QAYYUM menuruni anak tangga rumah papan itu, dia menghampiri Afnan yang sedang berbual rancak bersama En. Firdaus ayah kepada Iman.
"Assalammualaikum, cik boleh tak saya nak pinjam cousin saya ni sekejap" sapa Qayyum sambil menyalami tangan tua En. Firdaus.
En. Firdaus hanya mengganguk sambil tersenyum kearah anak muda yang sudah mengambil tempat dihadapannya taatkala ini. Afnan terus berpaling memandang Qayyum.
"Ha! Dah kenapa? Tetiba cari aku pagi-pagi buta gini." soal Afnan.
"Tadi aku dapat call dari Kamal, dia kata papa kau nak turun jumpa kita.. Katanya ada benda nak dibincangkan pasal projek dekat Damansara tuh. " terang Qayyum.
"Ok so? " soal Afnan kembali.
"Soooo! Kita kene balik KL lah harini. Apasal blur sangat kau ni! " Qayyum buat gaya ala-ala hendak menumbuk muka Afnan.
"Sekejap je dah nak balik" sampuk En. Firdaus. Jelas kedengaran nada kekecewaan. Qayyum berasa serba salah.
Dia berfikir sejenak. Kalau nak suruh sepupu dihadapannya ini berfikir sampai ke esok pon tak jumpa jalan penyelesaiannya.
"Hmm,, macam inilah apa kata kamu pinjam kereta Iman dahulu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Takpun pinjam kereta si Afnan. Karang petang nanti Afnan balik dengan Iman macam mana? " cadang En. Firdaus.
Qayyum dan Afnan memandang sesama sendiri.
"Betul ke ni pakcik??" Soal Afnan kurang percaya.
"Iyelah, jangan risau pakcik percaya yang kamu takkan apa-apakan Iman. Kalau apa-apa jadi pada Iman kamu pakcik cari. "Jelas En. Firdaus dalam nada yang tegas tetapi masih bersopan santun.
"Ok juga idea tu, at least ada orang boleh tengokkan dulu projek tu.. " setuju Qayyum.
"Ha baguslah kalau begitu, nanti pakcik tolong beritahu Iman ye" beritahu En. Firdaus.
"Terima kasih pakcik. "Ucap Qayyum. Afnan hanya mampu tersenyum hambar. Dia memandang tepat ke arah lengannya yang dibalut oleh Iman sejak malam tadi akibat kejadian di mana Iman diganggu oleh budak-budak kampung yang nakal.
Sampai sekarang dia masih marahkan Iman. Dia juga tidak tahu mengapa dia mahu marahkan Iman sedangkan gadis itu sudah berkali-kali memohon maaf. Apa kesalahannya juga dia tidak tahu.
Apa yang dia tahu dia takut untuk kehilangan Iman, malah dia berasa marah dengan dirinya sendiri juga."APA!? " bergema suara Iman di seluruh sudut ruang tamu rumah papan itu. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru diberitahu bapanya. Dia akan hantar Afnan pulang ke KL? Biar betul!
Dia tidaklah kesah, tetapi dia masih takut hendak bercakap dengan Afnan. Setiap kali, Afnan memandang wajahnya dia seolah-olah kaku dan mati kata dengan pandangan yang dingin itu. Ini semua gara-gara kejadian tempoh hari.
Iman terduduk kelu memikirkan tentang hal tersebut. Patutlah tengah hari tadi Qayyum pulang terlebih dahulu.Satu keluhan ringan dilepaskan.
"Yelah, nanti Iman hantar" setuju Iman.
"Hmm baguslah, jaga diri kamu ye. Dah sampai telefon ibu " pesan Puan Rafidah.
"Okay." Balas Iman seraya menyalami kedua-dua tangan ibu dan bapanya. Dari ekor matanya dia dapat melihat Afnan yang sudah siap.
Taatkala Afnan menghampiri orang tuanya, Iman segera berpaling ke arah lain untuk menyalami tangan neneknya.
Afnan tersenyum manis ke arah kedua-dua orang tua Iman sebelum menyalami tangan tua mereka. Afnan amat senang dengan orang tua Iman.
"Jaga anak pakcik baik-baik ye. " pesan En. Firdaus kepada Afnan.
"Inshaallah, saya akan jaga Iman dengan baik. Pakcik dan makcik jangan risau ye. " balas Afnan dalam senyuman yang masih tak lengkang dari bibirnya.
Iman mencebik, ceh bila dengan aku muka macam ais kering, bila dengan ayah dan ibu muka punyalah manis mengalahkan rambutan. Eh! Asal mesti rambutan? Ah! Lantaklah aku suka rambutan..
Puan Normah yang berada dihadapan Iman hanya menggeleng melihat perlakuan cucunya itu. Dia seolah-olah dapat membaca isi hati Iman. Dia menupuk perlahan wajah cucunya itu.
"Sudahlah tu, nanti kang lambat pula" ujar Puan Normah. Afnan segera menyalami tangan Puan Normah. Semasa mereka berada dihadapan kereta Iman, Afnan memberhentikan langkahnya. Dia menghulurkan tangannya dan memandang wajah blur Iman dengan pandangan yang masih dingin.
Dah kenapa dia hulur tangan, nak ajak menari ke apa ni? Ish! Takkanlah kau ni Iman! Dia nak apa? Iman bermonolog sendiri di dalam hati. Dia terkebil-kebil memandang Afnan. Nak ditanya takut.
Afnan faham akan maksud pandangan Iman. Ya Allah kenapa buat muka blur tu cairlah! Jerit hati kecil Afnan. Afnan segera melarikan pandangannya.
"Kunci kereta, biar saya drive. " jelas Afnan.
Apa kau nak drive! banyak cantik muka kau.
"Ehem! Tak apalah biar saya drive" Iman berdalih.
"Saya nak drive, bak sini kunci tuh. " Afnan memandang Iman dengan pandangan yang tajam sambil menadah tangan kanannya. Ish! Lemah betullah! Iman sudah tidak mampu bertahan dengan pandangan yang umpama menusuk jantungnya itu. Lantak kaulah!
Dengan sepantas kilat dia menyerahkan kunci tersebut kepada Afnan, sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Afnan masuk ke tempat pemandu. Orang tua dan nenek Iman hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
Afnan menghidupkan enjin kereta. Iman pula hanya memandang keluar tingkap sambil tangannya disilangkan ke dada.
Afnan memandang Iman dan berdehem. Iman berpaling.
" Kenapa? Tak reti nak drive dah? " perli Iman. Dia sedang sakit hati taatkala ini.
"Bukan, baca doa dulu." Ucap Afnan dalam nada yang dingin. Iman terkedu. Fuh alim pulak dah.. Ok ok. Dia menadah tangannya. Afnan membaca doa dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan amin.
Iman kembali kepada posisinya yang tadi.
"Dah kenapa tak bergerak ni? Doa belum habis ke? " Afnan menggeleng. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Iman. Iman terkedu, dia mahu menjerit taatkala itu tetapi lidahnya kelu.
"Jangan nak perasan sangat ea. Saya tahu apa yang dalam kepala otak awak tu. Ee kotor betul. Ni ha seatbelt dah tak reti nak pakai ke. Tak sayang nyawa?" Perli Afnan seperti dapat mengagak makna disebalik riak wajah Iman itu.
Iman menarik nafas lega, mukanya membahang dan merah. Dia memandang ke luar tingkap sambil melambai tangan kepada nenek dan orang tuanya. Semakin lama semakin jauh dan jauh.
Tanpa mereka sedar, ada orang yang sedang memerhatikan mereka. Lelaki yang berada di dalam kereta itu segera mengangkat telefon bimbitnya yang berdering.
"Hello." Kedengaran suara seorang wanita dihujung talian.
"Hello bos. " jawab pemuda tadi.
"Macam mana? Jumpa mereka? " soal wanita itu.
"Jumpa bos, saya tengah perhatikan mereka ni. Mereka dah gerak. " terang pemuda itu.
"Bagus! Ikut mereka, perhatikan mereka dan sentiasa inform dekat saya. Jangan sampai terlepas . Make sure apa yang saya suruh, awak ikut. Faham! " tegas wanita itu.
"Baiklah. " talian diputuskan. Lelaki tadi mula menggerakkan keretanya mengikuti jejak Iman dan Afnan.——————————————————
NOTES:SO SORRY SBB LAMBAT UPDATE, BUSY SIKIT SEBAB TAHUN NI PT3 KAN. THANKS AND JANGAN LUPA VOTE 💓
FOLLOW AND VOTES FOR MORE DETAILS✨
YOU ARE READING
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romansa[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...