Bab 7

22K 676 0
                                    


MAJLIS malam berinai sudah tiba, Iman dan yang lain sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing. Qistina pula sedang bersiap diatas. Dari jauh Afnan memerhati Iman yang sedang sibuk memberi arahan kepada pekerjanya. Garang macam singa.
"How many time I have to told you Ika! "Jelas suara Iman dapat didengari Afnan. Apabila Iman sudah mula bergerak meninggalkan tempat itu dengan membawa tray makanan di tangan. Afnan terus bangun dan berjalan menuju ke arah Iman.
"Sini saya tolong awak"ucap Afnan yang sudah berdiri dekat dengan Iman. Iman tergamam.
"Eh takpelah, ni kerja saya" balas Iman.
"Its okay, saya tolong" akhirnya Iman mengalah. Tray tersebut bertukar tangan. Iman terus berlalu. Setelah selesai semua kerja di dapur dan memberikan arahan, Iman terus berlalu ke atas untuk bersiap.
Dia juga perlu bersiap memandangkan dia antara orang yang bakal duduk berhampiran dengan Qis semasa majlis dimulakan nanti.
Usai mandi dan menunaikan solat fardhu Isyak, Iman menyarungkan baju kebaya berwarna hitam emas dibadannya. Tema pada malam ini ialah black and gold . Tudungnya yang juga berwarna emas itu dibetulkan sedikit. Setelah siap Iman memakai contact lens berwarna coklat.
Iman yang kelihatan sungguh anggun pada malam itu sudah berdiri hendak ke bilik pengantin di sebelah. Belum sempat dia hendak membuka pintu Nisa, Izah dan Fina sudah masuk terlebih dahulu.
"Dah bersiap rupanya minah ni, puas kitaorang cari kau kat bawah. " tegur Fina. Iman hanya tersenyum sumbing.
"Oklah aku keluar dulu, nak pergi tengok Qis kat sebelah" baru saja Iman hendak melangkah keluar Nisa menahannya.
"Eh! Iman! Kau seriuslah macam ni je? Derr aku tahulah kau ni even tak make-up pun cantik, tapi takkanlah selama ni kau pergi event pun tak bersolek?! " bebel Nisa.
"Kenapa? Ok what?! Pakai bedak simple simple dahlah. Yang beria sangat bersolek tu dah kenapa? Majlis berinai je kot. " balas Iman acuh tak acuh.
"Aku tahulah ini just majlis berinai but at least pakai lah lipstick kalau tak nak bersolek pun. " sambung Nisa lagi.
"Betul kata Nisa tuh, aku sokong" setuju Fina.
"Ya me too! " sambung Izah. Iman mengeluh. Akhirnya dia mengalah.
"Yelah, yelah." Iman mencapai pelembap bibir berwarna merah jambu didalam beg tanggannya.
"Eh asal pink!" soal Fina. Izah sudah mengangguk.
"Abis tuh? "Iman soal geram.Mereka bertiga sudah tersenyum penuh muslihat.
"Jangan cakap korang nak suruh aku pakai lipstik warna merah ea!"
"Sudah semestinya!" Oh no! Setelah sekian lama berperang dengan tiga rakannya itu, akhirnya Iman bersetuju. Selesai memakai pelembab bibir berwarna merah Iman pun berdiri
"Okay, bye! "Iman sudah keluar dari bilik itu sambil sebelah tangannya menutup bibirnya yang merah itu. Baru sahaja dia pusing hendak menghadap ke hadapan.
"Arghh!"

WANITA yang baru sahaja terlanggar dirinya tadi sudah jatuh terduduk diatas lantai . Lelaki yang bernama Adam Qayyum itu segera membantu wanita yang dilanggarnya tadi untuk bangun.
"Sorry, cik saya tak perasan cik ada disitu tadi." Ucap Qayyum dalam nada bersalah.
"Its okay. Salah saya juga" Iman membetulkan kain baju kebayanya itu. Apabila mereka saling berpandangan kedua-dua mereka terpanar.
"Eh Tengku Adam Qayyum. Ehem maafkan saya. Saya tak perasan Tengku, saya ingat siapalah tadi. " ucap Iman sambil tertawa menahan getaran dalam jiwa. Tengku Adam Qayyum, siapa tidak kenal dialah sepupu kepada Tengku Afnan Ilhan yang dikatakan hot tu.
"Eh Cik Iman rupanya." Iman yang baru sedar kedudukan mereka agak rapat itu segera menjarakkan tubuhnya. Qayyum juga berbuat demikian.
Suasana menjadi sepi. Kedua-duanya mati kata.
"First time nampak awak pakai lipstik merah,warna tu sesuai dengan awak"ucap Qayyum sambil tersenyum.
"Owh,ni diaorang yang paksa saya pakai tadi,btw thanks" Balas Iman sambil menutup bibirnya. Tuhan saja yang tahu betapa berbunga hatinya taatkala itu.Adam Qayyum yang dikatakan pendiam bercakap ngan aku kot. Mata mereka bertatapan. Lama.
"Ehem!" Iman dan Qayyum segera berpaling ke arah suara yang berdehem tadi. Iman masih dalam gaya yang sama, menutup bibirnya menggunakan tangan. Afnan yang mereka tidak tahu sejak bila sudah berdiri disitu mencerlung tajam memandang Qayyum dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan.
"Saya mintak diri dulu Cik Iman, btw panggil je saya Qayyum. " sempat lagi Qayyum memperkenalkan dirinya.
"Owh ok, awak boleh panggil saya Iman. " Iman tersenyum sambil memandang Qayyum. Afnan? Lantaklah dia.
"Ok. Talk to you later" Qayyum tersenyum sebelum berlalu pergi.

IMAN berpaling ke arah Afnan sebelum berpusing membelakangi lelaki itu. Dia segera mengelap lipstik merah yang masih bertakhta dibibir miliknya itu menggunakan belakang tapak tangan.
Setelah meyakini bahawa ianya sudah bersih dia berpaling semula ke arah Afnan.Bau minyak wangi yang dipakai Afnan yang tatkala itu sudah menghampiri dirinya menusuk ke dalam hidung Iman. Bergetar jiwanya. Afnan yang memakai baju melayu berwarna hitam dan bersamping emas itu dipandang Iman atas bawah.
"Songkok mana songkok? "Soal Iman selamba. Melihat rambut Afnan yang dipacakkan di bahagian hadapan itu , membuatkannya menelan air liur. Iman please jangan melting.
"Ada dekat bawah. Em Nek Lah panggil awak." beritahu Afnan dalam nada yang seperti tidak berminat hendak bercakap dengannya waktu ini. Wajah Afnan sudah berkerut memandang Iman.
Afnan mengeluarkan sapu tangan di dalam kocek baju melayunya sebelum mengesat lipstik yang masih bersisa dan tercomot di sekitar bibir mungil Iman. Iman tergamam. Dia segera menjarakkan mukanya.
Afnan terhenti dan masih beriak dingin. Dia segera menghulurkan sapu tangan tadi kepada Iman. Iman menyambutnya dengan sopan.
"Kalau ye pun nak kesat lipstik tu kesatlah elok-elok." tanpa berlengah lagi Afnan terus meninggalkan Iman yang masih termanggu-manggu di situ.
Aku ada buat salah dengan dia ke? Kenapa dia layan aku macam tu? Petang tadi bukan main baik lagi, sekarang dah berubah mood pula? Ke!!! Dia merajuk dengan aku? Sebab dia nampak aku dengan Qayyum tadi? Dia jealous ke? Eh tak mungkinlah tapi kalau ye macam mana?
Banyak persoalan yang menerjah minda Iman. Dia pelik dengan sikap Afnan yang berubah 360° itu. Betul ke apa yang dijangka oleh Iman. Tapi kalau betul kenapa Afnan harus jealous? Dia suka Imankah?
Arghh! Pening kepala Iman dibuatnya. Dia terus masuk ke dalam bilik pengantin untuk melihat Qistina yang katanya sudah siap didandan sekali dengan membasuh bibirnya yang masih mempunyai sisa lipstik merah tadi.
Ini semua Nisa, Fina dan Izah punya angkara. Kalau tak, tak perlulah dia bersusah payah hendak menutup mulutnya menggunakan tangan tadi.
Beberapa minit kemudian, Iman keluar semula dengan bibir yang sudah dibersihkan. Dia memandang sapu tangan yang diberikan oleh Afnan sebentar tadi. Dengan minda yang masih berserabut dia terus menuruni anak tangga satu persatu menuju ke bawah untuk berjumpa dengan Nek Leha.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now