Bab 25

14.4K 435 3
                                    

     IMAN menarik nafas panjang sambil tangan kirinya memegang secawan teh panas dan tangan kanannya menolak pintu yang menyambungkan biliknya ke balkoni luar. Di hadapannya pemandangan pantai dengan hempasan ombak yang cukup indah.
     Angin bayu malam meniup lembut wajah mulus Iman. Rambutnya yang lurus dilepas. Dia memandang  ke arah langit malam yang gelap sambil menghirup teh panas yang berada didalam mug.
     Iman tersenyum sendiri. Entah apa yang berada di dalam mindanya taatkala ini. Tapi, dia berasa sangat gembira. Bukan gembira, cuma lebih kepada tenang. Tanpa dia sedar ada mata yang tidak berkelip memerhati gerak gerinya sedari tadi.
     "Ehem happy nampak" Orang tadi berdehem. Iman terkejut mendengar suara lelaki menegurnya. Dia menoleh ke kiri memandang si pemilik suara garau itu.
     Alangkah terkejutnya Iman melihat Afnan dibalkoni bilik sebelah. Iman memegang kepalanya. Gosh! Tudung aku!!
     Iman melompat ke dalam dan terus menutup pintu sliding biliknya. Dia tersandar disitu buat seketika. Cawan yang berada di tangan diletakkan diatas meja. Dia meletakkan sebelah tangannya didada dan sebelah lagi dipipinya.
     "Ya Allah malunya!" Dia terus menadah tangan dengan mukanya yang masih berbahang.
     "Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini" mohon Iman. Dia terus berjalan dengan badan yang tegak menuju ke arah singki untuk membasuh mug yang telah dipakainya tadi.

     AFNAN yang baru selesai menunaikan solat fardhu isyak itu melipat sejadah yang digunakan lalu meletakkannya dipenyidai.
     Dia meletakkan songkok yang dipakainya ke tepi sebelum kakinya laju melangkah ke balkoni untuk menghirup udara segar sebelum masuk tidur.
     Dia duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak resort. Jauh dia mengelamun memikirkan soal dirinya,Iman,Qayyum dan Ameera. Dia mengeluh. Banyak beban yang harus ditanggung.
     Afnan mula tersedar dari lamunannya taatkala pintu balkoni bilik Iman terbuka dari dalam. Afnan memandang ke sebelah kanan dan terjegul keluar kepala Iman diikuti tubuh kecil wanita itu.
     Tapi yang membuatkan Afnan agak terpanar adalah apabila melihat Iman yang tidak bertudung. Wanita itu langsung tidak perasan akan kehadiran dirinya disitu. Sibuk sahaja melayan perasaan dengan mug ditangannya itu.
     Rambut Iman yang lurus panjang itu dibiarkannya ditiup angin malam. Ya Iman sungguh cantik. Sama ada bertudung mahupun tidak. Ini kali pertama Afnan melihat Iman tidak bertudung. Selalunya kurang-kurang Iman akan memakai tuala diatas kepalanya.
     Afnan melihat Iman tersenyum sendiri. Dia mencebik sambil mengangkat keningnya. Ingat siapalah tu bisik hati Afnan. Afnan mula membuka mulut setelah sekian lama Iman tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan.
     "Ehem happy nampak" ucap Afnan selamba. Selepas sahaja dia mengeluarkan kata-kata itu Iman segera menoleh ke arahnya dan serta merta itu muka Iman berbahang merah.
     Iman memegang kepalanya dan terus masuk ke dalam tanpa berkata apa-apa. Sekian kalinya Afnan menjongketkan keningnya tapi kali ini dia tersenyum bahagia.
     "Cute" sepatah perkataan keluar dari bibir Afnan. Kali ini giliran Afnan pula tersenyum sendiri. Dia menggelengkan kepalanya dan terus bangun untuk masuk ke dalam.
     Sesudah Afnan menutup pintu rapat dia menuju ke arah katilnya. Dia merebahkan tubuhnya yang terasa letih diatas katil bersaiz queen yang empuk itu.
     Wajah Iman sebentar tadi berlegar-legar di dalam fikirannya. Meskipun matanya tertutup rapat namun mulutnya tidak lengkang dengan senyuman. Dia bangun dari perbaringannya dan duduk .
     "Iman, Iman, you always make my day, how I could give your heart to Qayyum just like that?! There's no way! I will fight for it! Yes,fight for it." Afnan bermonolog sambil tersenyum sendiri dan kembali merebahkan tubuhnya diatas katil.
     Matanya mula kembali tertutup rapat. Baru sahaja dia hendak terlena telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Dia membuka sebelah matanya dan melihat nama si pemanggil.
     Dia mengeluh sebelum menjawab panggilan tersebut.
     "Hello assalammualaikum." Mula Afnan.
     "Waalaikummusalam,hmm aunty ingatkan dah tak reti bagi salam dah lepas berkawan dengan perempuan kampung yang tak tahu malu tu." Balas Puan Haizah memerli.
     "Apa maksud aunty perempuan kampung yang tak tahu malu tu? Aunty nak cakap siapa? Iman?" Afnan terus terbangun taatkala mendengar kata-kata sinis yang dilontarkan oleh mak ciknya itu.
     "Sudah tahu lagi mahu tanya, siapa lagi kalau bukan perempuan tu. Kamu ingat aunty tak tahu yang kamu dan perempuan tu tido dekat resort harini." Balas Puan Haizah masih dalam nada tidak puas hatinya itu.
     "Mana aunty tahu ni? Lagipun kami tido bukannya satu bilik." Geram Afnan dibuatnya.
     "Satu tak satu, sekarang bolehlah tak satu kita ni bukannya boleh percaya sangat dengan orang macam tu" perli Puan Haizah lagi. Makin berapi telinga Afnan.
     "Aunty jangan sukahati je nak judge Iman macam tu ye!" Suara Afnan sudah naik satu okhta.
     "Memang betulkan apa yang aunty cakap ni, Kamu tu kene ingat darjat kamu dengan darjat si..." Belum sempat Puan Haizah hendak menghabiskan kata-katanya itu, Afnan mencelah
     "Tak,aunty ni sebenarnya nak apa call saya malam-malam buta ni? Kalau setakat nak burukkan Iman dengan saya baik aunty tido jelah. Buang masa je membazir air liur." Afnan sudah penat hendak mendengar kata-kata Puan Haizah.
     "Kamu jangan nak biadab ye Afnan! Jangan sebab perempuan tu keturunan kita hancur. Aunty nak kamu percepatkan tarikh nikah kamu dengan Ameera faham!" Pekik Puan Haizah dihujung talian. Afnan menjauhkan sedikit telinganya dari telefon. Mahu pekak dia dibuatnya.
      "Yelah saya mintak maaf, saya dah penat ,saya nak tido, assalammualaikum" Afnan terus menamatkan panggilan. Dia memicit-micit kepalanya. Ameera tak bagitahu lagi ke? Soal Afnan dalam hati.
     Dia mencapai semula telefon bimbit yang dicampaknya ke tepi sebentar tadi. Dia mula mencari nama Ameera di contact whatsapp nya.

WHATSAPP

-Afnan Ilhan-
Hi meera :)

-Ameera Asya-
Hi ;) Demam ke? Tetiba je chat i ni?

-Afnan Ilhan-
Nah.. Nothing..Saje je..

-Ameera Asya-
Are you sure??

-Afnan Ilhan-
Hmm actually i would like to ask you something..

-Ameera Asya-
Haha i knew it! Sup!? Its sound so "serious" hahaha.

-Afnan Ilhan-
Not that serious. Just nak tanya. You belum bagitahu your mom about us?

Afnan menunggu. Tiada balasan.

-Afnan Ilhan-
Meera?? Are you still there? Hallooo..

5 minit berlalu...

-Afnan Ilhan-
Ameera Asya? Are you there? Answer me.

-Ameera Asya-
Ya im here, sorry. I belum bagitahu im so sorry i terlupa. Mujur you ingatkan. But why suddenly you cakap macam ni?

-Afnan Ilhan-
Nothing,but your mum just call me and she said that kita perlu percepatkan tarikh pernikahan..

-Ameera Asya-
Owh seriously?! Im so sorry. Don't worry I will talk to her later.

-Afnan Ilhan-
Are you okay?

-Ameera Asya-
Ya im fine :)  oklah i got to go,talk to you later bye goodnight and sweet dreams :)

-Afnan Ilhan-
Night sweet dreams :)

Perbualan mereka tamat. Afnan memandang telefonnya. Ameera you baik sangat tak macam your mom. Detik hati Afnan. Dia meletakkan telefonnya ke tepi lalu mematikan lampu sebelum akhirnya terlena di buai mimpi.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now