Part 12

46 2 0
                                    

Katie

"No..noo..no."
"Betulkah Katie?" Tanya Xin meminta kepastian.
"I have to go."
"Katie.. Katttt.. Katie Volt where are you going?" Sara menjerit memecahkan kesunyian di taman lepak penuntut universiti itu.
Dia berlari sekuat yang dia mampu untuk menyeberangi taman botani itu ke fakulti engineering, semua pasu-pasu bunga di lompatnya setinggi yang mungkin. Hatinya turut berlari laju, matanya sudah tidak melihat pada arah jalan di hadapannya tetapi pada bangunan yang terserlah indah pada pandangan mata sesiapa pun, bangunan antik seperti hogwarts' itu adalah tempat tujuannya kali ini.

"Prakash, Prakash!" Dia memanggil teman sebilik Denny.
"Hi! Katie. What's up?" Prakash berhenti apabila melihat Katie tercungap-cungap memegang perutnya mengambil nafas,
"I...I.. I heard the news." Dia berusaha bersungguh-sungguh mengejar nafasnya yang agak semput.
"Oh, i see."
"Tell me it's not true."
"Unfortunately, it is."
"How.. how this.., i just don't understand."
"Well.."
"Salma.. is it?!" Dia meneka.
"Yes. But look, dia sudah membawa barang-barangnya keluar kemarin, tanpa sepatah perkataan pun. Nampaknya benda ini sangat serius bila dia keluar tanpa membuka mulut."
"Jadi, kamu tidak pergi mencari dia?"
"For what? Eheh..to comfort him? Kami lelaki tidak seperti perempuan. Berikan dia masa. Aku ingat hubungan kamu.. errrr.. I don't know why and when..he end up with Salma."
"He's not. Trust me.. he..is not."
"What? Oh..hey, where are you going? At least tell me about it.., Katie Voltttt!" Giliran prakash menjerit ke arah Katie yang sudah pun terlebih dahulu membuka langkahnya meninggalkan dia di situ dengan tanda tanya. Kali ini lariannya ke orang itu.. yang tidak lain tidak bukan.

   Mula-mula di bahagian cafe universiti itu, kerana di situlah untuk pelajar-pelajar yang duduk makan dan jual beli gosip hiburan masa kini. Kemudian ke stadium, tempat kumpulan perasan diva.. ini selalu berlatih, hampir separuh masa mereka di habiskan di sana dengan alasan untuk berlatih tetapi dengan rokok, makanan ringan dan juga muzik hip-hop turut termasuk dalam latihan mereka kalau-kalau tidak ada mata yang melihat. Ahh.. di bilik air perempuan juga kalau boleh di tampal dengan nama mereka, yang menjadikan tandas itu sebagai hak milik kumpulan mereka saja. Untuk menjadi seorang diva haruslah bedak di muka tidak kurang seinci pun, celak mata yang sehitam burung gagak, dengan gloss di bibir bagaikan telaga air yang jernih.
Akhirnya..

"What did you do?" Tanyaku yang sudah bersedia untuk menarik rambut si jembalang satu ini.
"Hey Betty, what's up?" Salma yang sedang mengikat tinggi rambutnya dan menarik naik ke atas lagi mini gaun yang di pakainya itu.
"Kenapa kau buat begitu pada Denny?"
"Oh..my..my..my, who are you..again?" Salma terus memandang dia dengan satu tangan di sisi pinggang, satu lagi bermain dengan hujung rambutnya.
"Kau keterlaluan, kalau pun kau mau kenakan dia kenapa sehingga melibatkan masa depan dia?"
"Ugly Betty. Yes, you are ugly Betty, and i'm Pretty Salma. Kau siapa untuk mempersoalkan apa yang aku buat dengan dia ha? Kau sakit hati? Kau ikutlah jejak langkah dia. Hahahah.."
"Tarik balik tuduhan kau tu. Semua orang tahu ianya tidak benar. Kau merosakan hidup orang yang tidak bersalah."
"Kalau dia rasa tidak bersalah, dia boleh cari peguam untuk membela dia. Kenapa perlu kau yang datang depan mata aku untuk bertanyakan hal ini. Eh... lain cerita, kau ni mandi ke tidak pagi tadi?" Salma menutup hidungnya. Mungkin peluh pada badannya akibat larian beratus-ratus meter tadi.
"Aku mahu kau tarik balik tuduhan kau tu?"
"Hahahah.. kalau aku tak mau, kau mau buat apa? Repot bapa aku? pergilah." Betul lah perempuan cantik memang berhati batu. Salma keluar dari tandas itu dengan gengnya pak sanggup semua yang asyik membontot saja ke mana dia pergi.

'I'm sorry Denny.' Hanya itu yang mampu ku katakan di dalam hati.

   Sudah bermacam-macam cara ku cuba untuk membantu Denny, bukan saja berjumpa dengan dekan universiti ini yang juga kawan baik bapaku, tetapi juga beberapa pensyarah yang lain untuk meminta mereka turut sama membuka kes Denny. Tapi setakat satu dua pensyarah yang tidak berapa terkemuka, dan bukanlah pensyarah pilihan' di universiti ini adalah mustahil suara mereka di dengar. Aku turut meminta abangku bertanyakan pada peguamnya, tetapi adalah lebih baik tidak membazir waktu dengan kes seperti ini kerana ianya hanya akan membuang masa, duit dan juga sedikit-sebanyak mempengaruhi hidup pelajar-pelajar yang berkaitan. Memang benar, Denny bukanlah muda lagi untuk berjuang memenangi kes tersebut. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk melupakannya begitu saja, sedangkan Denny juga tidak mengangkat telefonnya tiap kali ku hubungi. Mungkin dia marah padaku kerana membuatkan Salma malu di hadapan ramai hari itu. Kalaulah aku butakan mata ini dan mengunci mulutku supaya tidak berkata apa-apa, walaupun hatiku terbakar melihat rantai yang ku hadiahkan pada Denny di leher perempuan itu. Tentunya tidak berlaku semua ini. Salma tidak akan mengamuk tidak tentu pasal dan mahu membalas dendam. Denny juga tidak akan menerima nasib malang ini. Semuanya berpunca dari aku. Tiada siapa yang tahu.. semuanya berpunca dari aku!

   Sudah hampir dua bulan aku kerap menghubungi Denny dan menghantar sms pada nombornya, tetapi tidak mendapat balasan pun. Agaknya kemarahan dia pada ku masih belum berkurangan. Sementara di hospital ini sudah menjadi rumah kedua bagiku. Tidur makan mandi, semuanya di hospital ini. Bukanlah kerja yang boleh di ambil ringan bila aku di tugaskan di unit terapi kanak-kanak, apa lagi pada bayi-bayi yang sakit kronik, yang baru lahir dengan masalah mereka sendiri dan sebagainya. Setiap masa aku perlu memantau degupan jantung mereka dalam keadaan stabil, mengikut bacaan yang sesuai untuk keadaan mereka yang menjadi penyebab mereka berada di sini. Menjaga waktu menyuntik ubat, menukar lampin pakai buang, dan kadang kala menenangkan mereka apabila menangis, lepas satu.. jangkit yang satu, dan kejutkan lagi yang satu, dan yg satu lagi takut dan kebisingan. Akhirnya aku yang terkapai-kapai sendirian di tengah-tengah 20 lebih bayi dengan tangisan yang sambung-menyambung itu.

   Dua keping sandwich telur di hadapan ku, sebiji epal dan sekotak susu kocak sedikit pun tidak mengundang selera ku. 22 jam sudah berlalu, hanya kurang lebih 4 jam saja tadi aku mencuri-curi tidur di bilik stor ubat. Kerja yang di pandang mulia ini memerlukan aku merosakan seluruh hidup dan tubuh badanku untuk mendapat sanjungan orang. Ini belum lagi masuk ke bilik bedah, sudah aku rasa begitu berat, gila dan stres yang berpanjangan. Mujur belum pernah aku dengar doktor pelatih membunuh dirinya kerana tekanan, dan aku tidak berhajat untuk memecahkan rekod bersih itu.

   Ku mencapai telefon bimbitku dan mencari nama Denny, untuk ke sekian kalinya aku mendail lagi nama dia yang di simpan dalam memori telefonku. Deringan demi deringan, adalah juga sampai ke 5 kali ku tunggu sebelum masuk ke dalam peti suaranya.
'Huuuuuu, what are you doing Denny.' Ucapku sendirian. Aku mencuba lagi, walaupun hatiku sudah tidak berharap sangat. Dengan deringan ke-4...

"......"
TIdak ku dengar setiausaha yang di lantik Denny untuk mengambil ke semua pesanan suaranya. Pelik, tapi bunyi deringan juga sudah tidak ada, cepat-cepat aku melihat skrin telefonku. Benar! Panggilanku di jawab.
"Denny.."
"Hello.."
"Denny are you there.."
Hairan, masih tidak ada yang menjawab. Aku tidak mendengar apa-apa pun, bunyi latar juga tidak ada.
"Denny.. it's me.. Katie." Ku tahu dia kenal nombor ku, pun begitu aku cuba juga manalah tahu orang lain pula yang menyambut. Tapi kalau pun orang lain yang menjawab panggilan itu, kenapa tidak ada suara sesiapa pun, dan tidak juga di matikan. Ku tunggu... seperti yang di hujung sana juga menunggu..

"Denny.."
Barulah aku mendengar bunyi nafas seseorang yang tidak berapa jelas sebenarnya, tapi aku pasti ada orang yang sedang menunggu di dalam talian itu. Ertinya.. Denny menjawab panggilanku tapi masih tidak mahu bercakap denganku, sebab itu dia berdiam saja dan.. dan.. menanti apa yang ingin aku katakan.

"Denny.."
"Huuuu.. how are you? Where are you?" Lembut suaraku.
"Aku minta maaf atas segalanya.. ermmm.. arhhhhh.. well.., you know, hmmm.." Aku rasa itu bukanlah perkara yang sesuai untuk aku katakan padanya, pada saat ini. Mungkin selepas ini aku tidak akan mendapat peluang sebegini lagi.

"Baiklah. Hey, aku dengar kau tidak buat apa-apa sekarang. Ehe..kau menangis air mata darah pun semuanya tidak akan berubah juga. Kau mengharapkan tuhan melakukan magiknya untuk melepaskan kau dari keadaan ini? Kau jangan mimpilah. Daripada kau membuang masa begitu kenapa tidak kau ikhtiarkan untuk melakukan sesuatu?"
"Apa? Tiada siapa mahukan kau lagi? Memanglah tiada siapa yang mahu kan orang malas, yang tidak buat apa-apa dan asyik mengasingkan diri."
"Oh.. kau ingat diri kau saja yang malang? Ada orang lain yang 50 kali lagi lebih malang dari kau. Kau cuma malang 22% peratus saja sebelum ni, tapi kau sendiri yang buat diri kau malang sebanyak 85%. You know i'm good with maths. Your life now.. aku boleh kira dengan simple maths."

"Apa yang kau boleh buat lagi? Senang saja, kenapa kau tidak tanya pada diri kau betul-betul apa yang ingin kau lakukan sebelum ini. Kemudian cari jalan bagaimana untuk bermula, walaupun jalan itu susah. Kalau kau tidak cuba kau mana tahu?"
"Hahahah.. kau tidak percaya apa yang aku cakap lah ni? Jadi kau percayalah pada orang yang buat kau begini? Kau biar semua orang percaya yang kau betul-betul melakukannya? Kau tidak percaya pada aku, tapi kau percaya apa yang Salma tuduh kau?"
"Kau peduli apa.. apa orang lain anggap kau. Kau tidak perlu buktikan pada mereka. Tapi diri kau sendiri, buktikan pada diri kau.. yang kau tidak selemah ini dengan hanya sekecil kesilapan."

"Denny, kau pilih.. now or never."
"Bye." Teragak-agak aku untuk menamatkan panggilan itu, banyak lagi yang ingin aku katakan sebenarnya. Tapi nanti bosan pula dia mendengar, sudahlah aku bercakap sendirian saja macam orang bodoh, dia sedikit pun tidak bersuara dan tidak juga mematikannya. Entahlah, apa khabar dirinya di sana.

  

Jersey No.18Where stories live. Discover now