Bab 4

25.4K 762 9
                                    

"ONE hot chocolate please" ujar Iman kepada jurujual itu. Selesai melakukan pembayaran dia terus keluar dari kafe tersebut. Sebelah tangannya memegang cawan yang berisi hot chocolate dan sebelah lagi dimasukkan ke poket baju sejuk. Sekarang di UK sedang musim sejuk dan ia adalah salah satu musim yang tidak digemari Iman.
"Iman!" Iman terhenti. Dia berpusing-pusing mencari suara yang memanggilnya sebentar tadi. Tiada pula orang. Siapa yang panggil aku tadi? Baru sahaja hendak meneruskan langkah.
"Iman over here!" Jerit seorang jejaka yang berlari keluar dari kafe tadi. Iman mengecilkan matanya.
"Damn it!" Iman terus berpaling ke hadapan dan terus berjalan.

AFNAN yang tadinya sedang rancak berbual sambil enak menikmati lattenya terpandang ke arah seorang wanita yang berjalan keluar dari kafe itu. Disebabkan dirinya yang berada di bahagian tepi tingkap dia dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu. Dan dia yakin itu adalah dia.
Dia memanggil nama Iman dari dalam kafe. Apabila Iman seperti tidak perasan dirinya, dia terus berdiri dan berlari keluar mengejar Iman yang seperti sudah mahu berlalu pergi.
Rakan-rakan Afnan yang kesemuanya berbangsa inggeris memandang satu sama lain. Pelik. Siapa wanita itu kepada Afnan? Afnan jarang kejar perempuan jika orang itu tidak penting baginya. Adakah Iman penting bagi Afnan?
"Iman over here!" Iman memandang kebelakang seketika sebelum kembali menghadap kehadapan. Dilihatnya Iman sudah mahu melangkah pergi membuatkan dirinya berlari anak ke sana. Mungkin Iman tak nampak. Sedangkan tidak. Iman dapat lihat segalanya.
Dia memegang tangan Iman. Erat. Membuatkan langkah wanita itu terhenti. Iman berpaling.Afnan terpanar. Pipi putih dan hidung Iman yang merah itu membuatkannya kelihatan sangat comel. Bibir Iman yang merah bak delima itu juga berjaya mencuit hatinya.
Afnan yang kembali sedar dari angaunya melepaskan tangan Iman. Angau? Okayyyy...
"Eh Afnan! Haha. What a small world!What are you doing here? "Soal Iman ramah sambil buat-buat muka terkejutnya. Ceh konon terkejutlah tu padahal dalam hati sudah mengutuk-gutuk diri sendiri. Tulah jalan lembab lagi! Erghh!!
"Hahaha ya, saya pun terkejut tadi masa nampak awak jalan keluar. At first I thought it wasn't you. Ya! I'm just hanging out with some of my friends here." Balas Afnan ramah. Hatinya juga sudah berdegup kencang taatkala ini. Apabila bersama Iman dirinya jadi tak menentu.
"Owh I see, umm ..oklah saya pergi dulu ye, dah lewat ni. Assalammualaikum! " Iman tersenyum seraya ingin berlalu pergi.
"Wa'alaikumussalam! Iman sekejap! Can I have your phone number please " soal Afnan. What! Seriously? Tengku Afnan Ilhan yang sebelum ni aku kenal sangat kedekut nak bagi phone number dekat orang mintak aku punya phone number?! Macam tak percaya!!!!
Memandang Iman yang terkebil-kebil sedari tadi membuatkan dia tersenyum dan ketawa.
"Stop looking at me like that, its too cute you know." ucap Afnan sambil mengosok belakang tengkuknya. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain agar tidak bertembung dengan mata bundar wanita dihadapannya itu.
Wajah Iman sudah berona merah menahan malu. Dia tunduk.
"And bila awak blushing,awak nampak makin comel."usik Afnan lagi dalam tawanya yang masih bersisa. Jujur sebenarnya peryataan yang baru sahaja keluar dari mulutnya sebentar tadi. Iman rasa kepalanya seperti mahu meletup tatkala ini.
"So?" soal Afnan kembali.
"So?" soal Iman blur.
"Haha, baru kene usik sikit dah blur. Your phone number? "
"Owh ya sure, give me your phone" pinta Iman. Afnan hanya menurut lalu memberikan Iman iPhone 7 miliknya itu. Telefon bertukar tangan. Setelah mendail nombornya Iman menekan call. Telefonnya pula berbunyi dan dengan pantas dia menamatkan panggilan tersebut.
"This yours" Iman memulangkan semula telefon bimbit milik Afnan.
"Thanks,Goodnight! Sweet dreams! Basuh kaki dan baca doa sebelum tidur!Bye." ucap Afnan sambil tersenyum. Iman yang sudah melangkah dan membelakangi Afnan terhenti. Air matanya yang mula bertakung ditubir mata diseka kasar seraya meneruskan langkahnya yang terhenti tanpa berpaling.
Goodnight! Sweet dreams! Basuh kaki dan baca doa sebelum tidur. Itulah ayat yang pernah diucapkan Afnan kepada Iman sewaktu mereka masih bergelar kekasih suatu tika dahulu.

IMAN yang baru sahaja sampai dirumahnya sebentar tadi terus masuk ke dalam bilik. Contact lens berwarna hitam pekat yang membuatkan matanya kelihatan besar ditanggalkan. Iman Sofea adalah seorang gadis yang berkaca mata sebenarnya. Dia berjalan lalu baring diatas katilnya. Hot chocolatenya sudah habis diminum.
Iman mencapai telefonnya lalu membuka Instagram. Bunyi notification yang dikhaskan buat Afnan berbunyi. Hatinya yang berdebar untuk melihat apa yang telah dimuat naik oleh Afnan dipegang.
Iman bergolek-golek di atas katil selama 30 minit sebelum kembali memandang telefonnya semula. Memang itulah rutin dan kebiasaan yang akan dilakukannya apabila hendak melihat apa yang telah dimuat naik oleh Afnan.
Faktor yang menyebabkan dia berkelakuan bergitu adalah. Gementar, teruja dan takut. Tapi lebih kepada teruja sebenarnya.
Iman melihat gambar yang dimuat naik oleh Afnan ialah gambarnya sedang ketawa sambil menutup muka. Iman terpanar buat kesekian kalinya. Itu adalah gaya yang pernah dibuatnya suatu ketika dahulu. Iman scroll ke bawah bagi melihat caption gambar tersebut.
Berbahang muka Iman setelah membaca caption gambar tersebut.

-When her cheeks blushing it was the cutest thing I have ever seen in my life. #I-

Makin berguling-guling Iman diatas katilnya. Buk!
"Aduh!!! sakitnya! Katil besar pon boleh jatuh ke!"Iman bangun sambil menggosok punggungnya.
"Cik Iman! Cik Iman! Cik Iman tak pape ke?! "Cemas suara Mak Ila pembantu rumahnya yang kedengaram dari luar. Iman gigit bibir.
"Iman okay!! Terjatuh je tadi!! " Jeritnya.
"Betol ni?! Ada apa-apa yang luka tak?! " soal Mak Ila yang masih dalam nada cemasnya.
"Sokay! Iman okay tak de yang luka pon! " jelas Iman.
"Oklah kalau macam tu, lain kali hati-hati ya Iman, Mak Ila turun dulu!" Lega hati Mak Ila dengan jawapan yang diberikan oleh majikannya itu. Takut juga apa-apa terjadi kepada Iman.
"Okay!" Iman terus bergerak terbongkok-bongkok menuju ke arah telefonya yang sedari tadi telah berbunyi. Melihat nama si pemanggil membuatkannya tersenyum.
"Assalamualaikum wbt ibu!!" ceria kedengaran suara Iman.
"Waalaikumsalam. Iman, kamu apa khabar? " Soal Puan Rafidah kepada putrinya itu.
"Allhamdulillah, sihat. Ayah mana? Senyap je. "Soal Iman pula.
"Biasalah ayah kamu tu, apa lagi kalau tak melayan cucu-cucu dia. Kamu nak bercakap dengan dia ke? " pelawa Puan Rafidah.
"No, no its okay, owh along tidur rumah ibu ye? " rumah yang dibeli oleh Iman buat ibu bapanya cukup selesa. Rumah banglo satu tingkat, siap perabot juga pekerja. Bukannya Iman kedekut tapi ibu bapanya yang tidak mahu rumah bertingkat-tingkat bagi memudahkan mereka bergerak.
"Iyalah, anak dia si Danial tu cuti sekolah tu yang tidur sini" ujarnya ceria.
"Owh la yeke, tak tahu pula Iman. Yelah dah lama tak sekolahkan. Hehe.. Owh ya bu, sebelum terlupa Iman nak bagitahu ibu dengan ayah satu perkara ni, nanti ibu tolonglah sampaikan pada ayah ye. " ucap Iman bersemangat. Inilah masanya. Saat yang amat dinantikannya.
"Macam serius je perkara ni. Apa dia? " soal Puan Rafidah ingin tahu.
"Dua bulan lagi anniversary ibu dengan ayahkan?? "
"Ye. Tapi kenapa? Kamu nak bagi pakej percutian untuk ibu dengan ayah berbulan madu lagi sekali ke? " usik Pn. Rafidah.
"Haha lebih kurang macam tulah. Tapi yang ni lain sikit. Iman ingat nak hantar ibu dan ayah tunaikan haji"
"Apa! " telefon ditelinga Iman jauhkan sebelum mendekatkannya kembali.
"Kamu serius ke main-main ni Iman?" soal Puan Rafidah yang jelas terkejut dan seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"Betollah bu, Iman pernah main-main ke sebelum ni. Kan Iman pernah cakap, Iman nak hantar ibu dengan ayah naik haji suatu hari nanti dan sekarang Iman nak tunaikan janji yang satu tu. Tapi Iman tak dapat ikut sekalilah"sebak suaranya kedengaran.
"Allhamdulillah syukur! Terima kasih Iman, kami dah banyak menyusahkan kamu. Tapi macam mana kami nak kesana? " suara Puan Rafidah sudah kedengaran turut sebak.
"Ibu jangan risaulah, pasal duit, perbelanjaan, pengangkutan, passport semua Iman yang akan uruskan ibu dan ayah tinggal pergi sahaja, lagipun ibu tak perlu risaulah pasal makan pakai ibu sebab Iman akan suruh Cik Mimah pengurus disana uruskan ibu kat sana nanti. Ayah pula Iman dah suruh Cik Brahim uruskan." jelas Iman panjang.
"Terima kasih banyak-banyak Iman. Yelah nanti ibu cakap perkara ini dengan ayah kamu. Oklah ibu nak angkat ikan dah nak hangus tu. Assalamualaikum. " panggilan ditamatkan. Iman tersenyum girang. Dengan pinggangnya yang masih terasa sakit dia terus berbaring dan membaca doa tidur sebelum tertidur lena.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now