Bab 36

15.1K 492 6
                                        

     SEPERTI yang dijanjikan Iman bakal bertemu dengan Qayyum. Jam ditangan dikerling.
     "Hi" satu suara menegur dari belakang. Iman menoleh sambil mengurut dadanya akibat terkejut.
     "Hehe sorry" ucap Qayyum. Dia mengambil tempat di hadapan Iman. Senyuman paling manis yang mampu mencairkan hati wanita-wanita diluar sana dihadiahkan. Menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.
     "You late 5 minutes" ucap Iman bersahaja.
      "I'm sorry, tadi meeting habis lambat" balas Qayyum.
     "Dah oder makanan?" Soal Qayyum.
     "Belum. Saya tunggu awak."
     " Okay then waiter!" Panggil Qayyum.
      Setelah makanan tiba mereka mula menjamu selera.

     AFNAN membetulkan tali leher yang dipakainya. Dia berjalan bersama kawan satu universitinya dahulu. Gelak sakan mereka berbual. Afnan menolak pintu restoran yang ingin mereka masuki. Namun langkahnya terhenti.
     Adegan sepasang merpati dua sejoli yang sedang berbual mesra dipandangnya lama. Dasar! Perempuan tidak tahu malu!
      "Ed, kita makan tempat lain jelah." Pinta Afnan. Hampir bersatu kening kawannya itu.
     "Tadi kau yang beria nak makan dekat sini."
     "Dah jangan banyak cakap. Kita makan tempat lain." Mereka segera berlalu pergi.

     "NANTI kalau Iman dah siap call Abang Har tau" pesan Azhar. Azhil disebelah hanya tersenyum sambil melambai-lambai tangan kepada Iman.
     "Yelah, bye Abang Hil." Ucap Iman sambil tersenyum.
     Iman melangkah masuk ke pintu utama AI Holdings.
     "Selamat datang, cik...Iman! Cik ni cik Imankan?!" Terjerit kecil wanita penyambut tetamu itu. Dipandang Iman atas bawah. Seperti tidak percaya idolanya di depan mata. Iman tertawa.
      "Ye saya"
      "Ya Allah macam tak percaya! Saya Wawa peminat paling setiaaaaaa Cik Iman! Kalau kawan-kawan saya dekat atas tahu Cik Iman datang mesti diaorang teruja" beria dia menerangkan.
      "Owh iye hahaha, tak ada apa yang nak diminatkan dekat saya ni" segan Iman dibuatnya.
     "Tak ada Cik Iman kata? Skill masak cik Iman memang powerlah! Kitaorang kalau pergi lunch sama-sama wajib tengok video Cik Iman masak dekat restoran cik yang popular dekat Putra Jaya tu!" Bersungguh betol budak ini.
     "Nak ambil gambar boleh?" Soal Wawa penuh berharap.
     "Boleh." Mereka bergambar berdua. Senyuman paling ikhlas dihadiahkan oleh Iman.
      "Cik Iman datang sini ada apa ye. Hehehe lupa pula saya nak tanya. Excited terlebih. Maklumlah idola depan mata."
     "Owh,saya nak jumpa pemilik syarikat ni" balas Iman dengan senyuman.
      "Owh Tuan Muda. Jadi, kalau macam tu,mari ikut saya. Saya hantarkan ke atas. Silakan." Mereka jalan beriringan menuju ke lif.
     Setiba ditingkat 10 pintu lif terbuka. Saat kaki Iman melangkah masuk ke ruangan itu,semua mata yang berada disitu asyik memandang.
     "Kirana, ada orang special datang tapi mesti kau tak percaya siapa orangnya" ujar Wawa kepada kawannya itu.
     "Ni mesti kes nak kerjakan aku lagi." Ucap Kirana
     "Aku serious! Tengoklah siapa dekat depan" Kirana mengeluh berat. Dia meninggalkan kerjanya lalu bergerak keluar dari biliknya. Mulutnya tercengang melihat gerangan yang datang.
     "Cik Iman!" Panggil Kirana. Iman menoleh ke belakang lalu tersenyum manis kepadanya.
     "Hi Kirana." Sapa Iman.
     "Wait Cik Iman kenal dia ni?" Soal Wawa pelik.
      "Ya of course I do. We've been meet before. But not when I'm in a good condition. " Iman tergelak saat teringat akan kejadian yang menimpanya dulu, saat kali pertama dia menjejakkan kakinya ke AI Holdings.
     "Ya. Haha saya ingat. Btw Cik Iman datang ke sini untuk..?"
     "Kirana, if anybody nak jumpa I please cakap dekat orang tu I tak nak diganggu." Sambung Afnan yang baru tiba. Sengaja dia tekankan perkataan orang bagi menyindir Iman. Dia segera berlalu tanpa mengendahkan Iman.
     Iman segera berlari bagi menyaingi langkah Afnan yang sudah kedepan. Wawa dan Kirana hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa.
     "Afnan. Kenapa awak tak jawab call saya? Kenapa tak reply text? Awak ni kenapa?!" Afnan terhenti saat mendengar nada suara Iman yang sedikit meninggi itu. Tidak pernah dia dengar Iman bersuara sebegitu tinggi nadanya. Dia berpaling ke belakang dan memandang tepat ke dalam anak mata Iman.
     "Kenapa awak tanya? Awak nak cari saya lagi untuk apa? Tak puas lagi awak puaskan nafsu awak dekat semua lelaki yang berharta di luar sana? Kenapa? semua anak ikan tu dah tak nak layan perempuan pisau cukur macam awak ni ke?" Iman tergamam. Semua kata-kata yang baru sahaja dilontarkan oleh Afnan kepadanya bagai mensiat-siat hati wanitanya.
     "A-apa maksud awak? Kenapa awak cakap macam ni?" Soal Iman sebak.
     "Sudahlah Iman awak ingat saya tak tahu awak ni perempuan jenis macam mana?! Hah! Qayyum,Arief,Saya lepas ni siapa lagi?!" Tengking Afnan. Para pekerjanya disitu hanya mampu mendengar namun tidak mampu hendak melihat bos mereka naik hantu.
     "Tap-tapi.. sa-ya dengan Qayyum kawan je.." sudah berjurai air mata Iman. Tidak pernah dia ditengking sebegini kuat oleh mana-mana lelaki termasuk bapanya.
     Tersenyum sinis Afnan tatkala mendengar kata-kata Iman.
     "Kawan? Kau ingat aku nak percaya ke hah? Kalau dia kawan abis si Arief tu?!" Terhenjut bahu Iman akibat terkejut bila ditengking. Naik turun dada Afnan.
     "Arief tu sebenarnya.."
     "Boyfriend kaukan! Jangan kau fikir aku tak tahu kereta BMW yang haritu dia yang belikan. Aku tak sangka perempuan bertudung macam kau ni jenis hipokrit! Murah! Tak sedar darjat kau dengan keluarga aku, keluarga cousin aku tu tak setaraf. Macam mana aku boleh tersuka kau pon aku tak tahu.
      Kalau kau datang sini setakat nak sakitkan hati aku, nak bagitahu aku yang kau dah terima Qayyum then kau tak perlu bersusah payah. Congrats! So now, better kau bla dari sini sebelum aku panggil guard untuk seret kau keluar! Berambus!" Panggilan saya awak ditukar kepada kau aku. Sungguh Iman kecewa. Air matanya diseka kasar. Dia mencapai sesuatu dari beg tangannya.
     Afnan dapat melihat kotak cincin yang diberikannya hari itu. Iman menarik keluar cincin yang dipakainya. Dimasukkan kembali cincin itu ke dalam kotaknya. Dia membaling kotak itu kepada Afnan.
     Afnan terpanar seketika. Dia hanya membiarkan kotak yang telah jatuh ke lantai itu.
    "Tak payah. Tak payah bersusah payah nak suruh orang heret saya keluar. Saya tak faham dengan awak! Memang selama ini saya tak sedar diri. Saya suka sangat dengan orang yang tak sedarjat dengan saya. Thanks for everything." Iman segera berlalu pergi. Semua mata yang berada di sepanjang perjalanan untuk turun ke bawa hanya fokus kepadanya.
    Qayyum bertembung dengan Iman di depan lif. Iman memandang Qayyum sekilas sebelum menolak Qayyum ke tepi agar dia mempunyai ruang untuk berjalan.

     PINTU pejabatnya terbuka luas dari luar. Terpancul wajah Qayyum yang sudah merah padam. Afnan bangun bagi menyambut kedatangan sepupunya itu. Belum sempat dia berkata apa-apa satu penumbuk singgah dimukanya.
     Tersungkur dia ke belakang. Pipi yang sakit dipegang Afnan.
     "Kau buat apa dekat Iman?!" Marah Qayyum.
     "Asal? Perempuan murah tu mengadu apa dekat kau, sampai kau sanggup tumbuk muka cousin kau sendiri semata-mata nak bela perempuan macam tu? Kau tak tahu ke dia tu main tukar-tukar lelaki. First dengan kau dengan then dengan aku kemudian? sorang lagi mamat jadi mangsa dia" sinis Afnan berkata-kata.
     "Siapa?! si budak Arief tu?!" Tengking Qayyum.
     "Macam mana kau boleh kenal budak tu?" Afnan terkedu.
     "Arief tu adik Iman. Iman sengaja cakap yang Arief tu boyfriend dia. Ini semua part of her planned untuk buat surprised dekat party kau esok. Dia nak bagitahu yang sebenarnya dia terima kau untuk jadi pasangan dan pelindung untuk dia.
     Dia tolak aku untuk kau. Dia ikhlas sukakan kau. Selama ni aku boleh nampak yang dia truly suka kau. Dia hanya anggap aku sebagai abang dia. Tak lebih. Bila sebut pasal kau, comfirm dia dah senyum.Dan kau? Buat apa? Kau balas apa dekat dia?! Kau tengking dia! cakap dia itu ini? Kau hina dia!
     Dia sanggup letak tepi lelaki lain yang cuba untuk rebut hati dia. Sebab apa? She really in love with you. Dia simpan dan pendam semuanya sebab takut dia bakal dikecewakan sekali lagi.
     Kau rasa siapa yang tak layak dapat siapa? Siapa yang tak setaraf dengan siapa? Kau lelaki paling bodoh yang pernah aku jumpa. Lepaskan berlian yang sudah ada dalam genggaman kau." Qayyum segera meninggalkan Afnan yang kelu tanpa kata.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang