Bab 24

14.1K 438 4
                                    

AFNAN sedang fokus dengan pemanduannya. Tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka semakin perlahan dan akhirnya terhenti. Iman yang tadinya sibuk menelah telefon bimbitnya mengangkat muka memandang Afnan.
"Kenapa ni? " soal Iman.
"Entahlah saya pon tak tahu. " jawab Afnan sambil tangannya cuba menghidupkan enjin kereta.
Iman menjenguk keluar tingkap kiri dan kanan ,mereka berada di kawasan yang dikelilingi hutan. Glup! Dia memandang Afnan yang gagal menghidupkan enjin kereta. Afnan membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
"Hey hey awak nak pergi mana tuh? " soal Iman cuak.
"Nak pergi tengok enjinlah tak
kan nak pergi tengok big foot pulak." Perli Afnan. Iman mencebik dan hanya memerhati langkah Afnan. Iman keluar dari kereta lalu mendekati Afnan.
"Kenapa ni? " soal Iman. Afnan hanya diam sambil matanya tidak lepas memandang enjin.
"Awak tak servis kereta ke? " soal Afnan.
"Owh kene ke? " soal Iman slumber sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sememangnya dia tidak pernah sempat untuk menghantar keretanya ke tempat servis kereta. Sibuk sahaja dengan kerja di dapur.
Semua tugas itu dilakukan sama ada oleh Pak Mat,Abang Hil atau Abang Har. Afnan hanya mampu tepuk dahi.
Alahai dia nih!! Afnan memandang sekeliling.
"Hmm.. Macam nilah, saya rasa kita kene bermalam dekat-dekat sini. Kereta awak ni nanti saya call mekanik bawak pergi bengkel. " terang Afnan.
"Ha! Bermalam kat sini, dekat hutan tu ke?! alah-alah tak naklah, awak tak pandai betulkan ke?! "Cemas Iman.
"Iman, iman bukan sini. Dalam satu km dari sinikan dah sampai pekan. Nak patah balik dah jauh. So kita tidur kat hotellah. Ada faham?! " fade up Afnan dibuatnya.
"Owh yeke,okay." lega Iman. Iman tidak tahu kenapa dia blur sangat hari ni.
Setelah mendapat persetujuan dari Iman, Afnan segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket. Jarinya mula ligat bermain-main di atas kekunci telefon bimbitnya mendail nombor seseorang.
Iman hanya memerhati Afnan berbual dengan seseorang di talian dari jauh. Dia telah menelefon ibu bapanya memberitahu soal hal ini.
20 minit berlalu Afnan berjalan mendekati Iman. Iman hanya menjongketkan keningnya meminta penjelasan.
"Saya dah call kawan saya nanti dia datang bawak trak tunda untuk tarik kereta awak pergi bengkel,so kita kene tunggu" jelas Afnan.
"Ok"hanya itu balasan Iman. Selepas dari itu mereka diam tidak berkutik.

MUNDAR mandir Puan Rafidah memikirkan nasib anak keempatnya itu. Encik Firdaus yang sedari tadi membelek-belek surat khabar akhirnya memandang isterinya yang kelihatan gusar itu.
"Yang kamu ni dah kenapa Idah? mundar mandir kehulur kehilir macam cacing kepanasan nak cakap panas Iman dah pasang air cond untuk kita ni ha. Takkan panas lagi kott?" soal Encik Firdaus sambil membuka cermin mata dan meletakknya diatas surat khabar yang dibacanya tadi.
Puan Rashidah mengambil tempat disebelah Encik Firdaus sambil tangannya tidak lepas memegang telefon bimbit.
"Bukan apa bang,saya risaukan Iman tu. Macam manalah kereta dia boleh rosak. Saya risaulah kalau ada apa-apa jadi kat Iman bang." jelas Puan Rafidah dalam nada suara yang gusar.
"Alah jangan risaulah doakan je yang terbaik, sia-sia je Iman masuk kelas taekwondo dapat tali pinggang hitam kalau disimpan buat jeruk. Lagi pon Afnankan ada. Saya tahu Afnan tu baik budaknya." terang Encik Firdaus hendak memujuk hati isterinya itu.
Puan Rafidah memandang suaminya disebelah.
"Hmmm" Puan Rafidah buat muka tidak puas hati.
"Afnan ada berbual dengan saya haritu, dia sendiri bagitahu saya yang dia berkenan dengan si Iman,tinggal tunggu green light dari kita dengan Iman dia akan terus masuk meminang.
Cuma Iman dengan kamu je tak tahu. Saya dah bagi green light lama dekat si Afnan tu." Encik Firdaus menerangkannya bersungguh-sungguh seperti dapat membaca isi hati isterinya yang ingin mengatakan 'boleh percaya ke?'.
"Serius ke bang?" Tanya Puan Rafidah inginkan kepastian.
"Iyelh,dah saya nak ke kebun, kalau melayan awak sampai esok pon tak habis. Awak berdramalah dengan novel-novel awak tu jangan terpengaruh sangat sudahlah." Encik Firdaus berdalih.
"Eh abang ni, tengok tu kita tak habis bercakap dengan dia,dia pergi macam tu je. Bertuah betul! Nanti bila nak kopi mula lah sayang buatkan abang kopi hmm.." Puan Rafidah mengajuk cara suaminya berbicara.

"THANKS bro, nanti apa-apa hal kau roger je aku."ujar Afnan kepada kawannya yang telah menghantar mereka ke resort yang terletak di tepi pantai itu.
Iman memandang sekeliling sambil tangannya ligat membetulkan tudung yang melitupi rambutnya.
Afnan yang sudah selesai berurusan dengan kawannya tadi terus menarik begnya lalu pergi ke kaunter untuk mendaftar masuk.
"So,awak dah call Qayyum?" Soal Iman setelah Afnan selesai melakukan pembayaran.
"Dah." Jawab Afnan sepatah.
"Baguslah" Jawab Iman sepatah juga.
"This is yours and this mine" Afnan menyerahkan kunci bilik kepada Iman. Iman menyambut huluran Afnan. Mereka bergerak menuju ke bilik masing-masing. Bilik mereka hanya sebelah menyebelahi sahaja.
Afnan masuk ke dalam biliknya tanpa sedikit pun memandang Iman. Iman hanya memandang pintu bilik Afnan yang sudah tertutup rapat itu. Dia mengeluh sebelum dia masuk ke dalam bilik.

SEORANG lelaki memasuki lobi resort yang didiami oleh Iman dan Afnan. Dia berjalan menghampiri penyambut tetamu yang berada di kaunter hadapan.
"Selamat petang encik,boleh saya bantu?" Sapa penyambut tetamu itu sopan.
"Boleh saya tahu nombor bilik dua orang yang baru check in tadi?" Soal pemuda itu.
"Maaf encik, pihak kami diarahkan agar tidak memberikan sebarang maklumat tentang tetamu kami. Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan tetamu kami?" Soal penyambut tetamu lelaki pula.
"Diaorang tidur sini berapa lama?" Soal lelaki itu tanpa menghiraukan soalan penyambut tetamu tadi.
"Maaf encik ,kami tidak dibenarkan memberikan sebarang maklumat." Balas penyambut tetamu itu semula.
Lelaki tadi segera keluar dari lobi resort itu dan mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian panggilan bersambung dan kedengaran suara seorang wanita dihujung talian.
"Hello,apa hal?!" Pekik wanita itu.
"Hello bos,saya dah ikut diaorang. Diaorang berhenti di sebuah resort. Dari apa yang saya nampak kereta mereka rosak. So,bos nak saya buat apa?" Terang lelaki itu.
"Kau uruslah sendiri, kata professional, sia-sialah aku upah kau tapi tak boleh buat kerja. Kau bunuh jelah pompuan tu cepat-cepat takkan itu pon aku nak ajar bodoh betollah.
Aku tak kesahlah diaorang kat mana pon yang penting aku nak kau hapuskan perempuan tu faham! Lagi satu send location diaorang kat aku." Marah wanita itu.
"Baik bos,apa-apa hal nanti saya update, duit jangan lupa masukkan dalam account saya" lelaki itu memberi peringatan.
"Itulah kau duit, duit, duit, hasil satu habuk pon tak ada. Kau selesaikan kerja kau dulu pasal duit tahulah aku nanti." Benggang wanita itu dibuatnya. Orang suruhannya itu lambat betul hendak menghapuskan wanita yang paling dia benci iaitu Iman. Kalau bab duit laju sahaja.
"Baik bos" balas lelaki itu seraya menamatkan panggilan.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now