Part 35

22 1 0
                                    

Denny

"Denny Boy.. this is your chance. Show us what you got. Here..we go boy." Coach Bob memeggang kedua-dua bahuku dan menyentuh dahiku dengan dahinya. Aku cuma menggangguk-angguk saja.
"Ohhh.. 18 is here. Did someone get his urine sample?"
"Ahaahah.." Semua sekali gelak dengan ejekan si botak dari pasukan lawan.
"Hey..you know, my aunt was a model before. I'm sure she will not leave you alone at the police station."
"Hahahahaah.."
Baru saja aku menoleh ke belakang, William terlebih dahulu memicit bahuku.
"E...asy..boy. Stay focus, we need you now." Pesannya padaku. Waktu itulah kami di panggil keluar mengikut barisan masing-masing. Kami berjalan ke hadapan para penonton yang hadir di stadium itu bersiap-sedia untuk menyanyikan lagu kebangsaan. Pandang punya pandang aku hampir melonjak kegirangan apabila melihat Katie duduk di baris tengah tidak jauh dari kotak kawasan VIP. Tidak ku sangka dia datang game pertama aku ini, ya.. seorang diri. Mataku tidak habis-habis memandang tepat ke arahnya, aku tidak pasti kalau dia sedar aku tahu dia ada di sini atau tidak.

'Inilah masaku, aku tidak akan mengecewakan mu lagi. Inilah waktunya.. aku bersikap jujur untuk kita berdua. Inilah aku..yang sebenarnya. Katie, i love you.' - Hatiku.

   Dengan kaki kanan aku melangkah masuk ke kawasan tempat pertahananku, dan memulakan langkahku sebaik saja wisel di tiup nyaring menandakan masa pertama bermula.


Katie

'Hanya kali ini aku melihat mu untuk yang terakhir, aku janji tidak akan menggangu mu lagi. Mungkin adalah lebih baik kita mengikuti jalan dan seruan masing-masing. Buktikanlah siapa dirimu, kejarlah impianmu, tunjukan siapa kau sebenarnya Denny. Biarlah orang lain melihat kau seperti aku melihat kau selama ini. Kau pasti terbang tinggi di angkasa raya dengan kesungguhan yang kau miliki. Denny Kellwood.. i love you.' - Hatiku.

"Nah.. pop corn kau." Xin datang membawa bertih jaggung yang di belinya di luar tadi.
"Cuba bagitau aku sekali lagi kenapa kita berada di sini?" Dia bertanya dengan mulutnya yang penuh pop corn itu.
"Cheering for Denny."
"Bukan kau cakap kau mahu membuka lembaran baru dan melupakan dia?"
"Inilah lembaran terakhir yang pelu aku tutup, sebelum aku mulakan yang baru."
"Ini cara kamu berdua say good bye? Aku masih tidak faham."
"Kami tidak pernah pun bermula."
"Jadi kau datang ke perlawanan pertama dia untuk kali yang terakhir?"
"Ya, aku mahu lihat sendiri dengan mata kepala aku dia telah pun kembali ke keadaan dia yang asal, barulah hatiku tenang untuk menutup lembaran ini."
"Kau buatlah apa pun yang kau suka, sekejap lagi aku kena masuk kerja ni."
"Kau jangan bagitau Alan aku datang ke sini tau. Aku tidak mahu Denny tahu aku berada di sini."
"Okay." Jawab Xin mahu tidak mahu saja menyetujui permintaan aku itu.

   Permainan masa pertama berakhir dengan 0-0, bosan sebenarnya melihat 20 orang mengejar satu biji bola, apa lagi kalau bola itu hanya berlegar-legar di satu petak saja, yang lain terlebih relax pula kelihatan dari jauh. Untuk mengisi masa yang berlalu aku mengira berapa banyak kali bola itu pergi ke satu-satu pemain, kemudian mendarabkan minit-minit permainan, selepas itu barulah membahagikan jarak persegi keluasan padang itu. Dengan itu aku boleh mengetahui pemain mana yang bekerja keras, pemain mana pula yang asyik meludah di padang itu tapi hanya mendapat bola kurang dari sepuluh kali. Ahaks.. formula baru itu patut aku jualkan saja pada pengurus-pengurus kelab bola sepak supaya mereka tahu bagaimana untuk menolak dan tambah gaji-gaji pemain ini.


Denny

   Kedua-dua kumpulan hari ini agak tertekan pada masa kedua, semuanya tidak mahu berakhir dengan sepakan penalty di akhir perlawanan nanti, pusingan kelayakan ini sangat penting untuk menentukan siapa yang layak untuk masuk ke Europe League tahun hadapan.

"Kellwood, my daughter run more faster than you." Marah Jansen yang bermain di bahagian tengah.
"We need you Denny, We need you." Jerit William pula.
Bukan aku tidak cuba untuk maju di hadapan, tetapi bahagian tengahnya saja sudah menunjukan kecekapan mereka mengawal bola dengan luar biasa. Tapi sebenarnya aku lebih selesa dengan kedudukan ini, apabila Bob membuat keputusan untuk meletakan 4 orang di barisan belakang. Cuma agak kasihan pada bahagian penyerang yang masih tidak dapat membolos jaringan lawan.

    Satu-satu jersey biru putih ini ku baca gerak langkah yang di buat, cara dan kebiasaan mereka bermain. Di dalam kepalaku aku cuba menggabungkan titik-titik buta untuk membuat jalan mara ke hadapan dengan cara selamat, cepat dan tidak di sangka oleh pihak lawan. Apa yang penting aku perlu mengelak untuk bertembung dengan no. 6, aku benci no. 6 yang begitu pantas mencuri bola. Begitu juga dengan no. 21 yang suka mengaburi mata orang. Dengan kakinya yang panjang itu dia mampu membuat langkah berganda dari pemain biasa.

   Aku mengorak langkah satu demi satu kerana tidak mahu menimbulkan syak dari sesiapa, lagi pula apa saja boleh berlaku di atas padang ini. Kadang lain yang di rancang, lain pula yang terjadi. Tendangan pertama ku keluar padanglah pula, tendangan kedua ku tidak pun sampai bebebrapa langkah ke hadapan sudah di rampas oleh dua orang mereka.

   Bola yang datang ke padaku, ku hantar kepada william agar dia dapat menyerahkan kepada Anderson, kerana aku tahu Anderson sememangnya handal dalam menghantar bola jauh, kaki kirinya selalu membawa tuah kepada kumpulan kami, terutamanya apabila rata-rata pemain dari kelab lawan semuanya tinggi-tinggi belaka. Tapi, William menemui kesukaran di situ, dia ulang-alik membawa bola dalam kawalannya, dua orang pemain lawan yang cuba merebut darinya masih lagi mencari peluang, aku harap Aiden datang membantu sebelum no. 21 itu sampai.

"Aidennn..." Jeritku, aku tidak tahu dia di mana,
"William." Sahut Aiden yang tidak jauh dari William.
Pihak lawan cekap mengawal permainan, aku tidak tahu apa sudah terjadi dengan strategi kami sebelum ini. Kena-kena lagi Alistair dan Samuel sudah pun di keluarkan kerana kecederaan yang di alami,
"Andy.." Panggil Aiden kepada Anderson, yang ku sangkakan bola sudah pun berada pada Aiden untuk di serahkan kepada Anderson, kerana aku tidak dapat melihat mereka sebenarnya, dengan beberapa orang yang sentiasa berada di hadapan. Kadang-kala sempat menarik bajuku, atau menolak aku ke tepi. Sempat aku bercekak pinggang mengambil nafas dan mengelap peluh yang menitis dari hujung-hujung rambut depanku, sabar saja aku di tarik-tarik begini.

"Denny." Namaku di jerit oleh seseorang, tapi aku masih tidak dapat melihat.
"Denny.." Sekali lagi aku di panggil, aku berlari ke ruangan tepi untuk mengetahui apa yang berlaku dengan kawasan hadapan.
Dengan sekali angguk aku bersiap sedia untuk menerima bola yang bakal di hantar dari Aiden memandangkan Anderson tidak dapat berbuat apa-apa dengan dua orang setinggi galah yang setia menjaga dia.
'Don't ruin it Denny Boy.' - Hatiku. Bola melambung agak tinggi sebelum jatuh di tempat aku berada, sebelum bola jatuh aku melompat setinggi yang aku mampu dengan memeggang bahu no. 4 itu sebagai sokongan, mungkin tidak mungkin iya, hanya nasib yang akan menentukannya. Dalam waktu-waktu begini seorang pemain seperti aku tidak boleh mengagak, atau meracang ke mana bola itu akan pergi, yang mereka tahu lontar dengan kepala, tendang sekuat hati ke mana-mana ruangan yang ada untuk menembusi jaringan pihak lawan.

   Sebelum yang lain-lain berlari mengejar tempat jatuhnya bola itu, aku terlebih dahulu menghantar bola itu ke ruangan sisi sebelah kanan dan terus ke pintu gol yang penjaganya sudah pun bersiap-sedia menepis dan menangkapnya. Boleh tahan juga sakit bergema kepalaku untuk sesaat, membuatkan aku jatuh menyembah rumput-rumput itu. Rasanya si no. 4 tadi sudah pun lari meninggalkan aku. Dan akhirnya..

"Gollllllllllllll!" Sorakan semua orang dengan serentak menggegarkan stadium itu. Aku yang belum pun sempat bangun sudah di tindih dan di peluk kawan-kawanku yang lain.

"You're the man Kellwood."
"I know you're special."
"You're my brother."
"Well done boy, well done."
Begitulah kata-kata mereka kepada ku dengan satu gol yang aku sumbangkan buat pertama kalinya sejak aku menyertai kelab ini. Walaupun pada permulaannya bukanlah niat ku untuk menjaringkan bola itu, cuma nasib menyebelahi aku kali ini selepas beberapa percubaan untuk membantu barisan depan menghantar bola.

   William menarik aku bangun, sudahlah di tindih mereka, bersangkut lagi di belakangku, tidak cukup dengan itu kepalaku d gosok-gosok mereka silih berganti. Jelas terbayang kegembiraan pada wajah kawan-kawanku satu persatu, sempat aku menjeling pada coach ku dan bench tempat aku pernah berada mula-mula sekali, semuanya turut bersorak gembira. Perasaan yang tidak dapat ku ungkapkan, bangga, lega, hebat dan seperti mau terbang pula di awang-awangan.

"Hey..18, i'm sure the drugs help you a lot." Sindir no. 6 kepadaku.
"No..you're wrong. My grandma plus size bras help him actually." Jawab Anderson bagi pihak ku. Serentak kami ketawa beramai-ramai.


Jersey No.18Where stories live. Discover now