Part 28

33 2 4
                                    

"Denny.."
"Hrrrrm... you.." Aku takut tersilap pandang, aku memang kenal benar  wajahnya walaupun sebenarnya begitu banyak perubahan.
"Oh..please.. don't act like you don't know me." Dia menghampiri aku.
"Sal..ma?" Sebut ku dengan was-was.
"Yes, it's me." Senyumnya, dan menarik tanganku jauh dari orang ramai yang memerhati kami berdua di situ.
"How are you? Sudah lama aku tidak mendengar berita mengenai kau? Errrm.. apa kau buat di sini?" Soalan bertubi-tubi ku lemparkan pada dia bersama pandangan hairan, kagum dan terpesona. Kecantikannya masih seperti dulu, walaupun solekan yang di kenakan itu agak keterlampauan. Tubuh badannya masih cantik, montok dan seksi, baju blouse yang di perbuat dari kain satin di ulam benang sutera di tepi-tepinya memperlihatkan lagi susuk tubuhnya yang menghiurkan. Apa lagi warna kulit yang perang itu sangat sesuai mengayakan apa jua jenis warna pakaiannya.

"Aku ada show di sini. Aku dengar kau bermain dalam kelab ini, sebab itu aku datang saksikan sendiri game ini. Tidak sangka kau masih sehebat dulu." Gula-gula getah di mulutnya itu mengelirukan pandangan mataku taatkala memerhatikan bentuk bibir yang di lukis merah jambu pada garisannya.
"Oh ya, aku pernah melihat kau beberapa kali pada majalah. Tapi aku tidak tahu kau berada di mana sebenarnya. Jadi kau sudah kahwin?" Entah dari mana datang soalan itu, dan kemana hala tujunya aku sendiri tidak tahu.
"Belumlah, orang popular macam aku ni mana boleh kahwin awal. Nanti peminat-peminat aku terutamanya lelaki lari pula. Tengok tadi tu.. kau dengar yang bersorak-sorak depan tu bila aku panggil kau? Tengok berapa orang yang ambil gambar aku, panggil-panggil aku minta otograp lah.. mau bergambarlah. Ehh.. rimas aku. Sudahlah berhimpit-himpit, bau peluh lagi tu, bau ketiak eh. Eeeee.. malas aku." Dia mengipas dirinya dengan kertas putih di tangan.
"Eheh.. kau masih tidak berubah. Sama seperti dulu."
"Kau juga masih kacak sama seperti dulu. Eh, ayuh pergi makan. Kau kena belanja aku makan tau malam ni. Amacam?" Dia membetulkan contact lens pada anak matanya, yang aku rasakan dia tidak perlu memakai contact lens berwarna biru itu, kerana warna mata coklatnya itu sudah cukup cantik pada pandangan mataku.
"Errr.. aku tidak boleh janji, aku kena minta kebenaran dengan coach dan pengurus lagi. Kau taulah jadual kami ketat. Esok pula ada latihan sebelum game minggu hadapan." Walaupun aku anggap itu cuma alasan tapi memang benar itulah peraturan yang sudah di tetapkan untuk pemain kontrak seperti aku. Diriku bukan lagi milik aku, kebebasan hidup dan sosial juga bukanlah aku yang putuskan lagi.
"Ok, ini nombor aku. Kau call aku tau kalau dapat datang. Aku banyak sangat nak berbual dengan kau ni. Mana lah tau di antara kita masih ada sisa-sisa cinta. ahahahaha..." Dia ketawa besar sambil-sambil jari telunjuknya menyentuh dadaku dengan membuat satu garisan lurus dari atas ke bawah.
"Aku cuba," jawabku ikhlas dan mengambil kad namanya itu, aku terus mengosok-gosok dadaku serta-merta setelah dia bangkit dan pergi meninggalkan aku sendirian, sentuhannya masih mengungkit kenangan lama yang begitu menyakitkan.

"Kau kenal dia?" Tanya jurulatih ku Bob.
"Iya.. kawan se-universiti ku dulu." Jelasku sambil memasukan kasut bola yang ku gunakan untuk bermain tadi. Tapaknya kotor, terdapat rumput-rumput kecil masih melekat di situ.
"Kenapa kau tidak ajak dia keluar?" Bob masih berdiri di sebelahku.
"Dia yang ajak aku keluar malam ni. Tapi aku penatlah. Aku mau pulang hotel dan tidur sepuas-puasnya."
"Kau gila?! Kau mau lepaskan peluang keemasan ini? Kau taukan dia model majalah lelaki, dan juga sabun pencuci piring yang terkenal tu. Takan kau tidak nampak dia di tv."
"Jadi?"
"Inilah peluang kau untuk bersinar, promosi diri kau sekali. Kenapa kau tidak cuba rapat dengan dia, biar wartawan kejar kamu berdua, dan buat gosip di dalam surat akhbar dan majalah. Haaa... nama kau pasti akan naik cepat. Harga kau akan naik berkali-kali ganda. Percayalah, kita akan terima banyak tawaran dari kelab-kelab lain nanti." Semangat sekali jurulatih ku bercerita, seakan-akan aku boleh melihat bayangan angan-angan itu di atas kepalanya.
"Aku tidak mencari semua itu. Aku cuma mahu bermain dengan baik dan mencapai objektif aku. Lagipun aku sudah mempunyai kekasih hatiku." Beg itu ku sandang pada bahu, tetapi di letakan semula di atas bangku oleh coach ku.
"Kellwood.. Kau mesti bijak berfikir. Apa pun objektif kau.. kau perlukan sesuatu sebagai batu loncatan. Jadi seperti katak.. semakin tinggi kau melompat.. semakin jauh tempat yang kau boleh pergi. Buat apa kau jujur sangat? Kau bukannya muda lagi, kau perlukan sesuatu untuk membantu kau berada di tangga atas dengan cepat. Kau sudah cukup semuanya, tapi kau belum boleh bersinar dan mencuri tumpuan ramai sebab.. kau masih baru. So.. kau dengar nasihat aku ini.."
"Kau tidak tahu apa yang dia lakukan pada aku sebelum ini. Dia bukanlah seperti yang kau fikirkan." Aku sengaja mengingati perkara itu sebagai pesanan buat diriku sendiri.
"Denny boy, perempuan seperti dia tidak ada yang lurus bendul dan baik seperti yang orang sangkakan. Kalau dia baik.. dia tidak akan berada di tempatnya sekarang ini. Aku bukan suruh kau jatuh cinta dengan dia, tapi aku cuma mahu kau mencuri spotlight yang sudah sedia ada padanya. Just.. kasi iklan diri kau. Bukannya buat apa pun, pergi keluar makan sekali dua, keluar sarapan, tengok wayang atau membeli-belah bersama dia. Sesekali kau peggang tangannya, atau bukakan pintu kereta untuk dia masuk. Itu saja. Kasih peluang orang-orang tabloid menangkap gambar kamu berdua, supaya mereka membuat cerita dalam akhbar, majalah dan juga tv nanti."
"Nanti semua orang akan tahu kami.."
"Memang itulah tujuannya, kasi tahu semua orang supaya mereka curious, dan ingin tahu lebih lanjut pasal kau, dan mereka akan cari kelab kau bermain dan mencari semua perkara pasal kau. Barulah nama kau boleh naik dalm arena ini. Kau faham?"
"Bagaimana kalau Katie tahu..dan.."
"Siapa girlfriend kau? Aku akan bagitahu dan jelaskan padannya nanti, kau bagitahulah dia dulu yang semua ini cuma komplot saja untuk kebaikan kedua-dua pihak."

   Perasaan tersepit di tengah-tengah membuatkan aku lebih gelisah untuk mengambil keputusan, apatah lagi melibatkan orang yang pernah menghancurkan aku. Kalau Katie tahu akan semua ini tentu saja dia tidak ingin melihat aku lagi. Aku tidak mahu merosakan segala-galanya antara aku dengan Katie, tapi apa yang di katakan oleh coach ku itu ada betulnya. Mungkinkah Katie akan faham keterdesakan ku sekarang ini, walaupun kami belum ada apa-apa yang rasmi, dan dia juga mempunyai orang lain selain aku. Patutkah aku mendapatkan bantuan Salma untuk naik lebih cepat dalam bidang yang aku ceburi ini?

"Hello, ok.. kita jumpa malam ini di tempat yang kau katakan itu." Demikian jawapanku pada perbualan telefon ku dengan Salma. Selepas itu aku mendail nombor Katie dan masih tidak ada jawapan juga, oleh itu aku meninggalkan pesanan suara mengatakan aku terjumpa dengan kawan universiti kita, dan akan keluar makan malam bersamanya. Aku juga memberitahunya yang aku sering teringatkan dia, dan berharap untuk mendengar suaranya. Biar saja dia tahu temujanji aku dengan Salma ini tidak ada maksud lain selain daripada perjumpaan dua sahabat lama.

   Pada mulanya aku ingatkan Salma membawa aku hanya untuk makan malam, tapi dia membawa aku lagi ke kelab malam private untuk di kenalkan kepada producer filem, jurufoto profesional, pengarah majalah terkenal, penulis dan penyunting, beberapa model dari negara lain, seorang pemain tenis dan seorang peguam dari syarikat terkenal kalau tidak silap aku. Sebahagian dari mereka sering ku lihat dari kaca tv ku, dan tentu saja aku begitu kagum berjumpa sendiri dengan mereka di hadapan mataku. Kalau bukan Salma tentu saja aku tidak berpeluang untuk berjabat tangan dengan orang-orang terkenal begini. Selepas mendapat kebenaran dari jurulatih ku untuk ponteng latihan pada hari esok, dengan izinnya aku membenarkan diriku minum beberapa gelas alkohol. Sudah sekian lama aku tidak menyentuh benda merbahaya itu, tapi kali ini aku bersama dengan orang-orang yang sudah pun famous seluruh dunia, dan untuk menghormati mereka aku turut sama menghabiskan minuman dalam gelasku serentak dengan semua orang di dalam bilik itu. Pada masa yang sama jari-jemari Salma sudah naik pada pahaku, dan perlahan-lahan menjalar naik ke dadaku. Dua butang baju pertama dari atas sudah pun di tanggalkannya. Kepalaku pening, pandangan ku kabur, betul-betul mabuk aku rasakan diriku.

   Bila rasa-rasa mahu muntah, aku nekad betul untuk pulang ke hotel. Salma memapah aku untuk masuk ke dalam teksi yang di tahannya. Kepalaku berat dan berdenyut-denyut, aku menanggalkan lagi dua butang seterusnya pada kemeja ku, panas ku rasakan. Baru saja beberapa gelas kepala ku begitu naik sakit, mungkin sebab daya ketahanan dan toleransi alkohol dalam badanku sudah mulai berkurangan kerana sudah lama tidak menyentuh benda haram itu untuk pemain bola seperti aku. Jalan ku juga sudah tidak lurus, lebih teruk daripada ular di kejar kapak, terhuyung-hayang aku berjalan entah ke mana harus ku tuju. Keluar saja dari teksi mata ku silau dengan cahaya yang seperti kilat memanah. Ciak...ciakkk..ciakkk.. bunyi-bunyi yang sudah tidak asing pada cuping telingaku. Perlahan aku membuka mata dan melihat beberapa orang dengan foto kamera di tangan mereka dan menangkap gambar kami berdua berjalan masuk ke dalam hotel yang memangnya bukan hotel ku.

"Tepi.. tepi.. tolong bagi laluan." Marah Salma pada orang-orang yang berkeruman di sekitar kami. Aku juga cuba ikut menepis mereka menggunakan tanganku. Sekuriti hotel yang melihat keadaan itu cepat-cepat membantu kami masuk ke dalam bangunan hotel itu dengan segera. Sampai saja di dalam bilik, Salma menolak aku pada dinding, dan mencium aku semahu-mahunya. Aku yang merasa pening, dan mahu-mahu muntah ku cuba menolak dia, tapi dia kasar menanggalkan lebihan butang baju ku.
"Noo..no. I need to go back to my hotel. Please, call Bob.. please." Rayuku,
"Ohh baby, you're safe with me. I let you sleep with me tonight."
"No.. please no.. i can't. She will never for..give.."
"She? Who? I didn't know you have a girlfriend."
"Please.. call someone. My head hurt so badly, ohhh.. it hurt me."
"No worries baby, it only temporary, trust me.. sleep now."

Dengan rakus dia menarik aku ke atas katil, dan menolak aku rebah. Sudahlah kepalaku bagaikan mahu pecah, kena-kena lagi di tolak begitu rasa-rasa tercabut saja tidak dari leher ini. Sempat aku membuka mata mencuri pandang kelakuannya yang sedang menanggalkan kasut ku satu demi satu, kemudian stokin ku dan... pandangan ku gelap, hanya bintang-bintang kecil kelihatan dalam kegelapan itu dan senyuman dia yang aku rindui, aku cuba mengapai wajahnya di hadapanku dengan mata yang tertutup, aku tahu itu cuma igauanku, tapi sakit kepala ini tidak mampu ku lawan lagi.



Jersey No.18Where stories live. Discover now