Part 9

41 2 0
                                    

   Katie tidak langsung mengendahkan desas-desus mengenai dirinya itu. Kerana dia yakin, dia lebih mengenali Denny dalam beberapa bulan ini. Banyak dia lalui bersama Denny hingga dia terlibat dalam arena bola sepak yang menjadi impiannya. Kalau betul hal dirinya menganggu Denny tentu saja dari awal lagi Denny sudah pun cabut lari, atau memberitahu dia akan perkara yang tidak di senanginya. Tapi Denny bukanlah begitu orangnya, apabila kamu sudah mengenalinya dengan lebih dekat pasti mereka terkejut bagaimanakah orangnya Denny ini.

"Gollllllllllllllllllllll!!!" Beberapa orang menjerit serentak. Ada yang melompat-lompat kegirangan. Buat seketika stadium kecil itu kecoh dengan jeritan dan laungan orang ramai, apa tidaknya Denny sudah pun menyamakan kedudukan 1-1. Ya, kali ini Denny sendiri yang menghantar masuk bola itu ke jaring lawan. Katie.. Sudah tentunya senyum lebar dan menepuk tangannya sekuat yang mungkin. Dari kejauhan dia bersorak untuk buah hatinya itu, dia bangga kerana memiliki hati Denny. Biarlah sesiapa pun yang mengumpat atau bercakap buruk mengenainya, yang penting dia tahu apa yang Denny inginkan, yang mereka berdua bahagia dengan kedudukan hubungan mereka sekarang ini.

   Kelihatan dari jauh Denny di serbu oleh rakan-rakannya yang turut gembira dengan jaringan di buat Denny. Untuk seketika Denny menikmati keterujaannya dari stadium yang bergema tidak henti-henti menyorak namanya dan juga nama kelabnya.

   Apabila wisel tamat permainan di tiup semua orang bertepuk tidak henti-henti, sememangnya satu perlawanan yang hebat di antara dua-dua pihak. Katie gembira kerana membuat keputusan yang betul untuk datang melihat perlawanan Denny kali ini. Dari atas stadium dia dapat melihat Denny bersembang-sembang dengan pihak lawan begitu mesra sekali. Tanpa di duga Salma yang berskirt pendek itu berlari ke arah Denny, dan melompat memeluk dia. Denny juga menyambut dia dengan serta-merta dalam pelukannya. Salma terus saja mencium dia untuk beberapa minit di saksikan semua orang di situ.

   Bagaikan kilat meyambar hati Katie menyaksikan adegan itu, dia mengigit ibu jarinya geram, sakit hati, marah dan kecewa. Bukan apa yang di lakukan Salma yang menyakitkan hatinya, tetapi melihat Denny juga turut melayan si perempuan seksi dan cantik itu.

"Awwwww... romantiknya."
"Kan aku dah cakap, mustahil lah si Denny tu mau dengan perempuan nerd tu. Tengok tu..tengok.. macam mana dia memeggang kuat punggung si Salma. Kalaulah boyfriend aku macam si Denny tu kan bagus, sudahlan tinggi, tegap lagi tu. Macho nya.. complete pakejnya."
"Eh, bukan si Salma dengan McQuinn kah? Aku ingat di antara mereka sudah official, aku selalu nampak Salma keluar dari bilik McQuinn dengan baju dan jaket dia."
"Aiii..perempuan cantik kan..untunglah dia semua batang' di rasanya."
"Ngamlah juga mereka bersama, kan mereka duluan bercinta sebelum McQuinn masuk kelab ni. Aku sokong mereka berdua, sama cantik sama padan. Wewittttttt."
"Lagipun semua pemain bola sepak perempuan di sisi mereka semuanya cantik-cantik, tidak ada satu pun yang buruk tau."

   Sekali lagi hati Katie remuk redam mendengar dua orang bermulut besar itu, mahu saja di layangkan kakinya ke muka mereka. Tapi, bagus-bagus mereka tidak mengenali dia kalau dia buat hal tentu saja percuma-cuma dia membuat publisiti wajah dan identitinya sebenar.

   Tanpa ingin melihat lagi adegan lanjut pasangan romantik di tengah-tengah padang itu, dia mengambil keputusan untuk pergi saja dari situ. Apa lagi yang perlu di buatnya memang betul kata dua mulut asing yang duduk bersebelahan dengannya tadi. Kini, Denny sudah pun dalam era kegemilangannya, mestilah dia inginkan seseorang yang cantik dan terkenal juga di sisinya. Bukan kah itu adat dunia, yang cantik sama cantik, yang pandai sama pandai, yang jelek macam aku ni juga yang tidak laku.

   Terlalu awal aku menyerahkan hati ini pada Denny, hampir aku lupa apa tujuan sebenar aku berusaha siang malam selama 5 tahun di sini. Hanya tinggal tahun ini saja aku sudah pun keluar ke alam yang lebih realistik menunggu aku. Hidup sebenar ku bermula. Kenapa harus aku leka pada layanan yang di berikan Denny selama ini. Betul apa yang kawan-kawan aku katakan, Denny menggunakan aku untuk cemburukan Salma saja. Dan aku pula menyerahkan diriku kepada dia depan-depan untuk di perlakukan semahu-mahunya. Kali ini bukan saja hati ku yang bodoh, tapi kepalaku juga ikut bodoh sama.

Jersey No.18Where stories live. Discover now