Bab 34

13.4K 399 0
                                    

AMEERA mengangkat mukanya saat mendengar sapaan seseorang. Riak wajah wanita dihadapannya ini jelas terkejut.
"Duduklah. " pelawa Ameera. Iman yang memakai seragam kerjanya dipandang atas bawah.
"Tak apalah. Ada apa ye? " soal Iman.
"Ingatkan bos, bos tak boleh duduk ke? Takut pekerja marah? Hm? " perli Ameera. Mendengar kata-kata itu Iman terus bergerak ke hadapan Ameera lalu duduk di kerusi berhadapan dengannya. Sakit hati dia melihat perempuan ni. Ameera tersenyum puas.
"Hm nak apa? " soal Iman acuh tak acuh.
"Lusa."
Muka Iman mula berkerut saat sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Ameera.
"Lusa? Kenapa dengan lusa? "
"Lusa birthday Afnan. I tahu dia dah purpose you and I juga tahu Qayyum purpose you. So, you dah buat pilihan? "
"Wooo.. Haha.. Wait wait. Apa kene mengena birthday Afnan dengan I dah pilih atau tidak. " sinis Iman.
"Kalau you dah pilih I ada rancangan. " sinis Ameera kembali.
"What's the plan? " Ameera sudah tersenyum.

QAYYUM membetulkan tali leher yang dipakainya. Fail-fail dihadapan yang berselerak langsung tidak di kemas. Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya yang berbunyi.
Nama penghantar WhatsApp itu membuatkan dirinya tersenyum hingga ke telinga. Dia segera membuka dan membaca apa yang telah dihantar oleh si pengirim.

WHATSAPP

IMAN (ONLINE)
Hi, sorry for disturbing.
Untuk emm..
Untuk lamaran awak haritu.
Saya dah buat keputusan.

QAYYUM (ONLINE)
Hi there, srsly! So apa keputusannya?

IMAN (ONLINE)
Not now,kita jumpa? tomorrow maybe?

QAYYUM (ONLINE)
Sure, but dekat mana? pukul berapa?

IMAN (ONLINE)
My restaurant at Petaling Jaya 3 o'clock.

QAYYUM(ONLINE)
As you wish princess :) See you tomorrow!

IMAN (ONLINE)
See ya..

-last seen today at 2:34 PM-

Qayyum memandang telefon bimbit di tangan dengan senyuman yang masih tak lengkang dari bibirnya. Dia segera mengemas fail-fail diatas mejanya dan mencapai kot yang tersangkut elok diatas kerusi.
Baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari biliknya, dia sudah terlanggar seseorang sehingga wanita itu terjatuh.
"Sorry"
"Tak apa Tuan. Eh, Tuan nak pergi mana?" Soal Hana PA kepada Qayyum.
"Owh saya nak keluar sekejap ada urusan. Kenapa ye? Ada apa-apa yang penting? "
"Owh, tak ada apa-apa just nak bagitahu pukul 3 nanti Tuan ada meeting dengan AI Holdings" jelas Hana yang sedang membelek-belek jadual Qayyum ditabnya.
"AI Holdings jekan. Tak apa mamat tu boleh tunggu. Cakap dengan Ku Afnan saya keluar sekejap. But I'll make it fast. Okay. "
Hana hanya mengangguk.
"Okay good."
Qayyum segera berjalan menuju ke lif.
"Haish Tuan, kalau tuan nak langgar saya hari-hari pun saya tak kesah saya jatuh hari-hari pun tak kesah. Sebab dah hari-hari saya jatuh hati pada tuan. Cia cia!"
"Oi sambung kerjalah. Berangan je kerja kau. " tegur seseorang.
"Ish aku tahulah. Sibuk je buat kerja tuh. " marah Hana. Dia tersenyum lalu kembali ke tempat duduknya.

"TERIMA kasih kepada AI Holdings atas cadangan itu tadi. Jadi selepas ini jika pihak kami ada sebarang perkara susulan kami akan rujuk kembali kepada our leader project Tuan Muda Afnan. So, dengan ini meeting kita pada petang ini bersurai. " ucap Qayyum selaku CEO Ferhad Holdings.
Mereka semua mula bangun dari kedudukan masing-masing untuk beredar pulang. Qayyum dan Afnan sudah mula berjabat tangan sesama sendiri. Baru sahaja Afnan hendak melangkah keluar Qayyum cepat menghalang.
"We need to talk" ujar Qayyum. Afnan hanya memandang Qayyum dengan muka dinginnya lalu duduk kembali diatas kerusi tanpa berkata apa-apa.
"Its about Iman. " tersentak Afnan mendengar nama itu.
"What's wrong with her? " soal Afnan mula berminat.
"Dia akan bagi aku keputusan esok." Belum sempat Qayyum hendak menghabiskan kata-katanya Afnan sudah berdiri dan meninggalkan bilik tersebut. Qayyum hanya mampu melihat.

IMAN tergesa-gesa keluar dari rumahnya memakai kasut sneakers di tangan. Tudung yang hanya dililit tak tahu kemana dibetulkan sedikit.
"Cik Iman. Biar Abang Har hantar ye. " pinta Azhar yang turut berlari.
"No! Tak payah Iman dah lambat ni. Abang Har bawa macam siput."
"Owh Cik Iman nak racelah ni?! Mak Mah tengok Iman dia tak nak Har hantar! " jerit Azhar.
"Ish diamlah Abang Har. Bisinglah!" Rungut Iman.
"Iman okaylah. Nanti kalau ada orang nak apa-apakan Iman, Iman karate je dia sekali." terang Iman.
"Tak bo... " kata-kata Azhar terhenti saat sebuah kereta porsche 618 boxster masuk ke pekarangan rumah Iman.
"Afnan? " dengan jelas Iman dapat melihat itu adalah Afnan kerana kereta itu tidak berbumbung. Pemilik kereta mewah itu keluar dari tempat duduknya.
Dari jauh Iman dapat melihat Afnan yang sudah tersengih seperti kerang busuk melihatnya. Afnan membetulkan cermin mata hitam dibatang hidungnya dan berjalan menuju ke arah mereka berdua.
"Hi!"
"Hm. Abang Har perkenalkan ni Afnan and perkenalkan ni Abang Har." mereka berdua bersalaman.
"So, korang ada plan nak pergi mana-mana ke? "Soal Afnan.
"Ya, saya nak ambil someone dekat airport so ya.. "
"Tapi Iman tak nak dihantar. Hari tu dah hampir kene langgar pun tak serik-serik lagi. " sambung Azhar. Iman sudah gigit bibir. Afnan pula sudah memandang Iman.
"Its okay biar saya hantar Iman. " pelawa Afnan.
"Mana boleh, saya nak ambil oranglah. Awak punya kereta tu muat dua orang je tau dua. Ni tengok jari saya dua. Satu dua. D. U. A! "Jelas Iman.
"Then just use your car. " Afnan berkias. Iman mengeluh. Makin lama dilayan makin lambat dia sampai ke airport.
"Yelah-yelah. Abang Har bak sini kunci kereta." Dengan rela hatinya Azhar menyerahkan kunci kereta BMW itu kepada Iman.
"Ops, saya drive" terang Afnan lalu merampas kunci kereta ditangan Iman. Azhar sudah lama cabut masuk. Apa lagi nak sampaikan berita sensasilah. Kaki gosip kau apa tahu.
Iman mengeluh. Dia memandang Afnan tajam.
"Ha tak payah pandang saya macam tu kalau patah tengkuk awak sebab mendongak macam tu saya tak bertanggungjawab okay. Ada yang saya cium mulut tu kang." jelas Afnan sambil ketawa kecil.
Iman kalau tak pakai kasut tinggi memang mendongaklah jawabnya bila hendak melihat Afnan. Iman buat muka tidak puas hatinya.
Afnan yang sudah membuka pintu untuk Iman dicerlung tajam.
"Auch, sakitlah.. Jangan padang macam tu. Api dalam mata tu panas sangat. Cair kekanda" Canda Afnan.
Iman menggulingkan matanya lalu masuk ke dalam kereta. Sempat dia mengomel.
"Kekanda konon dah macam kekuda aku tengok. Nyebelin" omel Iman. Afnan hanya mampu tersenyum dan menutup pintu buat Iman yang sudah menyilangkan tangan didada. Afnan bergerak ke tempat pemandu dan kemudian masuk ke dalam kereta.
"Let's go! To the airport"

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now