Bab 21

15.2K 541 1
                                    

      "SWEETLAH abang and kak Iman ni. " jujur Damia. Iman sudah buat isyarat supaya mereka diam. Haish Afnan!!! Tengok budak kecik pon dah pandai tau! Afnan sudah ketawa mengekek.
     "Amboi, sedap kamu semua kacau kak Iman ye" tegur Ibu Kamariah yang merupakan pengurus Yayasan itu.
     "Tengok bu, diaorang kacau Iman. Tu ha budak tu buli Iman "adu Iman seperti anak kecil sambil jarinya menunding ke arah Afnan. Comel betullah!  Bisik hati Afnan.
     "Haish kamu ni pon. Ibu nak tanya kamu ni. Kamu boleh tak masak untuk budak-budak ni hari ini? Mereka nak sangat makan makanan yang kamu masak. " terang Ibu Kamariah.
     "Haah kak teringinnnnnn....  Sangat!! " ujar Damia.
     "Eleh, tadi kacau akak an, majuk tak nak masak. " acah Iman.
     "Alah akak bolehlah, bolehlah. Kitaorang minta maaf. Janji tak buat lagi. " pujuk mereka serentak. Ada yang sudah menarik-narik baju Iman.
     "Aduh lemah betullah!  Yelah, yelah." setuju Iman.
     Mereka sudah bersorak riang. Afnan sudah tersenyum melihat gelagat kanak-kanak di hadapannya itu.
     "Dah sambung buat homework. " baru sahaja Iman hendak berlalu ke dapur Afnan memanggil namanya.
     "Iman. "
     "Apa dia? " soal Iman.
     "Nak tolong masak boleh? " soal Afnan pula. Iman menjongketkan keningnya.
     "Awak pandai ke masak? Bukan awak tahu masak air and maggie je ke?" perli Iman.
     "Alah, awak ajarlah. Saya teringin juga nak belajar masak. Lagi-lagi dengan chef terkemuka di Malaysia ni." puji Afnan.
     "Eleh, bodeklah tu. Dahlah jom" ajak Iman.
     "Yeah! " Afnan segera mengikut langkah Iman ke dapur.

     "MACAM mana awak nak masak kalau awak dengan stove 2km?" bebel Iman.
     "Mana ada sampai 2km..Saya takut minyak ni merecik kat sayalah" adu Afnan. Iman sudah menggeleng.
     "Haish dahlah, biar saya goreng ikan ni, ada yang hangus. Awak pergi kupas bawang merah sana. 15 biji tuh kupas semua" arah Iman seraya mengambil sudip dari tangan Afnan.
     "Hmm yelah" Afnan segera bergerak ke arah meja dapur yang terdapat beberapa biji bawang merah yang belum dikupas.
     45 minit berlalu, Iman telah siap menggoreng ikan. Dia meletakkan pinggan yang berisi ikan goreng dan sayur campur yang telah dimasaknya di atas meja.
     Dia berniat hendak membantu Afnan yang sedari tadi langsung tidak berganjak dari tempat duduknya. Iman terhenti saat melihat wajah Afnan yang sudah merah padam itu.
     "Awak! Kenapa ni? Kenapa awak nangis?!" soal Iman cuak apabila melihat Afnan yang sudah tersedu-sedu itu.
     "Imannnn... Mata saya pedihhhh.. Mana ada saya nangisss..bawang ni ha..tak tahulah pakai kuasa apa boleh buat mata saya berair.." adu Afnan dalam tangisan
     "Ya Allah, awak niii.. Saya suruh awak kupas bawang je pon, sampai meleleh macam ni, dahlah sini saya buat. Awak pergi depan" arah Iman.
     Dengan pergerakan yang perlahan Afnan bangun lalu menuju ke singki untuk membasuh tangan dan bergerak kehadapan.
     SEMUA yang berada disitu sudah menadah tangan untuk membaca doa. Afnan menjadi ketua dalam pembacaan doa tersebut. Iman agak kagum dengan sikap Afnan.
     Afnan sangat rapat dengan kanak-kanak di sekelilingnya. Mereka juga sangat selesa bergaul dengan Afnan. Selesai makan mereka menunaikan solat zohor berjemaah diimamkan oleh Afnan.
     Dari mata kasar Iman, sedikit pun Afnan tidak kaku dalam mengimamkan solat mereka.
     "Salam Kak Iman dengan Abang Afnan .." arah Pn Kamariah.
      "Kak Iman janganlah balik... " ada yang sudah tersedu-sedu menangis merayu agar Iman tidak pulang.
     "Jangan risau. Kalau ada masa nanti kak Iman datang balik ye. Dah jangan nangis. " pujuk Iman.
     "Akak janji datang sini balik? " soal Damia yang merupakan kanak-kanak yang paling akrab dengan Iman disitu.
     "Ye akak janji, jangan risaulah. Jangan nakal-nakal okay. Dengar cakap ibu. Faham tak? " soal Iman ceria. Dalam hatinya sudah sebak.
      "Ok,kitaorang janji, akak cepat-cepat datang sini lagi tau!" Iman hanya mengganguk. Dia sudah tidak mampu hendak bersuara. Takut airmata yang ditahannya sedari tadi jatuh.
      Satu persatu tubuh kecil di hadapannya itu dipeluk. Mereka bersalaman dan melambaikan tangan sehingga kereta Iman tidak kelihatan lagi.
      "Awak ok? " soal Afnan apabila Iman hanya berdiam diri.
      "Ya saya ok" Afnan mengeluh perlahan . Dia tahu Iman Sofea. Boleh dengar dengan jelas suara Iman yang agak sebak itu.
     "Sudahlah jangan sedih. Nanti ada masa kita datang sini lagi ok" ucap Afnan ingin menenangkan hati Iman. Kita? Iman hanya tersenyum hambar.
      Kini Afnan sudah faham maksud tersirat di sebalik kata-kata Iman pagi tadi.
     SEISI masjid itu sudah bersiap sedia hendak menunaikan solat maghrib berjemaah. Kaum adam sudah berada dihadapan. Manakala kaum hawa berada di belakang.
     "Afnan atau Qayyum boleh tak azan? " soal Imam dimasjid tersebut.
     "Eh Afnan kau azan lah" suruh Qayyum.
     "Kaulah, asal aku pulak " tolak Afnan. Bukan Afnan takut, kalau di tempat yang kecil bolehlah ini dimasjid!
     "Akukan dah semalam. Kaulah pulak " marah Qayyum dalam nada yang perlahan.
     "Esok ah ,kalau esok bukan setakat azan, iqamat pon aku boleh" tolak Afnan lagi.
     "Kau comfirm ke esok kau hidup lagi? " dengan selamba Qayyum membidas. Afnan dan Qayyum tersenyum buat-buat kepada imam yang sudah memandang mereka. Akhirnya Afnan mengalah. Kedua-dua tangannya didekatkan ke telinga dan mula melaungkan azan.
     Iman yang sebentar tadi sudah bersedia memandang ke arah tempat sujud mengangkat muka setelah mendengar suara yang sedang melaungkan azan.
     Wanita yang lain sudah tergamam. Begitu juga dengan Iman. Ya Allah merdunya suara!! . Dia menelan perlahan liurnya.
      Meskipun dia tidak dapat melihat pemilik suara itu akibat kedudukannya yang berada dibarisan paling belakang, tetapi dia kenal ini adalah suara Afnan.
     Setelah selesai azan dilaungkan. Imam memulakan tugasnya dan diikuti dengan yang lain.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now