia how are you?" Sapa Ameera. Dia tahu Harnania tidak suka dengannya.
     "Not fine!" balas Harnania.
     Ameera segera bangun dari duduknya lalu menghampiri Harnania yang sedang minum air ketika itu.
     "Nia sakit apa?" Soal Ameera prihatin sambil tangannya laju mengurut bahu Harnania.Tersembur air yang diminumnya taatkala jari runcing Ameera menyentuh bahunya.
      "Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba nak urut aku bagai" Dengan kasar Harnania melepaskan tangan Ameera dari bahunya.
     "Sorry,sorry. Tadikan Nia kata Nia sakit" jawab Ameera perlahan.
      "Sakit hati dengan mata bila kau ada dekat sini!" Geram Harnania. Dia mengesat mulutnya dengan kasar.
     "Ehem!" Mata mereka beralih ke arah suara yang berdehem sebentar tadi. Kelihatan Afyan yang sedang bersandar sambil tangannya disilangkan ke dada.
     Tidak lama kemudian muncul Puan Sri Aufa.
     "Sudah, Ameera duduk. Nia pon duduk." Tengku Aufa mula berbicara.
      Harnania segera meletakkan cawan yang digunakannya tadi ke dalam singki lalu mengambil tempat disebelah kakaknya. Ameera hanya akur dan duduk berhadapan dengan Afyan yang juga telah mengambil tempat.
     "Ada apa kamu datang sini? Ada apa-apa masalah lagi ke?" Soal Puan Sri Aufa dengan tenang.
     "Eh bukan mak long! Meera datang sini sebab.." Belum sempat Ameera hendak menghabiskan kata-katanya Harnania sudah menyampuk.
     "Sebab apa? Nak tukar lagi tema majlis resepsi? Nikah? Or majlis bersanding. Owh mungkin nak tambah lagi tetamu. So? Yang mana?" Perli Harnania.
      "Nia, jangan menyampuk please. Bagi Ameera habiskan apa yang dia nak cakap dulu" tegur Afyan
     "Apa?! Betullah apa yang Nia cakapkan. Lagi pun mak ude tak habis-habis nak buat abang macam orang suruhan dia. Mentang-mentang pak ude yang sponsor modal masa abang mula-mula nak bangunkan
      AI Holdings tu dulu, mak ude gunakan abang sesukahati dia! Dan disebabkan abang rasa terhutang budi dengan pak ude, dia ikutkan saja apa yang mak ude arah.
      Abang pun ada hati, ada perasaan. Abang sukakan Kak Iman bukan dia. Even tho Nia tak pernah jumpa Kak Iman but dari cerita-cerita abang dah boleh buat Nia yakin yang Kak Iman lagi better dari dia ni!
     Fyi Ameera,my brother dah melamar Kak Iman dan sekarang kitaorang tinggal tunggu jawapan Kak Iman je. So please leave my brother alone. Let him be!" Naik turun dada Harnania menahan amarahnya. Afnanlah satu-satunya abang yang dia miliki dan dia amat manja dengan abangnya itu.
      "Nia!" Marah Afyan. Puan Sri Aufa hanya diam.
     "No, Nia betul" balas Ameera pula. Puan Sri Aufa,Harnania dan Afyan memandang Ameera serentak.
     "Actually Meera datang sini sebab nak mintak maaf dekat mak long sekeluarga atas apa yang mummy Meera dah buat. Meera dah cakap dengan Abang Han yang Meera tak kesah kalau dia nak batalkan perkahwinan kitaorang.
     Belum terlambat lagi kalau nak batalkan semuanya. Pasal Abang Han melamar Iman pon Meera tahu. Meera yang tolong Abang Han bagi idea dan rancang semuanya. Meera akui yang Iman sangat sempurna dan sesuai untuk Abang Han.
     Meera dah cakap dengan papa and mummy pasal perkara ni. Meera mintak maaf lagi sekali atas apa yang mummy Meera dah buat." Jelas Ameera dengan kepalanya yang tertunduk memandang ke bawah.
     Seperti tidak percaya apa yang mereka baru dengar sebentar tadi. Terutamanya Harnania.
     "Alhamdulilla lega mak long dengar. Mak long nak ucap terima kasih sangat dekat Meera sebab faham. Mak long pon dah tak tahu nak cakap apa. Han sikit pon tak bagi mak long masuk campur apa-apa, dia kata biarlah dia yang hadapi dan selesaikan semuanya sendiri." Ucap Puan Sri Aufa. Ameera tersenyum manis.
     Tiba-tiba sahaja ada orang masuk ke dapur. Ameera memandang dua wajah yang baru tiba itu diikuti dengan mereka yang lain.

     IMAN terpaku dikedudukannya agak lama saat melihat Ameera di situ sehinggalah Afnan menarik lengan bajunya untuk masuk ke dapur itu. Afnan memberi salam lalu bersalaman dengan bondanya. Adik-adiknya juga mengambil giliran untuk bersalaman dengannya.
     "Bonda,perkenalkan inilah Iman,and Iman perkenalkan ini bonda tercinta saya,yang ini Afyan kembar saya and yang sebelah dia asyik tersengih-sengih tengok awak tu Harnania, adik saya." Afnan memperkenalkan satu persatu yang berada didapur itu.
     Iman kembali ke alam realitinya dan bersalaman dengan bonda Afnan. Harnania dan Afyan segera mendapatkan Iman dan bersalaman dengannya. Akhir sekali tangannya dihulurkan kepada Ameera. Iman hanya mampu mengukir senyuman yang dibuat-buat.
     Ameera menyambut huluran tangan itu.
      "Owh inilah Imannya,akhirnya bonda dapat juga jumpa orang yang Han dok sebut-sebut bakal jadi menantu bonda" usik Puan Sri Aufa dalam tawa.
      Iman sudah memandang Afnan dan Ameera silih berganti. Tetapi yang peliknya Ameera sedikit pun tidak terkesan dengan perkataan 'bakal menantu' itu. Malah dia juga turut sama ketawa.
     "Nanti saya explain" bisik Afnan yang seperti dapat menangkap maksud disebalik pandangan yang Iman berikan tadi. Iman hanya membalasnya dengan senyuman.
      "Eh marilah kita ke depan, takkan nak duduk dekat dapur ni je ye tak? Jom,jom!" Ajak Afyan. Mereka semua bangun dari kedudukan masing-masing. Baru sahaja mereka hendak melangkah ke hadapan Ameera terlebih dahulu bersuara.
     "Em mak long, Meera balik dululah. Takut nanti mummy risau sebab tadi cakap nak keluar sekejap je" tipu Ameera. Dia sebenarnya tahu Iman agak tidak selesa dengan kehadirannya.
     Lagipun dia juga tidak sanggup berlama disitu melihatkan cara Afnan memandang dan melayan Iman. Dia masih menyimpan perasaan terhadap Afnan dan sedang cuba untuk melupakan perasaan tersebut.
      "Pulak dah?" Perli Harnania. Satu jelingan Afyan hadiahkan kepada Harnania.
      "Iyelah,hati-hati drive, kirim salam mummy dengan papa kamu. Kalau ada masa datanglah sini ye" pelawa Puan Sri Aufa.
     "Okay,Meera balik dulu ye. Bye semua!"pamit Ameera.
      "Waalaikummusalam." Balas Harnania dengan muka yang menjengkelkan. Iman hampir ketawa melihat gelagat adik Afnan yang seorang ini.
      Mereka bergerak kehadapan dan berbual rancak diruang tamu. Iman sudah semakin selesa hendak berbual.
      "Han nak naik kejap tau bonda, nak charge phone" pinta Afnan. Dia segera bangun dan berjalan menuju ke tangga yang menyambungkan tingkat atas dan bawah.
     Iman hanya memerhati. Harnania juga turut bangun dan mengejar abangnya dari belakang yang sudah mendaki separuh anak tangga.
      "Abang!" Jerit Harnania separuh berbisik. Afnan berpaling.
      "Hm apa dia?" Soal Afnan.
      "Itu ke Kak Imannya?" Soal Harnania teruja. Afnan angkat kening.
      "Kan abang dah kenalkan tadi. Kenapa tak okay ke orangnya" kali ini Afnan pula yang bercakap separuh berbisik.
      "Eh,mana tak okaynya.. Kalau ini orangnya. Nia setuju 100%. Macam gini" Ujar Harnania dengan gaya thumbs upnya.
       "Memandai jelah kamu ni, Kak Iman tu pon belum bagi jawapan, ada hati nak gini." Afnan mengajuk gaya adiknya sebentar tadi.
       "Ish abang ni!" Marah Harnania.
       "Apa? Betullah. Dah, abang nak naik atas." Balas Afnan.
       Harnania tersenyum dan berlari turun ke bawah semula.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang