Bab 35

14.5K 438 3
                                    

     KE kiri ke kanan ke kiri dan ke kanan kembali. Naik pening kepala Afnan dibuatnya. Dari tadi telefon ditangan dibelek Iman. Bila di tanya siapa gerangan orang yang hendak dijemput langsung tidak diendahkan. Afnan segera bangun dari duduknya.
      "Iman. Iman! " Afnan memegang bahu Iman kejap dan memaksa Iman memandangnya.
      "Seriously? Kita tunggu siapa sebenarnya? " soal Afnan tidak puas hati.
      "Boyfriend saya. " ujar Iman tidak bersalah. Berbahang muka Afnan tatkala itu.
     "Yelah tu. Menipu je kerjanya. "
     "Tak percaya sudah." balas Iman.
     Afnan diam terkelu.
     "Will see" ucap Afnan ingin menenangkan hatinya. Iman hanya memandang Afnan sekilas lalu.
     Iman kembali semula dengan aktivitinya sebentar tadi.
     "Iman." Afnan berbicara lagi. Kali ini Iman hanya mengangkat mukanya dalam isyarat yang bermaksud 'apa?' tanpa sedikit pun memandang Afnan.
     "Awak nampak cantik." Jujur Afnan. Iman memandang Afnan seraya menjongketkan keningnya. Baju yang dipakai,Iman pandang.
     "Seriously? Sweatshirt,jeans, sneakers and shawl yang tak pin? I think you patut pergi check mata"
     "No,im serious. You... Look simple but stunning." Jujur Afnan lagi.
      "Demam ke?" Soalan Iman itu membuatkan Afnan menghamburkan tawa kecilnya. Mereka kembali senyap sebelum Afnan kembali bersuara.
     "Emm awak dah dapat keputusan yang saya.."
     "Belum. Just wait." potong Iman. Afnan hanya mampu mengeluh.
     "Ha tu pun dia!" Jerit Iman seraya berlari meninggalkan Afnan dibelakang. Afnan melihat Iman berlari menghampiri seorang lelaki yang seperti sebaya Iman.
      Afnan menggelengkan kepalanya tatkala kata-kata Iman tadi bermain dalam mindanya. Tidak mungkin itu boyfriend Iman. Jejaka yang sedang berbual sesuatu dengan Iman dicerlung tajam oleh Afnan.
     Kali ini Iman pula yang berbicara. Naik menyampah dia dengan lelaki itu. Dia perasan lelaki itu asyik memandangnya saja sejak Iman mula menuturkan kata bicara yang entah apa pun dia tidak tahu akibat jarak mereka yang terlalu jauh.
     Iman kembali menghampiri Afnan yang masih bersandar pada dinding disitu. Lelaki itu melemparkan senyuman kepada Afnan.
     "So, Afnan perkenalkan ini Arief Ikhwan dan Arief inilah dia Tengku Afnan Ilhan yang you really nak jumpa tu."
     "Hi nice to meet you, Arief Ikhwan" Lelaki yang digelar Arief itu menghulurkan tangan namun tidak disambut oleh Afnan. Afnan hanya mencerlung tajam memandang Arief. Menyedari salam yang tidak disambut Arief segera menarik kembali tangannya.
     "Dah jom pergi makan" ujar Afnan jelas dalam nada cemburunya.
     "Ala,Iman I'm tired. Can we just go home?" Pinta Arief separuh merayu. Iman tersenyum lalu memandang  Afnan disebelahnya.
     "Kita balik teruslah."
     "Tapikan awak kata awak lapar tadi." Ucap Afnan geram.
     "It's okay,lagi pun saya boleh je pergi beli makanan dekat sana tu" ujar Iman lembut. Tidak mampu Afnan hendak menahan getar didadanya apabila Iman sudah berbicara sebegitu lembut dengannya.
     "Whatever" Dia segera melangkah keluar dan bergerak ke arah kereta. Arief dan Iman hanya mampu memandang sesama sendiri.
     "Arief, Iman nak pergi sana kejap. Arief pergi kereta dulu tau."
     "Okay, see you later" ucap Arief seraya mengatur langkah menuju ke kereta. Dia mengejar Afnan dan sebelum sempat lelaki itu hendak masuk ke dalam kereta, Arief sudah bersuara.
     "Aku nak drive" ucap Arief. Afnan memandang Arief tajam. Bagai hendak tembus hingga ke belakang. Arief sudah menghulurkan tangannya meminta kunci.
     "Ada masalah ke kalau aku yang drive?" Ucap Afnan.
     "Ada sebab kereta ni aku yang belikan untuk Iman. Bukan nak mengungkit tapi ya aku nak drive"
     "Kau ni siapa sebenar..." Kemunculan Iman membuatkan kata-kata Afnan terhenti. Arief masih menghulurkan tangannya. Dengan terpaksa dia menyerahkan kunci kereta itu.
     "Okay dah, jom kita balik. Saya dah beli makanan" Ucap Iman gembira sambil menunjukkan plastik kentang goreng Daily Fresh yang dibelinya. Tidak pernah Afnan lihat Iman segembira ini. Siapa Arief sebenarnya?
     
     AFNAN menghentak meja solek di dalam biliknya itu. Dia meraup mukanya kasar sambil berjalan ke balkoni biliknya. Dia geram dengan lelaki yang digelar Arief itu. Semasa berada di dalam kereta tadi, Iman sedikit pun tidak melayannya.
    Siapa sebenarnya lelaki itu kepada Iman? Apa hubungan mereka? Kenapa mereka sangat mesra? Bukankah Iman seorang gadis yang susah untuk didekati jika dia tidak kenal dengan seseorang itu?
     Pelbagai persoalan muncul dibenak fikiran Afnan. Naik kusut dia jadinya. Pintu bilik diketuk dari luar mengembalikan Afnan dari lamunannya.
     "Masuk" pintu biliknya mula dibuka dari luar. Muncul Harnania di sebalik pintu itu. Afnan memandang adiknya itu sekilas sebelum kembali memandang padang golf yang terbentang luas dihadapannya.
     "Amboi tengok orang macam tu je" perli Harnania. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kene.
      "Nia expect abang akan tengok Nia macam mana?" Perli Afnan kembali. Harnania segera mengambil tempat disebelah abangnya dan memandang abang tunggalnya itu tajam.
     "Dah kenapa tengok orang macam tu? Nia nak apa sebenarnya? I'm not in my mood right now okay. So, please don't pissed me off."
     "Ish abang ni!! Tak nampak ke apa-apa yang lain dekat Nia!" Gerutu Harnania. Afnan mengerutkan dahinya.
     "Apa?make-up tebal? Bulu mata tercabut?" Soal Afnan loyar bukur. Sebenarnya dia perasan akan perubahan adiknya yang sudah berhijab. Namun sengaja dia buat-buat tidak tahu.
     Muncung sedepa adik kesayangannya itu. Kalah cartoon Donald Duck. Afnan akhirnya menghamburkan tawa yang sedari tadi ditahan.
     "Yelah, abang perasan awak pakai tudung. Lawa adik abang sorang ni." Ucap Afnan ikhlas.
     Muncung tadi sudah bertukar menjadi senyuman lebar hingga ke telinga.
      "Hehe, ni kak Imanlah yang ajar. Tudung ni pun kak Iman yang belikan." Jelas Harnania sambil mengemaskan lipatan tudungnya. Air muka Afnan yang tadinya ceria berubah keruh.
     "Tanggalkan tudung tu sekarang." Pinta Afnan.
     "Abang ni kenapa?! Tiba-tiba je berubah hati tadi kata cantik then suruh Nia buka pula!" Marah Harnania.
     "Kalau abang cakap tanggalkan tu tanggalkan jelah! Jangan nak degil boleh tak?! Abang boleh belikan Nia tudung berapa banyak yang Nia naklah! Tak payah nak minta-minta dekat orang lain!" Tengking Afnan.
     "Tapi,tudung ni bukan Nia yang minta, kak Iman yang kasi dekat Nia." Suara Harnania sudah kedengaran sebak.
     ""I said take it off! Now!" Tengking Afnan lagi. Harnania yang terkejut dengan tengkingan kali kedua abangnya itu segera menanggalkan tudung di kepala.
     Jelas kelihatan dada Afnan berombak. Saat melihat mutiara jernih mulai menghiasi pipi putih milik adiknya itu, Afnan baru tersedar. Dia bangun dan ingin menyentuh bahu adiknya itu. Belum pun sempat dia hendak menyentuh Harnania sudah terlebih dahulu menepis tangan Afnan.
      "Don't touch me! Abang jahat! I hate you!" Harnania sudah berlari keluar dari bilik abangnya itu.
     Kerusi dihadapannya itu ditendang kuat. Dia menarik rambutnya kebelakang dengan kasar. Fikirannya bercelaru. Sifat cemburu menguasai diri sehingga dia tidak mampu mengawal dirinya sebentar tadi. Apa patut dia lakukan sekarang?

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now