Bab 10

21.3K 659 2
                                    

     IMAN yang duduk diberanda rumahnya membiarkan angin petang menyapa mukanya. Rambutnya yang dilepaskan beralun mengikut angin. Telefon Iman berbunyi. Ada whatsapp masuk.
     Nama Afnan tertera di screen telefon. Iman sudah tersenyum

-Hi miss 😉- Mr. Right 🙈💓

-Hi, tak kerja ke hari ni? - Iman Sofea

-Kerja. Saya ingat nak ajak awak lunch. Free tak? Awak tengah kerja ke?- Mr. Right 🙈💓

-Hari ni saya tak kerja, Areena tolong tengokkan restoran. Ya free now.- Iman Sofea

-Tak kerja? Awak tak sihat ke?- Mr. Right 🙈💓

-Tak adalah, saya ada kerja kat Putrajaya tadi, tu yang tak masuk harini- Iman Sofea

-Owh, okay then. Boleh awak datang office saya nanti dalam pukul 12:50 saya habis meeting kita pergi lunch?- Mr Right 🙈💓

-Okay, see you there 😊- Iman Sofea

-Ok, Bye Assalamualaikum!😉💕- Mr. Right 🙈💓

-Waalaikumussalam- Iman Sofea

     Kak Sha,Abang Hir dan Abang Har sudah tergendap-gendap di pintu melihat majikan mereka senyum sorang-sorang. Jarang Iman berkelakuan bergitu. Mereka jadi ingin tahu.
    "Kamu buat apa kat sini? " jerkah Mak Mah. Mereka bertiga tersentak.
     "Shhh.. Mak Mah ni. Tu ha Sha tengok Cik Iman tu dah lain lah Mak Mah. Suka Sha tengok" terang Kak Sha dalam nada yang separuh berbisik.
     "Orang tengah bercintalah tu, jangan dikacau "sampuk Pak Mat yang sudah berada disitu sambil turut sama terbongkok-bongkok melihat Iman yang berada di beranda itu. Tak tahulah bila sampai.
     "Hei! Awak ni Mat sama je. Ni kalau Iman tahu kau orang mengendap-gendap macam ni naya kita dibuatnya" Mak Mah sudah menggeleng kepala melihat kerenah mereka.
     "Eh! Cik Iman bangunlah. Sembunyi! " mecicit semua lari. Iman sudah masuk ke dalam dan menuju ke biliknya untuk bersiap.

     "CIK Iman! " tegur seorang wanita yang dalam lingkungan 20-an juga itu. Mungkin lagi muda beberapa tahun dari Iman. Wanita tadi memberikan tunduk hormat kepada Iman apabila dia sudah berpaling memandang wanita itu.
     Iman hanya tersenyum dan mengangguk.
     "Saya Kirana, PA Tuan Muda." sebuah senyuman dihadiahkan buat Iman. Iman menyambut tangan yang dihulurkan sopan. Dahi Iman berkerut seperti meminta penjelasan.
     "Owh, ya Tuan Muda Tengku Afnan Ilhan. Tuan Muda suruh Cik Iman tunggu di bilik dia, sekejap lagi Tuan habis meeting. " wanita yang bergelar Kirana itu tersenyum lagi. Di seperti mengerti dengan kerutan di dahi Iman sebentar tadi.
     Sebenarnya Kirana adalah peminat Iman. Tu yang teruja apabila dia diarahkan Afnan untuk menyambut Iman. Iman yang memakai dress putih panjang bercorak bunga dikenakan dengan tudung yang bercorak sama dipandang Kirana lama.
     "Owh ok." balas Iman pendek.
     "Shall we.. "Kirana segera membawa Iman ke bilik Afnan.
     Apabila pintu bilik Afnan dikuak dari luar, Iman melihat segenap ruang bilik yang tersusun rapi dengan perasaan yang kagum. Pandai juga lelaki ini menghias pejabatnya. Detik Iman.
     "Cik Iman duduk dulu sementara tunggu Tuan. Cik Iman nak tea or coffee? " soal Kirana sopan.
     "Tea please." segaris senyuman dihadiahkan oleh Iman. Kirana mengangguk sebelum berlalu keluar.

     "WHAT do you mean?! I tak boleh masuk? Kenapa pula. Hello! Fyi, this is my future husband office, cause tak lama lagi Tuan Muda you tu akan kahwin dengan I! So move!" Herdik Tengku Ameera Asya kepada Kirana.
     Badan wanita dihadapannya itu ditolak kasar. Untung sahaja Kirana sempat mengimbangkan badannya, kalau tidak mahu tergolek dia dibuatnya. Kirana laju berjalan mengejar Tengku Ameera yang sudah berada dihadapannya.
     Matilah aku kalau Tuan tahu. Hish minah salleh celup ni pun satu tak reti bahasa agaknya. Ni kalau dia tahu Cik Iman ada dalam tuh comfirm Cik Iman pula kene. Tak boleh jadi ni. Getus Kirana.
     Iman yang berada di dalam bilik itu segera berpaling dari, memandang majalah yang sedang dibacanya. Iman yang sudah berdiri tegak dek terkejut dengan bukaan pintu yang agak kasar itu dipandang Ameera.
     Terkebil-kebil mata redup Iman melihat wanita yang baru masuk ke dalam bilik Afnan. Siapa pula ni? Takkan PA Afnan? Haih berapa banyak Afnan nak upah PA? Tak mungkinlah. Tapi aku rasa aku macam pernah jumpa dia ni.
     "Who are you?! And what are you doing here?! " mencerlung mata Ameera memandang Iman. Dahi Iman berkerut.
     "Wait! I know you! You ni perempuan yang sengaja bagi makanan pedas kat I semasa direstoran dulu kan? But, apa you buat kat sini" soal Ameera ingin kepastian.
     Iman sudah ingat. Dia nilah sepupu Afnan yang berada direstorannya yang membawa Iman "berjumpa" dengan Afnan buat kali pertama.
     "Saya Nur Iman Sofea" Iman memperkenalkan diri. Tangan yang dihulurkan langsung tidak disambut. Iman hanya tersenyum tenang. Ameera buat muka.
     "Get out." Arah Ameera kepada Iman. Iman terdiam. Kenapa dia kene keluar pula.
     "Why should I? And why shouldn't you?" Soal Iman dengan riak yang masih tenang.
     "Hello you siapa nak tanya I macam tu?! You ni mem... "
     "Saya manusia. Sama seperti awak"pintas Iman loya buruk. Rasa bagai dicurah minyak ke api yang sedang membara.
     "Kurang ajar ea?! Get out! I said get out!!" Kirana sudah kaku disitu. Dia sudah kehilangan kata-katanya. Dia memandang Iman, wajah wanita itu tenang seperti tiada apa yang sedang berlaku. Lain pula Ameera yang sudah naik hantu itu.
     "Cik.. Eh Tengku Ameera.. Maafkan saya tapi... " Ameera laju memintas kata-kata Kirana.
     "You diam! Get lost! " Kirana terus berlalu, dia kene cari jalan penyelesaian. Kesian kat Cik Iman! Ameera kembali memandang Iman.
     "Keluarlah! You pekak ke hah?! " jerit Ameera.
     "Kenapa saya mesti keluar atas arahan awak sedangkan, awak tak ada hak pun untuk arahkan saya keluar dari sini. Saya ke sini untuk berjumpa dengan Tuan Afnan bukan nak bertekak dengan awak" Iman sengaja menekankan perkataan 'tuan' itu.
     "You buat apa nak jumpa dengan my future husband?!" Iman terpampang. Future husband?
     "Kenapa diam? So memandangkan this is my future husband office I have my right to give an order to you! " Ameera yang sudah hilang sabar apabila Iman tidak memberikan respon, dia terus mencengkam kuat tangan Iman bertujuan hendak mengheretnya keluar.
     Iman sudah mengaduh sakit. Tangannya cuba dilepaskan dari terus dicengkam Ameera.
     "Let me go!" Iman sudah mengerang kesakitan. Tangannya yang putih juga sudah nampak merah. Tengku Ameera memang sengaja mencengkam tangan Iman dengan kuat. Baru tahu aku siapakan!
     "Ameera Asya!" satu suara yang lantang kedengaran memenuhi segenap bilik milik Afnan itu .

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Where stories live. Discover now