Part 14

44 1 0
                                    

"Denny.. Denny.., Oh Denny."
Mendengar dia memanggil namaku menari riang hatiku sekejap. Dengan sebutannya yang menekankan huruf 'N' di tengah-tengah itu membuatkan dia lain dari yang lain. Aku rindu dengan panggilannya, aku rindu melihat dia sebenarnya.
"Hi," hanya itu yang mampu yang aku fikirkan.
"How are you?"
Aku tahu kenapa di menyoal begitu. Lihat saja dengan jeans lesu dan jaket kelabu yang ku naikan kolarnya. Betul-betul bukan seperti stail ku.
"I'm good. I'm working at the.."
"Selhurst Park? I know. Alan told me about it."
Oh, ertinya dia sudah terlebih dahulu mengetahuinya. Jadi, apa lagi yang aku malukan?
"I'm at the general hospital south east London."
"Uhhh..it's quite far. I mean..from here. "
"I know. Kalau kau lalu dekat-dekat sana, call me.. maybe we can go for a coffee.."
"You said coffee?"
"Oh..no.. i'm sorry. Ahahaha.. no, no more coffee"
Kami ketawa bersama. Perkataan kopi itu saja sudah terlalu sensetif buat kami berdua.
"Hmmm.. kau sudah fikirkan apa kepakaran yang kau pilih.. selepas ini?"
Selama ini Katie keliru untuk memilih bidang yang ingin di ambilnya sebagai doktor bedah. Katanya dia mahukan sesuatu yang popular tetapi tidak memerlukan banyak tenaga, yang hebat tetapi mudah.
"Oh.. mungkin aku akan memilih general surgeon."
"Itu pilihan yang baik. Kalau aku perlukan apa-apa, manalah tahu.. perut aku sakit, hati aku sakit atau paru-paru aku tidak begitu berfungsi dengan baik.. senanglah aku mencari kau."
"Don't said that." Dia tersenyum lagi, aku lupa senyumannya seperti satu jangkitan kepada orang lain, manis dan menarik bila melihatnya dengan teliti.

"Katieeee... come on.. we need you here." Panggil satu suara.
"You should go,"
"Wait.. i want a picture with you. Hey, can you help us.."
Belum sempat aku menjawab permintaannya itu dia sudah pun menahan seseorang yang lalu-lalang di situ dan menyerahkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar bersamaku. Aku berdiri kaku di tepinya dengan tangan kedua-dua di dalam poket. Dia menarik topiku dan mengemaskan rambut depanku,
"smile please..for me." Rayunya.
Aku mengangguk kecil, apalah juga permintaan sekecil itu.

"Jaga diri, aku pasti kau akan menemui jalan mu tidak lama lagi."
"Oh..sure, sure." Selamba aku menjawab.
"I have faith in you, so, have faith in yourself." Dia senyum dan meninggalkan aku.
Dari dulu sehinggalah keadaan aku begini dia masih percaya dan yakin pada diriku, dia betul-betul lain daripada yang lain.

'Satu hari kita pasti bertemu semula, apabila diriku sudah berada setaraf denganmu. Go and save life Katie Volt.' Ikrar ku pada hari itu.

   Hari ini latihan terakhir pasukan ini membuat latihan mereka di padang, seperti biasa sebelum memulakan kerja-kerja ku aku akan duduk memerhati mereka dari jauh di antara tempat duduk yang kosong di stadium ini. Nombor pada baju jersey mereka juga sudah ku hafal satu persatu, dan cara-cara latihan yang mereka buat hampir setiap hari.

"Hey you.. you can start now." Panggil kapten pasukan itu pada ku, setelah menyelesaikan sesi latihan mereka, esok mereka akan berangkat ke Madrid untuk perlawanan yang akan di adakan di rumah lawan. Ertinya dalam beberapa hari stadium ini, padang yang luas ini adalah milik aku. Setiap kali kelab pasukan ini meninggalkan stadium mereka, aku akan mengambil kesempatan bermain bola sendirian sehinggalah tengah malam kadang-kala. Hanya itu yang sedikit sebanyak mengubat hatiku yang masih terluka.

   Tapi kerja-kerja ini jugalah yang mencabar keimanan ku, iaitu memungut sampah sarap yang di tinggalkan sendiri oleh pemain. Botol air, bekas minuman tin, atau minuman kotak, kulit gula-gula getah yang kecil itu lagi lah mendatangkan marahku. Mereka tahu ada yang tukang kutip, jadi buat apa mahu bersusah-payah kan. Bola-bola ni pun tidak larat mereka pungut dan kumpulkan di satu bahagian. kalau 12 biji bola yang mereka guna hari itu, terpaksalah ku lari dari hujung ke hujung, penjuru demi penjuru mengutip kesemuanya sekali. Bukan habis di situ saja, aku terpaksa basuh, lap dan keringkan, barulah di masukan di tempat penyimpanan barang-barang keperluan latihan mereka. Begitu juga dengan plastik kon berwarna merah kuning itu. Aku juga yang bersihkannya sendirian.

Jersey No.18Where stories live. Discover now