Bab 39

17.4K 451 8
                                    

     SEDARI tadi Iman curi-curi pandang pintu wadnya. Pintu wadnya ditolak dari luar. Terpacul wajah tampan milik Afnan. Lain yang Iman tunggu lain yang masuk. Iman memandang baju yang dipakai Afnan. Hm, sudah disalin. Bisik hatinya.
      Dia terus memalingkan tubuhnya membelakangi Afnan. Afnan berdehem namun tidak diendahkan. Dia dapat merasakan ada seseorang yang telah duduk di kerusi sebelah katilnya.
      "Iman.." seru Afnan. Iman hanya diam tidak berkutik. Dapat didengar dengan jelas keluhan berat yang dilepaskan.
     "Iman, saya nak minta maaf" pinta Afnan.
      "Berapa kali awak nak saya maafkan awak? Hm? Seribu kali? sejuta? Semillion? Trillion?" Perli Iman.
      "Saya betul-betul minta maaf kali ini. Saya tahu saya banyak salah dengan awak. Tapi jujur saya tak ada niat. Saya cuma cemburu. Awak dah terima sayakan? Awak pakai cincin saya lamar awak haritu. Haha.. tapi tulah saya bodoh sangat pergi sakitkan hati awak.
      Esok pagi awak dah boleh keluar. Saya nak jemput awak pergi majlis hari jadi saya. Itu pun kalau awak masih sudi terima saya untuk jadi partner awak for the rest of your life." Kedengaran esakkan kecil Afnan. Iman hanya diam. Matanya dipejam.
      "Qayyum mana?" Soal Iman. Afnan menarik nafas panjang.
      "Qayyum ada dekat luar. Awak nak jumpa dia?" Soal Afnan. Soalannya dibiarkan tidak berjawab. Afnan tersenyum. Dia menyeka air matanya sebelum bangun.
      "Saya keluar dulu. Jangan lupa datang esok. Saya tunggu awak." Ucap Afnan sebelum melangkah keluar.
     Setelah pintu wadnya kedengaran ditutup dia kembali baring seperti biasa. Air mata lebat menghujani pipi. Matanya dipejam rapat. Tidak lama kemudian pintunya kembali terbuka.
      Mata yang dipejam dibuka bagi melihat gerangan yang masuk. Dia tersenyum.
     "Hi princess, how are you?" Sapa Qayyum.
      "Hi, ya I'm fine. Nasib baik ada prince charming tolong selamatkan nyawa saya" ucap Iman dalam tawa. Qayyum turut tertawa. Dia mengambil tempat disebelah Iman.
      "Anything for you, as long as princess saya ni selamat" balas Qayyum.
      "Awak dah bagi keterangan dekat polis?" Soal Qayyum ingin tahu.
       "Dah" sepatah jawapan Iman. Qayyum hanya mengangguk. Tidak mahu dia bertanya lebih, takut Iman mash trauma. Mereka diam seketika.
      "Qayyum.."
      "Hmm" balas Qayyum yang tunduk memandang lantai. Rambutnya yang sedikit jatuh menyebabkan mukanya sedikit terlindung.
      "Kenapa awak tolong saya?" Soal Iman.
     Qayyum mengangkat mukanya. Keningnya bertaut seperti tidak mengerti dengan soalan Iman.
      "I mean, kenapa awak tolong saya even saya dah tolak awak?" Soal Iman. Dia membetulkan duduknya. Lama mata Qayyum dan matanya bertembung. Qayyum tertawa hambar.
     "Sebab saya nak selalu ada dengan awak? Haha.. entahlah." Jawab Qayyum kurang pasti.
      "Maksud awak?" Soal Iman lagi.
      "Iman..Walaupun awak tak pilih saya sebab awak dah pilih Afnan tapi awak kene ingat yang saya sentiasa akan ada bersama awak..." Qayyum tertunduk.
      "Walaupun saya tak dapat bersama awak secara realiti tapi diri saya tetap ada dalam diri awak dan itu pum dah buat saya happy sangat." Sambung Qayyum.
      "Thank you so much" ucap Iman.
      "Hahaha dahlah tak payah nak feeling-feeling sangat. Awak tidurlah esok dah nak daftar keluar." Dalih Qayyum . Dia segera bangun dan bergerak ke pintu. Belum pun sempat dia hendak keluar Iman sudah memanggil namanya.
     Qayyum menoleh ke belakang.
      "Thanks, goodnight" ucap Iman lembut bersama senyuman dibibir.
      "Goodnight princess" Qayyum membalas senyuman Iman. Hilang sahaja Qayyum dari pandangannya Iman melepaskan keluhan berat yang ditahannya. Matanya dipejam berharap dia akan hanyut dibawa mimpi yang jauh dari segala kekusutan hidunya.

     DIA memandang jururawat yang berdiri di hadapannya. Bungkusan yang berisi duit dikeluarkan lalu diserahkan.
     "Arah sana wad 3" ucap jururawat itu setelah dia melihat isi kandungan didalamnya.
     "Barang aku mana?" Soal wanita itu.
     "Ni, tapi kau jangan libatkan aku kalau apa-apa berlaku." Wanita itu segera merampas jarum suntikan pada jururawat lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya.
     Setiba dihadapan bilik yang dikatakan, pintu ditolak perlahan dari luar. Langkah yang perlahan diatur sambil matanya yang penuh dengan dendam memandang ke arah manusia yang terbaring di atas katil.
      Tidur lena ya. Senyuman sinis lahir dibibirnya. Dia segera mengeluarkan jarum suntikan itu dari beg tangannya.
      "Mampus kau perempuan" ucapnya seraya hendak memasukkan cecair yang berada di dalam jarum suntikan itu ke dalam tiub air milik wanita dihadapannya.
      Zap! Belum sempat dia hendak menekan jarum suntikan tangannya ditepis. Jarum yang tadi jatuh ke atas lantai. Dia segera menoleh dengan rasa yang amat terkejut. Lebih terkejut apabila orang itu amat dia kenali.
      "Kau buat apa kat sini? Kau nak buat apa kat Iman?!" Herdiknya perlahan.
     "A-afnan..." Tergagap-gagap dia menyebut nama itu. Badannya sedikit menggigil.
     "Kau ingat kami tak tahu kau yang upah orang untuk pukul Iman hah! Apa yang kau nak sebenarnya Ameera! Apa salah Iman kat kau sampai kau sanggup buat macam ni dekat dia?!" Ucap Qayyum yang muncul dibelakang Afnan.
      Ameera memandang segenap bilik  wad yang sudah terang dengan lampu.
     "A-apa kau cakap ni. Kau jangan nak main tuduh je! Aku disuruh buat semua ni aku tak bersalah.." Jerit Ameera.
     "Menipu je kerja kaukan." Ucap seseorang. Ameera memandang pula ke arah jururawat yang diupah sebentar tadi.
     "Kau kau pun berkomplot dalam hal ni!" Herdik Ameera.
     "Siapa kata aku komplot dengan kau. Aku diarahkan untuk konon-konon berkomplot dengan kau. Dan sebenarnya dalam tu hanyalah air biasa je bukan racun yang kau minta.
    Aku tak bodoh macam kau yang nak bunuh perempuan sebaik cik Iman. Cik Iman pernah selamatkan nyawa aku masa aku kene ragut dulu. Jadi inilah masanya aku balas balik budi dia. Aku yang bagitahu diaorg semua pasal rancangan jahat kau tu!" Ucap jururrawat itu.
     "Jahanam kau perempuan!" Herdik Ameera kuat membuatkan Iman terjaga. Iman bingung. Apa yang dah berlaku?
     "Apa bising-bising ni? Korang semua buat apa dekat... Ameera?" Iman pelik. Sejak bila Ameera berada disini?
     "Tangkap dia!" Ucap ketua pegawai polis disitu. Ameera ditangkap dan tangannya terus digari. Iman yang masih keliru memandang tidak mengerti.
     "Apa semua ni? Kenapa tangkap Ameera?" Soal Iman.
     "Kau diam perempuan!" Jerkah Ameera yang sudah diheret keluar. Iman tergamam.
     "Tak ada apa-apa Iman. Pihak polis dah tangkap orang yang nak cederakan Iman selama ni" ucap Abang Har yang berada disisi katil Iman. Wajah Iman berkerut.
     "Ameera? Ameera punya angkara selama ni? Apa salah Iman sampai dia sangguo buat Iman macam ni" Iman sudah mengeluarkan air mata. Harnania segera mendapatkan Iman lalu dipeluknya. Iman membalas pelukan itu.
      Malam itu semua orang hanya mampu diam dan memanjatkan rasa kesyukuran di dalam hati masing-masing sahaja. Tidak mampu berkata apa-apa. Iman juga telah tidur kembali. Akhirnya Iman telah selamat. Itu yang pasti.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now