Part 32

39 2 3
                                    

Katie

"Katie.. Katie.." Panggil doktor Roger yang sudah pun mengangkat aku keluar dari tab mandi itu. Bajuku yang basah habis, kulitku yang pucat, dan bibirku yang sudah pun membiru berendam di dalam air sejuk ini.
"Are you crazy? It's cold outside and you.." Marah doktor Roger padaku. Kejang seluruh otot ku, gigiku juga mengetap tanpa mahuku. Dia memasang pemanas di dalam bilik itu dan berlari keluar entah ke mana. Sekembalinya dia..

"Forgive me but i have no choice." Katanya dengan baju panas di tangannya itu. Aku yang sudah dapat menangkap maksudnya itu seperti robot aku menggeleng-gelengkan kepalaku, yang terasa begitu payah untuk aku lakukan.
"Kita terlalu jauh untuk ke hospital sekarang ini. Think me as a doctor." Dia tidak mengendahkan reaksi ku itu, dan terus saja menanggalkan butang bajuku, dengan begitu pantas dia menanggalkannya sama seperti seorang doktor yang hendak menyelamatkan pesakitnya.  Semua sekali di tanggalkan dan sekaligus, barulah dia menyarung baju panas dan seluar panjang kepunyaannya. Kemudian dia membalut aku dengan selimut tebal, turun membuat kopi panas dan menyuruh aku menghirupnya sedikit demi sedikit. Steteskop di lehernya yang entah dari mana datangnya, di gunakan untuk mendengar pergerakan jantung dan juga paru-paru ku di bahagian dada dan juga belakang.

   Dari wajahnya saja aku dapat melihat betapa risaunya dia dengan keadaan ku sebentar tadi, raut wajah yang tidak pernah ku lihat lagi sebelum ini. Sekali lagi aku lena dalam pelukannya, yang sudah tidak aku hiraukan, kerana apa yang penting bagiku saat-saat sukar bagiku telah pun berlalu. Hari esok pasti menjanjikan lebih mudah untuk di lalui, dan lusa sehinggalah seterusnya. Aku berjanji pada diri ini agar tidak mengulangi kesilapan yang merosakan diriku sendiri dan juga kerjaya ku sebagai seorang doktor.

"How do you feel today?" Sapa doktor Roger di meja makan apabila aku turun ke bawah.
"Better than yesterday." Aku senyum tapi tertanya-tanya kalau dia tahu kenapa aku bertindak sedemikian rupa malam semalam.
"Selepas ribut taufan melanda selalunya matahari akan keluar." Dia mengambil secawan kopi dan menghidangkan sarapan pagi kepadaku. 
"Thank you." Ucapku, malu dan lapar sebenarnya.
"Thank you.. for everything." Ulangku lagi kalau-kalau dia tidak dengar.
"Eh..ehe.. Thank you for trusting me." Tangannya menggengam erat tanganku.
"You always can come to me. You know that..right?" Kedua-dua matanya penuh erti memandang aku yang sibuk memasukan roti putih itu ke dalam mulut, aku mengganguk kecil.

   Kini, sudah seminggu aku menjalankan tugas seperti biasa. Kesibukan di hospital memang tidak pernah berkurangan, tapi bezanya kali ini aku lebih bersemangat dan tubuhku juga memberi kerjasama yang ku harapkan dalam menjalankan tugasku. Doktor Roger juga sudah kembali bertugas, selepas apa yang kami lalui bersama-sama jarak hubungan kami semakin rapat. Perasaan segan dalam diriku sudah berkurangan tiap kali bersamanya, aku boleh menceritakan apa saja kepadanya. Dia yang bersifat lebih terbuka dan berpandangan jauh tidak pernah bosan untuk berdebat serta bergurau senda apa pun topik pilihan perbualan kami. Seandainya kami punya masa terluang kami akan makan bersama-sama di hospital, tidak pun sekadar meluangkan masa untuk kit kat break.

"Yes, Alan." Jawabku, sebaik saja telefon ku berbunyi.
"What?"
"When?"
"I don't know.. i don't think i'm the right person to do that."
"I'm not sure.. "
"Well.."
"But.."
"I don't know.."
"Huuuuuu.."
"I'll see what i can do." Jelasku lagi, dan mematikan telefon tersebut.

"Who?" Tanya doktor Roger di sebelahku.
"Err..a friend."
"Anything..that i can help?" Dia menawarkan dirinya kepada perkara yang dia langsung tidak tahu.
"Eheheh.. no. But thanks anyway."
"I will wait.. the day you run to me."
"Roger, I.."

"Doctor Volt we need you right now." Josh memanggil aku dengan keadaan kelam-kabut.
"Coming.. Josh." Aku mengambil sandwich ku yang belum pun ku sentuh.
"Hey.. i will wait you, even if it takes forever.." Sempat dia memeggang pergelangan tanganku, sebelum aku dapat melangkah pergi. Apa lagi yang boleh aku katakan melainkan senyum tanpa makna.

Jersey No.18Where stories live. Discover now