KELIHATAN jelas Afnan sedang mengetap giginya menahan amarah. Kejadian tadi kembali menerjah kedalam ingatannya.
"Mia, boleh tak kamu tolong panggilkan Kak Iman, mungkin dia ada kat atas" Afnan yang berada disitu dengan sukarela menawarkan diri untuk menggantikan tempat Mia bagi memanggil Iman.
Semasa dia mendaki tangga bertujuan untuk memanggil Iman di atas, dia dapat mendengar suara Iman sedang bercakap dengan seseorang. Apabila sampai di tingkat atas, dia dapat melihat Qayyum dan Iman yang sedang memandang antara satu sama lain.
Perasaan cemburu menyerang jiwanya. Apabila dia sudah berada disitu mereka boleh pula sambung berbual. Lagilah berbulu mata Afnan melihat.
Afnan meraup mukanya kasar. Gadis-gadis di situ yang sedari tadi memandang dirinya sambil tersengih sengih tidak dihiraukan. Dia terus bersandar dikerusi yang berada di taman luar rumah banglo milik keluarga Qistina itu.IMAN yang berjalan kesana sini seperti mencari seseorang akhirnya melangkah keluar ke taman yang terletak di luar rumah. Itu pun dia! Iman terus berjalan menuju ke arah Afnan yang sedang bersandar di kerusi yang berada di situ.
Iman duduk di kerusi bersebelahan dengan Afnan. Afnan yang perasan akan kehadirannya itu langsung tidak mengendahkannya malah matanya sedari tadi tertancap di screen telefon. Iman geram apabila dirinya dilayan seperti itu. Apa salah dirinya terhadap Afnan?
"Afnan. "Tegur Iman.
"Hmm. " jawab Afnan pendek. Iman pasti Afnan sedang merajuk dengan dirinya. Dia kenal Afnan bukan sehari dua.
"Awak ni kenapa? Saya ada buat salah dengan awak ke? " soal Iman ingin tahu.
"Apa yang kenapa. Saya ok je. Kenapa awak ada buat salah dengan saya yang saya tak tahu ke? "Perli Afnan. Iman ketap bibir. Afnan pula masih dengan telefonnya.
Iman merampas telefon dari tangan Afnan. Berharap Afnan akan memandang wajahnya dan rancangannya itu berjaya.
"Awak nak apa Iman? " soal Afnan tegas tapi masih dalam nada yang lembut.
"Awak merajuk dengan sayakan.. Baik awak cakap dengan saya, awak jealous bila nampak saya dengan Qayyum tadi sebab tu awak jadi macam ni" Iman menunding jari telunjuknya tepat kearah Afnan sambil mengecilkan matanya.
Afnan mengambil telefonnya semula dari tangan Iman.
"Jangan nak perasanlah. " Apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Afnan, Iman sudah mula tersenyum. Dia kenal Afnan. Apabila dia menjawab menggunakan ayat itu, Iman pasti yang Afnan sedang merajuk dan apa yang dikemukakannya tadi memang tepat.
"Saya kenal awak Afnan, bukan sehari dua. Even kita dah lama tak berbual tapi awak punya perangai memang tak pernah berubah. Dahlah tu, awak pun tahu saya tak pandai nak pujuk orangkan. " Afnan masih menyepi. Sebenarnya dia sedang mengulum senyum.
"Apa hubungan awak dengan Qayyum" soal Afnan dalam nada yang sengaja di dinginkan . Iman sudah tersenyum.
"Kitaorang takde apa-apa hubunganlah. Tadi saya terjatuh sebab terlanggar dia, tu yang dia tolong saya bangun dah alang-alang kitaorang berbuallah. " Afnan hanya mengganguk.
"Dahlah Afnan, senyum sikit please.. Saya ada lolipop nak tak?" Iman tahu skill memujuknya failed tapi tidak salah jika dia mencuba. Afnan kembali tidak mengendahkannya seperti tadi. Iman geram dengan sikap Afnan.
Lolipop ditangannya diketuk pada bahu Afnan. Dia sudah berdiri.
"Malaslah nak layan awak ni. Merajuklah sorang-sorang " Ucap Iman dalam nada geram. Baru saja dia mahu melangkah pergi, Afnan terlebih dahulu memegang tangannya.
"Ok. Ok sorry. Alah dia ni, dia pula nak merajuk. Ingatkan nak pujuk saya tadi. Boleh pula bagi lolipop. "Ucap Afnan yang sudah tergelak. Iman memandang Afnan dengan pandangan yang tajam.
"Pujuklah diri sendiri, saya nak masuk. Bye! " Iman meleraikan pegangan Afnan dari tangannya sebelum berlalu pergi. Rasakan padan muka!
"Iman! Aduh.. bodohlah kau ni Han! Orang tu dah elok-elok pujuk tadi boleh pula kau buat tak tahu,tengokkan dah susah." omelnya sendiri dan berlalu pergi mengekori langkah Iman yang sudah laju berjalan kehadapan.JARI jemari Iman yang sudah berinai itu dipandang Afnan. Sedari tadi dia duduk disebelah Iman tapi sedikit pun Iman tidak melayannya.
"Awak memang suka pakai inai ke? " soal Afnan ingin mencuba nasib.
"Bolehlah" jawab Iman acuh tak acuh. Inilah satu sikap Iman yang dikaguminya. Walaupun Iman merajuk dengan dirinya tapi sebenarnya Iman tidak menyimpan dendam pun. Apa yang ditanya pasti akan dijawab.
"Iman sorrylah, saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak tadi. " rayu Afnan dalam nada berbisik. Fina, Nisa, Bella dan yang lain-lain sudah memandang mereka berdua. Mengutuk akulah tu! Getus Iman.
"Yelah." balas Iman yang malas hendak melayan.
"Betul ni?! " suara Afnan sudah berubah ceria.
"Hmm.. "
"Yes, thanks sayang." sayang? Iman telan liur. Afnan sudah tersengih nakal. Begitu juga dengan mereka yang lain.
"Eh, Bella, Izah, Ira ni semua tak makan ke? Pergilah makan sana, dari petangkan kamu semua tak makan ni Iman pergilah makan, kamu lagilah dari pagi tak makankan, sibuk memanjang je tadi" ucap Nek Lah yang lalu disitu.
"Nanti Iman makan nek, tengah pakai inai susah nak makan, lagipun Iman baru pakai ni" ujar Iman sopan.
"Awak semua dah boleh basuh tangan tu, Iman kene tunggu kejap lagi sebab awak baru pakai" ujar Kak Dina selaku orang yang memakaikan mereka inai.
"Ha yelah Tengku Afnan ni pergi makan ye nenek nak ke belakang dulu." ucap Nek Lah seraya berlalu pergi.
Afnan sudah berdiri. Dia terus menuju mengambil makanan. Iman hanya memerhati. Perutnya memang sudah berkeroncong. Mana tidaknya dari pagi dia tidak sempat makan, hanya air yang masuk ke perutnya.
Afnan kembali duduk disebelah Iman dengan membawa pinggan dan secawan air oren ditangan.
"Banyaknya awak makan" terkejut Iman memandang pinggan Afnan yang berisi nasi putih dan lauk pauk itu.
"Kita kongsi ok." Iman memandang muka Afnan.
"Eh takpelah, nanti saya makan, tangan saya masih berinai ni. " tolak Iman sopan.
"Saya suap awaklah, saya nampak tangan awak berinai. Kalau nak tunggu awak makan nanti memang taklahkan jawabnya. Sekarang je dan pukul 10. Awak tu bukannya suka makan malam-malam." Bebel Afnan.
Hish mamat ni membebel pula. Nanti aku makan sendirilah. Memang Iman tidak suka makan apabila sudah melebihi pukul 9 sejak dia meningkat usia 20 tahun.
"Eh takpelah, jangan risau nanti saya makan sendiri. " tolak Iman lagi.
"Iman. Please, awak tu ada gastrik, nanti kalau sakitkan susah. Makanlah, sikit pun jadi. " sudu telah Afnan suakan ke mulut Iman. Mengenangkan perutnya yang memang sudah terasa pedih itu. Akhirnya Iman mengalah dan membuka mulutnya.
"Good girl!" Afnan sudah tersenyum. Gadis-gadis disekitar mereka sudah berbisik sesama sendiri. Ada yang sudah melopong melihat aksi romantik mereka berdua disitu. Ada juga yang sudah mencebik. Iyalahkan pujaan hati mereka suap perempuan lain. Macam tak boleh makan sendiri je.
"Uyoo.. Ada orang tu sweet dua orang tak perasan kitaorang kat sini" ucap Ira. Qistina dan tunangnya yang juga ada disitu sudah tersenyum.
"Jangan kacaulah, orang tu nak sweet-sweet terbantut kang" marah Hani dalam gurauan. Wajah Iman sudah berona merah.
"Dah, dah kesian aku tengok Iman tu, nak makan pun tak senang korang ni. " tegur Qistina pula. Yang lain sudah mengekek ketawa. Afnan juga turut ketawa. Afnan setia disebelah Iman sehingga makanan dipinggan habis dikongsi bersama.
Air diberi kepada Iman. Cawan pun Afnan tolong pegangkan. Dah macam seorang ayah bagi makan kepada anak perempuannya pun ada.
Afnan sudah bangun hendak berlalu ke dapur.
"Awak." Panggil Iman. Afnan berpaling.
"Ye? Kenapa awak nak air lagi ke? Nanti saya ambilkan." Soal Afnan.
"Eh tak, saya nak cakap thanks sebab suap saya" ucap Iman sambil bersenyum manis.
"My pleasure dear" balas Afnan sambil mengenyitkan matanya. Dia terus berlalu ke dapur.
"Uhuk, boleh kencing manis aku tengok korang berdua ni tau!! Too sweet to handle! " ucap Fina.
"Tah Hafiz pun tak sweet cam tu tau! Jellynya!!(jealous)"Ucap Areena pula.
"Tengok tu, tak pasal-pasal I pulak kene" balas Hafiz. Mereka semua sudah tergelak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...