TAKBIR sudah bergema disubuh hari. Semua penghuni rumah telah bangun. Yang lelaki bersiap-siap untuk ke masjid, dan yang wanita pula bersiap-siap untuk memulakan tugas di dapur.
Afnan keluar dari bilik diikuti Qayyum. Songkok ditangan dipakainya. Kebetulan Iman lalu dihadapan mereka dengan membawa dulang ditangan.
"Eh Iman biar saya tolong. " ujar Qayyum laju. Iman hanya tersenyum. Sebelum sempat Qayyum mengambil dulang ditangan Iman. Afnan mencelah.
"Eh tak apa biar saya tolong" celah Afnan.
"Aku cakap dulukan. " ucap Qayyum tidak puas hati. Hah! Afnan mendapat satu akal. Tunggu kau Qayyum.
"Nek Na. Qayyum nak tolong nek na angkat dulang tu tapi dia malu nak cakap " ucap Afnan kepada Nek Na yang merupakan nenek sedara kepada Iman. Kebetulan pula Nek Na lalu disitu.
"Lah yeke, kenapa tak cakap. Nah" Nek Na menghulurkan dulang yang berisi cawan di atasnya kepada Qayyum. Qayyum jadi serba salah dan terus menyambut dulang yang dihulurkan.
Iman hanya menggelengkan kepalanya sebelum berlalu semula ke dapur. Afnan menjelirkan lidahnya kepada Qayyum. Dia terus berlalu pergi membawa dulang dengan hati yang gembira. Rasakan! HAHAHAHA..
"QAYYUM, nanti kamu tarik dari sebelah sana. Kamu Afnan tarik dari sebelah kiri ye. " Ujar Tok Yem kepada Afnan dan Qayyum.
Afnan sudah telan liur. Mana pernah dia sembelih lembu, kalau tolong potong daging lembu pernahlah.
"Ok! Satu dua tiga tarik! "
"Allahuakbar! " akhirnya, setelah tarikan kali ketiga lembu yang hendak disembelih itu jatuh ke tanah. Dengan bacaan bismillah Tok Yem menyembelih lembu tersebut.
Cecair merah memancut keluar dari bahagian yang sedang disembelih itu. Dan sepantas itu juga Afnan rebah menyembah bumi. Iman yang sedari tadi memerhati dari jauh terus bangun dan berlari mendapatkan Afnan.
Beberapa orang pemuda membantu Qayyum mengangkat Afnan ke tepi, sementara yang lain meneruskan aktiviti penyembelihan. Iman mengipas Afnan menggunakan surat khabar yang berada di situ.
Dari raut wajah Iman, Qayyum dapat melihat kegelisahan wanita itu. Dia kembali fokus kepada Afnan.
"Dia memang macam ni, takut darah sejak dari kecil. Jangan risaulah." Qayyum terus bangun dan berlalu pergi.
Hampir 25 minit Afnan tidak menyedarkan diri. Sudah berjurai-jurai air mata Iman tumpah membasahi pipi. Dia merenjiskan sedikit air ke muka Afnan. Dan akhirnya Afnan membuka matanya perlahan-lahan.
"Iman? " ucap Afnan perlahan. Iman segera menyeka airmatanya. Dia membantu Afnan duduk sambil memberikan lelaki itu air untuk diminum.
"Awak ni! Kalau dah tahu tak boleh tengok darah yang banyak, tak payahlah tolong orang sembelih! " marah Iman. Habis merah mukanya akibat menangis.
"Saya buat ni semua demi awak, awak nangis ke? Haha awak risaukan saya ye? " ucap Afnan mengusik.
"Mana ada! Hish dia ni orang cakap betul-betul dia main-main pula!" nafi Iman.
"Eleh yelah tu. Hmm btw thanks. " Iman yang tadinya menunduk melindungi wajahnya yang merah mengangkat muka memandang Afnan.
"Thanks? "Soal Iman
"Sebab risaukan saya. " Afnan segera bangun dan memakai seliparnya yang mungkin telah ditanggalkan semasa dia tidak sedarkan diri sebentar tadi.
Sedara Iman yang lain hanya memandang adegan sweet itu dengan senyuman yang mekar di bibir, kecuali seseorang yang hanya jadi pemerhati sedari tadi.
Qayyum hanya menunduk sebelum kembali masuk ke dalam rumah. Dia dapat merasakan bahawa Iman suka kepada Afnan. Dari cara Iman memandang Afnan. Qayyum dapat baca segalanya.
"YANG ini untuk Cik Bakyah ye. Iman hantar dekat rumah Cik Chom dulu. " terang Hjh Kalsom makcik sedara Iman.
"Ha yelah, Iman pergi dulu ye. Assalamualaikum. " pamit Iman.
"Wa'alaikumussalam ha jalan baik-baik Iman. " pesannya lagi.
Iman sudah jalan melepasi jambatan hadapan rumah kampungnya itu. Baru sahaja setapak dia melangkah ada satu suara yang menegurnya.
"Hi Iman. " sapa seseorang dari belakang. Iman berpaling kebelakangan sebelum kembali menghadap ke hadapan.
"Awak dah okay belum? " soal Iman prihatin.
"Dah, cuma pening sikit. Tapi ok dah. " Afnan berjalan seiring dengan Iman.
"Peliklah awak ni. Tolong orang potong daging boleh. Tolong sembelih pengsan pula. Padahal ada je darah time nak bersihkan daging lembu tu. " ujar Iman dalam nada yang hairan.
"Alah darah tu sikit. Saya cuma tak boleh tengok darah yang banyak dan memancut. Tak tahulah kenapa. Saya akan pengsan.
Sebab tulah dulu masa saya teman awak pergi pasar saya tutup hidung. Sebab tak tahan bau darah. " Afnan mencebik seperti seorang kanak-kanak. Kedua-dua jari telunjuknya disentuhkan perlahan.
"Hmm.. Macam-macamlah awak ni. Btw, awak memang suka budak-budak ke? Saya tengok tadi awak melayan budak-budak. Bagi aiskrim, main dengan diaorang. " ujar Iman kagum.
"Kenapa? Terpikat ke? " usik Afnan.
"Eee... Perasanlah awak ni" Iman buat muka menyampah.
"Hahahaha saya suka tengok muka awak macam tu. Cute sangat rasa macam nak cubit" berbahang muka Iman tatkala Afnan berkata bergitu.
"Tak adalah, saya memang suka budak kecik. Ya saya tahu awak tak suka budak kecik. But I think diaorang cute. Kita pun dulu pernah merasai jadi kanak-kanak. " ikhlas Afnan menerangkan.
"Hello, pembetulan bukan tak suka. Tapi tak berapa suka okay! Saya tak adalah kejam sangat. " rajuk Iman.
"Hahahaha yelah. Eh kat sinikan rumah Cik Chom tu. Awak tunggu sini biar saya yang masuk. Tunggu sini tau jangan pergi mana-mana. Tunggu sampai saya keluar balik." Afnan segera mengambil plastik yang berisi daging segar untuk diberikan kepada Cik Chom.
Iman yang menunggu Afnan diluar memandang ke bawah sambil kakinya menguis-guis tanah merah. Dia berfikir sejenak.
"Ni kalau aku hantar ke rumah Cik Bakyah cepat balik. Lagipun bukan jauh sangat. Pandailah Afnan balik sendiri nanti. " Iman segera melangkah pergi. Semasa dia hampir sampai, ada sekumpulan budak kampung yang lepak ditepi jalan.
Mereka sudah berdiri memandang Iman yang berjalan tegak ke hadapan tanpa memandang mereka. Apabila Iman sudah semakin dekat dengan mereka, mulalah perangai gatal masing-masing.
"Pewitt.. Cik chef ni nak pergi mana? Nak abang temankan" ucap seorang pemuda yang sebaya dengan Iman. Pemuda itu sudah menghalang laluan Iman. Iman berniat untuk berpatah balik tapi laluan di belakangnya juga disekat.
"Apa korang nak ni?!" bentak Iman.
"Alah, jangan jual mahal sangat. " ucap kawan kepada pemuda tadi. Iman memandang setiap seorang daripada mereka 5vs1 mana adil!
"Baik korang tepi, ada yang kene belasah nanti. " Iman memberi amaran.
"Siapa nak belasah kitaorang? Adik manis ni ke?" mereka sudah mula menyentuh Iman. Buk! Satu tumbukan hinggap ke muka pemuda yang menyentuh Iman tadi.
Tersungkur pemuda itu ke tanah. Iman memandang orang yang telah menyelamatkan dirinya tadi. Afnan! Dia terus berlari ke belakang Afnan.
"Bukan dia tapi aku!" herdik Afnan.
Mereka yang lain mula hendak melakukan serangan balas. Tapi malangnya mereka tidak sepantas Afnan. Semestinya Afnan menang kerana Afnan mempunyai ilmu seni mempertahankan diri muaythai yang dipelajari sejak kecil lagi sehingga sekarang.
Seorang dari mereka telah memukul lengan Afnan menggunakan kayu yang berada disitu, menyebabkan tangan Afnan sedikit luka. Afnan kembali membalas serangan yang diberikan.Dalam sekelip mata mereka berlima sudah jatuh ke tanah. Afnan mencerlung tajam kepada mereka.
"Korang siapa nak kacau girlfriend aku! Lagi sekali kau kacau dia tahulah nasib korang! Dah bla! "Herdik Afnan. Mereka segera bangun dan dengan tergopoh-gapah meninggalkan Iman dan Afnan. Girlfriend? Iman dengar perkataan itu dengan jelas.
"Awak! Saya dah pesan tunggu saya kalau jadi apa-apa pada awak tadi macam mana!? " marah Afnan. Iman terkedu.
"Saya minta maaf, saya ingatkan nak terus hantar bungkusan ni. Cepat sikit balik." ucap Iman seperti seorang kanak-kanak yang mengaku kesalahannya.
Afnan menarik nafasnya dalam cuba menenangkan dirinya.
"Yelah, lain kali jangan buat lagi. Saya cuma risau apa-apa terjadi pada awak. Dah jom kita hantar bungkusan tu then balik" Afnan menarik tangan Iman yang berlapik baju.
Iman dapat melihat keikhlasan Afnan. Dia terpandang akan luka ditangan Afnan.
"Tangan awak! " Iman terjerit kecil langkah mereka terhenti.
"Sikit je tu. " Afnan masih fokus memandang ke hadapan. Dan sepanjang perjalanan pulang mereka hanya diam tidak berkutik.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romansa[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...
![Dear Mr.Right [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/91913276-64-k615717.jpg)