Bab 13

19.2K 599 4
                                        

AFNAN memandang sekeliling pasar basah dari dalam kereta. Mata Iman melilau mencari tempat untuk memakir kereta. Iman memakir keretanya dibawah pokok.
"Dah sampai. Tak nak keluar ke? " soal Iman yang sudah mematikan enjin kereta. Afnan masih dengan aktivitinya yang tadi.
"Err.. Iman saya tunggu dalam kereta jelah. " ucap Afnan yang tidak lepas memandang kawasan sekeliling. Iman sudah mahu tergelak. Tapi ditahan.
"Tulah tadi bukan main music please bagai." Iman memerli. Afnan masih sama.
"Suka hati awaklah. Tapi saya pesan awal-awal bahaya tau duduk sini sorang-sorang dengar cerita ada penagih dadah gila dekat kawasan ni. Dia bunuh orang. " bohong Iman. Muka Afnan berubah.
"Oklah saya ikut. " setuju Afnan.
"Tahu takut. " bisik Iman tapi masih boleh didengari Afnan.
"Saya tak takut ok. Saya risau pasal awak je. Kang apa-apa jadi saya juga yang susah. " ucap Afnan pula.
"Whatever.. " malas Iman hendak melayan. Iman buka pintu kereta. Afnan yang juga sudah turun dari kereta menutup hidungnya. Bau hanyir menusuk ke hidung membuatkan dia rasa nak muntah.
Bukan tak pernah bau darah. Kalau hari raya korban dia juga turut serta melapah daging lembu tapi kalau bab pasar. Memang tidak pernah dia menjejakkan kaki ke sini. Iman relax sahaja mukanya. Dah biasa.
"Eh tak pakai topi ke? Tadi dekat 7e beria pakai topi berhood bagai. Nanti ramai pula orang tengok awak yang handsome tuh" perli Iman lagi.
"Biarlah nanti rambut rosak. Tadi tu sekejap je. Handsome-handsome pon saya tetap pilih awak. " Afnan tersenyum sebelum tangannya kembali laju menutup hidung. Iman sudah mencebik. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam pasar basah itu.

"IMAN lama lagi ke kite dekat sini? Busuklah. Saye tak tahan" soal Afnan yang masih menutup hidungnya. Tangannya memegang lengan Iman yang berlapikkan baju.
Bukan nak menggatal atau hendak menggambil kesempatan. Cuma dia takut sesat. Ramai orang di sini. Dan ada beberapa yang kenal dirinya walaupun dia tidak, dan bertegur sapa dengannya. Siap bersalam-salaman.
Iman ketawa apabila mendengar suara Afnan yang sengau itu. Bunyinya dah macam squidward watak kartun dalam cerita spongebob square pants sahaja. Kesian juga Iman melihat Afnan. Sanggup dia keluar hanya untuk dekat dengannya.
"Kejap lagi siap. Bayar ni lepastu kita baliklah. " terang Iman. Afnan mengganguk. Mereka bergerak keluar dari pasar yang sesak dengan orang itu. Iman menuju ke sebuah paip di luar pasar itu. Dia mencuci kasutnya.
Iman memberi isyarat kepada Afnan supaya datang kepadanya. Afnan hanya menurut.
"Nak buat apee? " soal Afnan masih dalam suara squidwardnya..
"Awak taknak basuh kaki ke? Adidas kot kasut. Ori pulak tu ." Afnan membuat isyarat supaya Iman meneruskan niatnya. Iman membasuh tapak kasut Afnan. Mereka berjalan beriringan memasuki kereta.
"Arghh!! Ais dah nak cair. Cepat-cepat! " tergesa-gesa Iman menghidupkan enjin keretanya.

IMAN memakir keretanya di hadapan rumah mak longnya. Afnan sedang membetulkan rambutnya. Cermin mata hitam yang dipakai membuatkan Iman terpegun. Kacak sungguh!
"Dah-dahlah tu tengok saya. Kalau ais tak cair awak yang cair nanti. " usik Afnan. Iman seperti baru tersedar dari lamunan panjang, dia segera menggelengkan kepalanya. Air batu di tempat duduk belakang di capai. Bonet kereta di bukak dan ayam yang dibelinya tadi di keluarkan.
Apabila sampai di muka pintu Iman dapat melihat mereka sudah habis membaca doa selamat.
"Alah! Awaklah ni Afnan! Kan saya dah tak sempat nak baca sekali!" Omel Iman.
"Salah awaklah. Awak yang buang masa suruh saya turun tadikan. Saya dah suruh jalan awak yang tak nak. " Afnan membela dirinya. Belum sempat Iman bersuara, ada orang yang menegur.
"Ha tu pun kamu Iman. Lamanya kamu pergi beli barang. Sampai orang dah abis baca. Sini ais tu. Zati! Masukkan ni dalam tempat air tu. Yang lain masuk peti sejuk." Arah Puan Hilmah. Wanita yang bergelar Zati itu sudah memandang Afnan sambil tersipu-sipu malu.
"Sorry mak long aisnya tercair sikit. Ni ha! Kawan Iman ni yang buat orang lambat" Iman menjeling Afnan yang sudah tersengih.
"Maaf cik, saya yang buat Iman lambat tadi. " Afnan menyalami tangan tua Puan Hilmah. Cermin mata hitamnya dibuka.
"Lah.. Kenapa Iman tak bagitahu mak long nak bawa kawan. Risau mak long kamu lama sangat keluar. Tak apalah. Mak cik tak marah pun cuma risau. " terang Puan Hilmah. Afnan hanya tersenyum. Iman pula mencebik.
"Ni siapa nama kawan kamu Iman?" Soal Puan Hilmah lagi.
"Dia ni Teng... "
"Afnan Ilhan makcik." Potong Afnan.
"Teng Afnan Ilhan? Pelik nama kamu, kacuk cina ke? "
"Eh tak makcik,saya mix inggeris, ayah orang Malaysia, Ibu pun orang Malaysia tapi nenek saya orang UK. Atuk orang Malaysia jumpa dengan nenek dekat UK,lepastu kawin dapat bapa saya. Mak saya jumpa bapa saya di Malaysia, mereka pun kahwin, dapat saya. Hahaha.
Campurlah senang cerita. Mixed melayu-inggeris.Tapi nama saya Afnan Ilhan sahaja. Iman ni memang suka panggil saya teng. Nama gelaran. " ramah Afnan. Panjang berjela dia menerangkan. Iman sudah mengekek ketawa. Teng Afnan hahahaha...
"Bugislah mak long" tambah Iman.
"Owh ayah memang orang melayulah ni? Tapi apa ke peliknya nama gelaran kamu tu." Soal Puan Halimah lagi. Afnan ketawa.
"Yup. Orang melayu. Entahlah mak cik Iman yang bagi nama tu. " jawab Afnan.
"Mak, inikan Tengku Afnan Ilhan Tan Sri Tengku Abdul Halim. CEO AI Holdings, alah bangunan yang besar tulah." Sampuk Zati. Afnan memandang Iman. Iman menjongketkan bahunya.
"Hah! Kenapa tak bagitahu makcik Tengku. Maaflah makcik ni dah tua tak berapa cam tengku. Yang kamu ni pun satu Iman tak cakap awal-awal." ucap Puan Halimah serba salah.
"Eh tak apa makcik. Saya tak kisah. Panggil je saya Afnan. " Afnan tersenyum menampakkan lesung pipit di pipinya.
"Owh macam tu ke. Baiklah. Tapi boleh makcik tahu.. Apa hubungan Afnan dengan Iman ye. Macam mana boleh kenal?" Soal Puan Hilmah lagi.
"Saya boyfriend Iman. Kitaorang dah lama kenal. Sedara saya kawan dia. Tu yang boleh kenal. " selamba Afnan melontarkan kenyataan itu. Iman sudah ternganga.
"Eh mana ada! Suka hati awak je mengaku jadi boyfriend orang! " rungut Iman.
"Iman ni, dengan mak long pun nak berahsia. Kata tak ada boypren.. " usik Puan Halimah kepada anak buahnya itu.
"Mak Long ni... " Iman sudah muncung sedepa. Mereka semua ketawa.
"Eh marilah masuk, takkan nak berdiri di luar je. Jemput masuk Afnan. Buatlah macam rumah sendiri. Tapi maaflah rumah mak cik ni kecik je" pelawanya.
"Alah mak cik, kecik besar sama je . Cukup dah boleh buat berteduh,oklah tu. Saya tak kisah semua tu." ucap Afnan merendah diri. Puan Hamilah hanya mengganguk.
"Jemput masuk.. Iman dahlah tu muncung mari masuk. " Afnan yang sudah mengikut Puan Halimah dan Zati hendak masuk ke dalam rumah berpaling. Dia menunjukkan peace dan menjelirkan lidahnya. Gaya seperti budak kecik sedang mengejek. Iman tunjuk penumbuk. Afnan sudah mengekek ketawa.
Akhirnya Iman juga berjalan masuk ke rumah. Kasut yang ditanggalkan dengan kasar itu terpelanting entah ke mana.

Dear Mr.Right  [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang