AFNAN berusaha menghubungi Iman. Iman yang duduk berteleku diberanda biliknya itu memandang telefon bimbit yang asyik berbunyi sedari tadi. Naik rimas kepala otaknya. Akhirnya, dengan kasar dia mencapai telefon seraya menjawab panggilan dari Afnan...
"Hello, Iman! Finally! Awak angkat telefon"
"Nak apa?" Soal Iman kasar.
"Saya nak minta maaf dekat awak.."
"Nak minta maaf? Belum raya lagi lek ah. Sorry, saya nak tido bye!" potong Iman.
"Iman wait wait wait!" Jerit Afnan dihujung talian.
"Apa lagi?! Jangan kacau saya lagi boleh tak!"
"Okay fine, saya tahu awak tak suka orang minta maaf melalui telefon. Kita jumpa? Saya belanja awak makan? Saya janji kalau awak setuju saya tak kacau awak lagi. Please" rayu Afnan.
Iman diam sejenak.
"Hm dekat mana?"
RESTORAN Hadramawt Palace menjadi pilihan hati mereka. Mereka menjamu selera namun Iman sedikit pun tidak bercakap dengan Afnan. Afnan hanya mampu curi-curi pandang muka ketat wanita dihadaannya itu. Huish macam nak telan orang. Gulp.
"Afnan.. afnan!" Afnan tersentak saat namanya dipanggil sangat kuat. Dia memandang Iman yang pelik memandangnya.
"Apa?" Soal Afnan hairan. Entah berapa lama dia dok tenung muka Iman pon dia tidak sedar.
"Saya nak balik sebab ada urusan." Soal Iman.
"Eh nantilah" ucap Afnan panik melihatkan Iman yang sudah hendak berdiri.
"Saya ada hallah nak kene cepat."
"Sekejap saya nak cakap something" pujuk Afnan.
"Kita cakap esok jelah" ucap Iman.
"Awak ni kenapa? Bila dengan lelaki lain boleh je awak tunggu. Bergelak sakan. Bila dengan saya? Mood asyik tukar-tukar je. Menyusahkan orang betullah!" Marah Afnan dalam nada suaranya yang dikawal.
"Okay then" ucap Iman dalam nada yang terluka. Iman mengesat mulutnya menggunakan napkin sebelum bangun dari duduknya.
"Excuse me,nak pergi washroom kejap" Afnan hanya diam. Hilang sahaja Iman dari pandangannya, dia terus meraup mukanya kasar.
"Kenapa mulut kau ni bodoh sangat Afnan. Mesti Iman sakit hati. Bodoh betullah! Aku tahu nanti kau minta maaf dekat dia. Jangan ego sangat." Marah Afnan pada dirinya sendiri.
IMAN memandang matanya yang merah melalui cermin. Kata-kata Afnan sebentar tadi asyik terngiang-ngiang ditelinganya. Betul ke dia menyusahkan? Adakah dia hanya beban bagi Afnan? Iman menarik nafas dalam-dalam sebelum membasuh tangannya buat kali terakhir.
Dia sempat mencapai tisu dan beg tangannya. Sesampai di depan pintu tandas itu, dia terhenti kerana ada dua orang lelaki berbadan tegap menghalang laluannya. Apabila dia hendak berjalan ke kiri dia dihalang begitu juga apabila dia hendak ke kanan.
Lelaki-lelaki itu sudah mula menghampirinya. Setapak demi setapak mereka melangkah. Begitu juga Iman yang sudah berundur ke belakang. Tiba-tiba lelaki yang berada dikanan Iman memegang tangannya kejap dan kuat.
Iman yang terkejut dengan tindakan lelaki itu segera meronta untuk di lepaskan. Dia tidak mahu menjerit kerana takut mengejutkan pelanggan lain yang sedang menjamu selera. Kini, lelaki yang seorang lagi sudah mula hendak mengangkat tubuhnya.
Saat kakinya sudah tidak mencecah lantai, Iman segera menendang perut lelaki yang mengendongnya itu. Lelaki pertama yang berkepala botak itu tersungkur ke belakang dek tendangan kuat yang diberikan oleh Iman. Lelaki kedua pula cuba untuk memukul Iman, tetapi sempat dielak.
Satu tumbukan padu dari seorang wanita singgah dimuka lelaki kedua itu. Tanpa Iman sedar lelaki pertama yang tersungkur di belakangnya tadi sudah bangun. Dia memeluk Iman dari belakang lalu menolak Iman sehingga jatuh. Kepalanya terhantuk didinding.
Air matanya tumpah jua dipipi. Kepala yang pening dipegang. Iman kembali bangun. Lelaki kedua tadi menumbuk Iman dimuka untuk membalas dendam dan sekali lagi Iman tersembam ke lantai. Penglihatannya menjadi kabur akibat tumbukan yang kuat itu beserta air mata yang lebat membasahi pipi.
Iman cuba untuk bangun saat dia mendengar lelaki itu berkata bahawa orang yang mengupah mereka untuk menculik Iman hendak Iman berada ditangannya hidup-hidup. Asyik lelaki itu berbual Iman mengambil kesempatan untuk menyerang kembali.
Tidak tahu dari mana kekuatannya datang dia membelasah kedua-dua lelaki itu tanpa henti. Tendangan demi tendangan pukulan demi pukulan dia berikan. Sekali dua dia tumpaskan bergitu sahaja. Puas hatinya.
"Cakap dengan orang yang upah korang, dia dah silap orang" ucap Iman kepada dua lelaki yang sedang terbaring mengerang kesakitan dilantai. Iman segera mencapai beg tangannya dan melangkah pergi.
IMAN memegang kepalanya yang terasa pening. Dia terhenti saat merasakan tudung yang dipakainya itu basah dibahagian yang sakit. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya dan melihat ada cecair berwarna merah pekat. Dia tergamam di situ.
Nasib baik dia memakai tudung berwarna hitam jadi darah itu tidak kelihatan. Dia mengenggam tangannya yang berdarah itu seraya meneruskan langkah.
"Afnan jom balik,saya dah bayar bil" ucap Iman dingin. Afnan menatap wajah Iman yang lebam dan pucat itu dengan reaksi yang terkejut. Afnan segera bangun dari duduknya. Belum pun dia sempat membuka mulut Iman sudah berlalu pergi.
"Iman.." panggil Afnan. Sampai diluar restoran berkenaan. Afnan menarik tangan Iman supaya berhenti.
"Kenapa dengan awak? I mean kenapa dengan muka awak" risau Afnan. Meskipun dalam cahaya yang samar-samar Afnan masih dapat melihat bekas lebam yang ketara pada tepi bibir wanita pujaan hati dihadapannya itu. Dia juga ada terbau sesuatu bau yang hanyir seperti darah tetapi dia tidak dapat mengesan dari mana bau itu datang.
"Jatuh, don't worry I'm okay." Belum pun Iman sempat membuka pintu kereta Afnan sudah menghalang.
"I'm not that stupid sampai tak boleh bezakan orang okay ataupun tidak. Okay apa kalau muka pucat sampai macam ni!" Naik satu oktah suara Afnan.
Iman mengendahkan kata-kata itu. Dia sudah membuka pintu keretanya. Sekali lagi Afnan menutup pintu kereta itu.
"Yes, I'm not okay. And if awak nak saya okay please kita kene balik cepat!" Tengking Iman. Kepalanya semakin berdenyut-denyut. Dapat dia rasakan tudungnya semakin basah.
"But why.."
"Just shut up! Please Afnan kita balik sekarang" mutiara jernih milik Iman mulai turun menghujani pipinya sekali lagi. Penglihatannya semakin lama semakin kabur,kabur dan kabur...
Afnan menyambut tubuh kecil Iman sebelum sempat wanita itu rebah menyembah bumi. Bajunya yang terkena darah pada tudung Iman dipandang. Dia menelan air liur.
"Iman, iman!"dia memanggil Iman yang sudah tidak sedarkan diri. Dia menguatkan dirinya agar tidak sama-sama rebah melihatkan darah yang begitu banyak pada bajunya. Iman diangkat masuk kedalam kereta. Beg tangan dan kunci kereta yang sudah jatuh ke tanah diambilnya sebelum dia masuk ke dalam kereta.
Kereta BMW Iman, dipecut laju oleh Afnan untuk pergi ke hospital berdekatan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr.Right [COMPLETED]
Romance[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama...
![Dear Mr.Right [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/91913276-64-k615717.jpg)