Part 1

322 8 2
                                    

   Glasgow universiti yang terletak di Scotland, UK itu sememangnya di antara yang terunggul prestij dan juga pencapaiannya. Kebanyakan pelajar-pelajarnya daripada serata UK sendiri, dan hanya sebilangan saja dari luar negara. Dengan imejnya yang setaraf dengan reka bentuk dan suasana universiti itu sendiri, seandainya anda pernah melihat foto nya.. tidak lain tidak bukan sama seperti Hogwarts sekolah magik dalam cerita Harry Potter.

   Semuanya bermula di sini, universiti kebangaan semua pelajar yang di terima masuk di sekolah ternama ini.
"Denny, kau gagal lagi dalam subjek Mr. Golfin?" Alan bertanya pada sahabat baiknya itu.
"Aku sudah tidak mampu membayar yuran kelasnya, entahlah kenapa aku berada di universiti ini, biasiswa yang ku pohon juga sepertinya tidak mencukupi dengan semua perbelanjaan yang harus ku tanggung selama di sini." Denny masih belum dapat membuat keputusan di antara ingin meninggalkan sekolahnya yang sudah pun separuh jalan itu, atau meneruskan saja sehinggalah dia dapat menghabiskan pelajarannya.
"Ala kau ni, follow your dream. Kalau ini bukan impian kau kenapa mesti kau membuang waktu lagi?" Prakash yang berasal dari India itu kembali mengingatkan Denny akan keinginan dan cita-citannya selama ini. Mereka bertiga duduk di Burgen's bar yang tidak jauh dari kawasan universiti itu. Masing-masing memesan segelas bir dan juga kacang kering yang bersalut coklat.

   Denny yang ibunya berasal daripada Brazil dan ayahnya orang tempatan di situ mempunyai bakat bermain bola sepak sejak kecil lagi, sesuai dengan darah yang mengalir dalam tubuhnya. Sewaktu dia baru berumur 8 tahun ibunya membawa dia menetap di Brazil selama 5 tahun kerana kesempitan hidup yang di alami mereka, sementara bapanya pula bertungkus-lumus berkerja dan mengirimkan wang untuk dia dan ibunya. Dari situlah dia menanam minat untuk bermain bola sepak.

   Tetapi bapanya enggan membenarkan dia mencapai cita-citanya itu di sebabkan tidak ada suatu pun yang pasti dalam permainan itu, lagi pula sukan yang begitu terkenal hanya memilih orang yang betul-betul layak saja untuk bermain dalam kumpulan mereka, dan di latih sebaik mungkin sebelum memulakan karier dalam bidang tersebut. Menurut bapanya lebih baiklah menjadi kakitangan di syarikat-syarikat awam ataupun swasta, sekurang-kurangnya Denny boleh menikmati hidup tanpa takut akan perkataan gagal. Kerana sering di herdik dan di halang bapanya Denny akhirnya akur dengan pilihan m'asa depan yang terpaksa dilakukannya untuk memuaskan hati orang tuanya.

"Denny, sing us a song." Pinta Alan yang berasal daripada London, seorang pelajar top 5 di dalam kelas engineering' mereka.
"No...not today." Tolak Denny lembut, yang jelas tidak menampkan semangatnya.

Kringgg!!! Bunyi loceng yang di sangkut di atas pintu berbunyi tiap kali pintu itu di tolak dari luar. Tiga orang pelajar wanita Sara, Katie dan Xin masuk menghilangkan dahaga setelah penat memungah barang-barang untuk pameran kelas perubatan mereka. Tiga orang sekawan ini selalu menghabiskan masa di bar itu kerana tuan punya bar iaitu Uncle Tony adalah sepupu 3x kali Sara, selain daripada kaitan keluarga Sara juga bekerja sebagai part time' di bar Uncle Tony.

"Aku selalu nampak budak-budak nerd ni." Kata Denny sambil menunjuk ke arah 3 wanita yang bakal bergelar doktor itu.
"Kau tau..diorang tu dari kelas perubatan. Biasalah kelas-kelas begitu tu mana pandai jaga kecantikan diri, semua pun ulat buku, aku dengar ada yang pelik-pelik makan kertas, mengigit hujung pencil lah, gigit-gigit rambut. Eh, pelik lah." Prakash berbisik di antara mereka.
"Apa kau ingat kau tidak pelik? Asyik kencing malam saja, hey..bilik kita tu berbau semacam sudah tau. 10x pun kau tukar tilam tu tapi kalau kau tidak berhenti-henti juga kencing malam..bau tu tetap sama bro." Denny membalas Prakash.
"Eh..kau ni, janganlah cakap kuat-kuat. Kau taulah aku ni cepat nervous kalau dengar bunyi petir."
"Iyalah tu.. di luar tidak hujan, kau pula yang hujan di dalam bilik. Buat malu betul."
"Diamlah!" Herdik Prakash menahan malu.

"Eh.. nak ke mana tu?" Alan bertanya kepada Denny yang sudah pun bangun menuju ke pentas kecil yang tersedia di situ. Memandangkan setiap malam ada saja persembahan dari kumpulan-kumpulan yang cita-cita untuk jadi artis terkenal, tapi belum cukup laku di pasaran oleh itu kenalah buat persembahan di bar-bar atau mana-mana restoran yang sudi memanggil. Maklum sajalah, yang berbakat tu bukannya banyak sangat pun, tapi yang perasan mau jadi terkenal cepat tu memang lebih banyak dari cendawan yang tumbuh selepas hujan.

   Tali gitar mula di petik oleh si Denny ni, mula-mula tu sumbang juga kedengaran tiun lari agaknya. Tapi bila dia mulai membuka mulut untuk bernyanyi dapat juga tepukan beberapa orang di situ. Macam mana rupa si Denny? Rambut blonde ombak-ombak, mata biru seperti air laut kadang-kadang bila air laut tu keruh warna hijau-hijau lumut coklat-coklat lagi kena pasir nah begitulah perubahan warna mata Denny Kellwood. Dengan ketinggian 189cm memang layak bahagian pertahanan di padang bola, slim yang berbentuk, otot-ototnya comel-comel belaka kadang timbul kadang tenggelam kerana senaman yang tidak konsisten.

   Beberapa minit sudah dia bernyanyi tiada pun orang yang peduli sangat, dua orang rakannya pun sama buat cerita sendiri. Denny usahakan juga tenung-tenung meja wanita nerd yang bakal-bakal bergelar doktor itu. Bukan apa, melihatkan mereka selalu berada di situ perasaan ingin mengenali mereka sekurang-kurangnya kalau berselisih di tengah jalan boleh juga senyum-senyum.

"Eh, sorry, i dont mean it." Denny sengaja melanggar kerusi mereka, tapi dia pula yang terjatuh. Apalah si Denny ni mau mengurat pun tidak pandai.
"Are you ok?" Tanya Katie yang terus berdiri melihat Denny yang masih berpura-pura di lantai.
"Ahhh..im ok, im ok." Dia mengosok-gosok betisnya sedangkan kepala lututnya yang terhantuk dan terjatuh mula-mula sekali.
"You want me to see you leg?" Tanya Katie, yang satu ni pun perasaan sudah doktor. Belum pun tahu lulus atau tidak peperiksaan akhir nanti.
"Its ok, im ok. By the way, saya Kellwood. Denny Kellwood." Denny menghulurkan tangannya.
"Saya, Volt..Katie Volt, this is Sara and Xin."
"Oh..nice..are you chinese?" Senyum dengan sopan Denny bertanya.
"Do i look like chinese? Just because my name like chinese? Im Korean your..big head." Marah Xin.
"Oh..sorry, well..all asian looks alike." Jelas Denny,
"Dont worry about her..she likes to jokes." Terang Katie.

   Mereka bertukar senyuman yang perlahan-lahan turun ke hati, ada satu geseran yang berlaku pada hati mereka, sekurang-kurangnya itulah detik perkenalan pertama yang memberikan mereka alasan untuk senyum pada satu sama lain di masa akan datang.

"Denny, kau ponteng lagi kelas pagi tadi. Apa nak jadilah dengan kau ni." Alan mengangkat talam makanan itu duduk berhadapan dengan Denny di kafeteria univerisiti mereka.
"Aku betul-betul tidak boleh angkat subjek tu. Kepalaku langsung tidak boleh berfikir dengan baik." Denny mencedok pure kentangnya.
"Jadi kau mau buat apa? Kalau kau tarik diri sekarang kau mau buat apa? Bagaimana kau mau bayar biasiswa yang kau dapat?" Pertanyaan itu yang menrungsingkan Denny sebenarnya, bukan tidak di fikirkannya tetapi dia sendiri belum begitu jelas dengan perancangannya.
"Dia datang.. arah jam 9." Alan berbisik dengan mulutnya terkumat-kamit,
"Apa kau cakap ni?" Denny melihat ke jam tangan Baby-G nya.
"Apa hal lah paluinya kau ni, patut matematik senang pun kau tidak boleh angkat."
"Hai Denny," Salma budak latin yang mempunyai mata yang cantik, rambut yang berkilat hitamnya pelajar psikologi di universiti itu.
"Eh hi.." Denny menelan satu sudu bulat-bulat pure kentangnya, dia langsung tidak menyangka akan berjumpa dengan gadis yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dulu, tetapi dia nekad tidak mahu menjadi koleksi lelaki yang di miliki atas dasar kawan oleh Salma. Lagipula Salma hanya mahukan lelaki yang hebat, bergaya, kaya dan mempunyai harta. Setakat dia yang hanya anak pemandu limosin, kalau di tegur Salma pun sudah cukup baginya.
"You look handsome today. So, i heard..kau nak join kelab bole sepak?"
"Hmm..yes."
"Are you sure you can play well with our beasts?" Tanya Salma separuh mengejek. Pasukan bola sepak di universiti itu adalah yang terhebat di antara semua universiti di UK. Tetapi tidaklah pernah menjuarai liga premier lagi.
"Dont you know he really good with that game." Alan membuka mulut, tetapi..
"Auchhhh..you beladipul." Jeritnya apabila kakinya di pijak dengan sengaja oleh Denny di bawah meja.
"Just..fikir dua kali dulu ya sebelum kau betul-betul yakin. Nanti malu sendiri pula." Salma mengenyitkan matanya dan beredar. Apa yang di khuatiri Salma seandainya Denny mengikuti pasukan bola sepak mereka? Sebab Salma ialah ketua pom-pom girl bagi pasukan itu, dia tidak mahu pasukan itu kalah dan dia akan malu untuk bersorak bagi mereka.


Jersey No.18Where stories live. Discover now